Tuesday, January 24, 2012

Buku-buku Yang Habis Dibaca dan Sedang Dibaca

Dalam tiga minggu pertama 'bercuti' ini, banyak masa saya dihabiskan dengan membaca; selain daripada makan, tidur dan makan, tidur. Setakat semalam, sudah sembilan buah buku saya berjaya habiskan. Kalau mengikut standard saya yang kadang-kadang satu buku mengambil masa sebulan untuk dibaca, bilangan di atas boleh tahan banyak juga. Nasib baiklah ada banyak buku-buku yang dibeli sebelum ini (ada yang dari tahun 2010) yang belum lagi dibaca. Inilah masanya untuk saya cuba menyusutkan bilangannya. Yiha!

Berikut adalah tajuk-tajuk yang sudah habis dibaca:

Rahsia Agenda Alam Hitam - Zehann Ur Rakhie (hampir-hampir hendak tulis Rahsia Agenda Awang Hitam...hehe)

Micro - Michael Crichton & Richard Preston

Twenties Girl - Sophie Kinsella

Pelangi Biru - Abdul Manaf Abdul Kadir

Taman Rasidah Utama - Abdul Manaf Abdul Kadir

Kandang Cinta Kita - Matt Romeo

Grimms' Fairy Tales - Brothers Grimm

The Samaritan's Secret - Matt Rees

Si Mata Kencana - Abdul Manaf Abdul Kadir

Sekarang saya sedang membaca Takdir: Cahaya Yang Tidak Terpadam, karya Hilal Asyraf.

5 comments:

zatara said...

Salam.. Nak pinjam cahaya yang tidak terpadam.. Boleh? (tanpa menyewa)

Siti R said...

Nak pinjam kalu, gi library la :P

zatara said...

Sungguh kejam.

Kurma said...

nampaknya pesta buku tawon ni dptla ko beli byk sbb dah byk ko baca. Aku tak baca2 lagi yg ada tu.. takut la nak beli.. mujurla org tu dah takde misai hahahaha kalu tak lagi aku takuttt

Siti R said...

Zatara: Ado den kesah? Muahaha

Kurma: Belum pesta buku ni pun aku dah mengigil2 nak gi kedai buku. Dah gian dah nih...tp apakan daya badanku blom cukup kuat lg nk gi berpoya2... :(

Haha...ye ke? Imej baru ke? Hehe..