Tajuk di atas bukan diciplak daripada penghujung cerita "Transgenesis: Bisikan Rimba" yang baru aku baca walaupun dah berminggu-minggu aku beli. Tidak sama sekali.
Siapa kata dalam seminggu aku pergi kerja, balik kerja, pergi kerja, balik kerja dan seterusnya pergi kerja, balik kerja dan lagi dan lagi. Siapa yang kata begitu memang tidak syak lagi, dia memang betul.
Bosan betul hidup aku ni, kan? Tapi tidak dalam seminggu yang lepas. Seminggu yang lepas mengajar aku bahawa penantian itu suatu penyeksaan. Seminggu yang lepas mengajar aku bahawa menangguh-menangguh itu satu sifat yang amat baik sekali malah sangat terpuji. Seminggu yang lepas mengajar aku maksud baru bagi 'berani buat berani tanggung' iaitu berani tak buat sendiri tanggunglah!

Lebih daripada seminggu yang lepas aku ada menghantar satu proposal untuk satu projek yang baru aku nak mulakan. Tapi sampai sekarang masih belum ada maklumbalas lagi. Aku diminta untuk menunggu...tapi berapa lamakah aku perlu menunggu? Aku rasa macam dah jadi seperti seekor pungguk yang merindukan bulan. Bilalah bulan nak jatuh ke riba? Perlukah aku membuat moonwalking terlebih dulu? Mengarut sahaja! Apa-apa pun, perkara ini membuatkan aku rasa macam nak menyanyi sebuah lagu lama yang aku tak ingat tajuk, apatah lagi nama penyanyinya. Lebih kurang begini liriknya (harap aku tak lupa lirik)...
"ku tunggu dan menunggu khabar darimu sayang, makan minum pun tak lalu merinduimu..."
Tapi rasanya lagu ni tak sesuai langsung sebab aku tetap berselera untuk makan...hmm...
Aku rasa aku tunggu sahajalah. Moga-moga penantian ini akan berakhir tidak lama lagi.
Lebih kurang seminggu yang lepas aku dikejutkan oleh satu kejadian yang tidak disangka-sangka atau buat-buat tak sangka akan berlaku. Ingat lagi kejadian tanah runtuh di KM 12, Rawang pada awal minggu lepas? Mendengarkan perkataann KM 12 sahaja sudah membuatkan jantung aku berdegup kencang. Eleh, tipu sahaja...sebenarnya tak adalah berdegup kencang, masih dalam kawalan walaupun hakikatnya otot jantung tidak termasuk dalam kategori otot yang boleh dikawal pergerakannya. Dengan dukacitanya aku hendak memberitahu bahawa lokasi tanah runtuh tersebut adalah berdekatan dengan taman perumahan yang aku beli (bukan aku beli taman perumahan tersebut, tapi rumah baru aku terletak dalam taman perumahan tersebut). Namun dengan sukacitanya aku hendak beritahu bahawa rumah aku sangat jauh daripada lokasi tanah runtuh...alhamdulillah. Aku dengar cerita, RTM melaporkan bahawa tanah runtuh berlaku berdekatan dengan kawasan perumahan ELIT. Maksudnya aku ni termasuk dalam golongan ELIT kerana membeli rumah di sana. Bangga sekejap...sekejap sahaja bangga.
Apabila difikir-fikir balik patutlah aku rasa berat hati dan asyik menangguh nak menguruskan rumah tu. Dah sepuluh bulan aku ambil kunci rumah, tapi sampai sekarang aku tak buat apa-apa pun lagi kat rumah tu. Rupa-rupanya ada hikmah disebaliknya. Bayangkanlah kalau aku dah pindah ke sana...mesti bertambah susah aku nak menjalankan rutin harian. Entah macam manalah jiran-jiran aku di sana agaknya?
Sekarang ni apa yang aku perlu buat ialah menunggu keputusan siasatan pihak berwajib. Harap-harap segala-galanya selamat. Aku tengok pun mereka sudah mula membuat benteng. Hmm...biasalah...sudah terantuk baru tengadah...err...betul ke ni?
Seminggu yang lepas line internet dan handphone aku kena potong. Padan muka aku. Ini gara-gara habit lambat membayar bil yang begitu konsisten sekali sejak beberapa bulan yang lepas menyebabkan Maxis pun tak boleh tahan dengan perangai mengada-ngada aku tu. Maka line aku dipotong, dua-dua sekali sebab aku combine kedua-duanya dalam satu bil. Baru aku rasa terseksa tak dapat menghadap internet. Sudah ketagih rupanya aku ni. Handphone aku tak hirau sangat. Tapi yang tak puas hatinya, brother aku yang dari jauh tiba-tiba hantar SMS tanya sama ada aku nak teh epal dan Turkish Delight atau tak? Kenapalah masa aku boleh menjawab dengan sewenang-wenangnya dia tak offer macam tu? Dia memang sengaja tunggu line aku kena potong agaknya? Aku baru balas SMS dia semalam sebaik-baik sahaja line disambung semula. Aku tolak offer dia tu sebab seganlah...dia baru sahaja bagi benda-benda tu beberapa bulan yang lepas. Sampai sekarang dia tak jawab SMS aku tu...dia marah kat aku ke? Mulalah rasa macam nak terbang ke sana...kenapalah aku tak teruskan niat nak beraya haji di sana ye? Huhuhu...

No comments:
Post a Comment