Monday, January 02, 2012

Azam Tahun Baharu

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2012 kepada pembaca blog ini.

Di tahun 2012 ini saya berazam untuk membuat azam yang simple sahaja. Mahu tahu apa azam saya pada tahun ini? Azam saya adalah:

1. Mahu banyakkan makan sayur-sayuran
2. Mahu banyakkan makan buah-buahan
3. Mahu banyakkan minum air 

Simple, bukan?

Saya juga berhasrat untuk berkongsi pengalaman saya menjalani pembedahan membuang ovarian cyst enam hari yang lepas. Harap dapat dijadikan panduan dan pengajaran kepada gadis-gadis di luar sana. Sebabnya semasa membuat research mengenai cyst sebelum dan selepas menjalani pembedahan, saya mendapati hampir tiada wanita bujang yang menceritakan pengalaman mereka (mungkin sebab malu atau sebab saya sendiri yang tidak habis mencari atau ada sebab-sebab lain). Yang ada kebanyakkannya ditulis oleh wanita yang sudah berkahwin. Jadi saya rasa tidak salah untuk saya berkongsi. Semoga ia akan memberi manfaat kepada pembaca.

Baiklah, saya berhenti di sini dahulu. Mahu minum pati ikan haruan...uhuhuhu~ 

5 comments:

zatara said...

Ya. Azam anda sungguh simple. Nothing complicated. Just SimpliSITI. :)

Emy Tak Kecik said...

salam tahun baru siti...

baru lepas buang cyst ke?kawan kita buat juga tp betol la dia dah kawen...

update ok

Siti R said...

Zatara: A'ah, betul. Selamat tahun baru

Emy: Selamat tahun baru. Insya-Allah, nanti saya update.

Kurma said...

Selamat Tahun Baru Siti... semoga sahabatku ini dikurniakan kesembuhan yang segera, kesihatan berpanjangan, dan stress free.

Aku dengar stress menyumbang kepada masalah2 macam fibroid dan cyst.. betul ke?

Eh baru nak tiru tanak ada azam.. aku pun rasa nak azam bertambah sihat tahun ni.. lutut dah sakitlaa.. mencanak2 naik badan ni

Siti R said...

Selamat tahun baru Rin...terima kasih atas doanya.

Yup, betul. Lepas ni memang kena belajar kawal stress...huhu

Hahaha! Ko memang suka meniru...hehe..jgn mare gurau jer. Aku cadangkan ko mula buat health screening thn ni. Setahun sekali jer...just untuk precaution. Semoga ko pun dikurniakan kesihatan yang berpanjangan...amin..