Monday, February 22, 2010

Orang Halimunan

Kau pernah menonton drama bersiri/filem Star Trek? Kalau ya, kau pasti tahu apa itu Klingon. Kalau tak, kau tanyalah kepada pakcik Google yang bijak bestari, ya. Bukan aku tak mahu memberitahu, aku cuma hendak menjimatkan sedikit masa aku (baca: malas); tak perlu menerangkan secara panjang lebar apa atau siapa makhluk Klingon tersebut. Yang aku nak beritahu di sini ialah, Klingon memiliki satu teknologi  yang pada pandangan rabun aku ni sangat hebat - fungsi Cloaking pada kapal angkasa mereka. Dengan mengaktifkan fungsi tersebut, mereka dapat menjadikan kapal angkasa mereka halimunan. Ya, halimunan.  How cool is that? 

Tapi itu fiksyen sains atau secara ringkasnya disebut sebagai sai-fai. Dalam dunia sebenar, dunia realiti bukan fantasi/sai-fai, bagaimana pula? Sebenarnya, usaha untuk menjadikan sesuatu benda itu halimunan sedang dijalankan dan sudahpun menampakkan hasil. Ya, sudah ada hasilnya! Kenapa? Tak percaya?

Kau kenal siapa David Smith? Aku pun tak kenal. Tak mengapalah. Menurut majalah Discovery Channel keluaran ketiga di mukasurat 58, David Smith ni  bekerja di Duke University, North Carolina. Tahu ke dekat mana ni? Aku pun tak tahu. Yang aku tahu dekat Amerika Syarikat (kenapa ya disebut Amerika Syarikat sedangkan ia sebuah negara, bukan syarikat? Kau tahu tak? Kalau tahu, bagilah aku tahu).

Kau tanya lagi siapa David Smith? Manalah aku tahu. Jawatannya pun tak dinyatakan di dalam majalah tersebut. Takkan tukang sapu pula? Rasanya bukan. Dia mungkin seorang saintis yang pakar dalam bidang fizik kerana dialah yang mengatakan untuk menjadikan sesuatu benda itu halimunan bukanlah sesuatu yang mustahil dan dia telah menemui caranya pada tahun 2006.

Apa? Kau nak tahu caranya? Baiklah, aku akan cuba terangkan mengikut kefahaman aku. Maafkan kalau ada salah dan silap. Aku bukan dari aliran sains tulen; hanya seorang bekas pelajar aliran perdagangan yang meminati sains (fiksyen). Bersedialah dengan bahasa berbaur sains tahap rendah aku ni...

Encik Smith menggunakan metamaterial (gabungan seramik, Teflon, komposit-komposit serat dan komponen-komponen logam yang terbenam dalam jaluran tembaga) untuk memesongkan cahaya di sekeliling objek lalu menjadikan ia halimunan dalam satu jarak gelombang tertentu. Apa yang Encik Smith buat  ialah dia menyediakan satu bekas berbentuk silinder yang terdiri daripada 10 gelungan memusat yang mengandungi metamaterial yang diletakkan mengelilingi satu objek. Apabila gelombang microwavelength ditujukan ke arahnya, ia akan 'menyaluti' seluruh objek tersebut lalu...ting! Objek itu hilang daripada pandangan. Hebat bukan?

...tapi ia tak sehebat satu rahsia yang aku hendak bocorkan di sini. Kau sudah bersedia untuk mendengar rahsia yang terhebat; lebih hebat daripada Secret Story? Sebelum itu, berjanjilah kepada aku. Jangan kau bocorkan rahsia ini kepada sesiapa pun terutama sekali kepada Encik Smith. Janji?

Baiklah. Memandangkan kau sudah berjanji, bersediakah kau untuk mendengarnya? Untuk pengetahuan kau, aku ialah seorang....jeng, jeng, jeng... 

...superhero. Kuasa aku? Aku boleh menjadikan diri aku halimunan...Ya, aku  ialah orang halimunan! Aku tak perlukan teknologi Cloaking atau Encik Smith untuk menjadikan diri aku halimunan. Itu semua mengarut! Aku ada teknologi aku sendiri yang masih menjadi rahsia yang akan terbongkar sedikit demi sedikit nanti. Jadi, teruskanlah pembacaan kau.

Lebih kurang sama seperti para superhero dalam siri Heroes, aku tidak sedar akan kebolehan luar biasa aku pada mulanya. Hanya setelah melalui beberapa peristiwa dan kejadian, barulah aku sedar betapa aku mempunyai kuasa luar biasa. Malangnya aku tidak dapat mengawalnya...ia berlaku bila-bila masa yang ia mahu dan hilang pada bila-bila masa ia mahu juga.

Antara kejadian yang begitu signifikan dan membuatkan aku sedar akan kuasa aku ni adalah semasa aku hendak membeli nasi lemak berdekatan dengan kawasan perumahan. Aku antara pelanggan yang dah lewat datang membeli. Nasi lemak sudah tinggal sikit sahaja lagi. Kakak yang menjual menganggarkan nasi lemak cukup untuk 3 orang lagi. Kalau ikut giliran, aku sepatutnya yang dapat dulu. Tapi kakak tu dahulukan orang yang di sebelah kanan aku. Aku tak syak apa-apa. Kemudian orang lain juga yang dapat dulu. Aku dah mula rasa tak sedap hati. Tinggal dua orang sahaja lagi...nasi lemak hanya cukup untuk seorang sahaja. Siapakah yang akan disingkirkan? Alhamdulillah, bukan aku. Kakak tu nyaris-nyaris hendak bertanya orang di sebelah aku dia mahu lauk apa, namun di saat-saat akhir dia menundukkan sedikit pandangan dan baru dia tersedar dan menuding jarinya ke arah aku, "Eh, adik ni dulu, kan?" Cepat-cepat aku mengangguk. "Mintak maaflah akak tak perasan tadi, orangnya kecik sangat," sambung kakak tu lagi. Aku tersenyum kelat. Kepada pelanggan seorang lagi, dia meminta maaf juga kerana nasi lemak sudah habis. Lega aku rasa. Mod halimunan aku tidak berpanjangan...kalau tak kebulur aku pagi tu yang sebenarnya dah nak masuk tengahari.

Yang terbaru - 2 hari lepas. Selepas acara baca@lrt, di kedai buku BookXcess, aku hendak bersalam dengan salah seorang orang kuat RAMFC. Namun salamku tak bersambut. Dia hanya memandang ke hadapan dan berbual-bual dengan salah seorang daripada kau orang; tidak langsung memandang ke bawah. Aku rasa aku sedang dalam mod halimunan...jadi aku pun buat tak tahu dan teruskan dengan aktiviti membelek buku-buku murah di tepi aku...

Sekarang kau dah tahu rahsia halimunan aku yang sebenar? Aku pun dah tahu. Tolong simpan rahsia ni sebaik-baiknya, ya.

15 comments:

AttOkz Dikulgai said...

Saya agak terharu untuk memulakan komentar pada entri kali ini. Pertamanya kerana mukadimahnya agak panjang untuk terus ditebak pada maksud yang mahu di angkat. Keduanya, saya dapat merasakan/berkongsi rasa dengan apa yang dilalui/hadapi oleh Mak ET. Dan terakhirnya, kerana kekuatan dan ketabahan diri untuk Mak ET lalui setiap perkara yang terjadi.

Tapi paling pasti, jangan jadikan isu rendah atau bertubuh kecil sebagai elemen inferiority complex dalam diri. Setiap kejadian yang Allah ciptakan, sudah pasti ada manfaat dan kelebihan.

Doa saya, agar Mak ET tidak lagi untuk terus berada dalam Mode Halimunan, kerana dalam beberapa aspek, mode itu tidak optimis. Sentiasa terus tabah, biarlah kecil..kerana kecil itu MOLEK.

* mewakili pihak RAMFC, saya mohon maaf atas ketidaksedaran 'orang kuat' RAMFC sewaktu Mak ET menghulurkan salam.

** penemuan David Smith sebenarnya telah lama di aplikasikan dalam ilmu kepahlawanan dan juga mereka yang mendalami Jalan Kerohanian. Mata kasar kita hanya dapat melihat secara 3-Dimensi, sedangkan beberapa dimensi yang lain tidak terlindung. Apabila cahaya dapat dipesongkan daripada 6-Dimensi diri, maka secara tidak langsung tertutuplah hijab penglihatan kasar kita.

*** Ehem~ mcm perasan juga situasi yang sama masa beberapa rakan sedang salam-menyalam, tapi macam tak nampak Mak ET yang tengah duduk di meja MCD!

**** Byk kelebihan Mak ET ni, antaranya, kalau beli kain pasang 4 meter, boleh dapat 2 pasang baju. Kalau masuk mana-mana entrence yang kena byr fee, boleh ckp aje Mak ET bwh umur..confirm dapat half-price! :P
Jangan tersinggung, sekadar bergurau...kita kawan kan kan kan?
Mak ET rawks!

Zaifulnizam Wagiran said...

Sedikit cerita tentang Encik Smith yang dimaksudkan ~ http://www.eurekalert.org/pub_releases/2009-01/du-ngc011309.php

Siti R said...

AttOkz: Perghh..komen nak sama panjang dgn entri...x bole jd ni. Lwn tokey, arr..

1. Jangan sedih2, saya ok. Anyway, thanks..really appreciate it.

2. Taklah..saya merayakan (celebrate?) perbezaan yg ada pada setiap orang...tapi yg biasa saya lihat ramai orang mahu orang lain sama dengan diri mereka..itu yg kadang2 membuatkan saya kecewa jugak...errr..apa saya merepek ni? Fhm ke? Hentam sajalah..

3. Seperti yg saya kata, saya x dpt kawal mode halimunan ni..huhu..

4. Saya nak dia sendiri minta maaf dgn saya! Haha...acah jer tu. It's ok..xyah minta maaf. I'm cool, bro.. (^_^)V

5. Owh..ye ke? Sy blaja benda baru lagi..terima kasih

6. A'ah...saya ingat saya sorang jer yg perasan..hihi..

7. Hek eh..yelah 2 pasang baju tp nak buat kain x cukup...apa kes?
Haha..byr 1/2 price penah terjadi 2 thn lepas. Sy dan famili kakak ke Tmn Mini Malaysia kat Ayer Keroh Melaka tu. Abg ipar saya dgn selamba beli tiket utk 2 dewasa dan 3 kanak2..save bajet dia..aihh..

8. Ya, saya tau. Saya memang rawks \m/(^_^)\m/

Zaifulnizam Wagiran: oit..org jowo...haha...Makasih, pak...

Kurma said...

kahkah.. sekali pandang ingatkan orang lain yang komen ..

Mak ET biar halimunan asal rawks. Entah-entah orang kuat RAMFC tu AttOkz haha.. spekulasiiiiii...

Mode halimunan bukan applicable untuk orang molek sahaja. Orang gedi macam aku pun masih ada mode halimunan. Samada mode itu auto atau manual sahaja.

Walau bagaimanapun, kita kena cuba tidak on mode halimunan secara manual untuk mengelakkan mode itu on secara auto.. ada pahamkah?

Siti R said...

Kurma: Iskh..bukan..mana boleh salam dengan AttOkz. Jgn buat spekulasi :P

Errr...garu kepala juga aku nak memahaminya..tapi setelah dibaca 2, 3 kali aku rasa aku dah faham.

Kurma said...

ooh.. kepala aku membayangkan menghulurkan salam tu bagi salam "assalamualaikum" camtu :P

Siti R said...

Itu memberi salam...x gitu?

Kurma said...

huh sah aku kena buka balik buku tatabahasa..

Siti R said...

sila..sila..

AttOkz Dikulgai said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Siti R said...
This comment has been removed by the author.
AttOkz Dikulgai said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Siti R said...
This comment has been removed by the author.
AttOkz Dikulgai said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Siti R said...
This comment has been removed by the author.