Saturday, August 01, 2009

Siti R Di Alam Fantasi

Hari ni pagi2 lagi aku dah mengadap discovery channel magazine yang terbaru. Ada artikel menarik dalam tu. Mana tak menariknya, salah satu artikel tu menceritakan mengenai satu pekerjaan tradisional yang masih wujud kat Malaysia ni - kisah pemungut madu tualang di Kedah (mukasurat 84 - 89). Artikel ni ditulis bagi mempromosikan dokumentari yang bakal ditayangkan di saluran Discovery pada 29 Ogos ni nanti. Tajuk dokumentari ialah Honey Hunters. Tengok, jangan tak tengok.

Bukan senang nak memungut madu tualang ni sebenarnya. Aku rasa pekerjaan ni merupakan salah satu pekerjaan yang agak merbahaya jugak. Dengan risiko disengat lebah dan juga risiko jatuh dari atas pokok tualang yang tinggi melangit tu, tak menghalang para pemungut melakukan kerja ni. Aku kagum dengan mereka. Tapi yang lebih aku kagum adalah kisah tentang lebah2 pokok tualang tu yang dipanggil sebagai Hitam Manis.

Sebenarnya ada cerita disebalik nama Hitam Manis tu. Cerita yang paling aku suka dengar...cerita mitos. Walaupun hanya sebuah fantasi, aku rasa fascinated bila dengar cerita2 legenda atau mitos...termasuklah cerita pasal Hitam Manis ni. Dalam artikel tu ada disebut bahawa para pemungut madu tak guna sebarang bahan berunsurkan logam masa mereka menuai sarang lebah. Mereka hanya menggunakan pisau yang diperbuat daripada tulang haiwan dan bekas yang diperbuat daripada kulit lembu. Ini juga berkaitan dengan cerita mitos tu.

Menurut mitos Hindu, ada sorang dayang yang bernama Hitam Manis yang dah jatuh cintan kat putera raja. Walaupun dia tak bertepuk sebelah tangan, tapi mustahil dia ni boleh kawen dengan putera raja tu sebab dia cuma orang kebanyakan. Bila sultan tau jer yang diorang ni dah jadi couple, baginda pun naik berang dan mulakan misi untuk membunuh si Hitam Manis. Dalam ketakutan Hitam Manis dan beberapa orang dayang cuba untuk melarikan diri dari istana. Masa nilah dada Hitam Manis ditusuk dengan lembing logam dan mengenai jantung dia. Tak semena2 Hitam Manis dan kawan2 yang sama2 melarikan diri bertukar menjadi lebah dan mereka pun terbang menuju ke hutan.

Beberapa tahun kemudian, putera raja pegi ke hutan (tak disebut kenapa tapi aku rasa untuk berburu agaknya). Tanpa menggunakan teropong atau cermin mata, putera nampak sarang lebah nun kat atas sebatang pokok tualang. Baginda pun panjat pokok tu dan mendapati betapa manisnya madu di situ. Dengan excitednya baginda pun mintak kat pembantu baginda sebilah pisau dan sebuah bekas. Malangnya bila bekas diturunkan ke bawah, pembantu mendapati dalam bekas tu bukannya ada madu tapi badan putera yang telah dikerat2...tapi taktau la berapa kerat...kalau 18 kerat dah jadi kes Mona Fendey pulak...huhu...

Sayup2 kedengaran suara dari atas pokok yang mengatakan bahawa putera telah melanggar pantang larang dengan menggunakan alatan logam untuk memotong sarang...jenis yang sama yang telah membunuh Hitam Manis. Kemudian titisan emas (atau madu?) yang dihasilkan oleh lebah2 berjaya menghidupkan semula putera raja...

...dan sampai sekarang, takde satupun alatan berunsurkan logam digunakan untuk menuai sarang lebah tualang sebagai tanda menghormati Hitam Manis.

Itulah ceritanya. Best, kan? Tapi korang perasan tak, kalau cerita mitos atau legenda kat Malaysia ni atau mungkin kat kawasan Asia ni selalunya tak berakhir dengan happy ending. Selalunya cerita2 ni berakhir dengan tragedi atau kematian macam kisah Si Tanggang. Tapi kebanyakan cerita ni untuk dijadikan teladan sebab tu banyak kisah sedih2 kot...untuk menunjukkan akibat yang perlu ditanggung kalau kita tak jadi orang baik. Berlainan pulak dengan fairy tales yang lebih kepada cerita good vs evil yang mana good akan menang dan semua orang hidup aman bahagia selama2nya. Alangkah bestnya kalau semua orang boleh hidup aman bahagia selama2nya di alam nyata, kan? Tapi tak mungkin boleh terjadi. Bak kata Metallica, Sad but true...

No comments: