Friday, December 31, 2010

Malam Tadi Ku Bermimpi

Pelik betul mimpi malam tadi. Saya teringin makan nasi tomato. Lalu saya masuk ke dalam sebuah bangunan. Saya turun ke tingkat bawah bangunan dengan menggunakan eskalator. Semasa turun saya merasakan seperti berada di negara Turki. Entah mengapa? Mungkin saya ternampak kelibat beberapa orang perempuan berkulit putih dan berambut perang yang sedang bertutur dalam Bahasa Turki di tingkat bawah.

Tingkat bawah bercat putih keseluruhannya. Terasa begitu moden sekali. Di hadapan saya, di sebelah kanan ada dinding separuh...mungkin di belakang dinding ada satu bilik/kaunter. Manakala di sebelah kiri ada laluan untuk terus masuk ke dalam bangunan. Di bahagian atas dinding sebelah kanan itu ada sebuah TV LCD/Plasma yang sedang menayangkan sebuah video klip.

Video klip tersebutlah yang agak pelik, yang membuatkan saya tertanya-tanya (dalam mimpi dan dalam jaga). Kelihatan Will Smith sedang menyanyikan sebuah lagu Rap...mungkin lagu terbaharu beliau. Apa yang agak mengejutkan saya adalah lirik lagu beliau berunsur keIslaman. Bukan sahaja lirik, tetapi setelah video memaparkan muka Will Smith...ia beralih pula memaparkan animasi perkataan-perkataan seperti Allah, Alhamdulillah (ada lain-lain tetapi tidak pula saya ingat) dalam tulisan Jawi yang bercahaya-cahaya dan berwarna hijau.

Kemudian saya terjaga. Adakah benar mimpi saya atau sekadar mainan tidur? Saya mengharapkan perkara ini benar. Saya gembira kalau Will Smith benar-benar sudah memeluk Islam kerana dia merupakan seorang Penyanyi dan Pelakon Hollywood yang hampir tiada kontroversi atau dilanda gosip liar. Lagipun dia pernah berlakon menjadi peninju legenda Muhammad Ali dalam filem "Ali" pada tahun 2001.

Agak malanglah jika ini cuma mainan tidur...hmmm...

10 comments:

Kurma said...

best jugak mimpi ko ni hehehe

::AttOkz Dikulgai:: said...

Ermm...mimpi yang sebelum tu?
Tak nak citer ke?
:P

Siti R said...

Kurma: Sbb tu kena citer..hehe..

AttOkz: Mimpi hantu Kak Limah tu ke? Xnak la...seramm..

AttOkz Dikulgai said...

no, mimpi yg kat kampung tu.
hahahahah~
Do u dare?
:P

Kurma said...

mimpi apa? mimpi apa? aku takleh tau sekerat2 nih... tak tido malam kangg..

Siti R said...

Aku mimpi panjat pokok duku kt kampung. Sekali tu aku tergelincir dan jatuh. Seb baik ada Johnny Depp kat bwh. Dia yg sambut aku...best woo..Johnny Depp sambut. Ingat senang ke dia nk masuk mimpi aku...

Eleh, AttOkz Dikulgai ni...kecoh la..

AttOkz Dikulgai said...

ye la ye la org kecoh~
Johnny Depp kunun.
ehem! takkan berangan jadi Angelina Jolie plak kot?
(the Tourist tu ada lagi ke kat cinema?)

Siti R said...

No komen...

Dun worry, masih ditayang lagi.

Kurma said...

certain cinema je tayang.. Semlm aku tgk Faster.. takat bolehla sbb takde cerita aku boleh tengok. Lain2 seme cerita hantu.

kahkah.. ko mimpi Abg Johny... aritu aku mimpi Remy Ishak kawen ngan Maya Karin.

Siti R said...

Pergh! Remy Ishak dgn Maya Karin? Bole jd gosip ni..hehe