Sunday, November 01, 2009

Ilmu Tanpa Amal Adalah Sia-sia

Selalunya kalau kita mempelajari sesuatu ilmu yang baharu, seringkali kita mengharapkan agar dapat faham sefaham-fahamnya baharulah kita hendak mengamalkan atau mengaplikasikan ilmu tersebut. Kadang-kadang apa yang kita harapkan itu tidak mungkin akan berlaku kerana untuk memahami secara total sesuatu ilmu yang baharu sahaja dipelajari adalah amat mustahil sekali.

Kita seringkali kecewa kerana kita mahukan segala-galanya dapat terus diamalkan dengan sempurna. Apabila kita mendapati bahawa ada banyak benda lagi yang kita tidak tahu, kita akan patah semangat dan terus meninggalkannya. Akhirnya ilmu yang baharu dipelajari itu tenggelam dan hilang begitu sahaja.

Apa yang perlu dilakukan adalah praktis dan terus praktis seberapa banyak yang mungkin. Dari situ sedikit demi sedikit kita akan dapat menghadam dan menjadikan ilmu itu sebati dengan diri kita. Kalau tidak dipraktikkan kita tidak akan ke mana-mana dan istilah trial and error itu tidak mungkin wujud di alam fana ini.

Kamu faham tak apa yang kita tulis? Kita salin dan edit semula apa yang kita tulis dalam bas lepas balik daripada menghadiri satu bengkel pada siang tadi. 

Kita sebenarnya blur, blur pasal ilmu yang cuba disampaikan oleh sifu dalam bengkel tersebut. Rupa-rupanya bukan kita sahaja, tapi kawan-kawan yang seangkatan dengan kita dulu pun blur macam kita jugak (leganya kita rasa...kita tak keseorangan rupanya...memang kawan-kawan kita mempunyai semangat kekitaan yang tinggi).

Fikir punya fikir (dalam bas kita fikir ni), maka tercetuslah kesimpulan yang kita buat seperti yang kamu baca di atas. Kalau kamu tak faham, cuba baca dan baca lagi sampai kamu faham. Kalau tak faham jugak, tak tahulah kita nak kata apa...lu fikirlah sendiri... 

3 comments:

Muhd Suhaily said...

Salam,

Terimakasih kerana menziarah, orang akan berkata bila ungkapan dan pepatah menjadi. Kejarlah ilmu hinggah ke tembok china tetapi berapa ramai yang pernah melihat tembok china? Adakah hanya melalui orang perantaraan atau melalui inspirasi gambar? Adakah mencari ilmu hanya dari tempat berdiri atau perlu mencari sesuatu yang boleh menyokongnya?

Terimakasih menjadi sahabat, semoga kita sentiasa berkongsi apa saja bentuk kekurangan. wassalam..

Siti R said...

Alaikumussalam...

Terima kasih tuan krn sudi menziarah dan berkongsi pendapat...

Kurma said...

Renung-renungkan.. dan selamat beramal! heeheh terngiang2 plak kat hotFM