Showing posts with label Islam/Religion. Show all posts
Showing posts with label Islam/Religion. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

Khas untuk Peminat Liverpool

Tengah hari tadi saya menonton sebuah dokumentari pendek di TV AlHijrah (rancangan bermula sebaik sahaja selepas azan Zohor) berkenaan sukan/riadah yang merupakan salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW. Saya tertarik dengan salah satu kisah yang diceritakan dalam rancangan tersebut.

Teruja sungguh saya hendak berkongsi kisah tersebut di sini khasnya kepada peminat-peminat Liverpool yang mungkin sedang berdukacita atau sedang menerima kutukan-kutukan daripada para peminat kelab bolasepak yang lain.

Baik. Saya ceritakan semula kisah tersebut di sini; mengikut apa yang saya ingat. Maklumlah saya tidak mencatatnya, hanya mengingatinya dalam kepala. Jadi jika ada salah dan silap harap maafkan saya di hari terakhir Syawal ini.

Kisahnya, Nabi Muhammad SAW ada membela seekor unta (ada disebut namanya tetapi tidak berapa ingat pula) yang sering dibawa berlumba. Unta baginda itu tidak pernah kalah dalam mana-mana pertandingan yang disertai.

Sehinggalah pada suatu hari, unta Nabi Muhammad SAW itu berlumba dengan seekor unta yang lebih muda yang dimiliki oleh seorang lelaki Badwi. Untuk pertama kali, unta baginda dikalahkan oleh unta lelaki Badwi tersebut.

Sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW semuanya berasa sedih atas kekalahan untanya itu. Masing-masing seperti tidak dapat menerima kenyataan yang sungguh pahit untuk ditelan itu. Mana mungkin unta baginda boleh kalah?

Tetapi Nabi Muhammad SAW menasihati sahabat-sahabat baginda agar tidak berasa sedih sebaliknya bergembira menerima kekalahan tersebut.

Biasalah. Ada masa kita menang, ada masa kita kalah. Biar bagaimana hebat pun kita, pasti ada masa kita akan kalah juga. Jadi terimalah kekalahan itu dengan perasaan gembira.

Apa yang penting? Semangat kesukanan (mungkin juga semangat kesunanan? Eh?)

Oleh itu kepada peminat-peminat Liverpool di luar sana. Bergembiralah. Hari-hari yang telah berlalu ini kita sekadar kalah atau seri sahaja. Hari-hari mendatang, siapa tahu? Lagipun kita sudah ada sejarah yang boleh dibanggakan. Semoga roda kegemilangan Liverpool akan naik semula. Segala-galanya mungkin dalam bolasepak. Ecece...

YNWA.

Nota: Banyak pula saya menulis tentang Liverpool semenjak dua menjak ini.

Nota 2: Kisah di atas mengikut garapan saya sendiri. Jadi, pasti ada banyak kekurangan daripada cerita sebenar yang lebih lengkap dan sedap didengar walaupun dalam bahasa Arab.

Monday, August 27, 2012

Umrah Ramadan: Pengalaman yang 'Menyeramkan'

Malam itu malam terakhir kami di bumi Madinah. Jadi, untuk kelainan kami semua bersepakat untuk menunaikan solat terawikh di laman foyer Masjid Nabawi.

Cuaca - seperti biasa - panas dan kering walaupun di waktu malam. Cuma kekadang angin akan bertiup sepoi-sepoi bahasa bagi mendinginkan tubuh kami yang sedang bersolat.

Setelah beberapa rakaat menunaikan solat, saya makin terasa panas di tapak kaki terutama sekali yang di sebelah kanan. Lapisan plastik biru yang dijadikan alas tidak berjaya mengurangkan kepanasan kaki. Sehingga sampai pada satu tahap saya terpaksa menjengketkan kaki sekali sekala untuk menghilangkan kepanasan yang dirasa.

Akibat tidak tahan, mungkin terlintas di fikiran saya (yang waktu itu masih sedang bersolat), atau mungkin juga merintih, "Ya Allah...tak tertahan rasa panas di tapak kaki ini. Alangkah bagus jika rasa panas ini bertukar kepada sejuk."

Rasanya tidak sampai seminit, apabila tiba-tiba tapak kaki kanan saya terasa sejuk dan nyaman. Terus terang saya rasa darah saya berderau. Mana mungkin 'permintaan' saya dimakbulkan dalam 'sekelip mata'? Betulkah apa yang saya rasa?

Usai memberi salam, terus saya periksa tapak kaki. Basah. Rupa-rupanya ada air zam-zam yang tertumpah lalu mengenai tapak kaki saya. Punca air daripada cawan seorang jemaah yang berada di saf belakang saya. Bukan betul-betul di belakang, tetapi dia berada di sebelah kiri belakang saya. Kalau diikutkan logik, air zam-zam yang tertumpah itu pasti akan mengalir ke hadapan kerana cawan yang tumbang menghadap ke depan. Tetapi air yang tumpah melencong ke kanan (agak jauh juga arah aliran air), lalu membasahi tapak kaki kanan saya.

Meremang bulu roma saya dibuatnya. Namun dalam hati tetap mengucapkan rasa syukur.

Peristiwa tersebut menambahkan keyakinan saya bahawa benarlah di Tanah Suci ini, segalanya diberikan atau dibalas secara 'tunai.'

Sunday, August 12, 2012

Umrah Ramadan: Puasa yang Panjang

Pejam celik, pejam celik...diam tak diam...kita sudah memasuki fasa terakhir bulan Ramadan. Semoga segala amalan kita walaupun sedikit akan diterima Allah hendaknya.

Setiap kali datangnya bulan Ramadan, saya selalu teringatkan pengalaman berpuasa untuk tempoh yang panjang lebih kurang 5 tahun yang lepas. Selalunya memori ini disimpan dalam hati (ewah, bahasa...) tetapi kali ini saya ingin mengongsinya dengan khalayak umum.

Ramadan 1428 bersamaan September 2007, saya dan Chik antara hamba-hamba Allah yang bertuah mendapat panggilan-Nya untuk mengerjakan umrah.

Pada hari ketiga umat Islam di Malaysia menunaikan ibadat puasa, kami berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah. Sebelum berangkat kami diberitahu oleh pegawai yang mengendalikan pakej umrah bahawa atas masalah teknikal, kami akan terpisah dengan mahram tumpang kami. Waktu penerbangan kami adalah seperti yang dijadualkan iaitu pada pukul 12:45 tengah hari. Manakala mahram tumpang kami dan beberapa orang ahli jemaah lain hanya akan berangkat pada petang nanti iaitu lebih kurang pada pukul 4:00 petang.

Pegawai tadi meminta kami menunggu mahram tumpang di kaunter Imigresen apabila kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah nanti. Itu bermakna kami perlu menunggu lebih kurang 5 hingga 6 jam sebelum kami boleh check-in bersama-sama mahram tumpang kami. Ya, Allah...belum pun menjejakkan kaki ke Tanah Suci kami sudah diuji sebegini. Apalah nasib. Namun begitu, kami tetap redha.

Sambil memandang wajah saya yang suci ini pegawai tadi bertanya, "Kenapa? Takut?"

Eh, adakah wajah suci saya telah mula menunjukkan garis-garis ketakutan? Is it too obvious? Saya bukannya takut apa...takut mengenangkan bagaimana keadaan di Tanah Suci nanti. Maklumlah di sana nanti dengar katanya segala benda akan dibalas secara 'tunai'...saya ini bukanlah seorang perempuan yang alim lagi solehah. Takut, memang takut. Ini bukan kembara yang biasa-biasa. Ini lebih kepada kembara spiritual!

Tetapi sebagai seorang yang boleh tahan tinggi juga egonya saya menjawab, "Eh, tak adalah. Mana ada takut..biasa je."

Maka, pada tengah hari itu kami pun berangkat menaiki penerbangan bersama-sama dengan ahli jemaah yang sama waktu penerbangannya dengan kami.

Beberapa jam dalam penerbangan...

Lebih kurang hampir waktu berbuka di Malaysia, para pramugara dan pramugari kelihatan sibuk menghidangkan makanan kepada para jemaah umrah. Bau makanan begitu menyucuk-nyucuk ke dalam lubang hidung saya. Perut pula sedang mendendangkan nasyid. Tetapi dalam hati masih ragu-ragu dan tertanya-tanya bolehkah saya berbuka puasa sekarang?

Salah seorang ahli jemaah - yang gayanya seperti seorang ustaz - yang satu rombongan dengan kami kelihatan sedang berlegar-legar di sekitar tempat duduk ahli rombongan sambil menegur agar kami tidak berbuka puasa pada waktu itu. Katanya belum sampai waktu lagi kerana langit masih cerah. Saya melontarkan pandangan ke luar tingkap. Memang langit kelihatan terang benderang.

Semasa kursus umrah yang saya dan Chik ikuti sebelum memulakan perjalanan, Ustaz Daud Che Ngah juga ada berpesan agar kami teruskan berpuasa sekiranya semasa dalam penerbangan nanti langit masih cerah. Lagipun pengertian puasa itu sendiri sudah jelas lagi bersuluh; menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Namun katanya nanti kami sudah termasuk dalam golongan musafir. Dan selayaknya sebagai musafir, kami dibolehkan untuk berbuka puasa dan wajib menggantikannya nanti.

Chik begitu bertegas hendak meneruskan puasa walaupun makanan kami sudah terhidang di hadapan mata. Saya pula masih di persimpangan dilema - antara hendak berbuka dengan tidak. Seorang makcik yang duduk di barisan kerusi tengah dan kerusinya bersebelahan dengan Chik (kerusi mereka hanya dipisahkan oleh aisle), beria-ia cuba mengajak kami berbuka sambil mulutnya sudah mengunyah makanan. Walaupun sedikit tergugat, namun akhirnya saya mengambil keputusan untuk meneruskan puasa bersama-sama dengan Chik. Makanan yang dihidang tadi kami simpan supaya boleh dibuat santapan berbuka apabila sampai di Jeddah nanti.

Lebih kurang pukul 10:00 malam waktu Malaysia (lebih kurang pukul 6:00 petang waktu tempatan), kami akhirnya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah.

Seperti yang dipesan oleh pegawai pengendali pakej umrah semasa di Malaysia tadi, saya dan Chik tidak beratur sebagaimana ahli rombongan yang lain untuk pemeriksaan imigresen. Saya melihat sahaja barisan jemaah yang sedang beratur di hadapan kaunter imigresen. Sayu mula terasa...

Ini tidak boleh jadi!

Chik dan saya berpakat untuk bertanya kepada mana-mana ahli rombongan lelaki yang sudi menjadi mahram tumpang kami secara bidan terjun. Namun hampa kerana tiada seorang pun yang mahu menolong, termasuklah seorang jemaah yang gayanya seperti seorang ustaz tadi. Cheh! Hati saya hampir mengelegak. Sudahlah perut lapar, kaki pula sudah mula mengigil. Namun saya sabarkan sahaja. Ini mungkin ujian Allah untuk kami berdua.

Tiba-tiba saya mendapat idea. Kepada Chik saya bentangkan idea tersebut, "Chik, apa kata kita cuba check-in juga. Kita pergi kaunter sama-sama. Mana tau boleh lepas."

Chik terus sahaja bersetuju dengan cadangan saya itu. Maka, kami sama-sama beratur di belakang barisan jemaah lain yang sudah semakin surut.

Akhirnya tiba giliran kami. Kami sama-sama melangkah menuju ke kaunter imigresen. Secara serentak kami hulurkan pasport kepada pegawai imigresen yang duduk di belakang kaunter. Wajahnya begitu serius sekali. Terasa hilang sedikit ketampanan beliau dek kerana wajahnya yang serius itu.

Beliau memandang kami dengan pandangan yang tajam. Seolah-olah mahu menelan kami berdua. Saya cuba berlagak tenang. Kemudian beliau bersuara, "Mahram! Mahram!"

Erk! Saya pandang Chik, Chik pandang saya. Nampaknya beliau mahu tahu di mana mahram kami. Secara jujur kami beritahu (semestinya dalam bahasa Inggeris) bahawa kami terpisah daripada mahram kami yang ketika itu masih dalam penerbangan menuju ke Jeddah. Namun beliau masih juga mengulang-ulang perkataan mahram kepada kami. Berulang-ulang kali juga kami beritahu bahawa mahram kami masih dalam penerbangan. Pada waktu itu timbul rasa kesal dalam diri saya kenapalah saya tidak belajar bahasa Arab secara betul-betul semasa belajar di sekolah agama dulu.

Tetapi bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Memang tidak berguna langsung. Kami tetap tidak dapat menyampaikan apa masalah kami kepada beliau. Terang-terang si pegawai imigresen tidak tahu berbahasa Inggeris. Yang beliau tahu hanya mengulang perkataan mahram yang diucap dengan suara yang tinggi. Rasanya kalau saya ini burung unta, mahu sahaja saya berlari-lari ke luar bangunan dan sorokkan muka ke dalam tanah. Rasa mahu menangis ada juga. Rasa mahu marah diri sendiri pun ada juga - siapa suruh degil sangat tidak mahu dengar pesan pegawai di Malaysia tadi.

Dalam kami menadah telinga mendengar 'bebelan' pegawai imigresen tersebut, tiba-tiba datang seorang lagi pegawai imigresen menuju ke arah kami berdua. Dengan senyuman manis beliau memperkenalkan diri sebagai pegawai atasan di situ dan bertanya apa masalah kami berdua. Syukurlah beliau boleh berbahasa Inggeris. Untuk ke sekian kali, kami jelaskan situasi yang sedang kami hadapi. Namun, walaupun sedang tersenyum manis, beliau tetap nyatakan bahawa sudah menjadi peraturan wanita perlu datang bersama dengan mahram. Kami masih lagi cuba memujuk beliau agar 'melepaskan' kami. Tidak lupa kami membuat muka kasihan.

Mungkin juga kerana kasihan, tiba-tiba beliau bertanya kami datang dari mana. Hampir serentak kami jawab, "Malaysia."

Daripada senyum kasihan wajahnya berubah menjadi lebih ceria, "Oh, Malaysia! Malaysia OK." Lalu dia bercakap dengan pegawai imigresen di belakang kaunter dalam bahasa Arab.

Beliau jelaskan bahawa kami boleh check-in terus sambil memuji-muji betapa bagusnya orang Malaysia. Saya pula terasa seperti sedang bermimpi. Benarkah kami boleh check-in? Ya, Allah...syukur! Syukur dapat check-in tanpa mahram. Syukur kerana saya dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.

Waktu itu barulah saya dapat rasakan betapa bangganya saya menjadi rakyat Malaysia. Terharu sungguh!

Selesai urusan imigresen, kami keluar ke bahagian bagasi. Sedih sungguh saya melihat beg kami berdua yang sudah diturunkan dari conveyor belt. Kelihatan begitu terasing sekali. Syukurlah beg kami tidak hilang. Saya hanya boleh mengucapkan terima kasih dalam hati kepada sesiapa yang telah membantu menurunkan beg kami itu.

Setelah mengambil beg, kami berkumpul bersama-sama dengan ahli jemaah yang lain. Nasib baik kami sempat catch-up dengan mereka. Mereka pula masih menunggu mutawif datang menjemput. Dan elok-elok sahaja kami berkumpul bersama mereka, kedengaran bunyi azan menandakan telah masuknya waktu Maghrib dan sekaligus waktu berbuka puasa. Tiada apa yang menggembirakan hati orang yang berpuasa melainkan apabila tibanya waktu berbuka. Saya tidak tahu Chik bagaimana, tetapi pada waktu itu saya memang berasa sangat gembira - setelah hampir 18 jam berpuasa...

Sunday, April 01, 2012

Wawasan 2020

Kalau saya tanya apa itu Wawasan 2020, pasti ramai yang boleh menjawabnya, bukan? Kalau saya tanya apakah matlamat Wawasan 2020 pula, agak-agaknya ada sesiapa yang dapat menjawabnya atau tidak, ya? Kalau tanya saya, sudah tentulah saya tidak dapat menjawabnya jika tidak merujuk kepada mana-mana sumber, contohnya seperti di Wikipedia ini.

Sebenarnya saya bukanlah hendak memperkatakan tentang Wawasan 2020 sebuah negara Malaysia ini. Tetapi saya hanya hendak berkongsi Wawasan 2020 seorang Siti R.

Apa? Siti R ada Wawasan 2020?

Ya. Tentulah ada.

Wawasan 2020 saya adalah mahu menyempurnakan rukun Islam yang kelima iaitu mengerjakan haji di Makkah. Matlamat saya sudah tentulah hendak mendapatkan haji yang mabrur.

Saya baharu menyemak semula pendaftaran haji yang dibuat pada tahun 2008 untuk melihat kembali tahun giliran saya mengerjakan haji. Tahun yang tercatat adalah 1441H yang bersamaan dengan tahun 2020 (wah...baharu saya perasan kombinasi kedua-dua tahun sangat cantik). Insya-Allah.

Bertuahnya dapat mengerjakan haji pada tahun Malaysia menjadi sebuah negara maju. Saya terfikir adakah saya dan jamaah yang lain akan dibawa ke tanah suci dengan menaiki kapal terbang supersonik komersial nanti? Atau lebih hebat daripada itu? Wawawa! Ada 8 tahun lagi untuk mengetahuinya.

Nota: Sebab sebenar saya menyemak semula adalah kerana saya sedang menimbang-nimbang kemungkinan untuk membuat rayuan supaya giliran saya dipercepatkan. Bolehkah agaknya? Kalau tidak boleh, terpaksalah saya menunggu selama 8 tahun sehingga tiba giliran saya. Namun hati ini seperti sedang meronta-ronta..

Friday, November 04, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada sanak saudara, handai taulan, dan juga para pelawat yang tersesat ke blog saya yang tidak seberapa ini.

Sempena hari raya ini saya ingin menghidangkan rakaman video suasana haji live dari Makkah untuk tontonan kita bersama.

Selamat menikmati!

** Jika mahu menontonnya secara terus dari You Tube, ini pautannya: hajjlive's Channel

Friday, December 31, 2010

Malam Tadi Ku Bermimpi

Pelik betul mimpi malam tadi. Saya teringin makan nasi tomato. Lalu saya masuk ke dalam sebuah bangunan. Saya turun ke tingkat bawah bangunan dengan menggunakan eskalator. Semasa turun saya merasakan seperti berada di negara Turki. Entah mengapa? Mungkin saya ternampak kelibat beberapa orang perempuan berkulit putih dan berambut perang yang sedang bertutur dalam Bahasa Turki di tingkat bawah.

Tingkat bawah bercat putih keseluruhannya. Terasa begitu moden sekali. Di hadapan saya, di sebelah kanan ada dinding separuh...mungkin di belakang dinding ada satu bilik/kaunter. Manakala di sebelah kiri ada laluan untuk terus masuk ke dalam bangunan. Di bahagian atas dinding sebelah kanan itu ada sebuah TV LCD/Plasma yang sedang menayangkan sebuah video klip.

Video klip tersebutlah yang agak pelik, yang membuatkan saya tertanya-tanya (dalam mimpi dan dalam jaga). Kelihatan Will Smith sedang menyanyikan sebuah lagu Rap...mungkin lagu terbaharu beliau. Apa yang agak mengejutkan saya adalah lirik lagu beliau berunsur keIslaman. Bukan sahaja lirik, tetapi setelah video memaparkan muka Will Smith...ia beralih pula memaparkan animasi perkataan-perkataan seperti Allah, Alhamdulillah (ada lain-lain tetapi tidak pula saya ingat) dalam tulisan Jawi yang bercahaya-cahaya dan berwarna hijau.

Kemudian saya terjaga. Adakah benar mimpi saya atau sekadar mainan tidur? Saya mengharapkan perkara ini benar. Saya gembira kalau Will Smith benar-benar sudah memeluk Islam kerana dia merupakan seorang Penyanyi dan Pelakon Hollywood yang hampir tiada kontroversi atau dilanda gosip liar. Lagipun dia pernah berlakon menjadi peninju legenda Muhammad Ali dalam filem "Ali" pada tahun 2001.

Agak malanglah jika ini cuma mainan tidur...hmmm...

Tuesday, November 16, 2010

I Also Want To Seek The Truth

Sekarang ini hangat betul kisah "cinta syyhh" di antara Uncleseekers dengan seorang bekas permaisuri, ya. Terlalu hangat sehingga pada tengahari tadi rakan sepejabatku berpesan supaya aku membaca pengakuan  yang dibuat oleh Uncleseekers di blog beliau.

Tetapi daripada melayan kisah "cinta syyhh" Uncleseekers yang entah apa-apa (walaupun aku dah baca kisah cintanya sampai yang terkini - part 6...To seek the truth lah, katakan. Kahkahkah!), baik layan artikel terbaharu di blog fiwdaus yang sangat menarik dan banyak kebenarannya pada pendapat aku. Tajuk artikel - Makan, termakan dan cari makan. Selain mendapat manfaat, dapat juga melayan gambar-gambar kucing yang comel-comel belaka (one of the reasons I like this blog) - orang kata sambil menyelam minum air.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Saturday, October 30, 2010

Haji Muda

Malam ini rasa terpanggil untuk menyemak tahun aku layak menunaikan haji. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab episod Majalah 3 pada malam ini memaparkan tentang pengurusan haji di Kompleks Haji Kelana Jaya.

Rasanya sudah 2 tahun aku membuat pendaftaran haji secara online. Mungkin itu yang menyebabkan aku lupa tahun bila aku layak menunaikan haji. Hasilnya agak mendukacitakan juga. Tahun layak adalah pada 1441H bersamaan tahun 2020 Masihi. Alamak! Sepuluh tahun lagi...sudah tua daa... T___T

Bayangkan, aku daftar lebih kurang 2 tahun lepas dan hanya layak berbelas tahun kemudian. Orang yang mendaftar pada tahun ini pula bagaimana, ya? Oh ya! Ada seorang staf di pejabat yang mendaftar pada tahun ini. Kalau tak silap aku, katanya dia hanya layak menunaikan haji pada tahun 1445H (tahun Masihi kira sendirilah). OMG! Betapa ramainya yang sedang tunggu giliran sekarang!

Kalau nak potong queue, kenalah berusaha mengumpul wang sehingga cukup dalam akaun Tabung Haji, kan? Tapi buku akaun aku sudah setahun tidak dikemaskini. Jadi, aku kurang pasti berapa simpanan sebenar. Setiap bulan memang ada buat potongan gaji. Hendak semak akaun pula tidak tahu di mana. Sekitar tempat kerja aku rasanya tiada pejabat Tabung Haji. Di mana aku boleh kemaskini buku akaun selain di pejabat Tabung Haji? Pejabat Pos? Bank? Ermmm...

Apa-apapun, diharapkan janganlah sampai aku kena tunggu sepuluh tahun baharu akan dijemput oleh-Nya untuk menunaikan haji. Tetapi layakkah aku pada 'pandangan' Dia? Fikir-fikirkanlah wahai Siti R...     

Sunday, August 15, 2010

Cerita Ramadan I

Setiap kali tiba bulan Ramadan aku mesti teringatkan Samdol (bukan nama sebenar), bekas staf yang bekerja satu department dengan aku dulu. Dia berketurunan Sikh tetapi sangat baik dengan kebanyakan staf Melayu.

Aku pula memang kamceng dengan Samdol. Dia aku anggap seperti seorang abang, maka aku memanggilnya sebagai Abang. Ada sahaja cerita yang dia kongsikan dengan aku; tidak kisahlah yang berkaitan dengan kerja atau yang berbentuk personal dan aku pula sentiasa menjadi pendengarnya yang setia. 

Pada suatu hari di bulan Ramadan yang aku tidak ingat tahun bila, dia pulang dari makan tengahari dengan berwajah muram. Hairan juga aku rasa. Dalam kehairanan aku beritahu dia supaya return call Dogol (bukan nama sebenar). Dia angguk dan terus menelefon. Telefon Dogol barangkali. Selepas meletak gagang telefon, wajahnya daripada muram bertukar menjadi seperti wajah orang yang sedang dalam keadaan disgusted.

Susah hati juga apabila melihat dia begitu. Sebagai seorang adik yang busybody prihatin aku bertanya, "Kau kenapa, Bang?"

Dia pandang aku sekilas. Lepas tu dia pandang PCnya kembali. Lepas tu dia menggeleng-gelengkan kepalanya sambil mengepal-ngepal tangannya. Apabila dia memandang aku kembali, aku mengangkat kening sebagai isyarat bertanya kenapa. Dia pula mengisyaratkan tangannya kepada aku untuk datang ke mejanya. Meja kami bersebelahan sahaja. Jadi apabila dia sudah mengisyaratkan begitu, aku terus sahaja pergi ke sana; seperti biasa menonggeng di mejanya jika ada gossip sesuatu perkara penting yang hendak disampaikan.

Dengan suara yang perlahan takut ada orang dengar - maklumlah bulan puasa ramai yang tidak keluar dari pejabat pada waktu tengahari - dia memulakan cerita. Bla, bla, bla, bla dia bercerita. Siap dengan gaya tangan...siap dengan ekspresi muka. Habis mendengar cerita, aku balik semula ke tempatku dengan perasaan malu yang amat.

Mananya tak malu. Samdol kata dia fed up. Fed up dengan siapa? Dengan Dogollah...sudahlah tak puasa, lepas tu suruh dia belikan makanan di kedai mamak. Sudahlah suruh belikan makanan, dia minta Samdol guna duit dia sendiri dulu. Dia call tadi pun sebab nak tanya berapa harga makanan kerana semasa Samdol deliver bungkusan makanan tadi di basement (tempat filing yang biasa menjadi medan lepak budak-budak lelaki), dia tiada di situ. "Tak tahu malu punya orang," kata Samdol. Samdol kata bukan Dogol sahaja, malah salah seorang daripada orang atasan pun pernah meminta dia belikan makanan kerana tidak berpuasa. Dan dia sangat tidak senang dipergunakan begitu. Cuma memikirkan mereka ini kawan dan juga sebab hormatkan orang atasan yang membuatkan dia tetap menolong mereka.

Sungguh-sungguh aku tidak sangka, buah cempedak menjadi nangka. Eh, apa kena-mengenanya buah cempedak dengan nangka dalam cerita ini? Tiada apa-apa kaitan pun. Baiklah berbalik kepada cerita...aku memang malu...malu kerana saudara seagama aku sanggup mempergunakan seorang non-muslim untuk kepentingan perut diri sendiri. Tiadakah rasa malu dalam hati mereka? Aku sebagai perempuan dan ada masa diberi kelonggaran untuk tidak berpuasa pun tidak tergamak hendak melakukan perkara yang sama; masih tetap berpuasa seperti orang lain, tau.

Dalam pada aku duduk mengelamun memikirkan hal Dogol, tidak lama selepas itu dia datang ke tempat kami. Aku pandang dia sambil tersenyum, dia pula macam mahu mengelak tapi tak sempat lalu dia pun tersenyum...tapi macam senyum yang dibuat-buat. Dia ke meja Samdol...sambil sedaya upaya membelakangkan badannya daripada aku. Aku tidak berapa dapat menangkap perbualan ringkas mereka tetapi daripada gesture badannya aku rasa seperti dia sedang melakukan transaksi dengan Samdol (bayar hutang makanan tadilah tu).

Sebaik sahaja Dogol berlalu, Samdol memandang aku. "Tengoklah tu, tak malu," sambil tangannya menunjuk ke arah Dogol.

Aku senyum kambing. Dalam hati berkata nasib baiklah hubungan kami tak menjadi. Syukur.

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

Petang itu semasa sedang belajar matapelajaran Tauhid, Cikgu Awang yang ditakuti dihormati mula menyoal pelajar-pelajarnya akan sifat-sifat Allah yang 20 beserta dengan maknanya sekali. Sesiapa yang tak dapat menjawab dengan betul atau tidak tahu jawapan, akan didenda berdiri sehingga habis waktu belajar matapelajaran Tauhid. Soalan pula ditanya tidak mengikut turutan daripada sifat yang pertama hingga yang ke 20.

Untuk sifat yang keempat, Cikgu Awang menyoal aku. Terpaksa aku mengingat daripada sifat yang pertama hingga yang ketiga. Dalam hati mengingat-ingat...Wujud, Kidam, Baqa'... 

"Mukhalafatuhu lilhawadith, cikgu. Bersalah-salahan Allah dengan segala yang baru," jawabku dengan penuh yakin.

Cikgu Awang menyengih sambil menyuruh aku duduk. Gembira agaknya dia dengan jawapan betul aku kerana dah beberapa orang rakan sekelas yang lain gagal menjawab. Akibatnya mereka tidak dibenarkan duduk.

Setelah puas mendera menyoal, Cikgu Awang terus menyambung pengajarannya pada hari itu. Kali ini dia bercerita tentang sifat-sifat Nabi Muhammad SAW pula. Dia juga ada bercerita sebab musabab kenapa nabi-nabi dan rasul-rasul diutus daripada kalangan manusia; bukan daripada kalangan jin atau malaikat. Kalau dikira daripada logik akal atau dalil aqli, nabi-nabi daripada kalangan manusia sudah tentunya  sifat dan fe'elnya sama dengan manusia yang lain. Mereka juga makan, minum, tidur, berkahwin (sebut saja pasal kahwin, budak-budak lelaki mula mengekek-ngekek ketawa...yang perempuan pula tersipu-sipu. Padahal semua baru 10 - 11 tahun) dan sebagainya; cuma sifat mereka jauh lebih baik daripada manusia biasa. Kalau nabi-nabi dan rasul-rasul diutuskan daripada kalangan jin atau malaikat, sudah tentunya bersalahan dengan sifat manusia. Silap haribulan manusia jadi takut pula dengan mereka.

Habis mengajar, Cikgu Awang mengemukakan soalan terulung sebelum dia menamatkan kelas. Soalannya berbunyi begini. Kenapa Nabi Muhammad SAW diutus menjadi rasul?

Sekali dengar, macam susah nak jawab soalan tu. Mungkin ada kena mengena dengan sifat-sifat yang ada pada para Nabi - Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatanah...Aku tengok muka masing-masing tegang terutama sekali mereka yang belum kena soal masa awal-awal tadi. Aku masih boleh rileks sebab sudah disoal tadi...jadi aku sudah ada imuniti...hahaha...

Kemudian aku menjadi bertambah rileks apabila aku rasa aku sudah menemukan jawapan kepada soalan penuh muslihat yang diberikan oleh cikgu. Seorang demi seorang kena soal. Belum ada yang dapat memberikan jawapan yang betul. Maknanya seorang demi seorang kena berdiri.

Akhirnya yang tinggal beberapa orang pelajar yang boleh dikira sebagai top students dalam kelas. Salah seorangnya, Mamat (pesaing terdekat aku...hehe...) dan kakaknya Shidah (yang duduk sebelah aku). Semasa cikgu menyoal Mamat, aku menoleh ke arahnya yang duduk di meja tengah di sebelah belakang (aku dan kak Shidah duduk di meja tepi barisan hadapan). Hendak ditolong, tetapi Cikgu Awang dah berdehem-dehem sambil memberi amaran tak ada sesiapa dibenarkan menolong kawan-kawan yang lain. Mamat mengalah...dia kata dia tak tahu jawapannya. Mamat tak dapat jawab soalan cikgu? Rasa macam tak percaya...

Sekarang yang tinggal cuma kak Shidah dan aku. Yang lain-lain semuanya kena berdiri akibat tidak menjawab dengan tepat. Yang memang telah sedia berdiri sebelum tu pun masih kena berdiri kerana mereka juga tidak dapat menjawab soalan tersebut. Kak Shidah resah gelisah kerana  dah tahu selepas ini pasti giliran dia kerana dia belum kena soal lagi. Dia menguis-nguis lengan aku apabila namanya dipanggil cikgu. Cikgu nampak. Dia menjegilkan matanya pada aku yang tengah tersengih-sengih macam kerang busuk. Kak Shidah juga tersengih-sengih sambil tertoleh-toleh ke arah aku.

"Apa jawapan dia?" tanya cikgu Awang sekali lagi. Kak Shidah kata dia tak tahu. Cikgu pandang satu kelas. Nampaknya satu kelas sudah berdiri kecuali aku.

Cikgu Awang pandang aku. Memandangkan semua tak boleh jawab, terpaksalah cikgu tanya aku juga walaupun aku sudah ada imuniti. Cikgu mengulang soalannya kepadaku sekali lagi, "Kenapa Nabi Muhammad SAW diutus menjadi rasul?"

Aku pun menjawab soalan cikgu seperti yang terlintas dalam fikiran aku beberapa ketika selepas dia mula-mula menyoal tadi.

Kalau tadi muka dia garang, kali ni cikgu tersenyum.

"Haaa...betulll...dudukkk..."

Sekali lagi aku selamat...hahaha...Budak-budak yang lain ada yang mengeluh, ada yang tepuk dahi, ada yang tertawa kecil. Ada yang berkata, "Laaa...itu ke jawapannya?"

Macam mana? Tahukah kawan-kawan apa jawapannya? Nak cuba jawab? Kalau betul, kawan-kawan akan mendapat sesuatu...

Salam Maulidur Rasul...

Sunday, October 04, 2009

Cerita Sensasi Lagi Menyangsikan

Sebelum aku mula menulis dalam blog, aku sebenarnya rajin juga menulis secara manual...tulis jurnal. Malam ni aku rasa macam nak berkongsi salah satu daripada entri yang aku buat dalam salah satu jurnal aku tu. Ia boleh dikatakan sebagai salah satu pengalaman pelik yang pernah aku alami. Pada pendapat aku la...mungkin pendapat korang takde apa yang peliknya pengalaman aku ni. Tapi apa yang pasti, ia sering membuatkan aku tertanya-tanya setiap kali aku membacanya.

Baiklah, tanpa membuang masa aku salin balik sebijik-sebijik macam yang aku tulis dalam jurnal tu (maklumlah nak copy and paste
tak boleh...huhu...). Maaflah kalau cara penceritaan kurang menarik...maklumlah aku ni tak pandai bercerita dan tak pernah terfikir pun nak berkongsi dengan sesiapa, cuma untuk bacaan sendiri kononnya.

Tarikh jurnal ialah 16/6/2006...

Petang tadi masa aku balik, berlaku suatu perkara yang aku tak sangka-sangka akan terjadi. Pelik...itulah yang boleh aku katakan tentang apa yang telah terjadi.

Ceritanya macam ni. Petang tadi aku balik dari kerja ingat nak balik naik bas SJ. Tapi bila aku sampai aje kat port biasa bas tu...tak ada satu pun bas SJ yang aku nampak. Kecewa jugak...tak dapat aku nak save RM0.80 lagi (nota tangan kanan: tambang bas SJ lebih murah berbanding dengan tambang bas Metro...heheh)...kena naik bas metro nampak gayanya.

So
, aku pun berjalan ke bus stop depan Bangkok Bank. Tak jauh pun daripada tempat menunggu bas SJ yang terletak kat tepi Bangkok Bank tu.

Masa aku berjalan ke bus stop, tiba-tiba ada sorang sami Buddha yang nampak macam lost. Bila aku dah dekat aje dengan dia, dia macam menahan aku. Nampak macam nak tanya direction aje. So, aku pun pergi dekat sikit dengan dia. Bila aku dekat aje dan nak tanya dia kenapa (nota tangan kiri: aku cuma nak bagitau aku dah lama mengamalkan semangat 1Malaysia...tak kira sapa aku akan tolong punya...hahaha), aku dengar dia bercakap sesuatu yang aku tak faham langsung. Aku ingat dia speaking ke apa...mungkin dia cakap perlahan sangat...tu yang dengar pelik tu. Tapi makin aku cuba dengar dan faham...makin aku jadi tak faham. Tercengang-cengang jugak aku...nganga ajelah.

Lepas tu bila dah habis tu, dia terus blah. Aku pun dengan keadaan yang masih terpinga-pinga pun terus jalan menuju ke arah bas. Dalam masa tu baru aku terfikir...agaknya sami tu baca mantera agaknya tadi. Hish...patutlah aku tak faham apa yang dia cakap...lepas tu aku tengok tadi pergerakan tangan dia macam dia tengah 'sembahyang'...macam dalam tv selalu tunjuk tu...

Entah apalah yang dia baca tadi? Takut jugak aku kot-kot jampi tak baik. Tapi takkanlah dia nak aniaya aku pulak, kan? Kalau dia doa yang baik-baik untuk aku...harap-harap Allah akan dengar doa dia dan memberikan segala kebaikan yang dia minta untuk aku tu kepada aku. Tapi doa orang kafir...takkanlah akan dimakbulkan pulak, kan? Aku pun tak tau sebenarnya. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Mungkin kalau aku ingat pada hari Isnin nanti, aku nak tanya kat Mei Yen. Kot-kotlah dia tau pasal apa sami tu buat macam tu? I hope I can get the answer, insya-Allah.

Itulah ceritanya. Did I get the answer? No. Aku tak pernah tanya Mei Yen (my ex-boss ni) tentang perkara tersebut. Aku ingat, cuma I didn't dare to ask. Maklumlah semangat 1Malaysia sungguh menebal dalam jiwa aku...aku takut dia tersalah faham pulak maksud sebenar aku menanya soalan tu nanti...kang timbul masalah lain pulak...huhu...

Nota kaki: Kadang-kadang aku terfikir, dalam ramai-ramai orang kenapa aku yang ditargetnya? Mungkin yang nampak lost bukan dia, tapi aku? Anyway, thanks for your prayer (whatever it may be), tuan sami. You're such a nice guy...

Thursday, September 10, 2009

Mission Not Impossible

Lihatlah...bulan pun tersenyum menanti Lailatulqadar...

Assalamualaikum pembaca-pembaca blogku sekelian (cheh...baik betul aku bagi salam kali ni...).

Dengan sukacitanya aku nak beritau benda yang korang semua memang dah tau. Kita dah memasuki fasa ketiga Ramadan dah ni - 10 hari terakhir. Terujanya! Bukan teruja sebab dah dekat nak raya (entah kenapa aku memang tak teruja langsung). Teruja sebab misi untuk memburu sudah sampai. Memburu apa lagi...marilah kita memburu lailatulqadar beramai-ramai yek.

Macamana nak buru lailatulqadar ni? Mari kita recap daripada e-mel yang biasa aku dapat di tahun-tahun lepas tapi tahun ni tak dapat pulak...aku pun tak tau kenapa? Ishh...kenapa tu tak penting. Yang penting aku masih simpan e-mel tu dan senang dicari dengan pantas sebab aku guna gmail.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' katanya...(wallahualam betul ke tak...cuba ajelah, ek):

Jika awal Ramadan jatuh pada hari:

1. Ahad atau Rabu; malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadan.

2. Isnin;
malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadan.

3. Selasa atau Jumaat;
malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadan.

4. Khamis;
malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadan.

5. Sabtu (tahun ni korang....);
malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadan.

Tapi janganlah pada malam-malam yang disebut atau pada malam-malam ganjil je kita beramal...lebih baik kalau kita beramal setiap malam. Peringatan juga pada diri aku jangan jadi excited hangat2 taik ayam jer...oh tidakkk...

Aku tak tau sangat macamana nak tau tanda-tanda sesuatu malam tu ialah lailatulqadar. Yang aku tau tanda-tanda pada pagi selepas datangnya lailatulqadar seperti yang diberitahu oleh seorang sahabat. Tandanya ialah pagi yang amat nyaman...sementara sinaran matahari pagi tidak terik dan cahayanya berwarna putih hening. Wallahualam...

Thursday, August 06, 2009

Edisi Tensen...lagi???

Cepat betul masa berlalu. Hari ni Nisfu Syaaban. Tutup buku lama, bukak buku baru. Ada buat apa2 azam ke hari ni? Aku tak teringat langsung nak buat. Azam jadi wanita solehah kot...tapi boleh ke? Mesti boleh, kan? Insya-Allah...

Dua minggu lagi kita akan menyambut bulan Ramadan pulak. Bulan yang memang khas, istimewa dan di'priviledge'kan untuk kita semua umat Islam. Tapi aku sedih la...masa bulan Ramadan jer amal ibadat macam nak rak, tapi bila dah dekat2 nak bulan Syawal dan masuk bulan Syawal macam hilang terus...hiburan pulak yang banyak. Kadang2 tu sampai melampau2...sedih la...macam mana nak buat, ek? Ini agaknya erti 'kemenangan' untuk kebanyakan orang2 zaman sekarang? Tapi aku percaya bukan semua orang macam tu, kan?

Erm, citer pasal Syawal terfikir pulak...raya tahun ni dapat balik kampung ke tak? Dah dua tahun tak balik kampung...bermakna dah dua tahun jugak aku dah tak menziarahi kubur arwah mak dan abah. Isk2 tiba2 sedih la pulak ni...don't cry Siti R...don't cry.
Hanya doa ajelah yang boleh aku sampaikan kepada mereka.

Dan sejak mereka takde aku rasa macam aku ni dah takde kampung pulak. Rindu betul nak tengok rumah kat kampung. Sekarang ni musim buah, rindu nak panjat pokok. Rindu nak dok termenung kat tingkap sambil tengok bintang. Kat sini susah betul nak tengok bintang...too much lights pollution.

Arghhhh tensennyer!!!

Tuesday, June 16, 2009

Ramadan Kali Ini

Sesiapa yang ada membaca suratkhabar Kosmo! Ahad yang baru ni mungkin perasan ada sebuah artikel dalam ruangan Jurnal, mukasurat 14 bertajuk "Ramadan kemuncak El Nino." Kalau tidak, silalah baca di sini.

Ini bermakna bulan Ramadan pada tahun ini kita akan menyambutnya dalam cuaca panas yang agak tinggi juga. Seram bila tengok suhu tertinggi dalam 36.5 darjah selsius walaupun itu di Kota Bharu. Bolehlah aku simpulkan bahawa purata cuaca ketika fenomena El Nino ini melanda adalah dalam lingkungan 35 darjah selsius. Semoga kita semua dapat menghadapinya dengan tabah...mungkinkah ini salah satu ujian Allah untuk kita?

Sebenarnya bila membaca artikel tersebut aku teringat kembali akan kenangan di bulan Ramadan 2007. Sesunguhnya Ramadan tersebut adalah bulan Ramadan yang paling istimewa yang pernah aku tempuh dalam hidup aku walaupun dalam masa 2 minggu pertama, cuaca yang aku terpaksa hadapi adalah lebih panas daripada apa yang diramalkan di atas.

Apa yang istimewa sangat tu, ya? Istimewa kerana aku telah dijemput menjadi tetamu Allah. Bersama2 dengan sahabat baikku...siapa lagi kalau bukan Chik, kami mengikuti satu rombongan kecil mengerjakan umrah pada awal Ramadan yang dikendalikan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. Walaupun aku memang telah lama menyimpan hasrat untuk mengerjakan umrah, tetapi tidak pernah terlintas di fikiran aku untuk mengerjakannya pada bulan Ramadan yang mulia. Sebuah hadis meriwayatkan bahawa satu umrah dalam bulan Ramadan adalah sama seperti satu haji pahalanya.

Jadi bila Chik secara tiba2 menyatakan persetujuannya untuk mengerjakan umrah pada bulan Ramadan tersebut, aku rasa benar2 bersyukur. Syukur kerana akhirnya Allah bukan sahaja telah memakbulkan doa aku malah telah memberikan lebih daripada yang aku minta. Maha suci Allah!

Banyak kenangan suka duka sepanjang kami mengerjakan umrah selain daripada menghadapi cuaca panas yang boleh mencecah hingga ke 44 darjah selsius. Namun cuaca panas tersebut tidak langsung mematahkan semangat aku untuk mengerjakan ibadah walaupun terus terang aku ni bukannya jenis yang kuat beribadat pun kalau di sini. Apa yang boleh aku katakan, suasana di sana memang lain daripada yang lain. Tenangnya tak boleh nak digambarkan...apatah lagi bila melihat Kaabah di depan mata.


Apa yang boleh aku katakan ialah aku rindu hendak ke sana lagi. Aku rindukan Masjid Nabawi, aku rindukan Raudhah (bulan Ramadan memang ramai jemaah datang dari seluruh pelusuk dunia...jadi untuk masuk ke dalam kawasan Raudhah yang kecil tu agak mencabar...terpaksa berebut2...tapi aku tak kisah), aku rindu hendak melawat makam Rasulullah, aku rindukan Masjidilharam, aku rindukan Kaabah...pendek kata aku rindukan segala2nya di sana.


Semoga Allah menjemput aku lagi...untuk mengerjakan haji pula, insya-Allah.

Sunday, June 14, 2009

L.O.V.E.


I just want to share an e-mail I've got from a friend of mine about the four letter word...no, not the f word, mind you. It's about L.O.V.E, love...so here it goes:

LOVE and TIME

"Once upon a time, there was an island where all the feelings lived: Happiness, Sadness, Knowledge and all of the others, including Love. One day it was announced to the feelings that the island wound sink, so all constructed boats and left - except for Love.

Love was the only one who stayed. Love wanted to hold out until the last possible moment.

When the island had almost sunk, Love decided to ask for help.

Richness was passing by Love in a grand boat. Love said, "Richness, can you take me with you?"
Richness answered, "No, I can't. There is a lot of gold and silver in my boat. There is no place here for you."

Love decided to ask Vanity who was also passing by in a beautiful vessel. "Vanity, please help me!"
"I can't help you, Love. You are all wet and might damage my boat," Vanity answered.

Sadness was close by so Love asked, "Sadness, let me go with you."
"Oh...Love, I am so sad that I need to be by myself!"

Happiness passed by Love too, but she was so happy that she did not even hear when Love called her.

Suddenly, there was a voice, "come, Love. I will take you." It was an elder. So blessed and overjoyed, Love even forgot to ask the elder where they were going. When they arrived at dry land, the elder went her own way.

Realizing how much was owed the elder, Love asked Knowledge, another elder, "who helped me?"
"It was Time," Knowledge answered.
"Time?" asked Love. "But why did Time help me?"
Knowledge smiled with deep wisdom and answered, "because only Time is capable of understanding how valuable Love is."

So there goes the story. Time passes by but I still don't know what the value of Love. I don't even know what's the importance of having this feeling. It's not something that you can force yourself to feel.

Is there any love in me? Yeah, I do love my siblings...and my friends. But what true love means?

Dr. 'Aid Abdullah al Qarni answered in his book 'Don't be Sad',

"The most prosperous person is the one whose mission in life is to achieve the love of Allah, a love that Allah refers to in this verse:

"...Allah will bring a people whom He will love and they will love Him..." (Surah Al-Maidah, verse 54).

That's right folks! Allah's love is the love that we must seek. So true and pure that you won't find it in anyone else.

Of course we have to love someone else...our Prophet Muhammad SAW, our parents, our siblings, our friends...or anybody deserved to be. However, love for Allah has to be no. 1. I know it's not easy, even for me. I guess it's something that we should learn and seek as time passes us by.

Wednesday, June 10, 2009

Kereta Lagi...

Lagi cerita pasal kereta...cuma bukan aku yang tulis tetapi Kapten Hafiz Firdaus yang tulis. Nak tau apa ceritanya? Klik la kat sini.

Sangat menarik. Artikel yang sama juga ada dimuatkan dalam majalah i bulan Jun 2009 muka surat 98.

Selamat membaca!

Monday, May 11, 2009

The Alif Ba Ta of Islam

I really love this song by Yusuf Islam - A' (Alif) is for Allah. The song is actually meant for kids but when it comes to anything about Islam...I think it's suitable for everybody. Anyway, it's an easy listening song and Yusuf Islam's voice is so soothing to my ears. Sometimes I would just hum this song...one of the ways for me to remembering Allah...



A' is for Allah, nothing but Allah;
Ba is the beginning of Bismillah;
Ta is for Taqwa, bewaring of Allah;
and Tha is for Thawab, a reward;
Ja is for Janna, the Garden of Paradise;
Ha is for Hajj, the blessed pilgrimage;
Kha is for Khaatem, the seal of the prophethood given to the Prophet, Muhammed (SAW);
Da is for Deen, Al-Islam, religion with Allah since time began;
Dha is for dhikr, remembering Allah;
and Ra is for the month of Ramadhan, ohh Ramadhan;
Za is for Zakat to pure our greed, when we give our money to those in need;
Sa is for Salamu alaikum, peace be with you wa'alaikum assalam;
Sha is for shams, the shining sun, which Allah placed for everyone;
and Sua is for salat, for when we pray facing him, everyday, facing him,
till we meet our lord;
Allah there's only one God and Muhammed is his Messenger;
Allah, La ilaha illa'allah;
Dua is for duha, the morning light, the sun has turned from red to white;
Tua is for tareeq, the path to walk upon;
and Dhua is for dhil, a shadow;
and Aa is for ilm, the thing to know, to make our knowledge grow, in Islam;
Gha is for ghaib, a world unseen and that we know is not a dream;
Fa is for, the Opening, Al-Fatiha;
and Qua for the Qur'an, the book of God;
and Ka is for kalima, a word we're taught to teach us what is good and what is not;
and La is for the beginning of La ilaha illa'allah;
Ma is for the Messenger Muhammed-ur-Rasoolillah.
La ilaha illa'allah, Muhammed-ur-Rasulilllah;
Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger.
Allah, la ilaha illa'allah;
Na is for nawm, the sleep God gave to give us rest after the day;
Ha is for the Hijra, the journey that, the Prophet made;
and Wa for wudu before we pray to help us wash our sins away;
and Ya for Yawm-mid-Deen;
Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger;
Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Jesus was his Messenger;
Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Moses was his Messenger;
Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Abraham was his Messenger;
Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Noah was his Messenger;
Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and he created Adam, and we are the children of Adam; Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger.
Allah, La ilaha illa'allah.

There's another version of the song sung by Zain Bhikha...another beautiful voice singing the beautiful song. Enjoy!

Tuesday, April 07, 2009

Allah Tuhan Semesta Alam

Teka teki 3 tahun lepas dah terjawab juga akhirnya. Terima kasih diucapkan kepada Agnes Monica kerana telah menjawab teka teki tersebut 2 hari lepas. Agnes Monica? Apa kena mengenanya Agnes Monica dengan aku? Jeng..jeng..jeng..

Memang kami tak ada kena mengena langsung...tak ada bau2 bacang apa lagi bau2 durian dan segala macam bau buah2an yang ada dalam planet ni. Agnes kata di Indonesia penggunaan nama Allah oleh penganut agama kristian adalah perkara biasa...inilah jawapan kepada teka teki yang aku maksudkan tadi.

3 tahun lepas aku travel ke Indonesia bersama dengan member aku, Chik (bukan nama sebenar). Antara tempat yang kami lawati ialah Yogyakarta. Kalau tidak silap, kebanyakan penduduk di sana adalah merupakan penganut agama kristian. Itu aku tak ada lah rasa pelik sangat. Yang aku jadi musykil ialah masa aku bersiar2 di sekitar Yogyakarta dengan menaiki beca...tiba2 mataku yang masih tak berapa rabun (masa tu lah...) ni terpandang sebuah bangunan putih yang terletak di sebelah kiri jalan. Sekali pandang boleh agak yang bangunan tu ialah gereja disebabkan ada salib di atas bumbung bangunan. Yang agak mengejutkan aku pada waktu tu ialah perkataan yang terdapat pada papan tanda bangunan...aku tak berapa ingat setiap patah perkataan yang terdapat di situ...yang aku ingat ada perkataan Allah, barisan dan kristus. Aku terkejut sampai menganga atau dalam bahasa inggerisnya i was so shocked that my jaw dropped. Aku rasa macam nak tanya kat bapak yang kayuh beca tu...tapi tak tertanya pulak. Aku ada tanya Chik (bukan nama sebenar) adakah dia perasan apa yang aku perasan...tapi dia tak perasan pulak. Hmmmm...

Tapi bila difikir2 balik, nasib baik juga aku tak tanya soalan 'bodoh' ni kat bapak tu. Kalau tak, mesti dia rasa hairan bin ajaib. Mesti dia tanya aku balik, "what kind of question is this?" Tak ke naya?