Showing posts with label Cats. Show all posts
Showing posts with label Cats. Show all posts

Sunday, August 05, 2012

Sebakul Buah-buahan, Bakul-bakul Kebanggaan Sudah Berkurangan

Orang kata kali pertama itu akan diingati sampai bila-bila dan yang paling meninggalkan kesan. Kali kedua, sudah jadi suam-suam kuku. Maka, dengan sebab itulah saya lambat sedikit untuk meuar-uarkan di sini bahawa sekali lagi saya telah menang pertandingan write-up "Fruit of the Month" bagi bulan Julai pada hari Isnin lepas. Cerita tentang kemenangan pertama bolehlah dibaca di sini.

Syukur, Alhamdulillah. Nampaknya salah satu azam tahun baru saya sentiasa dipermudahkan oleh-Nya. Boleh recap apa azam saya itu di sini.

Okay, malas cerita panjang-panjang. Jadi, lihat sahajalah gambar-gambar di bawah berserta sedikit penerangan ringkas. Ewah-ewah..macam berlagak pula...hihihi!

 
Proses awal penulisan. Siap lukis-lukis wooo...macam hendak tulis novel. Padahal hendak tulis write-up yang mengandungi 150 patah perkataan sahaja..kahkah! *Siapa pandai cuba teka saya tulis tentang buah apa? Puan Azrina @ Kurma tidak dibenarkan untuk menjawab sama sekali..eheheh...

 
Inilah dia bakul buah-buahan yang dimenangi pada kali ini. Ini merupakan percubaan saya yang ketiga dalam pertandingan write-up. Kali kedua, kalah. Pertandingan ketiga saya gagal turut serta kerana kecewa tiada idea. Kali ketiga masuk pertandingan, barulah membuahkan hasil sekali lagi. Besar-besar pula buah-buahannya. Nyum, nyum!

 
Salah seekor intan-payung-gunung-meletup saya sedang cuba mensabotaj bakul buah-buahan. Cis!

 
Tak berjaya cara meniarap, cara duduk pula. Tak sabar hendak makan buah anggur agaknya.

 
"Ala Mak Iti! Cepatlah buka plastik buah ni! Kita nak makan buah anggur...meowww"

 
Sejam kemudian...
Oit! Sudah kenyang, dia bantai tidur pula! Malas solat terawihlah ni. Mengelat betul!

Monday, May 02, 2011

Pasca PBAKL 2011

Dengki betul! Dengki saya tengok orang lain sibuk-sibuk tayang buku-buku yang mereka beli di PBAKL yang telah berakhir semalam. Jadi, saya mengambil keputusan untuk tidak menjadi orang yang ketinggalan dalam hal-hal tayang menayang ni. Sebab dengkilah kata, kan.

Inilah dia hasil pembelian saya. Tadaaaa!!

Ini buku-buku non-fiksyen

Ini pula buku-buku fiksyen

Ini pula buku...aiyakk!! Macam mana buku boleh bertukar menjadi kucing??

Iskh! Seramnya...tengok mata dia...tentu dia sedang cuba menyihir saya supaya melupakan buku-buku tadi!

Hei Kucing! Selagi buku-buku ini ada, jangan harap saya akan melupakannya.

Erkk!! Dia merajuklah...tak mahu pandang muka saya dah...huhuhu~

Nota: Daripada sumber yang boleh dipercayai, saya mendapat tahu PBAKL pada tahun depan akan berlangsung hampir sebulan iaitu dari 27 April hingga 22 Mei 2012. Apa? Tak percaya? Cuba tengok gambar di bawah betul-betul.

Haa...kan dah cakap...

Tuesday, November 16, 2010

I Also Want To Seek The Truth

Sekarang ini hangat betul kisah "cinta syyhh" di antara Uncleseekers dengan seorang bekas permaisuri, ya. Terlalu hangat sehingga pada tengahari tadi rakan sepejabatku berpesan supaya aku membaca pengakuan  yang dibuat oleh Uncleseekers di blog beliau.

Tetapi daripada melayan kisah "cinta syyhh" Uncleseekers yang entah apa-apa (walaupun aku dah baca kisah cintanya sampai yang terkini - part 6...To seek the truth lah, katakan. Kahkahkah!), baik layan artikel terbaharu di blog fiwdaus yang sangat menarik dan banyak kebenarannya pada pendapat aku. Tajuk artikel - Makan, termakan dan cari makan. Selain mendapat manfaat, dapat juga melayan gambar-gambar kucing yang comel-comel belaka (one of the reasons I like this blog) - orang kata sambil menyelam minum air.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Selamat Hari Raya Aidil Adha!

Monday, December 07, 2009

Kucing Kena Penjara....Apekah?

Sebagai seorang pecinta kucing aku merasa sungguh bengang dengan kebangangan pihak Israel durjana yang telah memenjara seekor kucing semata-mata kucing tersebut didapati telah banyak memberikan khidmat dan bantuan kepada penghuni-penghuni penjara "Nakab". Penghuni-penghuni penjara tersebut sudah tentunya adalah terdiri daripada orang-orang Palestin.

Dikatakan bahawa kucing tersebut membantu penghuni-penghuni penjara dengan mengerakkan objek-objek ringan seperti surat, roti dan sebagainya dari satu sel ke satu sel yang lain. Aku merasa sungguh kagum dengan kebolehan kucing tersebut. Ini adalah disebabkan kucing merupakan antara haiwan yang paling sukar untuk dilatih. Hairan juga bagaimana kucing tersebut mampu melakukannya...dan siapa pula yang melatihnya?

...tetapi bukankah Allah mampu melakukan apa sahaja? Mungkin ini merupakan bentuk bantuan yang Allah berikan kepada hamba-hamba-Nya yang teraniaya...wallahualam...



Kucing ini juga terkejut setelah mendengar berita ini... 

Baca selanjutnya di sini.

Saturday, October 31, 2009

Gambar Halloween Terbaik

Pagi tadi aku dapat MMS daripada seorang lelaki paling poyo di Malaysia yang bernama Amir. Dengan penuh rasa poyo dia mengirimkan gambar seperti berikut.

Friday, October 16, 2009

Pemuzik Hebat

Memperkenalkan pemuzik handalan masa kini...

Nora Si Pemain Piano...hebat sungguh!

Thursday, June 25, 2009

Pertandingan Kucing

Bestnya! Bestnya! Apa yang best sangat tu, ek? Best sebab bermula esok, Pertandingan Kucing Antarabangsa akan diadakan di Mid Valley Exhibition Centre sehingga hari ahad ni.

Aku tak pernah pergi tengok pertandingan kucing ni. Kali ni rasa macam nak pergi pulak. Teruja pulak rasa. Hari esok tak dapatlah pergi. Mungkin Sabtu atau ahad boleh pergi...yeay...!!!

Dengar cerita ada 150 kucing yang akan bertanding. Mesti comel2...aku ni tak boleh tengok kucing...I've a soft spot for cats...bukan setakat soft, boleh jadi melt terus nanti.

Macam manalah rupa2 kucing tu nanti, ek? Adakah seperti kucing2 di bawah ni...hmmm...^_^










Sunday, June 07, 2009

Garfield ke ni??

Dipetik dari You Tube:

"Those last few kibbles might have gotten between Goliath and a clean escape. But after weeks of stealing food from a Gresham garage, the flabby tabby found himself stuck — head and shoulders outside the doggie door, gut and tail inside. The homeowner helped dislodge the sweet, playful 20.2-pound cat, kindly gave him a good meal, then delivered him Wednesday to the Oregon Humane Society, where he awaits his owner or a new adoptive personal chef."

Saksikan sendiri kemontelan kucing ni...membuatkan aku rasa gerammmmm dengan kecomelannya...

Friday, May 01, 2009

Apabila Kucing Pandai Berkata-kata...

Entah apa yang dibualkan oleh 2 ekor kucing ini? Rasa macam nak join aje perbualan mereka...

Comelnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....




Hahaha...sekarang aku tahu apa yang mereka bualkan...hahaha...