Showing posts with label Science. Show all posts
Showing posts with label Science. Show all posts

Sunday, November 25, 2012

Orang Halimunan II: Skuad Halimunan

Sebelum ini saya pernah menulis tentang orang halimunan. Orang halimunan yang bukan sesiapa melainkan diri saya sendiri. Ya, saya ada kebolehan untuk jadi halimunan. Kalau tidak percaya, boleh baca di sini.

Sebenarnya saya sendiri tidak tahu macam mana saya boleh jadi halimunan. Antara teori yang saya kira paling logik adalah sebab saya ini kecil (baca: pendek) orangnya. Lama juga saya mencari kemungkinan kalau ada sebab lain yang menjadikan saya halimunan.

Cari dan terus mencari sehinggalah pada suatu hari saya membaca sebuah novel nukilan Tuan Bahruddin Bekri (Tuan BB), saya telah mendapat jawapannya. Jawapan yang saya cari selama ini rupa-rupanya ada dalam novel beliau yang bertajuk "Skuad Halimunan" (terbitan PTS Pop Sdn. Bhd., tahun 2011).

Dalam novel tersebut sifat halimunan bukan disebabkan oleh pemesongan cahaya. Tetapi di dalamnya ada menjelaskan tentang satu teori untuk menjadikan seseorang itu halimunan iaitu menggunakan sains di sebalik comel. Yes people, you read it right - comel! Hahaha!

Membaca satu perkataan itu sahaja sudah membuatkan saya tergelak-gelak (hei Siti R! Itu novel techno-thriller. Bukan novel humor. Yang engkau tergelak-gelak kenapa?). Apalagi ketika membaca penerangan seterusnya. Katanya, comel itu sifatnya menenangkan dan rangsangannya kepada otak adalah sama seperti rangsangan semasa kita merasa makanan yang lazat ataupun semasa menikmati dadah terlarang. Terlalu menikmati sehingga tidak sedar apa-apa. Lalok.

Dan ini yang paling penting; manusia halimunan bukan manusia comel yang biasa-biasa. Tetapi tahap kecomelannya sudah ditingkatkan berpuluh kali ganda. Bukan sahaja tentera musuh mudah dilembutkan dengan sifat kecomelan itu, malah haiwan paling buas di dunia pun akan berubah lembut.

Kiranya kecomelan manusia halimunan itu merupakan senjata yang paling ampuh. Satu cara untuk survival juga. Ini adalah kerana mimik wajah yang terlalu comel itu hanya muncul apabila manusia halimunan itu berada dalam keadaan mahu bertarung, berperang, bergaduh, dan yang seumpamanya. Kini barulah saya tahu mengapa ada masa saya tidak halimunan, dan ada masanya saya menjadi halimunan...hahaha!

Diceritakan juga bahawa manusia halimunan turut merembeskan bau badan yang bertindak sebagai hormon (pheromone? Pengaruh Pedang Setiawan, agaknya) yang akan merangsangkan saraf otak manusia biasa supaya menjadi tenang, dan berehat. Patutlah saya tidak suka minyak wangi. Rupa-rupanya saya bisa merembeskan hormon yang boleh menenangkan dan membuatkan manusia biasa berada dalam keadaan rehat. Lalok, tenang, dan rehat...dan pling! Saya pun terhijab daripada pandangan manusia biasa...hahaha!

Terima kasih kepada Tuan BB kerana telah menghiburkan hati saya dan pada masa yang sama membuatkan saya berasa lega. Saya rasa inilah teori yang paling tepat yang saya pernah jumpa mengenai 'kebolehan' saya ini...kahkahkah! *gelak guling-guling sambil tekan perut*

**************

Ulasan ringkas novel: Cerita dalam novel ini bermula dengan perlahan. Hanya pada pertengahan novel, barulah graf keterujaan saya naik sedikit demi sedikit. Namun masih tidak mencapai tahap maksimum. Terdapat satu dua nama watak yang tertukar, tetapi hanya sekali dua dan tidak kerap sebagaimana dalam novel Tuan BB yang bertajuk "Adi Gempa." Rasanya kali ini beliau lebih berhati-hati walaupun masih ada kesilapan yang sama yang terlepas pandang, mungkin.

Terus terang saya lebih suka Tuan BB menulis cerita-cerita berkisar kehidupan. Komedi kehidupan. Beliau lebih ke arah itu. Walau bagaimanapun, saya tetap akan terus menyokong apa sahaja novel-novel tulisan beliau.

Oh ya, cerita dalam novel ini tergantung. Adakah Tuan BB akan menyambungnya nanti? Kita tunggu dan lihat.  

Sunday, March 06, 2011

Betul-betul atau Kebetulan?

Orang-orang tua kata, kalau kita tersedak masa tengah makan atau minum, maknanya ada orang yang sedang menyebut nama kita atau sedang mengumpat atau mengata kita. Boleh percaya ke ni? Atau ia mungkin hanya cakap-cakap kosong orang-orang tua zaman dulu.

Masa saya sedang belajar peringkat diploma dulu pula, ketua PBSM saya, Tuan Baha amat pantang jika ada orang menerima bulat-bulat kata orang-orang tua itu. Katanya benda itu mengarut. Kita tersedak semasa makan atau minum bukan disebabkan ada orang mengumpat tetapi disebabkan esofagus tersekat oleh makanan atau minuman yang hendak ditelan. Ia menutup laluan udara lalu kita pun tersedak. Disebabkan hujah yang diberikan berkaitan dengan anatomi tubuh manusia, saya percaya memang betul.

Lebih kurang seminggu yang lepas, seorang rakan sekerja yang rapat dengan saya, Ati (bukan nama sebenar) memberitahu bahawa pada hari saya bercuti, di waktu rehat, hampir semua rakan sekerja di unit saya (kecuali Ati kerana dia keluar makan dengan kawannya) 'bercerita' tentang saya. Tidak perlulah saya beritahu apa ceritanya, kerana apa yang diceritakan bukanlah benda yang tidak baik tetapi boleh juga masuk kategori gosip (mengumpat?) dan membuat spekulasi...dan yang pastinya nama saya banyak kali disebut-sebut. Macam artis pula...hahaha!

Macam mana Ati tahu mereka bercerita tentang saya sedangkan dia tidak berada di tempat di mana kejadian itu berlaku? Sudah tentulah ada salah seorang daripada yang terlibat dalam kejadian bergosip menyampaikan kepadanya kerana secara tidak langsung nama Ati turut disebut dalam kejadian tersebut. Jadi, apabila saya kembali bekerja pada keesokkan harinya, dia pula yang menyampaikannya kepada saya.

Pada mulanya saya tidak ambil pusing akan perkara tersebut. Lagipun tiada apa yang hendak dikisahkan. Tetapi kemudian saya teringatkan perkara yang berlaku pada hari semalamnya (hari saya bercuti dan hari kejadian bergosip berlaku).

xxxxxxxxxx

Flashback

Di sebuah bilik mesyuarat di waktu tengah hari saya sedang menyedut air minuman kacang soya. Tiba-tiba saya tersedak. Berkali-kali. Seksanya rasa kalau tersedak berkali-kali. Susahnya ia hendak berhenti. Rakan yang duduk di sebelah mengurut-ngurut belakang saya. Katanya saya ini lebih kurang sama seperti dia, gelojoh. Eee...saya tidak gelojoh pun. Dalam hati terdetik persoalan. Siapa pula yang menyebut-nyebut nama saya ni? Tetapi apabila teringat semula kata-kata Tuan Baha, saya anggap memang salah saya tidak minum dengan tertib (agaknya). Persoalan yang timbul diketepikan walaupun ia ada cuba-cuba untuk menghampiri sekali lagi.

xxxxxxxxxx

Akibat curious, saya bersoal jawab dengan Ati:

Saya: Agak-agak pukul berapa diorang bercerita tu? Pukul 12 lebih?

Ati: Entahlah, kak. Aku kan tak ada masa tu. Tapi rasanya lebih kurang masa tu lah.

Saya: Patutlah (lebih kepada bercakap dengan diri sendiri)...

Ati: Patutlah apa?

Saya: Patutlah aku tersedak masa minum air semalam. Mesti masa tu diorang tengah bercerita pasal aku, kan...

Ati: (Gelak besar)

Saya: Betullah...serius tersedak semalam.

Ati: Kau ni, kak...ada-ada aje...

Hmmm...adakah itu suatu suratan atau kebetulan? Sukar untuk dijawab. Apa yang pasti, kata-kata orang-orang tua ni jangan dipandang remeh. Ada betulnya juga. Terutama sekali apabila bukti ada di depan mata. Orang-orang tua zaman dulu memang hebat. Mendalam sungguh kajian mereka. Yang dikaji pula pada pendapat saya berkait rapat dengan sixth sense. Hebat, hebat.

Nota: Nak tahu hebat tak hebatnya orang-orang zaman dulu, saya teringat akan sebuah buku hikayat yang dipinjamkan (tetapi tidak sempat habis baca kerana gaya bahasa yang agak memeningkan...huhu) kepada saya. Gambaran perang dalam hikayat tersebut mengingatkan saya kepada kartun Voltron. Ya, saya tidak tipu. Orang zaman dulu sudah terlebih dahulu memikirkan konsep cantum-cantum badan supaya menjadi makhluk yang besar dan kuat lagi hebat untuk melawan musuh. Sungguh saya kagum. (Hmmm..nota ini rasanya sudah lari daripada tajuklah...cheh!). 

Monday, February 22, 2010

Orang Halimunan

Kau pernah menonton drama bersiri/filem Star Trek? Kalau ya, kau pasti tahu apa itu Klingon. Kalau tak, kau tanyalah kepada pakcik Google yang bijak bestari, ya. Bukan aku tak mahu memberitahu, aku cuma hendak menjimatkan sedikit masa aku (baca: malas); tak perlu menerangkan secara panjang lebar apa atau siapa makhluk Klingon tersebut. Yang aku nak beritahu di sini ialah, Klingon memiliki satu teknologi  yang pada pandangan rabun aku ni sangat hebat - fungsi Cloaking pada kapal angkasa mereka. Dengan mengaktifkan fungsi tersebut, mereka dapat menjadikan kapal angkasa mereka halimunan. Ya, halimunan.  How cool is that? 

Tapi itu fiksyen sains atau secara ringkasnya disebut sebagai sai-fai. Dalam dunia sebenar, dunia realiti bukan fantasi/sai-fai, bagaimana pula? Sebenarnya, usaha untuk menjadikan sesuatu benda itu halimunan sedang dijalankan dan sudahpun menampakkan hasil. Ya, sudah ada hasilnya! Kenapa? Tak percaya?

Kau kenal siapa David Smith? Aku pun tak kenal. Tak mengapalah. Menurut majalah Discovery Channel keluaran ketiga di mukasurat 58, David Smith ni  bekerja di Duke University, North Carolina. Tahu ke dekat mana ni? Aku pun tak tahu. Yang aku tahu dekat Amerika Syarikat (kenapa ya disebut Amerika Syarikat sedangkan ia sebuah negara, bukan syarikat? Kau tahu tak? Kalau tahu, bagilah aku tahu).

Kau tanya lagi siapa David Smith? Manalah aku tahu. Jawatannya pun tak dinyatakan di dalam majalah tersebut. Takkan tukang sapu pula? Rasanya bukan. Dia mungkin seorang saintis yang pakar dalam bidang fizik kerana dialah yang mengatakan untuk menjadikan sesuatu benda itu halimunan bukanlah sesuatu yang mustahil dan dia telah menemui caranya pada tahun 2006.

Apa? Kau nak tahu caranya? Baiklah, aku akan cuba terangkan mengikut kefahaman aku. Maafkan kalau ada salah dan silap. Aku bukan dari aliran sains tulen; hanya seorang bekas pelajar aliran perdagangan yang meminati sains (fiksyen). Bersedialah dengan bahasa berbaur sains tahap rendah aku ni...

Encik Smith menggunakan metamaterial (gabungan seramik, Teflon, komposit-komposit serat dan komponen-komponen logam yang terbenam dalam jaluran tembaga) untuk memesongkan cahaya di sekeliling objek lalu menjadikan ia halimunan dalam satu jarak gelombang tertentu. Apa yang Encik Smith buat  ialah dia menyediakan satu bekas berbentuk silinder yang terdiri daripada 10 gelungan memusat yang mengandungi metamaterial yang diletakkan mengelilingi satu objek. Apabila gelombang microwavelength ditujukan ke arahnya, ia akan 'menyaluti' seluruh objek tersebut lalu...ting! Objek itu hilang daripada pandangan. Hebat bukan?

...tapi ia tak sehebat satu rahsia yang aku hendak bocorkan di sini. Kau sudah bersedia untuk mendengar rahsia yang terhebat; lebih hebat daripada Secret Story? Sebelum itu, berjanjilah kepada aku. Jangan kau bocorkan rahsia ini kepada sesiapa pun terutama sekali kepada Encik Smith. Janji?

Baiklah. Memandangkan kau sudah berjanji, bersediakah kau untuk mendengarnya? Untuk pengetahuan kau, aku ialah seorang....jeng, jeng, jeng... 

...superhero. Kuasa aku? Aku boleh menjadikan diri aku halimunan...Ya, aku  ialah orang halimunan! Aku tak perlukan teknologi Cloaking atau Encik Smith untuk menjadikan diri aku halimunan. Itu semua mengarut! Aku ada teknologi aku sendiri yang masih menjadi rahsia yang akan terbongkar sedikit demi sedikit nanti. Jadi, teruskanlah pembacaan kau.

Lebih kurang sama seperti para superhero dalam siri Heroes, aku tidak sedar akan kebolehan luar biasa aku pada mulanya. Hanya setelah melalui beberapa peristiwa dan kejadian, barulah aku sedar betapa aku mempunyai kuasa luar biasa. Malangnya aku tidak dapat mengawalnya...ia berlaku bila-bila masa yang ia mahu dan hilang pada bila-bila masa ia mahu juga.

Antara kejadian yang begitu signifikan dan membuatkan aku sedar akan kuasa aku ni adalah semasa aku hendak membeli nasi lemak berdekatan dengan kawasan perumahan. Aku antara pelanggan yang dah lewat datang membeli. Nasi lemak sudah tinggal sikit sahaja lagi. Kakak yang menjual menganggarkan nasi lemak cukup untuk 3 orang lagi. Kalau ikut giliran, aku sepatutnya yang dapat dulu. Tapi kakak tu dahulukan orang yang di sebelah kanan aku. Aku tak syak apa-apa. Kemudian orang lain juga yang dapat dulu. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Tinggal dua orang sahaja lagi...nasi lemak hanya cukup untuk seorang sahaja. Siapakah yang akan disingkirkan? Alhamdulillah, bukan aku. Kakak tu nyaris-nyaris hendak bertanya orang di sebelah aku dia mahu lauk apa, namun di saat-saat akhir dia menundukkan sedikit pandangan dan baru dia tersedar dan menuding jarinya ke arah aku, "Eh, adik ni dulu, kan?" Cepat-cepat aku mengangguk. "Mintak maaflah akak tak perasan tadi, orangnya kecik sangat," sambung kakak tu lagi. Aku tersenyum kelat. Kepada pelanggan seorang lagi, dia meminta maaf juga kerana nasi lemak sudah habis. Lega aku rasa. Mod halimunan aku tidak berpanjangan...kalau tak kebulur aku pagi tu yang sebenarnya dah nak masuk tengahari.

Yang terbaru - 2 hari lepas. Selepas acara baca@lrt, di kedai buku BookXcess, aku hendak bersalam dengan salah seorang orang kuat RAMFC. Namun salamku tak bersambut. Dia hanya memandang ke hadapan dan berbual-bual dengan salah seorang daripada kau orang; tidak langsung memandang ke bawah. Aku rasa aku sedang dalam mod halimunan...jadi aku pun buat tak tahu dan teruskan dengan aktiviti membelek buku-buku murah di tepi aku...

Sekarang kau dah tahu rahsia halimunan aku yang sebenar? Aku pun dah tahu. Tolong simpan rahsia ni sebaik-baiknya, ya.

Friday, November 13, 2009

Open Air, Not Open Arms

Pernahkah kawan-kawan terfikir mengapakah kalau sesebuah restoran ada menyediakan tempat duduk open air, para pengunjung restoran lebih gemar memenuhi tempat duduk tersebut daripada duduk di dalam restoran? Bukan setakat mereka, aku dan juga mungkin kawan-kawan semua rasanya lebih gemar makan di kawasan open air, bukan?

Tak pernah terfikir? Ataupun malas nak fikir? Aku? Aku tak payah fikir sebab aku dah lama tahu jawapannya. Tak payah panggil ahli antropologi untuk buat kajian. Buang karan sahaja. Aku, walaupun bukanlah pakar dalam bidang antropologi tetapi jawapan kepada persoalan di atas telah lama berada dalam minda genius aku ni (maklumlah tak ada orang nak kata aku genius maka terpaksalah aku masuk lif tekan butang sendiri). Jawapannya senang sahaja. Sudah bersedia untuk merasai pengalaman merasa kagum tahap gaban terhadap kegeniusan aku?

Saturday, August 22, 2009

Hidangan 1 Ramadan 1430 Hijrah

Petang pertama di bulan Ramadan - lemah longlai rasanya. Tergoncang iman bila nampak Mister Potato yang belum berbukak yang ada di dalam robok (almari). Waduh, waduh...aku cinta padamu Mister Potato. Hep, hep...mengada2 betul si Siti R ni, mengalahkan budak kecik!

Mintak maap ye, aku biol sikit arini...ditambah pulak dengan demam yang melanda. Hari pertama puasa dah demam...tak kuat betul la aku ni. Plan nak gi keje terpaksa dibatalkan...tak dapat jugak aku nak organise balik keje aku yang tengah melambak tu. Takpelah...aku memang perlukan rehat and worry free this weekend.

Oh, ya! Selamat berpuasa diucapkan kepada korang semua. Bila puasa aje ingat makanan, ek? Ke aku sorang jer yang ingat makanan ni? Hmm..jiran sebelah tengah menumis apa tu...adoyai...(concentrate Siti R, concentrate!).

Hmm..masuk citer baru la pulak. Citernya pagi tadi aku dapat majalah Discovery Channel untuk bulan September. Ada la satu artikel menarik dalam tu (jangan salah sangka, bukan satu jer artikel menarik, ada banyak sebenarnya. Jadi dapatkanlah majalah ini di kedai2 buku berhampiran anda..atau subscribe aje macam aku). Sesuai bangat untuk dihidangkan pada petang pertama Ramadan ni..(ishh...jiran sebelah tengah goreng apa pulak tu...??)

Tajuk artikel; "Taste for Evolution" bermula daripada mukasurat 42 hingga 45 tulisan Rachel Sullivan. Intipati artikel adalah mengenai apa sebenarnya yang membezakan manusia dengan haiwan? Hmm...apa ye? Adakah kebolehan bercakap? Berbahasa? Burung kakak tua boleh bercakap dan berbahasa apa...walaupun cuma mimikan, tapi kira satu kebolehan, kan? Adakah sebab kita ada banyak skil? Rasanya tak jugak. Haiwan macam chimpazee ada skil apa...skil menggunakan alatan dalam usaha mencari makanan..isk korang tau apa yang aku maksudkan, kan? Atau adakah kebolehan belajar? Oh, tidak...tidak. Gorila dan orang utan boleh belajar bahasa isyarat aperrr. Ikan lumba2 pun ada kebolehan belajar dan dianggap sebagai haiwan yang paling intelligent mengalahkan Chimpazee.

Abis tu apa, ek? Kata Profesor Richard Wrangham, "...sebenarnya kepakaran manusia memasaklah yang membezakan mereka daripada haiwan."

Wah...pandainya Prof. Wrangham ni cakap Melayu, ek? Mari tepuk tangan ramai2...dan wah...aku rasa aku bersetuju sangat2 dengan pendapat beliau.
Korang ada penah jumpa atau tau mana2 haiwan yang boleh memasak? Jangan nak jawab tikus dalam citer Ratatouille pulak...aku rotan sorang2 kang...tapi nasib baik sekarang bulan puasa, jadi aku tak boleh bertindak ganas. Selamat korang...buat masa ni...

Berbalik kepada artikel...pendapat Prof. Wrangham ni bukan sekadar teori semata2 sebab pada permulaan artikel ada menyebutkan bahawa beliau telah lama (berdekad2 lamanya) mengamati tingkahlaku beruk dan yang sewaktu dengannya samada dalam kurungan atau bebas (bukan Prof. Wrangham, tapi beruk2 tu la). Sentiasa ada benda baru yang dia belajar tentang haiwan2 ni, tapi katanya ada satu benda yang beliau memang sure - sama jugak macam manusia, haiwan2 ni lebih gemar makan makanan yang dah dimasak.

Amazing...aku tak penah terfikir pun pasal benda ni. Almaklumlah memasak bukannya bidang yang aku terer...makan terer la..hehe...Dengan memasak menjadikan sesuatu makanan tu rasa lebih sedap, kan? Cubalah bayangkan kalau nenek moyang kita dulu tak terfikir atau terjumpa kaedah memasak...apa yang kita akan makan pada masa sekarang? Semua makanan mentah agaknya? Tak pun semua orang makan sushi aje..hehe...

...patutla kucing2 aku dulu (sekarang dah takde kucing..huhu) lebih suka makan apa yang aku makan daripada makan makanan kucing...isk2...

Oklah, malas nak tulis panjang2...apa kata korang baca sendiri artikel ni. Nak baca online kena tunggu bulan September menjelmakan diri kot sebab kat website Discovery Channel Magazine tu masih tunjuk DCM edisi bulan Ogos lagi.

Akhir sekali...aku ucapkan Selamat Berpuasa, Selamat Berbuka dan Selamat Beramal...

Monday, August 10, 2009

Citer Pasal Robot Lagi

Inilah barisan kita...

Hari ni aku dapat weekly e-mail daripada TIME magazine. Selalunya aku malas nak layan, tapi tadi rasa gatal pulak nak mengecek ada apa2 citer menarik ke minggu ni.

Rupa2nya memang ada citer menarik (pada aku ler...kuang, kuang). Kebetulan atau suratan; ada lagi citer pasal robot di Jepun. Aku rasa tak ada negara lain di dunia ni yang sangat kemaruk dengan teknologi robot ni selain daripada Jepun...maksud aku negara lain ada jugak tapi rasanya Jepun sangat taksub dan paling banyak mencipta pelbagai jenis robot. Ada2 aje citer pasal robot di Jepun ni ye? Patutla si Yuu Watase boleh terpikir nak buat manga pasal 'robot cinta' tu..hehe..

Nak tau apa citer dalam TIME tu, meh jengah kat link ni.

Sunday, August 09, 2009

Manusiakah?? Robotkah?? Apekah??

Lepas tengok drama Zettai Kareshi ni aku jadi berminat balik nak mengikuti perkembangan dunia perobotan (ada ke perkataan ni...memandai jer aku ni...hehe..) di Jepun. Teringat juga watak2 robot atau android yang aku kenal melalui drama bersiri atau filem Hollywood terutama sekali watak Data dalam siri Star Trek:The Next Generation.

Apa perasaan korang kalau tengok robot yang sebijik atau 2 bijik rupa dan perangainya macam manusia? Teringat masa aku tengok sebuah dokumentari...tak ingat pulak dari saluran mana...was it Discovery Channel or National Geographic Channel? Masa tu tengah ditunjuk tentang robot atau android perempuan yang memang rupanya macam manusia...aku berasa seram sejuk. Meremang bulu roma seolah2 aku sedang menonton sebuah filem atau drama seram. Kenapa boleh jadi macam tu? Ada yang tak kena ke dengan diri aku ni? Tapi rupa2nya bukan aku sorang jer yang rasa macam tu sebab wartawan yang menemubual pencipta android tu pun merasakan apa yang aku rasa. Si pencipta android tu pun mengakui yang kebanyakan orang yang melihat androidnya tu akan merasa seram. Ini mungkin disebabkan oleh fitrah manusia yang sememangnya akan merasa takut bila melihat sesuatu yang terlalu hampir menyerupai manusia sedangkan benda itu adalah sebaliknya.

Video di bawah pulak mengenai robot yang dicipta oleh Hiroshi Ishiguro yang dicipta untuk kelihatan dan berperangai seperti dirinya. Looks creepy to me! Macamana dengan korang?



Apa2 pun Jepun mencipta robot dengan harapan dapat membantu manusia dalam menjalani kehidupan harian dan membantu dalam sektor pekerjaan dan perindustrian. Klik sini untuk maklumat lanjut. Tapi rasanya kita semua dah diracuni oleh idea2 yang datang dari negara2 barat yang mana robot dicipta untuk tujuan ketenteraan...betul tak? Sebab tu bila tengok robot yang macam manusia ni kita or at least aku, rasa terancam...takut kalau ia hanya akan membuat kacau dan membahayakan kita. Tapi, bila tengok Zettai Kareshi...aku rasa robot ni sebenarnya boleh jadi 'baik.' Nampak gaya fikiran aku sudah diracuni oleh Night Tenjo yang cute giler ni...muahaha...


Ok, back to reality...

Sunday, April 26, 2009

Brain Fart


Sungguh sadis tajuk entri aku ni ye. Pernah dengar ke perkataan brain fart ni? Apa dia brain fart? Pertama kali aku dengar perkataan brain fart ni beberapa tahun yang lepas...masa tu tengah layan Radio 4 (sekarang ni Traxx FM)...Macam kelakar pulak bila mendengarnya.

Aku cuba cari dalam laman web DBP apa terjemahan brain fart dalam bahasa melayu - dalam carian kamus tak ada, begitu juga dalam carian istilah. Jadi, terpaksalah aku terjemahkan sendiri mengikut sesuka hati aku (kids, don't try this at home). Brain fart ialah otak terkentut...atau kentutan otak (ada ke perkataan kentutan ni...suka2 hati aku je, eh?) Boleh terima? Boleh? Ok cantikkk...

Masakan otak kita boleh terkentut? Boleh...tapi bukan dengan cara mengeluarkan angin yang berbunyi seperti meriam buluh yang kemudian disertai dengan bau yang 'harum semerbak'...oh tidak sama sekali.

Dalam bahasa mudahnya brain fart ialah satu keadaan di mana kita melakukan kesilapan dalam menjalankan aktiviti2 atau kerja2 yang biasa kita lakukan. Contoh yang paling senang yang selalu terjadi pada aku ialah kadang2 aku belum lagi tekan butang enter aku dah pergi ke printer untuk collect printing. Itulah...banyak sangat printing. Hmmm...benda yang dibuat berulang2, ada masanya kita jadi terlupa atau hilang tumpuan yang membuatkan kita membuat kesilapan sebegitu.

Para penyelidik mengesyaki bahawa perkara ini terjadi disebabkan oleh otak kita cuba untuk memperlahankan keupayaan kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan/aktiviti. Bila otak dah terlalu banyak bekerja, maka kesilapan akan berlaku. Adakah itu tanda otak kita penat? Tak ada lagi penemuan yang boleh membuktikan lagi kenyataan tersebut.

Brain fart biasanya berlaku dengan pantas dan berakhir juga dengan pantas. Ia bukanlah suatu penyakit atau gangguan kesihatan tetapi suatu keadaan yang biasa dialami oleh setiap daripada kita. Jadi kalau satu hari anda terlambat datang ke pejabat...daripada anda gunakan alasan yang dah basi seperti jalan jam...apa kata anda beritahu bos anda bahawa anda baru saja mengalami brain fart kerana anda tersalah parking kereta di pejabat orang lain...errr...Siti R dah bagi ajaran sesat pulak...oh tidakkkk....