Monday, April 27, 2009

Menyimpan Duit dan Berjimat Cermat Cara Siti R

Kali ni aku nak bagi ajaran sesat cara-cara menyimpan duit/berjimat cermat mengikut cara aku yang tersendiri (cheh..cheh..cheh...). Berikut antara amalan aku:

1. Niat

Setiap sesuatu yang kita nak buat mesti ada niat, kan? Ini langkah pertama yang wajib korang ikuti. Jangan skip langsung langkah ni. Oleh itu, berniatlah dari sekarang untuk mula berjimat cermat supaya boleh menyimpan duit. Yang penting juga kena kuatkan semangat...

2. Gaji

Gaji aku dikreditkan dalam akaun simpanan. Untuk mengelakkan aku menghabiskan gaji dengan sia-sia, aku buka pula akaun semasa dari bank yang sama. Jadi, bila gaji masuk, aku pindahkan, say seribu ringgit ke dalam akaun semasa aku tu. Itulah duit yang akan aku gunakan untuk bulan tersebut...tak kiralah untuk berbelanja atau untuk bayar bil2 atau hutang2. Duit yang tak dipindahkan tu kira aku punya simpanan untuk bulan tu...Jadi terpulanglah kepada korang berapa banyak yang korang nak pindah atau nak simpan sekiranya korang nak guna cara bijak aku ni...hehe...perasan....

3. Duit Syiling

Korang jangan memandang sebelah mata akan kehebatan duit syiling ni. Jangan dibuang merata2 kalau tak nak. Pernah baca satu berita pasal sorang mamat ni bagi hantaran RM10k kat isteri dia dalam bentuk duit syiling? Itulah kehebatan duit syiling kalau kita kumpul betul2. Pepatah ada mengatakan sikit2 lama2 menjadi bukit...duit syiling ni kalau kumpul banyak2 memang boleh jadi bukit...betuuull...Tapi korang janganlah kumpul macam tu. Itu cara yang kurang bijak.

Ikut cara aku - simpan dulu duit syiling tu dalam tabung. Aku ada sebiji tabung...betul ke sebiji..atau sebuah? Apa2 jelah, labu...Ya, aku ada tabung lembu (read: cash cow) kesayangan. Aku biasa simpan duit syiling dalam tabung ni. Biasanya aku simpan dalam gandaan RM0.50. Jadi kalau aku ada RM0.50 tak kiralah lima puluh sen sekeping atau gabungan dua puluh sen dengan sepuluh sen...aku akan simpan dalam tabung ni. Dah penuh je aku akan masukkan ke dalam bank. Aku mulakan hobi ni sejak awal tahun lepas. Dah beberapa kali juga aku pergi simpan duit syiling ni...tadi baru je pergi..lalala...

4. Akaun Bank tanpa Kad ATM

Korang kalau sudi, bukalah beberapa akaun daripada bank2 yang berlainan. Baru rasa diri kaya...psikologi ni...
Untuk merasakan diri kaya, aku simpan duit syiling dalam akaun bank lain. Untuk akaun ni aku tak mintak bank bagi aku kad ATM. Ini satu cara paling berkesan untuk mengelakkan diri aku daripada asyik mengada2 nak keluarkan duit.

Untuk korang pulak, kalau tak nak guna cara no. 2 di atas tu untuk diri korang...bolehla guna cara ni untuk menyimpan duit gaji/pendapatan korang tu.

5. Bawa wang tunai yang sedikit

Selalunya berapa ringgit yang korang selalu simpan dalam tangan? RM100, RM300, RM500? Aku jarang simpan duit yang banyak dalam tangan. Ini untuk mengelakkan aku daripada membeli barang2 yang tidak perlu. Selalunya aku tak simpan lebih daripada RM100 dalam satu2 masa. Korang pandai2lah bajet duit korang..untuk makan...untuk duit minyak kereta...untuk tambang ke...atau untuk belanja aku makan korang dibenarkan untuk bawa duit lebih...hehehehe

6. Fikir sebelum membeli

Kalau korang nak berbelanja atau ternampak benda yang korang berkenan nak membelinya...toloooonglah fikir dua tiga empat atau lima kali. Tanya soalan2 ni kat diri korang, adakah aku sangat2 memerlukan benda ni? Adakah aku akan gunakan benda ni dalam masa terdekat ni? Desparado sangat ke aku? Kalau jawapannya tidak...jangan memandai2 bawa benda tu ke kaunter cashier untuk membayar. Simpan balik atau korang pecut 100x100 meter dari tempat benda tu di display, janji? Kalau korang pergi shopping dengan member dan dia menghasut untuk membeli benda tersebut, korang kena belajar memekakkan telinga kecuali kalau jawapan korang ialah ya untuk soalan2 di atas...tapi janganlah pulak saja2 jawab ya...

7. Kad Kredit

Kad kredit sewajarnya digunakan bila ada kecemasan. Kalau tak, korang jangan sesuka hati menggunakannya. Kena beringat2 juga...samalah dengan no. 6 di atas...fikir sebelum guna, ok. Bila tiba masa nak bayar, jangan sesekali bayar amaun minimum...bayar lebih daripada amaun minimum. Kalau tak, makin bertambah2lah hutang kad kredit korang. Kalau macam tu, macam mana nak menyimpan? Betul tak?

Itulah cara2 aku menyimpan duit dan berjimat cermat. Mungkin sesuai, mungkin tak sesuai dengan jiwa korang. Aku hanya sekadar berkongsi cara aku dengan korang. Sebenarnya kadang2 aku pun terkucil jugak...nak nak bab gaji tu...selalu tak cukup duit yang dipindahkan...hehehe...

Apa2 pun aku nak dedikasikan entri ni untuk Chik...since you're asking me how to save money when we met last week. Semoga berjaya...

Sunday, April 26, 2009

Brain Fart


Sungguh sadis tajuk entri aku ni ye. Pernah dengar ke perkataan brain fart ni? Apa dia brain fart? Pertama kali aku dengar perkataan brain fart ni beberapa tahun yang lepas...masa tu tengah layan Radio 4 (sekarang ni Traxx FM)...Macam kelakar pulak bila mendengarnya.

Aku cuba cari dalam laman web DBP apa terjemahan brain fart dalam bahasa melayu - dalam carian kamus tak ada, begitu juga dalam carian istilah. Jadi, terpaksalah aku terjemahkan sendiri mengikut sesuka hati aku (kids, don't try this at home). Brain fart ialah otak terkentut...atau kentutan otak (ada ke perkataan kentutan ni...suka2 hati aku je, eh?) Boleh terima? Boleh? Ok cantikkk...

Masakan otak kita boleh terkentut? Boleh...tapi bukan dengan cara mengeluarkan angin yang berbunyi seperti meriam buluh yang kemudian disertai dengan bau yang 'harum semerbak'...oh tidak sama sekali.

Dalam bahasa mudahnya brain fart ialah satu keadaan di mana kita melakukan kesilapan dalam menjalankan aktiviti2 atau kerja2 yang biasa kita lakukan. Contoh yang paling senang yang selalu terjadi pada aku ialah kadang2 aku belum lagi tekan butang enter aku dah pergi ke printer untuk collect printing. Itulah...banyak sangat printing. Hmmm...benda yang dibuat berulang2, ada masanya kita jadi terlupa atau hilang tumpuan yang membuatkan kita membuat kesilapan sebegitu.

Para penyelidik mengesyaki bahawa perkara ini terjadi disebabkan oleh otak kita cuba untuk memperlahankan keupayaan kita untuk melakukan sesuatu pekerjaan/aktiviti. Bila otak dah terlalu banyak bekerja, maka kesilapan akan berlaku. Adakah itu tanda otak kita penat? Tak ada lagi penemuan yang boleh membuktikan lagi kenyataan tersebut.

Brain fart biasanya berlaku dengan pantas dan berakhir juga dengan pantas. Ia bukanlah suatu penyakit atau gangguan kesihatan tetapi suatu keadaan yang biasa dialami oleh setiap daripada kita. Jadi kalau satu hari anda terlambat datang ke pejabat...daripada anda gunakan alasan yang dah basi seperti jalan jam...apa kata anda beritahu bos anda bahawa anda baru saja mengalami brain fart kerana anda tersalah parking kereta di pejabat orang lain...errr...Siti R dah bagi ajaran sesat pulak...oh tidakkkk....

I Love You


Semasa menunggu keputusan SPM dulu, aku bekerja sementara di sebuah klinik pergigian. Majikanku, Dr. Gigi (bukan nama sebenar) ialah seorang majikan yang boleh dikatakan sangat garang dan tidak 'mesra alam' dengan stafnya yang 2 orang termasuk aku. Beliau belum berkahwin walaupun pada masa tu aku rasa usianya dah menjejak lebih daripada 40 tahun.

Dr. Gigi mempunyai beberapa peraturan yang perlu kami patuhi. Antaranya kami tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon di klinik dan tidak pula dibenarkan sesiapa, hatta ahli keluarga sekalipun untuk menelefon kami. Telefon pula ditempatkan di dalam bilik doktor. Jadi, kami tiada pilihan melainkan terpaksa akur dengan peraturan yang seakan-akan kuku besi tersebut. Namun aku ada berpesan dengan emak sekiranya ada hal penting, agar menelefonku di klinik pada waktu makan tengahari kerana biasanya Dr. Gigi pulang ke rumah pada waktu tu, atau telefon selepas pukul 6 iaitu selepas tamat waktu bekerja.

Pada suatu hari, lebih kurang hampir masa tamat bekerja, telefon klinik berdering.

"Hello," jawab Dr. Gigi seperti yang kami dengar dari luar biliknya.

Kemudian kami dengar gagang telefon diletakkan semula. Aku dan rakan sekerja saling berpandangan. Kami seolah-olah berkomunikasi secara telepati. Aku rasa agak panik kerana berasakan mungkin yang menelefon itu ialah emak.

Tepat pukul 6, Dr. Gigi keluar dari biliknya untuk pulang ke rumah. Semasa beliau lalu di depan kaunter, aku terperasankan sesuatu. Beliau kelihatan sedang tersenyum sendirian. Aku rasa hairan sebab beliau sangat jarang mengukir senyuman. Bukan aku saja yang perasan, rakan sekerja aku juga perasan.

Semasa menunggu emak menjemputku di tempat biasa, aku masih lagi teringatkan 'senyuman manis' Dr. Gigi tu. Agaknya Dr. Gigi dah ada boyfriend...mesti boyfriend dia ajak dating. Hmm...sounds plausible. Itulah yang bermain2 dalam fikiran aku semasa menunggu emak sampaikan aku tak perasan emak sampai lambat.

Aku terus je naik motor bila emak sampai. Dalam kepala asyik je teringatkan Dr. Gigi...tak puas hati betul rasanya kalau tak tau sebab musababnya dia tersenyum macam tu. Betapa busybodynya aku ni, kan?

Sebaik sampai di rumah tanpa sempat aku berehat2, emak memulakan bicara. Lebih kurang begini dialognya,

"Tadi mak telefon klinik...tapi doktor yang angkat. Mak tak tau nak cakap apa...mak cakaplah I love you kat doktor lepas tu terus letak telefon," kata emak sambil dia mengajuk semula cara dia cakap I love you tu.

Emak ketawa...aku...apalagi, gelak besarlah. Terjawab juga teka teki tadi.

Dalam menahan sakit perut akibat banyak ketawa aku beritau emak yang doktor tersengih sorang2 masa balik tadi...ingatkan kenapa, rupa2nya penangan I love you daripada emak.

Itulah antara kenangan manis aku dengan arwah emak. She's the funniest person I've ever been close to. I definitely miss her so much. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 dengan orang2 yang beriman...amin...

Friday, April 24, 2009

Kisah Tragis

Tadi aku check e-mel. Satu e-mel daripada Eny tentang cerita seorang penumpang komuter yang marah/tidak puas hati dengan perangai penumpang yang tidak memberikan tempat duduk mereka kepada orang yang lebih memerlukan menarik perhatian aku. Dalam emel tu, 'orang yang memerlukan' tu ialah seorang ibu yang sedang mendukung anaknya yang sedang tidur. Si penulis siap melampirkan gambar yang diambilnya sendiri sebagai bahan bukti.

Kesian...si ibu cuma diberikan tempat duduk 15-20 minit kemudian, itupun mungkin setelah si pemberi tempat duduk tu sedar bahawa ada orang mengambil gambarnya..wallahualam...

Kebetulan pula pagi tadi aku menggunakan perkhidmatan komuter untuk ke PWTC...mana lagi kalau tak ke Pesta Buku yang masih berbaki 3 hari ni. Pengalaman aku tadi lebih tragis, dahsyat dan brutal daripada apa yang disaksikan oleh penulis emel tu tadi. Yang menjadikannya lebih tragis adalah sebab benda ni berlaku betul2 di sebelah aku.

Tren pada mulanya tak penuh, tapi dari satu stesyen ke stesyen yang lain semakin ramai yang naik dan bila sampai di stesyen Kepong Sentral ramai penumpang yang dah menunggu. Bila tren berhenti dan pintu2nya di buka...macam biasalah penumpang meluru masuk (ni satu lagi sikap orang malaysia...tak reti2 nak sabar bagi laluan kepada orang yang nak keluar...).

Maka dari situ perlawanan pun bermula. Aku tengok dari arah kanan ada seorang perempuan melayu berusia dalam lingkungan 30-an atau awal 40-an, berbadan agak gempal...berambut kerinting yang warnanya karat dan memakai kaca mata hitam berjalan laju menuju ke tempat duduk di sebelah kananku yang masih kosong. Dari arah kiri pula seorang lelaki melayu dalam lingkungan 50-an atau awal 60-an, berbadan sederhana...rambut lurus disisir ke belakang dan sedikit beruban...tidak berkaca mata langsung juga berjalan laju menuju ke sasaran yang sama...

...akhirnya mereka berdua bertembung di tengah2...dua2 berebutkan tempat duduk di sebelah kanan aku tu...lelaki tua hampir melabuhkan punggungnya tetapi si perempuan berambut karat lebih pantas meletakkan punggungnya yang lebar (alamak...terlebih pulak..tapi memang betul pun) di atas tempat duduk yang membuatkan lelaki tua tertolak ke atas...

Para penonton pun bersorak...ohh tidak...Yang sebenarnya aku jadi tergamam dan terpinga2...orang2 lain ada yang reaksinya sama dengan aku, ada yang buat2 tak nampak...orang2 yang duduk di kerusi bertentangan kebanyakkannya tersengih2...perempuan berambut karat pula merengus mengeluarkan angin dari hidungnya seraya menunjukkan 'hidungnya yang tinggi' dan mukanya yang selamba dan dalam hatinya dia berkata, "hebat betul aku...don't mess with me, old man. Hah! Yang korang ni apahal lak tengok2...nak autograph ke?"

Belum sempat aku nak memberikan tempat dudukku, seorang gadis Cina yang comel yang duduk disebelah perempuan berambut karat dengan baik hatinya memberikan tempat duduknya kepada lelaki tua tersebut. Akhirnya mereka berdua duduk berdampingan bersama2...semua orang pun gembira...lalala...

Begitulah kisah tragis aku. Sebagai seorang pengguna tetap pengangkutan awam, ini merupakan kali pertama aku berhadapan dengan situasi sebegitu. Situasi yang lazim adalah seperti yang dialami oleh penulis e-mel tadi. Tapi yang sebenar2nya aku jarang berhadapan dengan masalah orang yang tak mahu memberikan tempat duduk mereka kepada yang lebih memerlukan. Aku rasa penumpang2 bas yang biasa aku naik agak berhemah juga...terutama sekali yang menulis entri ni...ehem...masuk bakul angkat sendiri daaa...

Tak tahulah aku nak kata apa...lain orang lain ragamnya. Cuma kadang2 aku tertanya2 kenapa ada orang yang begitu tidak berhati perut macam ni...tak ada ke perasaan kasihan dalam hati mereka? Entahlah...

Disebabkan nilah agaknya kempen budi bahasa budaya kita diperkenalkan...kritikal sungguh masalah budi bahasa ni sampai perlu diadakan satu kempen kesedaran sebegini. Dulu masa ia rancak ditayangkan, aku suka jugak tengok iklan kempen budi bahasa - babak dalam LRT yang dilakonkan dengan jayanya oleh pengkritik no. 1 Malaysia, siapa lagi kalau bukan Adlin Aman Ramli. Siapa yang tak suka tengok iklan tu, kan...rasanya orang2 yang sama perangai macam perempuan berambut karat (termasuk dia sekali) tu pun suka menengoknya kan. Tapi setakat suka tengok pun tak guna kalau tidak dihayati mesejnya tu...

Tuesday, April 21, 2009

History of Earth Day | Earth Day Network


Do you know that tomorrow is Earth Day? It is celebrated on 22 April every year. Yeah...now you know... This year's theme is The Green Generation. To read about the history of Earth Day, just click below link.

History of Earth Day | Earth Day Network

Posted using ShareThis

Happy Earth Day, dear earthlings...

Sunday, April 19, 2009

Kena tangkap...

Tadi pertama kali dalam hidup, aku menyaksikan bagaimana orang kena gari dengan polis. Selalu tengok dalam tv/filem...ni tengok real macam reality show. Jakunnya aku rasa.

Kisahnya, dari PWTC tadi aku balik naik komuter. Biasalah kalau naik pengangkutan awam ni...selalunya lebih ramai pendatang asing daripada orang tempatan. Tapi tak sangka pulak polis ada buat rondaan dalam tren hari ni. Bagus betullah...

Sorang2 kena check tadi...maksud aku pendatang2 asing nilah...takkan aku kot. Tapi sebelum tu aku kena check jugak...check tiket...hehe...Polis check pasport dan permit kerja. Dalam coach aku, ada 2 orang yang kena tangkap sebab gagal tunjukkan permit. Kenalah gari...nasib baik diorang ni tak melawan...kalau tak, mesti entry aku ni lagi best...huhu...

Untuk pengetahuan, pendatang asing yang ada kat Malaysia ni dah mencecah 2 juta orang...ini statistik yang diambil pada tahun lepas...dan ini tidak termasuk PATI. Kalau termasuk PATI mesti ramai lagi...boleh jadi mencecah 3 juta orang kot.

Hmmm...kadang2 aku rasa diorang ni dah menguasai negara kita. Kalau dekat tempat kerja aku memang banyaklah syarikat2 kiriman wang yang tumbuh macam cendawan...restoran2 diorang pun banyak dah...ada tu yang buka kedai runcit. Sampaikan aku dah tak rasa aku duduk kat Malaysia lagi dah...sebaliknya aku rasa aku sedang melancong ke Nepal, Myanmar, atau Indonesia. 'Bagus' betul, kan...tak payah susah2 menghabiskan duit untuk pergi melancong...

Pesta Buku

Hari ni aku berkunjung ke Pesta Buku yang telah aku war-warkan sebelum ni. Letih betul rasa...tapi tak kisahlah sebab dapat jumpa kawan aku, Eny Ryhanna yang dah lama aku tak jumpa. Rasanya kali terakhir aku jumpa dia adalah lebih kurang setahun yang lepas...juga di Pesta Buku tersebut.

Seronok betul tengok dia menandatangan autograph untuk pembeli novel dia. Semoga dia akan terus berjaya dalam bidang penulisan dan seterusnya menghasilkan karya-karya yang mendapat sambutan ramai hendaknya...amin...

Seperti biasa ramai betul orang yang berkunjung ke pesta buku ni. Kat mana-mana booth memang jam...bukan jam kereta, tapi jam manusia. Rimas jugak rasa...tapi dalam pada masa yang sama aku rasa bangga jugak. Sekurang-kurangnya perkara ni menidakkan satu kajian yang mengatakan bahawa orang Malaysia cuma membaca 2 atau 3 buah buku sahaja setahun. Aku dapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa kajian tersebut tidak dijalankan dengan cara yang betul...kiranya para peserta yang menjadi bahan kajian adalah sangat meragukan...hmmm...

Siapa kata orang Malaysia tak suka membaca? Aku ni salah seorang daripada rakyat Malaysia yang suka membaca...errr...walaupun kebanyakan masa aku tak ingat apa yang aku baca..haha...Membaca ni seronok sebenarnya...lebih2 lagi kalau kita dapat membaca satu bahan bacaan yang bermutu. Membaca ni salah satu cara untuk aku melepaskan stress...cara untuk aku berangan...haha...sebab nya, kalau aku baca novel aku suka imagine setiap babak yang aku baca...Oleh itu novel yang aku paling suka ialah yang bercorak thriller...baru ada thrill...penulis novel yang paling aku suka sudah tentunya mendiang Michael Chrichton...

Selain novel, aku suka baca buku non-fiction. Kalau non-fiction ni aku suka sangat buku2 tulisan Dr. 'Aid Abdullah Al-Qarni. Cara penulisan dia tegas...membuatkan aku rasa bersemangat...Itu baru baca terjemahan buku dia. Kalau baca karya asal dia entah macam mana agaknya ye? Nampak gayanya aku kena belajar bahasa arab...boleh juga baca Quran tanpa rujuk terjemahan, kan...Entah bila agaknya aku nak belajar ni...isk..isk...

Lagi seorang penulis yang aku suka baca buku2nya ialah Michael Collins Piper...Michael lagi...hehe...Dia ni boleh dikira sebagai musuh ketat Israel...tu yang aku suka tu. Antara buku2 dia yang aku dah baca ialah The High Priests of War, The New Jerusalem dan Final Judgment. Tadi aku baru beli bukunya yang terbaru - The Golem (bukan Gollum dalam cerita LOTR tu ye). Oleh itu aku ingin mengucapkan selamat membaca untuk diri aku...

Kepada yang lain2...selamat membaca juga diucapkan...

Friday, April 17, 2009

Amaran! Tidak Sesuai Untuk Mereka Yang Ada Sakit Jantung

Video ni member aku yang forward. Tak boleh tahanlah tengok video ni...I laugh until I cry...wahh..bestnyer..lama dah tak ketawa sampai menangis macam ni...


video

Amacam? Best tak?

Anyway, harap2 jangan ada yang menganggap video ni menghina ke apa...cuma untuk bergelak ketawa saja...

Wednesday, April 15, 2009

Mudah, Tepat, Selamat


Aku baru selesai isi borang BE secara e-filing. Pertama kali guna e-filing ni. Senang jugak...tak perlu bersusah payah sangat nak buat tafsiran sendiri. Isi aje mana2 yang patut. The rest is taken care of. Memang betul mudahlah...

Ermm...borang dah hantar...senang sikit rasa hati. Sekarang tinggal nak membayar aje. Ni yang malas ni... :(

Sunday, April 12, 2009

New 7 Wonders of Nature

Lagi sekali aku nak berkempen...kali ni utk mengajak pelawat2 blog ni (erm...ramai ke pelawat blog ni?) untuk mengundi Pulau Sipadan sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Semulajadi di dunia ni. Mari kita mengundi beramai2 ya. Aku tengok sekarang ni Pulau Sipadan berada di kedudukan yang ke 17 daripada 261 calon. Boleh tahan jugak tuuuu...

Keputusan hanya akan diketahui dalam masa 2 tahun lagi...2011...

Oh ya...sambil2 tu jangan juga lupa untuk mengundi Kuala Lumpur sebagai hos rasmi pengistiharan New 7 Wonders of Nature pada tahun 2011. Aku dah undi dah...

Selamat mengundi...

50 Most Eligible Bachelors

Ladies, it is again the time to choose the hottest and the most eligible bachelor in Malaysia.

Well...well...well...I just spent my time browsing through Cleo's 50 Most Eligible Bachelors. What a feast to the eye....not!

Why....no one really, really caught my attention this time. Not that I'm following this campaign every year. Well, I was when I was younger, but it's been 5 years since the last time I bought Cleo magazine just to see the eligible bachelors nominated at that time (what a shame!).

Ok, back to year 2009, I would say bachelor no. 47 seems like a cool guy...kinda cute too...hehe...If I want to vote I would vote for him...but I'm not casting any vote, no way. Anyway, I left a comment at the bachelors' site. It goes like this:

Name: Ct
Comments: No. 47, I think ur cool...all the best to you!
Date: 2009-04-12 00:25:33

LOL!

Click here if you want to see the bachelors...may be you'll find man of your dream there. Happy browsing!

Saturday, April 11, 2009

Liga Perdana Inggeris


Hehe..saje jer nak beritau keputusan perlawanan malam ni..

Liverpool 4 - 0 Blackburn Rovers

Sekarang ni Liverpool di tangga teratas liga dengan 70 mata. Harap2 tak berubah tempat lepas MU dan Chelsea habis perlawanan masing2 nanti...

PBAKL 2009


Nak tau event best apa yang akan diadakan dari 17 - 26 April ni nanti? Tak payah scroll down...sekarang jugak aku bagi jawapan - Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Aku merasa begitu teruja sekali. Maklumlah...ia merupakan event yang paling aku tak sabar2 nak pergi terjah ni.

Masa PBAKL 2008 banyak jugak aku perabis duit membeli buku walaupun sehari jer aku pergi...sempat jugak jumpa sekejap dengan member aku yang dah jadi novelist - Eny Ryhanna (promosi ni cik eny ryhanna...ada komisen tak? Hehe...)

Jadi, apa lagi...tandakan kalendar anda untuk event ni. Tapi jangan tanda jer...kenalah jugak pergi, kan...jalan2..tengok2...atau jumpa cik eny ryhanna pada 19 April ni...(wahh..promosi lagi ni cik eny...)

Ok, jumpa di sana...

"Books open your mind, broaden your mind, and strengthen you as nothing else can" - William Feather

Thursday, April 09, 2009

Champions League Quarter Final - 1st Leg



Man...Liverpool lost to Chelsea? How can that be?

I hope we do better in the 2nd leg next week. Liverpool boleh! YNWA


Tuesday, April 07, 2009

Allah Tuhan Semesta Alam

Teka teki 3 tahun lepas dah terjawab juga akhirnya. Terima kasih diucapkan kepada Agnes Monica kerana telah menjawab teka teki tersebut 2 hari lepas. Agnes Monica? Apa kena mengenanya Agnes Monica dengan aku? Jeng..jeng..jeng..

Memang kami tak ada kena mengena langsung...tak ada bau2 bacang apa lagi bau2 durian dan segala macam bau buah2an yang ada dalam planet ni. Agnes kata di Indonesia penggunaan nama Allah oleh penganut agama kristian adalah perkara biasa...inilah jawapan kepada teka teki yang aku maksudkan tadi.

3 tahun lepas aku travel ke Indonesia bersama dengan member aku, Chik (bukan nama sebenar). Antara tempat yang kami lawati ialah Yogyakarta. Kalau tidak silap, kebanyakan penduduk di sana adalah merupakan penganut agama kristian. Itu aku tak ada lah rasa pelik sangat. Yang aku jadi musykil ialah masa aku bersiar2 di sekitar Yogyakarta dengan menaiki beca...tiba2 mataku yang masih tak berapa rabun (masa tu lah...) ni terpandang sebuah bangunan putih yang terletak di sebelah kiri jalan. Sekali pandang boleh agak yang bangunan tu ialah gereja disebabkan ada salib di atas bumbung bangunan. Yang agak mengejutkan aku pada waktu tu ialah perkataan yang terdapat pada papan tanda bangunan...aku tak berapa ingat setiap patah perkataan yang terdapat di situ...yang aku ingat ada perkataan Allah, barisan dan kristus. Aku terkejut sampai menganga atau dalam bahasa inggerisnya i was so shocked that my jaw dropped. Aku rasa macam nak tanya kat bapak yang kayuh beca tu...tapi tak tertanya pulak. Aku ada tanya Chik (bukan nama sebenar) adakah dia perasan apa yang aku perasan...tapi dia tak perasan pulak. Hmmmm...

Tapi bila difikir2 balik, nasib baik juga aku tak tanya soalan 'bodoh' ni kat bapak tu. Kalau tak, mesti dia rasa hairan bin ajaib. Mesti dia tanya aku balik, "what kind of question is this?" Tak ke naya?

Sunday, April 05, 2009

Carpe Diem

I first heard the above latin phrase after listening to a song by Metallica titled Carpe Diem baby from their album Reload many years ago. I learned that it means 'seize the day.' Huh! Who would have thought that we can learn a foreign phrase by listening to a rock song!

http://www.youtube.com/watch?v=bj0IA1K6vS0

Well, I'm seizing the day by creating this blog. Truth is I've been thinking about having my own blog many months before...but keep delaying it...definitely not carpe diem but carpe diem cras - seize the day tomorrow (in Wikipedia it is said that carpe diem cras is a procrastinator's motto)...suit me well...lol

I guess seize the day means we should live and make out the best of the present moment. Live like there's no tomorrow. How many of us would spend much of our time brooding about the past and worrying about the future? The truth is the past is gone...today is all we have...and the future? It's indefinite.

In his best-selling book Don't Be Sad,
Dr. 'Aid Abdullah Al-Qarni wrote:

"'Today is my only day' is one of the most important statements in the dictionary of happiness, for those who
desire to live life in its fullest splendor and brilliance."
So seize the day...carpe diem, baby...