Sunday, June 07, 2009

Yang Mana Satu Idaman Kalbu

Aku baru meninjau2 laman web Proton, Perodua dan Suzuki. Konon nak buat survey. Anda mungkin tertanya2 adakah Siti R sedang merancang untuk membeli kereta? Hmmm...mungkin ya...mungkin tidak...

Hajat hati memang nak memiliki sebiji kereta. Bila difikir2 rasa macam tak perlu. Tapi bila fikir2 balik (berapa banyak nak fikir daaa...) rasa macam perlu. Perlu sebab aku rasa aku perlu (berapa banyak perlu daaa...) memilikinya untuk menguruskan rumah aku yang baru siap dibina. Dah nak masuk 6 bulan aku tak jenguk rumah tu. Risau pulak dibiar begitu lama2...jadi tempat jin bertendang pulak nanti...dahlah dekat dengan hutan, atas bukit pulak tu...whoaa seramnya...huhu...

Bukannya aku tak boleh pinjam kereta kakak aku. Tapi masalahnya aku ni jenis yang tak suka meminjam, walaupun mereka suka meminjam barang aku yang dibuat macam barang sendiri...lepas tu suka2 hati rosakkan barang aku (maaf ye termelencong daripada tajuk asal pulak...geram sebab kamera kesayangan aku yang dah lama dirosakkan tak dibaiki lagi).

Berbalik kepada kereta. Kereta2 yang aku survey tadi ialah MyVi, Satria Neo dan Swift. Aku tengok harga setiap satunya berbeza dalam RM10 ribu (spec yang paling bagus dan semestinya Auto Transmission). MyVi dalam RM50 ribu, Satria Neo dalam RM60 ribu manakala Swift dalam RM70 ribu plus. Terus terang aku lebih tertarik kepada Satria Neo...hehe...mungkin sebab kereta aku dulu ialah Satria. Aku memang suka sangat dengan bentuknya yang aero dinamik dan pengendaliannya yang sungguh lancar. Tetapi disebabkan kereta tu dah tua dan banyak bagi masalah yang tak sanggup aku tanggung lagi...terpaksalah aku jual kereta tu.

...sebenarnya aku trade in dengan MyVi. Konon2nya untuk dijadikan hadiah harijadi aku...tapi masa tu aku terpaksa tunggu setahun untuk dapatkan kereta tu yang baru diperkenalkan dan sedang hangat di pasaran. Mula2 ok...dah 6 bulan menunggu aku ambik keputusan untuk membatalkan tempahan. Bukan apa, sebab aku fikir lebih baik aku tak ada kereta...aku boleh simpan duit banyak2...haha...macamlah banyak sangat aku menyimpan duit..cheh...Keputusan aku tu telah mengecewakan kakak2 kat office yang satu department dengan aku. Sampai sekarang kalau ada peluang mereka akan bangkitkan pasal tak dapat merasa naik MyVi yang tak jadi aku beli tu...hehe...sorry yo kakak2ku...den akan boli kereto lagi best nanti...haha...

Kereta mana yang menjadi idaman? Sudah tentunya Mini Cooper...haha...jauh panggang dari api daripada apa yang aku survey tadi. Kalau aku kaya baru boleh beli Mini Cooper...Dah tu, tak nak tengok kereta2 compact keluaran Korea? Hmmm...macam tak berminat sebab aku tak suka drama Korea..hahaha...apa kena mengena kereta dengan drama? Dah merepek2 pulak aku ni, kan? Nantilah aku survey ye.

Akan aku survey lagi pasal kereta2 ni dari masa ke semasa. Mana tahu ada promosi hebat nanti, kan? Mungkin kena buat solat istikharah (apa? ingat nak kahwin je kena buat solat ni? isk..isk..isk). Buat masa sekarang aku akan terus menggunakan pengangkutan awam yang memang menjimatkan. Hati pun rasa senang...lalala...


3 comments:

ShaFril said...

bli ja mivy..dgaq kata bguih n jimat mnyk..lgpn keta kluaran proton lani byk prblm hehe

Kurma said...

sokong myvi! walaupun aku tak pakai myvi hehe tp sbb dah itu dlm list ko hehe..
eh ada lagi.. ko tak survey viva ke? dengo lagi jimat minyak..

Siti R said...

tq2 ShaFril & RinHoneyKurma...dah agak dah mesti ramai yg sokong MyVi...xpe2 akan dipertimbangkan..hehe..

err..viva tu takut sempot klau panjat bukit..