Tuesday, June 16, 2009

Ramadan Kali Ini

Sesiapa yang ada membaca suratkhabar Kosmo! Ahad yang baru ni mungkin perasan ada sebuah artikel dalam ruangan Jurnal, mukasurat 14 bertajuk "Ramadan kemuncak El Nino." Kalau tidak, silalah baca di sini.

Ini bermakna bulan Ramadan pada tahun ini kita akan menyambutnya dalam cuaca panas yang agak tinggi juga. Seram bila tengok suhu tertinggi dalam 36.5 darjah selsius walaupun itu di Kota Bharu. Bolehlah aku simpulkan bahawa purata cuaca ketika fenomena El Nino ini melanda adalah dalam lingkungan 35 darjah selsius. Semoga kita semua dapat menghadapinya dengan tabah...mungkinkah ini salah satu ujian Allah untuk kita?

Sebenarnya bila membaca artikel tersebut aku teringat kembali akan kenangan di bulan Ramadan 2007. Sesunguhnya Ramadan tersebut adalah bulan Ramadan yang paling istimewa yang pernah aku tempuh dalam hidup aku walaupun dalam masa 2 minggu pertama, cuaca yang aku terpaksa hadapi adalah lebih panas daripada apa yang diramalkan di atas.

Apa yang istimewa sangat tu, ya? Istimewa kerana aku telah dijemput menjadi tetamu Allah. Bersama2 dengan sahabat baikku...siapa lagi kalau bukan Chik, kami mengikuti satu rombongan kecil mengerjakan umrah pada awal Ramadan yang dikendalikan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. Walaupun aku memang telah lama menyimpan hasrat untuk mengerjakan umrah, tetapi tidak pernah terlintas di fikiran aku untuk mengerjakannya pada bulan Ramadan yang mulia. Sebuah hadis meriwayatkan bahawa satu umrah dalam bulan Ramadan adalah sama seperti satu haji pahalanya.

Jadi bila Chik secara tiba2 menyatakan persetujuannya untuk mengerjakan umrah pada bulan Ramadan tersebut, aku rasa benar2 bersyukur. Syukur kerana akhirnya Allah bukan sahaja telah memakbulkan doa aku malah telah memberikan lebih daripada yang aku minta. Maha suci Allah!

Banyak kenangan suka duka sepanjang kami mengerjakan umrah selain daripada menghadapi cuaca panas yang boleh mencecah hingga ke 44 darjah selsius. Namun cuaca panas tersebut tidak langsung mematahkan semangat aku untuk mengerjakan ibadah walaupun terus terang aku ni bukannya jenis yang kuat beribadat pun kalau di sini. Apa yang boleh aku katakan, suasana di sana memang lain daripada yang lain. Tenangnya tak boleh nak digambarkan...apatah lagi bila melihat Kaabah di depan mata.


Apa yang boleh aku katakan ialah aku rindu hendak ke sana lagi. Aku rindukan Masjid Nabawi, aku rindukan Raudhah (bulan Ramadan memang ramai jemaah datang dari seluruh pelusuk dunia...jadi untuk masuk ke dalam kawasan Raudhah yang kecil tu agak mencabar...terpaksa berebut2...tapi aku tak kisah), aku rindu hendak melawat makam Rasulullah, aku rindukan Masjidilharam, aku rindukan Kaabah...pendek kata aku rindukan segala2nya di sana.


Semoga Allah menjemput aku lagi...untuk mengerjakan haji pula, insya-Allah.

4 comments:

Anonymous said...

kalau di Masjid Nabawi, orang ramai berebut-rebut nak semayang di Raudhah...

kalau di Masjidil Haram pula, orang berebut-rebut nak semayang di Hijr Ismail...

tapi keiroro paling suka di Madinah sebab sangat menenangkan hati.. ;)

Siti R said...

erm...mgkin sbb kat Madinah x sesibuk mcm di Mekah, kan...

alone said...

seronoknya dapat jejakkan kaki ke sana =)

semoga kita sama2 dapat bertemu Ramadhan lagi kali ini =D

Siti R said...

insya-Allah...amin