Thursday, April 29, 2010

I'm Back for Good

Alhamdulillah. Saya sudah selamat pulang dari China pada malam tadi. Berakhir sudah perjalanan saya dan Chik di bumi China. Pelbagai pengalaman pahit manis yang telah kami alami dalam jangkamasa tidak sampai seminggu kami berada di sana.

Banyak perkara yang saya pelajari sepanjang berada di sana. Tetapi satu perkara yang pasti, saya sangat silap bila merasakan orang Cina di China sama dengan orang Cina di Malaysia. Dari segi perangai saya rasa memang ada perbezaan. Kalau tidak banyak pun, pasti ada sedikit perbezaannya. Dengan pergi sendiri ke sana baharulah saya tahu. Bak kata Aldous Huxley ~ To travel is to discover that everyone is wrong about other countries. 

Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan untuk menulis pengalaman saya dan Chik sepanjang enam hari kami berada di Beijing dan Xi'an. Rugi rasanya kalau tidak dikongsi dengan sesiapa kerana saya merasakan advencer kami kali ini antara yang sangat menarik pernah kami alami. 

Bersambung nanti, ya!

* Errr...saya harap saya rajin untuk menulis. Kalau malas, habislah...hehehe...

Thursday, April 15, 2010

Ini Mungkin Entri Terakhir...

...untuk bulan April 2010.

Hahaha! Saja nak buat gempak. Ada rasa terkejut ke? Mungkin tidak. Tidak mengapalah. 

Mengapa entri ini mungkin entri terakhir untuk bulan April 2010? Sebab saya (setelah berusia setahun jagung, Siti R merasakan dia perlu menjadi lebih sopan...ala-ala perempuan Melayu terakhir. Maka dia mengambil keputusan mengganti namakan dirinya daripada aku kepada saya. Sungguh sopankan, dia? ~ Walaupun dia telah ketawa terbahak-bahak di atas tadi. Maafkan dia. Dia baru hendak berubah. Pasti ada sedikit kesilapan di sana sini) sangat sibuk dengan tugas-tugas harian. Maklumlah saya akan bercuti panjang mulai Jumaat depan. Banyak pula kerja yang menanti untuk ditangani. Semoga saya cukup tangan untuk menanganinya.

Diharapkan bulan hadapan kerja-kerja saya akan berkurangan walaupun saya kira sepatutnya bulan ini kerja-kerja akan surut. Namun, saya hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Saya redha. Lagipun sekiranya saya berhempas pulas menghabiskan projek yang satu ini, bermakna saya akan melepaskan satu beban yang besar daripada department saya. Tolong doakan saya sabar dan yang paling penting saya berjaya dengan misi ini.

Sekian. Saya mahu terus menulis lagi tetapi terpaksa berhenti di sini. Kepala sudah pening.  Kalau ada kesempatan saya akan menulis lagi. Kalau tidak, memang entri ini entri terakhir untuk bulan ini.

Soalan cepumas: Kenapa macam tak best guna 'saya'? Adakah kerana saya belum biasa atau sebab saya ni nampak saja baik tapi sebenarnya brutal? Patutkah saya terus menggunakan 'saya' atau berbalik kepada 'aku'? Saya keliru... 

Wednesday, April 07, 2010

Budak Hingusan

Sedar tak sedar Siti R sudah berumur setahun 2 hari. Sibuk sangat aku ni hinggakan tidak sempat hendak mengucapkan selamat hari jadi kepada blog kesayangan ku ini.

Maka, sebagai peminat no. 1, aku ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada blog Siti R ~ Nothing's complicated; just simplisiti. 

Tak tahu hendak tulis apa lagi. Terharu sangat rasanya...

Sampai di sini sahaja. Aku mahu tidur. Selamat malam Siti R. Muahh!!