Monday, January 25, 2010

Ini Tidak Sepatutnya Ada

Sudah lama aku menyimpan perkara ini di dalam hati. Hendak diluah, mati emak. Hendak ditelan, mati bapak. Tetapi memandangkan diriku ini anak yatim piatu, maka aku kira tiada masalah untukku meluah atau menelan perkara ini.

Setiap kali travel menaiki bas atau kereta, antara benda yang paling aku suka tengok (kalau tak tidur atau membaca) ialah no. plet kenderaan yang bergerak di sepanjang jalan raya. Kadang-kadang macam menarik saja no. plet terutama gabungan huruf-huruf di depan no. tersebut.

Antara yang menarik:

WMD - Weapons of Mass Destruction 
WMY - Wong Mei Yen (ex-boss aku...hehehe...)
WTC - World Trade Center (maka teringatlah peristiwa 11 September yang dipentaskan dengan jayanya oleh George W Bush dan konco-konconya)

Tetapi dalam banyak-banyak, ada satu gabungan huruf yang paling aku tidak puas hati apabila melihatnya - gabungan huruf yang tidak sepatutnya ada...

WTF - What the f(tutttttt...censored)

Sungguh tidak sopan. No. plet yang bermula dengan 3 huruf di atas sepatutnya diban!

Nota: Entri diatas dibuat oleh orang yang tiada idea tetapi tetap gatal hendak menulis...entah siapalah orang itu...sungguh tidak sopan.

24 comments:

  1. HEY! WHAT THE FORK ARE TALKING ABOUT?
    hahahahhaha....

    aku jumpa satu
    PHP - PHP Hypertext Preprocessor

    ReplyDelete
  2. Sdr Siti,
    Dalam arena penulisan novel/cerpen/puisi dipanggil sebagai proses kreatif. Minda kita sering sahaja meliar membuatkan kita tidak pernah berhenti untuk berfikir. Neuron-neuron tersentak-sentak berkejaran memproses dayacipta nakal kita sendiri. Sebenarnya satu keseronokan (dalam jeda masa yang memang membosankan).

    Dulu, masa saya berulang kerja dari KLCC ke Bdr Sri Damansara (LRT Putra Ke Masjid Jamek - Bas Di Medan Pasar Ke Bdr Sri Damansara setiap hari tanpa gagal), saya memang membiarkan fikiran saya lepas bebas menerawang menciptakan dunia fiksi yang terdiri daripada sumber-sumber di depan mata. Itu jika saya tidak membaca. Selebihnya/atau banyak kalinya, saya terpaksa berdiri!

    Jadi, bukan satu perkara pelik jika sdr 'bermain dengan fikiran' kerana orang lain juga begitu. :P

    * Jika memandu, saya memang suka melihat no.plat kenderaan (terutama kereta-kereta mewah orang kaya-kaya) tapi saya membacanya dengan phonetic language.
    WMD - whiskey-mike-delta
    WMY - whiskey-mike-yankee
    WTC - whiskey-tanggo-charlie
    WTF - whiskey-tanggo-foxtrot

    selamat membaca no.plat! :P

    ReplyDelete
  3. Pn. Azrina,

    WQS = Whiskey-Quebec-Sierra

    No.keter ke? :P

    ReplyDelete
  4. Kurma: Hahahahaha...

    WQS - Water Quality Standard? Heheh..

    AttOkz: Benarlah seperti yang awak katakan tu...lagipun jauh perjalanan luas pemandangan dan makin banyak fikiran2 nakal yang menerjah masuk ke dalam minda (bahasa taknak kalah..haha). Masa itulah banyak juga idea yang masuk...alangkah bagusnya kalau saya tidak malu2 untuk mencatatnya ke dalam buku nota yang sentiasa ada dalam beg...huhu...

    Lupa nak tambah lagi satu,

    WRC - World Rally Championship

    ReplyDelete
  5. Sdr Siti,

    Gunakan buku nota kecil dan pen yang ada dengan sekerap mungkin. Idea yang baik kadangkala 'singgah dan hinggap' sekejap sahaja dalam jendela fikir.

    Seorang penulis yang baik akan sentiasa mencatatkan apa sahaja buah fikir yang terlintas.

    Kalau membaca pula, saya sarankan sdr mulakan dengan membaca surah Al-Quran...

    *pernah dengar tentang 'blook?'

    ReplyDelete
  6. AttOkz : Sedap bunyi tu serra serra. Oh saya kenalkan kereta saya tu namanya Waqis :).

    Siti : Siapa bawa WRC kena berlagak pelumba la tu hahaah...Siti tulisla apa ko fikir tu, aku nak busybody ni.

    Betul juga petua mencatat idea segera tu, sebab bila nak recall semula mesti dah rasa basi dan hilang. Apakah 'blook' itu?

    ReplyDelete
  7. AttOkz: Saya budak baru belajar...terima kasih atas saranan dan dorongan.

    Kurma: Rahsia...hahaha...Kita punya projek ni camne, eh? Bila nak gerak ni...rasanya kita kena tubuhkan pasukan gerak khas...ehheheheh

    Errr...yelah, blook tu apa, AttOkz? Mengapa saya dan Kurma manis ni tak pernah dengar sebelum ni?

    ReplyDelete
  8. Sdr Siti,
    Samalah dengan saya, masih belajar lagi. Bak kata orang...masih setahun jagung, darah baru setampuk pinang. Cuma, sekadar berkongsi dengan teman-teman yang lain. Bukankah sesuatu ilmu itu lebih berkat kalau diturunkan kepada orang lain? :P
    Tapi, nanti cuba ya..bacalah surah Yusuf.

    Sdr Siti + Pn.Rin,
    Blook dtg dari kosa kata kahwin campur antara Blog + Book. Maksudnya, catatan dan entri dari blog dipindahkan/dicetak menjadi buku. Saya pernah terlibat sebagai penyelenggara utk blook berbahasa melayu pertama di Malaya (kalau boleh dikatakan begitu) - thn 2005 dengan judul Jiwa Kacau (boleh tnya Enche Google) dan seterunsya Masuk Barisan pd 2006.

    Selepas itu, banyak blook-blook berbahasa melayu diterbitkan spt ~ Jongkang Jongket, Ayah Kita Bos, Kudeta, Kalashnikov..dan berbelas tajuk blook yang lain.

    Membaca blook sgt sesuai untuk pembacaan jangka singkat seperti dalam LRT dan bas. :P

    ReplyDelete
  9. Siti.. agak-agaknya ada tak entry kita boleh dijadikan blook? Bila tengok balik aku punya macam takde yang layak lagi :D.
    Projek kita tu masih ada baranya, nanti kita genggam sampai jadi arang, insya-Allah... kita kan sedang bertapa ni.

    AttOkz.. saya pernah dengar tajuk-tajuk blook itu, sudah lama mencari tapi tak beli-beli lagi. Wishlist tu :D

    ReplyDelete
  10. AttOkz: Terima kasih. Saya belajar benda baru lagi :)

    Kurma: Yelah, macam tak ada je...kita kena narrowcasting la kalau macam ni..

    Ye, ye...Caiyok! Caiyok!

    ReplyDelete
  11. Kalau berminat utk memiliki blook tulisan sendiri, saya boleh tunjukkan jalan dan prosedur kerjanya.
    Mulakan dengan menjadi editor terhadap tulisan sendiri yang sudah terbit di blog peribadi. Kumpul sekitar 20-30 tajuk.

    Anda berani Cik Siti? :P

    ReplyDelete
  12. Benarkah bagai dikata? Saya berminat tapi, layakkah saya?

    Mulakan dengan menjadi editor tulisan sendiri ya...hmmm (sambil menggosok2 dagu)

    ReplyDelete
  13. Gosok dagu? Mesti kau sampai berjanggut menunggu idea dariku hahaah.. sembelit sungguh idea ni...

    ReplyDelete
  14. Awk,
    tak perlu gosok dagu lama-lama sebab awk bukan Harry Potter yang boleh menukar arnab menjadi rusa dengan hanya menggosok dagu semata sahaja.
    Terus sahaja menarikan jari di atas papan kekunci dengan memilih tajuk dan membuat kerja-kerja editorial.
    Cabaran sudah lama menanti untuk di beli... :P

    Pn.Rin,
    Beranikah mencecah jari bersama?
    :P

    ReplyDelete
  15. Kurma: Hehe...aku pun sama dengan ko..tgh sembelit idea...

    AttOkz: Insya-Allah, saya akan mulakan. Harap dapat beri tunjuk ajar..

    Rin, jom...kita sahut cabaran AttOkz Dikulgai ni :)

    ReplyDelete
  16. Untuk info,
    saya sedang memproses projek mencetak semula siri Saga Artakusiad 1 -7 dan dalam masa yang sama mengelola kumpulan cerpen sai-fai/fantasi untuk diterbitkan secara DIY.
    Dalam sasaran juga, mahu menerbitkan kumpulan cerita seram(?)saya sendiri.
    Mungkin Sdr Siti dan Pn. Rin boleh mengumpul untuk menerbitkan blook sendiri dalam tema 'Wanita Buku' barangkali...
    :P

    ReplyDelete
  17. AttOkz: cepat2 la cetak semula...saya tak sabar nak mengulangkaji Saga Artakusiad..hehe..

    Tentang blook...saya akan mengadakan mesyuarat tergempar dgn Pn. Rin...itupun kalau dia sudi...

    ReplyDelete
  18. Tuan AttOkz.. saya nak cop buku tu sebab saya tak pernah baca Saga Artakusiad walaupun minat sai-fai.

    Siti Mak ET.. panas jari-jari aku ni tercabar ..sudahlah baru lepas makan sambal hehe...

    ReplyDelete
  19. Kurma: Cop jangan tak cop...kau bakal menjadi peminat tegar Ahmad Patria Abdullah selepas membaca novel2 dia ni...

    Hehehe...

    ReplyDelete
  20. Mak ET,
    Insya Allah saya akan uar-uarkan jika dah sempurna dicetak. Sasaran adalah sebelum KLIBF.
    Nanti bolehlah bentangkan hasil mesyuarat gempa bumi kalian ye..
    :P

    Pn. Rin,
    Pembetulan sedikit, Abg Pat menulis dalam genre fantasi. Saga Artakusiad ada sedikit pengaruh Tolkien. Kebetulan masa menulis Permata Aurorius thn 1988, Abg PAt baru shj khatam Tolkien masterpiece tu.

    ReplyDelete
  21. AttOkz: Owh..goodie, goodie =) Nampaknya saya kena kumpul wang besar, wang besar...ahaks

    ReplyDelete
  22. Mak ET,
    kumpul jangan tak kumpul.
    Eh, nanti lari plak bajet utk hias rumah baru..macam mana?
    :P

    ReplyDelete
  23. Owh...bajet utk rumah sudah diasingkan...jgn risau...heheh...

    ReplyDelete

Komen anda amat dihargai.
Terima kasih daun keladi.
Semoga bertemu sekali lagi.
Di lain entri =)