Friday, December 18, 2009

Ada Apa Dengan Filem Tamil? Macam-macam Ada!

"Ayutham Seivom." Jangan tanya aku apa maksudnya. Kerana aku tidak tahu langsung. Yang aku tahu, aku tidak menyesal menontonnya. Oh, lupa. "Ayutham Seivom" adalah tajuk filem Tamil yang aku tonton pada petang tadi.

Maafkan aku kerana menulis tentang filem Tamil pada tahun baharu hijrah ini. Aku rasa tidak menjadi kesalahan kerana pada aku filem tersebut sangat menarik dari segi mesejnya. Itu yang membuatkan aku terpanggil untuk mengabdikannya di dalam entri aku hari ini. 

Mula-mula rasa macam malas hendak tengok kerana aku tidak mengikutinya dari awal tayangan. Aku rasa aku menontonnya sesudah sejam filem itu dimainkan; lebih kurang dalam pukul 3 lebih.  Tetapi rasa macam terlekat pula diri ini di kerusi dan mata pula tidak mahu melepaskan pandangan ke arah kaca TV. 

Ceritanya tentang Sathya, seorang bekas samseng (agaknyalah sebab sepanjang cerita ada disebut bahawa hero merupakan bekas samseng) yang bekerja sebagai mekanik. Dia telah diupah untuk mendapatkan sebuah fail daripada seorang peguam bernama Uthayamoorthy dan dengan secara tidak sengaja telah menyebabkan kematian Uthayamoorthy semasa dia cuba merampas fail daripada tangan peguam tersebut. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Uthayamoorthy sempat 'merestui' Sathya dengan berkata, "hidup sejahteralah."

Sejak itu Sathya merasa tidak tenteram. Kata-kata Uthayamoorthy sentiasa terngiang-ngiang di telinganya sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Sathya merasa hairan kenapa bukan makian tetapi sebaliknya restu yang diberikan oleh Uthayamoorthy kepadanya.

Akibat terganggu dengan kata-kata Uthayamoorthy, Sathya telah dilanggar oleh jip yang dinaiki oleh datuknya sendiri semasa dia sedang menunggang motosikal. Di hospital dia memberitahu datuknya akan kata-kata Uthayamoorthy yang sering mengganggunya sehingga dia rasa  lebih baik mati daripada terus terseksa. Datuknya menasihati dia supaya tidak terlalu memikirkan kata-kata Uthayamoorthy sebaliknya mula memikirkan apa yang cuba disampaikan oleh beliau. Pasti ada mesej disebalik kata-kata Uthayamoorthy. Datuknya menggesa Sathya mula mencari kebenaran (di sini sahaja ada banyak dialog yang sangat menarik...oh this is why I love Tamil  movies...Berbeza sungguh dengan dialog hampeh filem Storm Warriors yang begitu menyakitkan hati aku mendengarnya. Nasib baik special effects best...tidaklah terkilan sangat. Oh, sorry...ada selingan pula...huhu).

Dalam pada masa yang sama kes kematian Uthayamoorthy sedang disiasat oleh Ezhumalai, seorang Timbalan Penguasa Polis (kalau tidak silap aku..huhu..) yang juga merupakan adik kepada Uthayamoorthy itu sendiri. Salah satu bahan bukti yang dijumpai di tempat kejadian telah menyebabkan dia mengesyaki Sathya sebagai pembunuh abangnya.

Berbalik kepada Sathya, setelah mendapat nasihat datuknya, dia mula melakukan penyiasatannya sendiri. Akhirnya dia jumpa dengan 'kebenaran' yang dicari-cari. Rupa-rupanya Uthayamoorthy menyimpan bukti pembunuhan terancang seorang Pegawai Daerah yang telah diklasifikasikan sebagai kemalangan. Bukti diserahkan kepada Ezhumalai walaupun sebelum itu dia telah dibelasah dengan teruk oleh Ezhumalai kerana beliau masih mengesyaki Sathya sebagai pembunuh abangnya.

Setelah mendapat bukti tersebut, Ezhumalai cuba mendapatkan waran tangkap terhadap dalang kepada pembunuhan Pegawai Daerah tersebut yang merupakan seorang bekas menteri yang dipanggil V.B.R. Semasa dalam perjalanan ke rumah hakim, Ezhumalai dan Sathya telah diserang oleh konco-konco V.B.R.

Seperti biasa, adegan belasah-belasah pun bermula. Bukti jatuh ke tangan penjahat yang kemudian membakarnya. Habis musnah satu-satunya bukti yang mereka ada.  Adegan belasah-belasah pula masih belum habis. Sampai pada satu ketika Sathya berjaya berdepan dengan orang paling kanan kepada V.B.R. Dia ada peluang untuk membunuh lelaki tersebut tetapi dia melepaskannya begitu sahaja kerana tidak sanggup melakukannya akibat masih terkesan dengan kata-kata Uthayamoorthy. Ezhumalai memarahinya kerana tidak membunuh sahaja lelaki tadi. Sudahlah bukti musnah sama sekali, si penjahat pula dilepaskan begitu sahaja (aku pun bengang juga...kenapa baik sangat si Sathya ni?).

Ezhumalai merungut-rungut habislah peluang dia untuk menangkap V.B.R. Bukti telah musnah. Tidak ada cara lain lagi untuk dia menegakkan keadilan. Tetapi Sathya berpendapat sebaliknya. Katanya masih ada satu lagi cara. Dan dia mengambil keputusan untuk menggunakan cara yang satu ini. Dia teringat kata-kata datuknya (what a wise old man...); berjuang secara aman itu lebih baik dan berkesan daripada berjuang dengan cara keganasan, sementelah lagi Sathya ternampak statue Gandhi di hadapan tempat dia berdiri. Ezhumalai memperlekehkan niat suci Sathya tetapi Sathya tetap dengan keputusan muktamadnya untuk melakukan mogok lapar bermula pada saat itu.

Aku pun rasa cuak dengan Sathya ni. Bolehkah cara begitu digunakan? But, that is the beauty of Tamil movies...susah aku nak ramal apa yang akan berlaku seterusnya. Aku tidak fikir cara aman itu akan berkesan (nampaknya aku sekepala dengan Ezhumalai). Tetapi, sebenarnya dari situlah cerita tersebut menjadi bertambah menarik sehingga berjaya menyentuh jiwa aku...huhuhu... 

What do you think happened next? Nothing much happened? You're wrong. 

Mula-mula Sathya ditemuramah oleh seorang wartawan yang secara kebetulan sedang mencari cerita untuk ditulis sempena menyambut hari memperingati Gandhi. Dalam temuramah itu dia mendedahkan mengapa dia melakukan mogok lapar di depan statue Gandhi - untuk mendapatkan keadilan di atas kematian Pegawai Daerah (tidak ingat pula namanya siapa) yang telah dibunuh V.B.R. Selepas itu tersebarlah cerita tentang Sathya di dada akhbar. V.B.R. mula naik angin. Segala macam cara dia lakukan untuk menggagalkan usaha Sathya melakukan mogok lapar - daripada menghantar 'orang dalam'nya di jabatan polis untuk menghalau Sathya kepada usaha membunuh Sathya. Semuanya gagal.

Lebih tragis apabila orang kanannya juga mula lembut hati dengan meminta V.B.R. menyertainya untuk menyerah diri kepada polis kerana terhutang budi dengan Sathya yang telah melepaskannya daripada dibunuh. Tetapi orang kanannya itu pula dibunuh oleh V.B.R. dengan kejamnya.

Bagi Sathya pula, dia semakin mendapat sokongan orang ramai. Dia menjadi orang yang sangat dihormati kerana tetap memegang kepada prinsipnya untuk berjuang secara aman walaupun telah diprovok beberapa kali oleh konco-konco V.B.R. Kemudian datang pula bekas pejuang yang pernah bersama-sama mogok lapar dengan Ghandi untuk menyertai Sathya. Selepas lelaki tua tetapi macho itu turut serta, orang ramai juga mula mengikut jejak langkah pakcik tersebut.

V.B.R. pula masih tidak insaf-insaf. Sehinggalah berlaku kejadian di mana Sathya ditembak oleh seorang sniper, orang ramai mula merusuh (klimaks ni) dan menyerang V.B.R di rumahnya. Habis segala benda dimusnahkan. V.B.R pula hampir-hampir dibunuh oleh orang-orang yang merusuh. Tetapi nasibnya baik kerana belum sempat dia dibunuh, tiba-tiba seseorang telah terpijak remote control TV yang menyebabkan ia terpasang. Guess who on TV? Yup, it's Sathya. Sathya yang sedang ditemuramah merasa kesal dengan kejadian rusuhan dan menyatakan jika ia tidak dihentikan bermakna dia tidak akan mencapai matlamatnya dan usahanya hanya sia-sia. Serta merta semua orang berhenti membelasah V.B.R.

Di sinilah salah seorang yang merusuh 'bersyarah' kepada V.B.R. yang aku rasa kata-katanya begitu menyentuh perasaan aku. Tetapi bukan aku sahaja yang tersentuh, rupa-rupanya V.B.R juga tersentuh yang membuatkan dia insaf.  Dia insaf bukan semata-mata kerana kata-kata lelaki tersebut, tetapi dia juga mula sedar akan impak daripada usaha Sathya yang menyebabkan orang ramai bukan sahaja menghormatinya malah sanggup mendengar kata-kata Sathya agar berhenti daripada melakukan keganasan. Akhirnya V.B.R. pun menyerah diri kepada pihak polis.

Menarik bukan? Berjuang secara aman rupa-rupanya lebih besar impaknya daripada berjuang menggunakan keganasan.  Hendak tahu apa lagi yang menarik hati aku? Dalam filem itu penjahat utama (ada ke..haha..) tidak dihukum sebaliknya dia insaf sendiri (macam teknik surah Yusuf pula).

...dan tiba-tiba aku teringatkan saudara-saudara kita di Palestine. Ingatkah kawan-kawan setahun yang lepas, iaitu dua hari sebelum kita menyambut Tahun Baru Hijrah, Gaza diserang oleh Israel dari udara? Apa yang kita lakukan pada masa itu? Adakah kita masih berjuang untuk mereka? Agaknya kalau kita semua bersatu hati menentang Israel menggunakan pendekatan Gandhi, akan berjayakah kita? Hmmm...       

2 comments:

Kurma said...

sanggup ke kita wat mogok lapar.. atau kita mogok=boikot?
atau kita berjuang tingkatkan ekonomi kita dan elakkan bergantung pada produk sekutu Israel...

Siti R said...

ye..btl3...