Sunday, July 05, 2009

Transformers, More Than Meets the Eye

Ermm...korang mesti tertanya2 kenapa tajuk entri aku seperti di atas. Kalau korang tak tertanya2 pun aku nak beritau juga. Aku dulu suka lagu tema kartun Transformers ni. Dah tu, asyik terngiang2 aje dalam kepala lepas aku book tiket wayang 2 hari lepas. Hehe...excited konon...Jom layan lagu original ni...



Yang ni pulak versi untuk filem animasi. Lagi best...



Tidak dinafikan Transformers merupakan salah satu kartun yang paling aku minati. Bila tau nak dijadikan filem, aku excited jugak. Tapi nasib tak berapa baik sebab aku tak berkesempatan langsung nak tengok filem Transformers 1 masa ia ditayangkan 2 tahun lepas. Sampai ke sekarang aku tak tengok2 lagi filem tu.

Hari ni aku terpaksa langkah bendul Transformers 1 untuk tengok filem Transformers 2. Dah lebih kurang 2 minggu ditayangkan, baru terhegeh2 nak tengok..hehe..Nak tau jugak memang best ke filem ni seperti yang diwar2kan dalam kebanyakan blog yang aku baca. Aku tengok show pukul 10.30 pagi kat TGV KLCC. Ingatkan masa ni tak ramai orang. Rupa2nya sangkaan ku tak benar belaka. Panggung penuh! Aku dengan Chik dapat tempat duduk tepi sekali. Aku tengok ramai ibu bapa yang bawak anak2 bawah umur 13 tahun tengok filem ni. Apa ke halnya ni? Bukan ke rating filem ni PG13? Nampak gayanya ibu bapa yang nak kena guide ni...

Berbalik kepada filem Transformers 2. Kalau dari segi special effects memang aku kagum giler. Tapi entah kenapa aku rasa letih tengok filem ni. Kenapa ye? Sebab panjang sangat masa tayangan? Sebab banyak sangat letupan? Sebab bunyi besi berlaga besi yang membingitkan telinga? Sebab terlalu banyak Megan Fox? Atau adakah kerana aku sudah tua dan filem macam ni dah tak sesuai dengan diri aku? Mana bolehhh...aku masih seperti yang dulu...heee...

Kalau nak dibagi bintang aku bagi 3 1/2 ajelah. Yup, 3 1/2 stars for Transformers 2. Filem ni best sebenarnya. Ada part memang kelakar giler. Tapi kalau nak tengok sekali lagi, aku rasa tunggu 2, 3 tahun lagi baru aku tengok balik, kot. Dan kalau nak dibandingkan dengan filem lain, pada pendapat aku filem Star Trek lagi best. Period.

Dah tengok Transformers 2 ni...I wonder...bila pulak Hollywood nak adaptasi kartun Voltron ke filem pulak, ek? Voltron ni pun kartun favourite aku dulu. Voltron...defenders of the universe. Pergghh...kalau dibuat filem ni aku mesti tengok..hehe..



2 comments:

ShaFril said...

3 1/2 ja?ni yg nk marah ni hehe...sya bg 10 bintang tau hehe

Siti R said...

Jgn ler mare, ShaFril...nnti cpt tue...hehehe...