Pernahkah kawan-kawan terfikir mengapakah kalau sesebuah restoran ada menyediakan tempat duduk open air, para pengunjung restoran lebih gemar memenuhi tempat duduk tersebut daripada duduk di dalam restoran? Bukan setakat mereka, aku dan juga mungkin kawan-kawan semua rasanya lebih gemar makan di kawasan open air, bukan?
Tak pernah terfikir? Ataupun malas nak fikir? Aku? Aku tak payah fikir sebab aku dah lama tahu jawapannya. Tak payah panggil ahli antropologi untuk buat kajian. Buang karan sahaja. Aku, walaupun bukanlah pakar dalam bidang antropologi tetapi jawapan kepada persoalan di atas telah lama berada dalam minda genius aku ni (maklumlah tak ada orang nak kata aku genius maka terpaksalah aku masuk lif tekan butang sendiri). Jawapannya senang sahaja. Sudah bersedia untuk merasai pengalaman merasa kagum tahap gaban terhadap kegeniusan aku?

Inilah jawapannya. Kita suka makan di kawasan open air sebab mengikut kebiasaan dan cara hidup manusia di zaman batu; zaman sebelum munculnya peradaban dunia. Gen-gen suka makan di tempat open air masih ada dalam tubuh kita semua. Maklumlah zaman-zaman tu mana ada bangunan lagi. Yang ada cuma gua-gua. Lepas berburu, sudah pastinya mereka menikmati hasil buruan di tempat terbuka dengan kaum kerabat yang lain. Apabila sudah pandai memasak, mereka lebih suka memasak di kawasan terbuka seperti yang biasa aku tengok dalam gambar-gambar ilustrasi. Yang pastinya gambar-gambar tersebut bukan imaginasi pelukis semata-mata, tetapi berdasarkan kepada fakta-fakta kajian yang telah dijalankan, bukan?
Tak percaya dengan penemuan aku buat ni? Aku bukan buat sesuka hati. Aku buat berdasarkan kepada kajian-kajian human behavioural lain yang telah dilakukan oleh ahli-ahli berbagai cabang sains terutama bidang antropologi. What we do now is the reflection of the past. Itu kesimpulan yang aku boleh simpul matikan di sini terhadap kajian-kajian yang telah dibuat oleh mereka yang pakar.
Aku rasa entri ini boleh melayakkan aku mendapat sekurang-kurangnya gelaran Datuk kerana sumbangan yang tidak terhingga dalam bidang antropologi dan seterusnya mengharumkan nama blog ini. Ada sesiapa yang sudi menganugerahkan pingat kehormat tersebut kepada aku? Akan ku terima dengan open arms...

4 comments:
Dengan kuasa yang ada pada saya, dengan ini saya menganugerahkan Siti R, Anugerah Kehormat Doktor Lift yang membawa gelaran Latok Siti R ekkekeekke..
c you tomollow ah Latok? ekkeke.. nak gi sama tak esok?
Tq2...ada gak org yg sudi bg anugerah...latok pun latoklah, janji rock...hehe...
Ok, ok...kita g together gether..c u tomoro...
open-air boleh sembang kuat-kuat
boleh kentut kuat-kuat.
boleh ushar awek
ooo..teori yg sungguh kena dgn species lelaki...terima kasih atas input ini...x terpk pulak seblm ni..
Post a Comment