Petang pertama di bulan Ramadan - lemah longlai rasanya. Tergoncang iman bila nampak Mister Potato yang belum berbukak yang ada di dalam robok (almari). Waduh, waduh...aku cinta padamu Mister Potato. Hep, hep...mengada2 betul si Siti R ni, mengalahkan budak kecik!
Mintak maap ye, aku biol sikit arini...ditambah pulak dengan demam yang melanda. Hari pertama puasa dah demam...tak kuat betul la aku ni. Plan nak gi keje terpaksa dibatalkan...tak dapat jugak aku nak organise balik keje aku yang tengah melambak tu. Takpelah...aku memang perlukan rehat and worry free this weekend.
Oh, ya! Selamat berpuasa diucapkan kepada korang semua. Bila puasa aje ingat makanan, ek? Ke aku sorang jer yang ingat makanan ni? Hmm..jiran sebelah tengah menumis apa tu...adoyai...(concentrate Siti R, concentrate!).
Hmm..masuk citer baru la pulak. Citernya pagi tadi aku dapat majalah Discovery Channel untuk bulan September. Ada la satu artikel menarik dalam tu (jangan salah sangka, bukan satu jer artikel menarik, ada banyak sebenarnya. Jadi dapatkanlah majalah ini di kedai2 buku berhampiran anda..atau subscribe aje macam aku). Sesuai bangat untuk dihidangkan pada petang pertama Ramadan ni..(ishh...jiran sebelah tengah goreng apa pulak tu...??)
Tajuk artikel; "Taste for Evolution" bermula daripada mukasurat 42 hingga 45 tulisan Rachel Sullivan. Intipati artikel adalah mengenai apa sebenarnya yang membezakan manusia dengan haiwan? Hmm...apa ye? Adakah kebolehan bercakap? Berbahasa? Burung kakak tua boleh bercakap dan berbahasa apa...walaupun cuma mimikan, tapi kira satu kebolehan, kan? Adakah sebab kita ada banyak skil? Rasanya tak jugak. Haiwan macam chimpazee ada skil apa...skil menggunakan alatan dalam usaha mencari makanan..isk korang tau apa yang aku maksudkan, kan? Atau adakah kebolehan belajar? Oh, tidak...tidak. Gorila dan orang utan boleh belajar bahasa isyarat aperrr. Ikan lumba2 pun ada kebolehan belajar dan dianggap sebagai haiwan yang paling intelligent mengalahkan Chimpazee.
Abis tu apa, ek? Kata Profesor Richard Wrangham, "...sebenarnya kepakaran manusia memasaklah yang membezakan mereka daripada haiwan."
Wah...pandainya Prof. Wrangham ni cakap Melayu, ek? Mari tepuk tangan ramai2...dan wah...aku rasa aku bersetuju sangat2 dengan pendapat beliau. Korang ada penah jumpa atau tau mana2 haiwan yang boleh memasak? Jangan nak jawab tikus dalam citer Ratatouille pulak...aku rotan sorang2 kang...tapi nasib baik sekarang bulan puasa, jadi aku tak boleh bertindak ganas. Selamat korang...buat masa ni...
Berbalik kepada artikel...pendapat Prof. Wrangham ni bukan sekadar teori semata2 sebab pada permulaan artikel ada menyebutkan bahawa beliau telah lama (berdekad2 lamanya) mengamati tingkahlaku beruk dan yang sewaktu dengannya samada dalam kurungan atau bebas (bukan Prof. Wrangham, tapi beruk2 tu la). Sentiasa ada benda baru yang dia belajar tentang haiwan2 ni, tapi katanya ada satu benda yang beliau memang sure - sama jugak macam manusia, haiwan2 ni lebih gemar makan makanan yang dah dimasak.
Amazing...aku tak penah terfikir pun pasal benda ni. Almaklumlah memasak bukannya bidang yang aku terer...makan terer la..hehe...Dengan memasak menjadikan sesuatu makanan tu rasa lebih sedap, kan? Cubalah bayangkan kalau nenek moyang kita dulu tak terfikir atau terjumpa kaedah memasak...apa yang kita akan makan pada masa sekarang? Semua makanan mentah agaknya? Tak pun semua orang makan sushi aje..hehe...
...patutla kucing2 aku dulu (sekarang dah takde kucing..huhu) lebih suka makan apa yang aku makan daripada makan makanan kucing...isk2...
Oklah, malas nak tulis panjang2...apa kata korang baca sendiri artikel ni. Nak baca online kena tunggu bulan September menjelmakan diri kot sebab kat website Discovery Channel Magazine tu masih tunjuk DCM edisi bulan Ogos lagi.
Akhir sekali...aku ucapkan Selamat Berpuasa, Selamat Berbuka dan Selamat Beramal...

No comments:
Post a Comment