Saturday, June 20, 2009

Sesi Kaunseling

Telefon berbunyi ring ring ring...ku angkat ku tak sempat tanya siapa...tak sempat jawab hello pun...

Aku: He...(hello yang tak habis diucap)

Bos: Siti Nurhaliza (uwekkksss...suka sangat panggil aku Siti Nurhaliza...uwekkksss sekali lagi)...datang sini sekejap

Aku: (tak cakap apa2, terus letak gagang dan berjalan ke meja bos)

Sampai kat meja bos,

Bos: Duduk, duduk...

Aku: (tak cakap apa2, terus duduk dengan raut muka yang puzzled sebab ternampak beberapa keping attandance sheets dalam diari yang dipegang bos)

Bos: Kenapa muka you macam takut saja...tak ada apa2lah...I nak jumpa you sekejap saja...

Lepas tu ada sedikit gangguan.Telefon dia berbunyi. Aku duduk menunggu dengan seribu persoalan bermain dalam fikiran. Bukannya aku tak pernah dipanggil bos...selalu. Tapi biasanya nak bincang pasal kerja. Ini aku tengok dia asyik dok pegang2 attendance sheets yang aku hantar kat HR untuk claim meal and transport allowance sebab buat overtime...rasa musykil juga. Mungkinkah HR nak mempersoalkan kenapa aku asyik buat overtime? Bukan itu saja, aku nampak ada borang Counselling Session...oh tidak, apa yang sedang berlaku ni?

Bos dah habis cakap kat telefon...perbualan yang sepatah haram pun aku tak faham sebab dia cakap dalam bahasa Cina. Tak apalah, itu tak penting sebab lepas tu dia beritau aku apa yang dia telah perbualkan tadi...nak buat macam mana, bos aku ni memang suka bercerita.

Sambung balik pasal tujuan dia memanggil aku...sebenarnya sekarang ni HR di tempat kerja aku sedang monitor waktu semua staf masuk kerja. Agaknya gejala pekerja datang lambat semakin menjadi2 membuatkan HR perlu melakukan sesuatu...tapi bos aku cakap agaknya HR dah tak ada kerja nak buat...hehe...aku setuju...aku setuju.

Jadi, pendek cerita aku pun termasuk golongan yang datang lambat. Attendance sheets beberapa bulan lepas memang agak malu2 kucing untuk aku tengok. Bukannya aku kerap datang lambat, tapi ada lah dua tiga empat lima enam kali atau lebih dalam sebulan aku sampai pejabat lebih daripada pukul 8.45 pagi (office hour bermula pukul 8.30 pagi). Dalam department aku, tiga orang telah dicekup termasuk aku. Aku tak tau pulak bos aku tu kena ke tak sebab dia tu pun selalu juga datang lambat...kadang-kadang lagi lambat daripada aku. Kalau kena pun tak kan dia nak beritahu aku...drop his water face pulak nanti.

Yang pasal borang Counselling tu, ia macam satu borang soal siasat...bukan macam untuk sesi kaunseling pun. Borang tu bos kena isi dan aku kena tandatangan. Dalam borang tu perlu diisi sebab musabab kenapa aku datang lambat. Aku beritahu bos dengan secara jujur bahawa aku datang pejabat naik bas. Keluar rumah lebih kurang pukul tujuh. Dia tanya aku kenapa ada masa aku boleh datang awal. Aku jawab bergantung kepada keadaan jalan. Kalau jalan jem...boleh jadi lambatlah...kadang-kadang driver bas berhenti lama kat satu2 perhentian bas untuk tunggu penumpang. Ingat aku suka sangat ke kalau diorang berhenti lama2 macam tu? Buat sakit hati aje...

Dah bagi sebab musabab kena pulak beritahu apa tindakan yang aku akan lakukan untuk mengelakkan daripada datang lambat. Aku tak tahu nak jawab apa...aku kata kat bos agaknya aku kena keluar rumah lebih awallah lepas ni. Tapi bos aku cakap tak perlulah buat macam tu.

Dia faham aku duduk jauh. Dia juga tahu aku bukan jenis yang sengaja datang lambat...benda yang sama yang dia beritahu kat Senior Manager kami, Encik Joe Jambul (bukan nama sebenar). Dia bagi aku cadangan, kalau lain kali aku rasa aku akan sampai lambat, telefon atau sms ajelah...huhu...terharunya...sayang kat bos (kenapa tiba-tiba aku rasa macam nak muntah ni...uwek uwek..).

Bos juga cuba menyedapkan hati aku dengan mengatakan bahawa bukan staf department kami aje yang kena buat sesi kaunseling ni, tapi staf department yang lain pun ramai yang kena...manager pun tak terkecuali. Tapi, entahlah...aku rasa reputasi aku jatuh disebabkan hal ni. Datang lambat je tengok...aku selalu balik lambat untuk habiskan kerja tu macam mana? Dan aku tak pernah curi tulang pada waktu bekerja.

Tak bolehkah HR perkenalkan waktu fleksibel untuk staf daripada buat sesi yang membuang masa ni? Dah tahu ramai yang sukar datang lambat, carilah cara penyelesaian yang boleh diterima pakai oleh setiap orang. Rasanya waktu bekerja fleksibel ni dah banyak digunapakai di Malaysia ni...negara2 maju lagi lah dah lama guna. Sebab tulah boleh maju dan makmur...betul tak?

No comments: