Sunday, December 27, 2009

Avatar: Dari Sudut Kaca Mataku

Aku sebenarnya nak buat benda lain, tapi terbuat entri ni pula. Diulang sekali lagi; terbuat - bukan dibuat-buat atau membuat. Masuk ni, dah 3 kali berturut-turut aku bercerita tentang filem. Nampak sangat tak ada idea nak buat entri...huhuhu...

Semalam aku pergi menonton filem Avatar. Sudah seminggu lebih filem tersebut ditayangkan, tetapi panggung wayang tetap penuh. Aku yang sudah book tiket awal-awal pun cuma dapat tempat duduk di barisan ketiga dari hadapan. Terpaksa buat aksi ala-ala sedang tidur dengan santai - sandarkan kepala di atas penyandar kerusi supaya tidak jenuh mendongak memandang skrin sepanjang filem ditayangkan (hampir 3 jam tu...). 

Special effect sangat best. Memang tidak terlawan oleh filem-filem fantasi/sci fi yang lepas-lepas (yang belum lepas tak tahulah macam mana hebatnya pulak, kan?). Maklumlah banyak teknologi baru perfileman diperkenalkan di dalam Avatar. I was in awe. Seriously.

Dari segi cerita, boleh tahanlah. Pada aku, Avatar sangat tidak original kerana banyak lintasan fikiran berlaku di otakku sepanjang filem tersebut ditayangkan.  Sungguh tidak khusyuk aku menonton filem tersebut. Berikut aku senaraikan perkara-perkara yang terlintas di fikiran aku (not in particular order):

1. Kaum Na'vi mengingatkan aku kepada kaum Red Indian. Daripada gaya kepada kepercayaan, mungkin berpandukan kepada kaum Red Indian atau campuran kaum-kaum orang asli yang ada di serata ceruk dunia ni.

2. Muka kaum Na'vi aku rasa adalah gabungan muka manusia dan kucing terutama sekali di bahagian mata dan hidung. Geram betul tengok hidung mereka...rasa seperti hendak dipicit-picit. (Sekarang aku rasa macam harimau bintang pula...bukankah harimau bintang sangat pantas, licik dan pemanjat pokok yang hebat di kalangan keluarga kucing besar? Mungkin faktor ini yang diambil kira oleh James Cameron semasa dia 'mencipta' kaum Na'vi).

3. Avatar merupakan satu kritikan halus James Cameron terhadap bekas Presiden Amerika Syarikat; George W. Bush. Agaknyalah. Kata-kata Colonel Quaritch untuk fight terror with terror..bukankah itu filosofi Bush?

4. Scene kaum Na'vi diserang tanpa mengira siapa dan tanpa mereka mampu melawan kerana tiada senjata yang setaraf dengan manusia. Dalam kepala aku - Amerika serang Iraq, Amerika serang Afghanistan, Israel serang Palestine. Frankly speaking, lintasan tersebut membuatkan aku rasa macam nak menangis. Mata dah berkaca-kaca tapi  tak sempat berair mungkin sebab aku berkaca mata...oleh yang demikian mata hanya sempat berkaca-kaca sahaja.

5. Scene segala macam binatang keluar membantu kaum Na'vi menyerang bala tentera manusia. Neytiri kata, Eywa dah dengar doa Jake Sully. Dalam kepala aku - teringat cerita-cerita yang aku dengar tentang bagaimana pejuang-pejuang Islam di medan peperangan yang dibantu oleh 'benda' lain semasa menentang musuh. Agaknya James Cameron/penulis skrip pun ada dengar lalu mereka menciplak cerita tersebut. Aku melopong.

6. Wei...bila filem ni nak habis ni? Show start pukul 3.45 petang. Habis pukul 6.30 petang. Letihnya...masa tengok LOTR tak adalah letih macam ni. Hmm...letih berfikir kot?

Sekianlah laporan lintasan-lintasan secara langsung yang aku dapat semasa menonton filem Avatar. Aku yang tengah moody, bertambah-tambahlah moody dibuatnya. 

Now back to work, Siti R!      

Saturday, December 19, 2009

Not a Typical Zombie Movie


In theaters now...

I'm not really a big fan of zombie movies. Truth is I'm not even interested to watch any zombie movies. But on Thursday, I read a movie review in The Sun about "Zombieland" written by Chan Soo Wah. It goes like this:

"This horror comedy focuses on two men who have found a way to survive a world overrun by zombies.

Columbus (Eisenberg) is a coward but he proves that when one is afraid of being eaten by zombies, that very fear keeps one alive. Tallahassee (Harrelson) is a zombie-slaying guy who loves eating Twinkies.

When they join forces with Wichita (Stone) and Little Rock (Abigail Breslin), who have also found unique ways to survive the zombie mayhem, they have to determine which is worst - relying on each other or succumbing to the zombies.

The film is downright funny right from the beginning. This has to be one of the funniest movies of 2009 with really witty dialogue. The momentum is kept up throughout and the flashbacks fit well into the current scenes.

The zombies are scary but watching Columbus trying to escape from them is hilarious. Columbus and his rules on how to survive will also crack you up every now and then while Harrelson is really funny as the macho but Twinkie-loving man.

With two Academy Award nominees in the film, you can expect some really good acting.

Breslin also proves that she can do well in a comedic role too. You never expect to see her holding a gun and threatening the two men so convincingly! Stone also plays a convincing femme fatale who has trust issues.

The best part of the film has to be the cameo by a famous funnyman but I will not spoil the fun and tell you who. You will just have to find it out yourself.

If you are looking for a good horror comedy to watch during the weekend, this is it."

Yup, after reading the above review, I immediately asked Ita to come and watch the movie with me on weekend. And the weekend is today.

Some scenes, especially when there are zombies around, are totally gross and violent. But, I can tolerate that even though there are times when I've to grip the chair's armrests or watch the scenes by peeking through my fingers. Haha...so scary but yet so funny.

What can I say? Chan Soo Wah is wrong! The film is not one of the funniest movies of 2009, it IS the funniest movie of 2009. No, no...it is the best film of 2009 (sorry, Star Trek...huhu...). Period.

So go watch it...if you are 18 and above, that is. And, oh, please don't bring food inside the movie theater. There's a chance that you won't eat it. Poor Ita she only half eaten her kuih when there is a gory scene in the beginning of the movie.

Friday, December 18, 2009

Ada Apa Dengan Filem Tamil? Macam-macam Ada!

"Ayutham Seivom." Jangan tanya aku apa maksudnya. Kerana aku tidak tahu langsung. Yang aku tahu, aku tidak menyesal menontonnya. Oh, lupa. "Ayutham Seivom" adalah tajuk filem Tamil yang aku tonton pada petang tadi.

Maafkan aku kerana menulis tentang filem Tamil pada tahun baharu hijrah ini. Aku rasa tidak menjadi kesalahan kerana pada aku filem tersebut sangat menarik dari segi mesejnya. Itu yang membuatkan aku terpanggil untuk mengabdikannya di dalam entri aku hari ini. 

Wednesday, December 16, 2009

Pencapaian Diutamakan

Bersempena dengan tahun baru hijrah yang akan menjelma dalam masa sehari sahaja lagi, aku hendak recap apa yang telah aku capai dalam tahun 1430H ini...

Hmmm...otak tengah berfikir...

Ermm...otak masih berfikir...

Hurmm...otak mula proses maklumat...

Tretttt...tunggu keputusan...

Ahhhh...keputusan akan keluar...

Keputusan: GAGAL. TIADA PENCAPAIAN LANGSUNG. CUBA LAGI TAHUN DEPAN.

Ya Daim! (ganti kepada perkataan sumpah bahasa inggeris yang bunyinya seakan-akan sama dengan Daim).

Mulai tahun baru 1431H nanti aku kena belajar aplikasikan konsep SMART seperti yang diajar oleh Puan Lathifa Ulfa ni. Thanks Ifa for sharing. May Allah bless you.

Sunday, December 13, 2009

Pena Kut dan Pena War: Misi Tersangkut

Bersempena dengan COP15: Copenhagen, Siti R yang tiada publishing house mempersembahkan sebuah cerpen yang bertajuk "Pena Kut dan Pena War: Misi Tersangkut"  
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Monday, December 07, 2009

Kucing Kena Penjara....Apekah?

Sebagai seorang pecinta kucing aku merasa sungguh bengang dengan kebangangan pihak Israel durjana yang telah memenjara seekor kucing semata-mata kucing tersebut didapati telah banyak memberikan khidmat dan bantuan kepada penghuni-penghuni penjara "Nakab". Penghuni-penghuni penjara tersebut sudah tentunya adalah terdiri daripada orang-orang Palestin.

Dikatakan bahawa kucing tersebut membantu penghuni-penghuni penjara dengan mengerakkan objek-objek ringan seperti surat, roti dan sebagainya dari satu sel ke satu sel yang lain. Aku merasa sungguh kagum dengan kebolehan kucing tersebut. Ini adalah disebabkan kucing merupakan antara haiwan yang paling sukar untuk dilatih. Hairan juga bagaimana kucing tersebut mampu melakukannya...dan siapa pula yang melatihnya?

...tetapi bukankah Allah mampu melakukan apa sahaja? Mungkin ini merupakan bentuk bantuan yang Allah berikan kepada hamba-hamba-Nya yang teraniaya...wallahualam...



Kucing ini juga terkejut setelah mendengar berita ini... 

Baca selanjutnya di sini.

Sunday, December 06, 2009

It's Now or Never

When I was riding the bus yesterday, one of the passengers was playing his handphone's MP3 player out loud. Yes, I despise this kind of people. But, he was listening to Bon Jovi's "It's My Life", so I pardon him.

I feel a bit down and lost lately. The song is played just at the right time and it's quite motivating, really. Feels like Jon Bon Jovi is singing right next to me.



Ain't it a good song? I just love this unplugged version of "It's My Life"...much much better than the original version.

Note: I've gotta get moving to achieve my dream. Luck is not enough, I've gotta make my own brakes. It's now or never, it's now or never!

Wednesday, December 02, 2009

Selamat Hari Jadi Sahabatku, cik Chik


Entri pembuka di bulan Disember ini aku tujukan khas kepada cik Chik yang menyambut hari jadinya yang ke tutttt tahun (alamak kena censored pulak). Nampaknya Lembaga Penapis Blog ini tidak membenarkan umurnya disebut-sebut.

Tidak mengapalah. Yang penting mulai hari ini cik Chik lebih tua setahun daripada aku yang lebih muda setahun daripada dia. Pertengahan bulan lapan tahun depan kita akan sebaya semula ya, cik Chik. Jangan risaulah ya. 

Tua atau mudanya kita, itu tidak penting. Yang penting kita sentiasa awet muda, kan, cik Chik ;P

Semoga persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat. It's been an honour to be your friend. BFF?

Love,
Siti R yang lebih muda...