Monday, November 16, 2009

Ferdinand Magellan vs Christopher Columbus

Tadi aku menonton rancangan kuiz "Are You Smarter Than a 5th Grader?" di saluran Star World. Terlambat buka sebab rancangan sudah hampir ke penghujung. Soalan terakhir yang ditanya kepada peserta yang bernama Patrick (eyewwww...tak ada nama lain ke?) sebelum rancangan berakhir adalah lebih kurang begini bunyinya: pada abad ke 16, siapakah nama pelayar/peneroka yang telah berjaya belayar mengelilingi satu dunia?

Lebih kurang macam tulah soalannya. Tak ingat sangat soalan sebenar sebab panjang sangat dan dalam bahasa Inggeris pulak tu. Aku rasa aku tahu jawapannya - Magellan. Ya, nama Magellan ter pop-up dalam kepala aku. Tapi malangnya aku tak ingat nama penuh mamat tu. 

Si Patrick jugak kata dia tahu jawapannya. Dengan penuh keyakinan yang tinggi, dia menjawab Christopher Columbus. Huh! Betul ke Christopher Columbus? Bukankah beliau orang yang bertanggungjawab menjumpai Amerika? Ahh! Memandai-mandai sahaja si Patrick tu. Adakah orang yang bernama Patrick ni memang macam itu perangainya? Tapi tidak aku nafikan, keyakinan aku mula goyah bila mendengar jawapan si Patrick. Magellan atau Christopher Columbus atau orang lain yang belayar keliling satu dunia pada abad ke 16 tu? Betulkah Christopher Columbus? Betulkah? Betulkah?


Selepas si Patrick mengunci jawapannya, si pengacara yang bernama Jeff Foxworthy berkata, "seperti yang kita tahu, sejarah tidak akan berulang. Tetapi kali ini sejarah telah berulang."

Si Patrick dah menepuk dahi dan mengherotkan mukanya tanda menyesal. Sebabnya sebelum tu dia ada berbuat perkara yang sama; dia kata dia tahu jawapan kepada soalan yang diutarakan...tetapi ternyata jawapannya salah. Masa tu dia bernasib baik sebab diselamatkan oleh 'classmate' dia yang telah memberikan jawapan yang betul. Kali ini dia bersendirian sebab tak ada 'classmate' yang boleh selamatkan dia (kepada sesiapa yang pernah tonton kuiz ni mesti tahu apa yang aku membebel ni).

Dengan senyuman bermakna, Jeff Foxworthy berkata, "jawapan yang sebenarnya ialah..."

Terpampang di bahagian bawah skrin TV nama:

FERDINAND MAGELLAN

"Ferdinand Magellan," Jeff Foxworthy membacakan nama yang terpampang.

Aku rasa macam tak percaya sebab jawapan aku betul...errr...separa betul sebab tak ingat nama penuh. Tapi oklah tu, kan? Tak sangka pulak aku boleh ingat padahal sejarah bukanlah subjek yang aku minat apalagi terror masa kat sekolah dulu.

Moralnya di sini, jangan ragu-ragu dengan jawapan sendiri. Besar kemungkinan jawapan kitalah yang betul. Kalau salah pun, ia sebahagian daripada proses pembelajaran. Kita tak rugi apa-apa pun.

32 comments:

AttOkz Dikulgai said...

tumpang membebel sama jap..
tapikan, saya pernah ada dalam situasi enche Pattrick tu tau.

Soalan 64k dalam ranc.Who Want To Be A Millionaire (musim ke-4 peserta ke-2 terakhir -- tarikh rakaman 5 Nov 2000 ,tarikh siaran 16 Jan 2001).

soalan Enche Jalaludin berbunyi macam ni ~ Aktor Tom Hanks pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Academy Awards melalui filem...

A. Philadelphia
B. Saving Private Ryans
C. You've Got Mail
D. Forest Gump

Dalam kepala waktu tu memang dah timbul jawapan Saving Private Ryan. Memang 'confirm' sangatlah. Sebab macam pernah terbaca kat majalah mana-mana. Cuma tak pasti betul ke tak. Tapi rasa yakinlah...

Terus bagitau Enche Jalaludin tu B. Dah kalau terlalu yakin sangat, terus pertimbangan tak difikirkan lagi. Mungkin juga sebab muda lagi waktu itu (sekarang pun masih muda :P) jadi, pertimbangan matang diketepikan. Apatah lagi duit 32k dah dalam genggaman.

Akhirnya, saya keluar gelanggang jutawan kerana jawapan saya salah. yang betulnya A. Dah lah salah, saya rasa macam orang bodoh sebab tak gunakan langsung 3 talian hayat yang diberikan.

Sampai sekarang, kalau ingat pasti MENYESAL. Moral dan pengajaran, kalau tak yakin jangan redah!

Siti R said...

Owh...sayangnya! Habis tu RM32k tu dapat tak? Ke 'burn' sebab jawapan salah...isk3...

AttOkz Dikulgai said...

RM32k dapat. Sebab aras jawapan selamat ialah pada 1k, 32k, dan 1M.
selepas tolak cukai dan caj kerajaan, saya dapat lebih kurang RM31k - 3 bulan kemudian.

Saya hanya ambil RM5k untuk kegunaan sendiri.
:P
* Jom, kita masuk Roda Impian!

Siti R said...

Oh, yelah...baru ingat ada aras jawapan selamat. Oklah tu...sekurang-kurangnya awak tak pulang dgn tangan kosong, kan :)

Wah, menarik tu. Tapi saya ni camera shy...kang kaku kat depan kamera...bukan roda yang berpusing, kepala saya yang 'berpusing'...hahaha..

AttOkz Dikulgai said...

Alahan pada kamera? eh, tengok dalam photoshoot yang keluar hari tu ok je. Ada la fotogenik sket..
:P

Erm..the truth story. Abg angkat saya (Rudy Bluehikari - a blogger celebrity) pernah menang pusingan bulanan untuk Roda Impian masa zaman Halim Othman jadi host. Dia dapat rantai leher berharga RM35k yang akhirnya jadi hantaran perkahwinan isterinya. Sangat teruja tengok dan temankan dia sewaktu rakaman.

* Pernah main treasure hunt tak? Jom join! :P

Siti R said...

Hohoho...fotogenik? Perasan kejap :P

Rantai RM35k? Kalau saya menang rantai tu ada kemungkinan besar saya jual balik. Baik saya beli kereta...dapat Viva sebijik..hehe..

Pernah. Itupun anjuran sykt tempat saya kerja. Setakat ni dah dua kali dianjurkan. Tahun ni mungkin akan diadakan lagi...tapi blm confirm jadi ke tak..

AttOkz Dikulgai said...

Nasib baik fotogenik..kalau fotogedik macam mana? hahahaha~ maaf, gurau aje.

Dah berapa lama kerja? Kenapa tak beli kereta? Owh..beli rumah dulu ye? :P
Abg Rudy tu kebetulan masa tahun dia menang, dia plan nak kahwin. Jadi, kira rantai tu sebagai hadiah utk isteri.

Outstation Treasure Hunt ke? Eh, Sdr Siti kerja dengan syarikat apa? (kalau xkeberatan bagitau).
Kalau ada tahun ni, bolehlah join..hehehehe! eh, orang luar boleh ke?
:P

Siti R said...

Iye...1st TH ke Melaka. 2nd TH ke Pangkor. Saya kerja di syarikat insurans.

Minta maaflah..orang luar tidak dijemput menyertai TH kami...

AttOkz Dikulgai said...

2 kali? kiranya dah ada pengalaman dengan tulips dan soalan hunt ye?
Boleh la ajak Sdr Siti jadi team saya. :P
Owh..x ajak orang luar ye? Ermm..
Syarikat Insurans? Di Jalan Melaka?
:P

Siti R said...

Yup, 2 kali membaca tulips dan soalan hunt...tapi tak berapa hebat sangat. Yg pertama tu termasuk dalam top 10...tapi yang kedua jatuh pulak...hanya berjaya masuk dalam top 20 sahaja :(

Ini ajak2 ayam ke ajak2 lembu (ada ke?)..hahaha...

Bukan Jalan Melaka..tapi dah dekat dah tu. Cuba sekali lagi :P

AttOkz Dikulgai said...

Sdr Siti,
Kalau di lain masa, jika saya ada event hunt project dan jika saya perlukan staff ~ bolehkah saya ajak jadi project staff saya?

Atau jadi team dalam hunt di tempat lain? heh~

Bukan Jalan Melaka ye...ermmm...Jalan Silang kot?
Betul x?

AttOkz Dikulgai said...

Sdr Siti,
Kalau di lain masa, jika saya ada event hunt project dan jika saya perlukan staff ~ bolehkah saya ajak jadi project staff saya?

Atau jadi team dalam hunt di tempat lain? heh~

Bukan Jalan Melaka ye...ermmm...Jalan Silang kot?
Betul x?

Siti R said...

Menarik tu. Kalau ada masa dan kelapangan, insya-Allah boleh...

Whao...mcmana tau ni? Isk3...

AttOkz Dikulgai said...

Saya memang buat event esp.dlm treasure hunt dan company outing sejak tahun 2002 lagi. Jadi, adalah pengalaman sedikit dlm hunt ini.

Eh, betul ye di Jalan Silang? Syarikat yang bertulisan biru tu ye? hehehehehe~

Siti R said...

Syarikat bertulisan biru? Itu bank, kan? Bukan2...Syarikat saya (cheh, macam syarikat bapak sendiri) bertentangan aje dengan Syarikat bertulisan biru tu :P

AttOkz Dikulgai said...

Hahahahaha~ nampaknya umpan RAPALA saya di sambar ikan. heh~
Tak mengapalah. Nanti saya hantar SB untuk mengintip saudari. Relakah? hahahaha~
jangan takut/marah...sekadar gurauan.

Saya juga bertugas disekitar syarikat sdr Siti. :P

Siti R said...

Berani la intip saya. Saya ada bodyguard kiri kanan..haha..

Laa..ye ke? Kat mana tu?

AttOkz Dikulgai said...

Mak ET,
selalunya kalau lunch hour makan kat mana?
saya bertugas kira-kira 200M radius persegi dari tempat Mak ET.
:P

Siti R said...

Owh...tak jauh rupanya.

Saya biasa tapau dan makan di ofis jer..

AttOkz Dikulgai said...

Alahai...
sama la kita. Saya jarang keluar lunch waktu padat.
Kalau lapar sgt, saya minta kawan tolong belikan.
Pernah makan dekat CM tu ke?

Siti R said...

Isk3..selalu skip lunch ker? Tapi kalau dah makan sarapan yg berat takpe, kan.

Dekat mana? Dekat 'oven' tu ker? Ada la jugak...tapi jarang2 ke sana.

AttOkz Dikulgai said...

Mmg boleh dikatakn selalu skip lunch hour. even pagi mmg mostly x amek breakfast. Sy ni tak boleh makan pagi. Nnt byk kerja x menjadi.
bukan kat 'oven' atas tu. tp yg kat bwh level 2. opis sy yg dekat dgn CM pun baru 2 kali makan kat situ. itupun kerana entertain kwn-kwn dari Bukit Aman.
Agak sayang jgk, sbb MCD depan CM tu dah tutup.

Siti R said...

Saya pun jarang makan breakfast. Sebab tu lunch hour mmg kena makan...

Owh..pernah jugak la makan kat situ..

Saya dah lama tak makan McD...masih kuat memboikot (konon). Tapi aritu saya terpaksa makan jugak sebab staf yg dtg jauh dari branch belanja (saya juga berpegang kpd prinsip; rezeki jgn ditolak...hihihi...)

AttOkz Dikulgai said...

Whoaaa~ selalu lunch pun, tp tgk maintain n slim je Mak ET? hehehehehe~ guna formula Dr.Rozmey ke? hehehehe~

Boikot McD? Pasal produk Israel ke? Ermm.. tp berbanding KFC saya mmg lebih suka melepak di McD. 2-3 cerpen saya juga pernah dihasilkan di McD.

Owh, saya suka prinsip Mak ET tu. Rezeki jangan ditolak...musuh jgn dicari. hehehehehe~

So, boleh la Mak ET belanja saya eh? Sebab saya pun suka jgk kalau ada orang nak belanja makan nie...uhuhuhuhuhuhu~

Siti R said...

Bukan...saya xde guna apa2 formula pun..

Hehe..yo yo o jer...semlm dah langgar pantang..AttOkz punya pasal la ni..haha. Cerpen apa yg dihasilkan tu? Ada tak dalam buku Bicara Tanpa Suara tu?

Belanja tu perkataan baru ke? X penah dengar pun :P

AttOkz Diklugai said...

Mak ET janganlah sedih atau terkilan ye jika orang lain keliru dengan 'kecomelan' Mak ET tu. Lumrah alam dan anugerah Allah Azzawajalla.

Oh, masa hari sabtu lepas dah terlanggar pantang ye, sebab makan di MCD. Quarter Pounder lagi! Hahahaha! Sama la dengan saya, terlanggar pantang...pantang jumpa! Hahahaha~

Tajuk cerpen yang sempat saya buat di McD tu seingat saya tajuknya Palestin : Tanah Yang Basah Dengan Darah & Marsum Duka Dari Tembok Penjara. Tidak ada dalam antologi Bicara Tanpa Suara, tapi Marsum Duka Dari Tembok Penjara termuat dalam Dewan Sastera Nov 2007.

Ye la...belanja memang perkataan baru antara kita. Apatah lagi bila pihak yang membelanja adalah Mak ET dan pihak yang dibelanja adalah AttOkz yang senang hati! hahahaha!
Jadi, biasa-biasakanlah dengan terma ini sebelum praktikalnya berlangsung, ya... :P

Siti R said...

Isk2..mana ada sedih. Saya lagi sedih kalau kena belanja orang makan...ish..xmo la.. :P

AttOkz Dikulgai said...

Lalalalalala~
Mak ET, next time Nasi Beriani Lorong Tikus nak x?
Kite tapau, then kita makan la kat memana?
Ada berani? hehehehehe~

Siti R said...

Saya takut :P

AttOkz Dikulgai said...

Sama la..org pun takut. Takut tak nak tak buat! lalalalalala~

Siti R said...

Tgh garu kepala ni...~Takut tak nak tak buat~? Apo ni? Sungguh mendlm maksudnya ni...x tercapai dek akalku...ekekekeke..

AttOkz Dikulgai said...

mendalam la sgt.
hehehehe~ ermm...xpela. xnk mkn dengan org pun xpe. janji awk makan utk meneruskan kerja-kerja yang menimbun~