Showing posts with label Liverpool. Show all posts
Showing posts with label Liverpool. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

Khas untuk Peminat Liverpool

Tengah hari tadi saya menonton sebuah dokumentari pendek di TV AlHijrah (rancangan bermula sebaik sahaja selepas azan Zohor) berkenaan sukan/riadah yang merupakan salah satu sunnah Nabi Muhammad SAW. Saya tertarik dengan salah satu kisah yang diceritakan dalam rancangan tersebut.

Teruja sungguh saya hendak berkongsi kisah tersebut di sini khasnya kepada peminat-peminat Liverpool yang mungkin sedang berdukacita atau sedang menerima kutukan-kutukan daripada para peminat kelab bolasepak yang lain.

Baik. Saya ceritakan semula kisah tersebut di sini; mengikut apa yang saya ingat. Maklumlah saya tidak mencatatnya, hanya mengingatinya dalam kepala. Jadi jika ada salah dan silap harap maafkan saya di hari terakhir Syawal ini.

Kisahnya, Nabi Muhammad SAW ada membela seekor unta (ada disebut namanya tetapi tidak berapa ingat pula) yang sering dibawa berlumba. Unta baginda itu tidak pernah kalah dalam mana-mana pertandingan yang disertai.

Sehinggalah pada suatu hari, unta Nabi Muhammad SAW itu berlumba dengan seekor unta yang lebih muda yang dimiliki oleh seorang lelaki Badwi. Untuk pertama kali, unta baginda dikalahkan oleh unta lelaki Badwi tersebut.

Sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW semuanya berasa sedih atas kekalahan untanya itu. Masing-masing seperti tidak dapat menerima kenyataan yang sungguh pahit untuk ditelan itu. Mana mungkin unta baginda boleh kalah?

Tetapi Nabi Muhammad SAW menasihati sahabat-sahabat baginda agar tidak berasa sedih sebaliknya bergembira menerima kekalahan tersebut.

Biasalah. Ada masa kita menang, ada masa kita kalah. Biar bagaimana hebat pun kita, pasti ada masa kita akan kalah juga. Jadi terimalah kekalahan itu dengan perasaan gembira.

Apa yang penting? Semangat kesukanan (mungkin juga semangat kesunanan? Eh?)

Oleh itu kepada peminat-peminat Liverpool di luar sana. Bergembiralah. Hari-hari yang telah berlalu ini kita sekadar kalah atau seri sahaja. Hari-hari mendatang, siapa tahu? Lagipun kita sudah ada sejarah yang boleh dibanggakan. Semoga roda kegemilangan Liverpool akan naik semula. Segala-galanya mungkin dalam bolasepak. Ecece...

YNWA.

Nota: Banyak pula saya menulis tentang Liverpool semenjak dua menjak ini.

Nota 2: Kisah di atas mengikut garapan saya sendiri. Jadi, pasti ada banyak kekurangan daripada cerita sebenar yang lebih lengkap dan sedap didengar walaupun dalam bahasa Arab.

Sunday, July 29, 2012

Mimpi Berupa Ramalan

Saya tidak berapa ingat sama ada mimpi ini datang malam tadi atau awal pagi tadi. Saya juga sebenarnya tidak berapa ingat mimpi tersebut secara keseluruhannya. Kata orang, ingat-ingat lupa.

Begini.

Saya bermimpi Liverpool akan menjadi juara liga dalam EPL musim 2012/2013 yang akan datang nanti. Itulah mimpi yang saya ingat-ingat lupa, lupa-lupa ingat.

Kata orang, mimpi yang kita ingat-ingat lupa akan jadi kenyataan. Ditambah pula sekarang ini bulan puasa.

Termenung sekejap.

Kalau betullah...

Yahooooooooooooooooooooooooooo!!!

Nota: EPL hanya akan bermula lebih kurang dalam 2 - 3 minggu lagi, saya sudah bermimpi sebegini.

Nota 2: Saya hanyalah seorang peminat EPL yang sudah 'seasoned.'

Sunday, June 10, 2012

EURO 2012 Yang Tidak Mengujakan

Diam tak diam sudah dua hari EURO 2012 berlangsung dengan empat perlawanan yang berkesudahan dengan 1 seri dan 3 kemenangan.

Namun, saya masih lagi tidak berasa teruja seperti tahun-tahun yang sudah. Sebenarnya tiada satu perlawanan pun yang saya tonton. Kecuali perlawanan antara Belanda dan Belgium yang ditonton pada masa kecederaan.

Tahun ini juga saya tidak melekatkan jadual perlawanan di belakang pintu bilik seperti tahun-tahun yang sudah. Saya tidak mencari pun jadual perlawanan yang biasanya diselit di dalam akhbar-akhbar harian beberapa hari sebelum acara bermula, seperti yang lazim saya buat menjelang kejohanan.

Saya rasa mungkin sebab saya masih rindukan kemeriahan EURO 2008. Siapa yang boleh lupa dengan pasukan Turki yang menyerikan acara dengan semangat mereka yang luar biasa. Kalau pasukan Turki berjaya melayakkan diri pada kejohanan kali ini, pasti perasaan saya bertukar kepada 360 darjah.

Jadi, untuk menghilangkan kegundahan, saya menghantar SMS kepada abang angkat saya di Turki. Begini bunyinya:

"Salamualaikum, brother. How r u? Just thinking abt u since EURO 2012 had already started..Too bad Turkey didn't qualify. Hope all is well in Turkey.."

Ini balasan beliau:

"My sweet sister selamualeykum..long time no news..hope all ur family fine..yes we didnt join 2012..Destiny :) ..wait ur gd news always..Allah bless my sweet sister"

Alahai...bilalah dapat pergi ke Turki sekali lagi? Eh, terkeluar tajuk pula. Maafkan saya.

Baiklah, kita sambung semula.

Sebab yang lain mungkin kerana saya masih terlalu kecewa dengan tindakan Fernando Torres meninggalkan Liverpool dulu. Jadi, tahun ini saya tidak mahu menyokong Sepanyol. Kalau saya sokong pun, sebab ada pemain-pemain lain yang saya masih kagumi. Saya tidak mengharapkan Sepanyol menang lagi pada tahun ini. Tetapi kalau menang juga, itu petanda untuk saya betul-betul plan dan kumpul duit untuk mengembara ke Sepanyol pula nanti...heheh!

Atau mungkin juga sebab perubahan hormon. Saya rasa seperti perempuan tua yang sudah menopaus. Tidak teruja langsung dengan bolasepak. Saya tidak suka betul dengan perasaan ini. Stresnya!

Apa-apa pun saya akan terus menyokong acara-acara besar bolasepak. Mungkin tidak seaktif dulu, tapi sekurang-kurangnya dengan mengikuti perkembangan setiap perlawanan, saya masih dapat merasakan bahangnya lagi. Yang pasti saya masih akan menonton perlawanan akhir EURO 2012 nanti, insya-Allah. 

May the best team wins! 

Sunday, July 17, 2011

Liverpool is Coming to Town

Ramai yang tahu Liverpool datang ke Malaysia.

Ramai juga yang tahu Liverpool telah mengalahkan pasukan Malaysia dengan jaringan 6 berbalas 3.

Tetapi ramai yang tidak tahu saya adalah salah seorang peminat Liverpool yang telah berjaya mendapatkan tiket perlawanan tersebut dengan bantuan seorang rakan yang sama-sama meminati Liverpool.

Ramai juga yang tidak tahu di saat-saat akhir saya terpaksa 'melepaskan' tiket tersebut atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Tidak mengapalah terlepas peluang pada kali ini. Mungkin ada peluang-peluang yang lain untuk saya menonton Liverpool bermain secara live di hadapan mata. Tetapi kalau melepaskan perkara yang satu ini takut saya akan terlepas pula apa yang ada di hadapan mata. Boleh merana dibuatnya. Agaknyalah.

Apa-apa pun mari kita tonton gol-gol yang dihasilkan dalam perlawanan tersebut. Hebat juga pasukan Malaysia, ya. Syabas, syabas!



Nota: Saya mendapat SMS daripada sahabat baik saya iaitu Syira beberapa minit yang lepas memaklumkan makciknya iaitu Dr. Lo'Lo', meninggal dunia pada pukul 22:15 tadi. Innalillahiwainnailaihirajiun...Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarhamah.

Al-Fatihah...

Monday, July 12, 2010

Cawan Dunia a.k.a World Cup

Saya ada aktiviti best pada awal pagi tadi. Eh, tak. Saya tak curi telur ayam. Buat apa curi telur ayam. Bukannya best pun.

Saya cuma menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia; ayam belanda menentang spanar. Eh, bukan. Belanda menentang Sepanyol. Maafkan saya, mengantuk agaknya.

Sememangnya perlawanan akhir Piala Dunia adalah satu daripada acara sukan yang saya wajib tonton biar apapun yang terjadi kecuali kalau bekalan elektrik terputus. Lebih best jika dapat menontonnya dengan kawan-kawan yang saya suka. Dan awal pagi tadi saya menontonnya bersama-sama dengan dua orang kawan-kawan yang saya suka - dua orang gadis yang sama anggunnya dengan saya - tak lain tak bukan Chik dan Eny Ryhanna.

Dipendekkan cerita, Sepanyol menang. Puyol (ganti kepada fuyoo!)! Saya suka. Suka sangat. Sangat-sangat suka. Sejak Piala Dunia bermula sebulan yang lalu saya dah rasa Sepanyol akan merampas kejuaraan daripada tangan Itali. Nampaknya ramalan saya benar belaka. Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa saya lebih psikik daripada Paul si Sotong Kurita.

Oleh itu, sotong kurita tersebut bolehlah dimasak bersama-sama dengan ayam belanda. Goreng pun sodap!

Nota: Sebab entri ini dilabel 'Liverpool' - kedua-dua pasukan ada pemain Liverpool yang bermain pada pagi tadi waktu Malaysia bukan waktu Afrika Selatan; Dirk Kuyt (Belanda) dan Fernando Torres (Sepanyol). Harap maklum.   

Monday, October 26, 2009

You'll Never Walk Alone

Liverpool 2 - 0 Manchester United 

What a beautiful combination of numbers. 2 - 0; how lovely.

I feel like singing. Come sing with me...you'll never walk alone...

Monday, May 18, 2009

Away Shirt Musim 2009/2010


Aku curi gambar di atas kat sini. Warna ni barulah cantik untuk away shirt Liverpool. Harap memang warna hitam ni akan dipilih untuk musim depan. Kalau boleh tukarlah penaja sekali. Dah dua dekad syarikat di atas jadi penaja Liverpool. Bagilah peluang kat penaja2 lain pulak. Tapi aku rasa macam Liverpool yang tak nak kehilangan penaja ni...mungkin takut nanti tak ada bekalan air yang memabukkan ni secara percuma lagi...huhu...Dengar2 diorang nak sambung kontrak dengan Liverpool. Kalau tak silap kontrak baru bernilai 60 juta pound...isk isk isk...

Kadang2 terfikir juga mungkin disebabkan penaja ni, Liverpool asyik terlepas peluang untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris. Macam mana nak jadi juara...asyik mabuk je...betul tak? Hehe...

Musim ni pun dah terlepas peluang lagi. Nampak gayanya MU dah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Liverpool. Harap2 musim depan Liverpool akan bermain secara konsisten bermula dari awal musim...bukan hanya di akhir musim seperti musim ini.

Walaupun Liverpool bukan juara Liga, tetapi bagi aku Liverpool masih boleh dianggap juara jika dinilai dari segi bilangan gol yang telah mereka sumbat. Setakat hari ni jumlah gol Liverpool adalah 72 berbanding dengan MU sebanyak 67.

Semoga Liverpool akan berjaya di musim depan dan musim2 yang seterusnya. YNWA.

Saturday, April 11, 2009

Liga Perdana Inggeris


Hehe..saje jer nak beritau keputusan perlawanan malam ni..

Liverpool 4 - 0 Blackburn Rovers

Sekarang ni Liverpool di tangga teratas liga dengan 70 mata. Harap2 tak berubah tempat lepas MU dan Chelsea habis perlawanan masing2 nanti...

Thursday, April 09, 2009

Champions League Quarter Final - 1st Leg



Man...Liverpool lost to Chelsea? How can that be?

I hope we do better in the 2nd leg next week. Liverpool boleh! YNWA