Monday, April 27, 2009

Menyimpan Duit dan Berjimat Cermat Cara Siti R

Kali ni aku nak bagi ajaran sesat cara-cara menyimpan duit/berjimat cermat mengikut cara aku yang tersendiri (cheh..cheh..cheh...). Berikut antara amalan aku:

1. Niat

Setiap sesuatu yang kita nak buat mesti ada niat, kan? Ini langkah pertama yang wajib korang ikuti. Jangan skip langsung langkah ni. Oleh itu, berniatlah dari sekarang untuk mula berjimat cermat supaya boleh menyimpan duit. Yang penting juga kena kuatkan semangat...

2. Gaji

Gaji aku dikreditkan dalam akaun simpanan. Untuk mengelakkan aku menghabiskan gaji dengan sia-sia, aku buka pula akaun semasa dari bank yang sama. Jadi, bila gaji masuk, aku pindahkan, say seribu ringgit ke dalam akaun semasa aku tu. Itulah duit yang akan aku gunakan untuk bulan tersebut...tak kiralah untuk berbelanja atau untuk bayar bil2 atau hutang2. Duit yang tak dipindahkan tu kira aku punya simpanan untuk bulan tu...Jadi terpulanglah kepada korang berapa banyak yang korang nak pindah atau nak simpan sekiranya korang nak guna cara bijak aku ni...hehe...perasan....

3. Duit Syiling

Korang jangan memandang sebelah mata akan kehebatan duit syiling ni. Jangan dibuang merata2 kalau tak nak. Pernah baca satu berita pasal sorang mamat ni bagi hantaran RM10k kat isteri dia dalam bentuk duit syiling? Itulah kehebatan duit syiling kalau kita kumpul betul2. Pepatah ada mengatakan sikit2 lama2 menjadi bukit...duit syiling ni kalau kumpul banyak2 memang boleh jadi bukit...betuuull...Tapi korang janganlah kumpul macam tu. Itu cara yang kurang bijak.

Ikut cara aku - simpan dulu duit syiling tu dalam tabung. Aku ada sebiji tabung...betul ke sebiji..atau sebuah? Apa2 jelah, labu...Ya, aku ada tabung lembu (read: cash cow) kesayangan. Aku biasa simpan duit syiling dalam tabung ni. Biasanya aku simpan dalam gandaan RM0.50. Jadi kalau aku ada RM0.50 tak kiralah lima puluh sen sekeping atau gabungan dua puluh sen dengan sepuluh sen...aku akan simpan dalam tabung ni. Dah penuh je aku akan masukkan ke dalam bank. Aku mulakan hobi ni sejak awal tahun lepas. Dah beberapa kali juga aku pergi simpan duit syiling ni...tadi baru je pergi..lalala...

4. Akaun Bank tanpa Kad ATM

Korang kalau sudi, bukalah beberapa akaun daripada bank2 yang berlainan. Baru rasa diri kaya...psikologi ni...
Untuk merasakan diri kaya, aku simpan duit syiling dalam akaun bank lain. Untuk akaun ni aku tak mintak bank bagi aku kad ATM. Ini satu cara paling berkesan untuk mengelakkan diri aku daripada asyik mengada2 nak keluarkan duit.

Untuk korang pulak, kalau tak nak guna cara no. 2 di atas tu untuk diri korang...bolehla guna cara ni untuk menyimpan duit gaji/pendapatan korang tu.

5. Bawa wang tunai yang sedikit

Selalunya berapa ringgit yang korang selalu simpan dalam tangan? RM100, RM300, RM500? Aku jarang simpan duit yang banyak dalam tangan. Ini untuk mengelakkan aku daripada membeli barang2 yang tidak perlu. Selalunya aku tak simpan lebih daripada RM100 dalam satu2 masa. Korang pandai2lah bajet duit korang..untuk makan...untuk duit minyak kereta...untuk tambang ke...atau untuk belanja aku makan korang dibenarkan untuk bawa duit lebih...hehehehe

6. Fikir sebelum membeli

Kalau korang nak berbelanja atau ternampak benda yang korang berkenan nak membelinya...toloooonglah fikir dua tiga empat atau lima kali. Tanya soalan2 ni kat diri korang, adakah aku sangat2 memerlukan benda ni? Adakah aku akan gunakan benda ni dalam masa terdekat ni? Desparado sangat ke aku? Kalau jawapannya tidak...jangan memandai2 bawa benda tu ke kaunter cashier untuk membayar. Simpan balik atau korang pecut 100x100 meter dari tempat benda tu di display, janji? Kalau korang pergi shopping dengan member dan dia menghasut untuk membeli benda tersebut, korang kena belajar memekakkan telinga kecuali kalau jawapan korang ialah ya untuk soalan2 di atas...tapi janganlah pulak saja2 jawab ya...

7. Kad Kredit

Kad kredit sewajarnya digunakan bila ada kecemasan. Kalau tak, korang jangan sesuka hati menggunakannya. Kena beringat2 juga...samalah dengan no. 6 di atas...fikir sebelum guna, ok. Bila tiba masa nak bayar, jangan sesekali bayar amaun minimum...bayar lebih daripada amaun minimum. Kalau tak, makin bertambah2lah hutang kad kredit korang. Kalau macam tu, macam mana nak menyimpan? Betul tak?

Itulah cara2 aku menyimpan duit dan berjimat cermat. Mungkin sesuai, mungkin tak sesuai dengan jiwa korang. Aku hanya sekadar berkongsi cara aku dengan korang. Sebenarnya kadang2 aku pun terkucil jugak...nak nak bab gaji tu...selalu tak cukup duit yang dipindahkan...hehehe...

Apa2 pun aku nak dedikasikan entri ni untuk Chik...since you're asking me how to save money when we met last week. Semoga berjaya...

5 comments:

ShaFril said...

sya dg bka byk akaun yg berlainan tp xmsukkn duit pn dlm akaun2 tu haha bkn makin betambah tp mkin berkurang kuikuikui =P

Siti R said...

haha...nampaknya x blh pakai tips ni...

ShaFril said...

tp sya kn pastikn slh 1 akuan mesti kna da lbh dri rm1K hehe

Siti R said...

bagus2...semoga berjaya dgn jayanya :D

Anazakira said...

Teruskan usaha