Friday, November 05, 2010

Aku Bukan Tak Suka Masak, Tapi Tak Reti

Malam tadi sempena menjelang Deepavali, aku keluar makan-makan dan melepak dengan seorang sahabat yang ala-ala macam 'hero' (baca: samseng) filem Tamil. Sedang aku asyik menikmati nasi goreng paprik, tiba-tiba tanpa rasa bersalah (sudahlah order makanan yang sama dengan aku...nak kecek pun tak boleh, cheh!) dia bertanya kepada aku, "You suka memasak?"

Tanpa rasa terkejut atau ragu-ragu aku jawab, "sukalah jugak, tapi tak reti."

"I like your answer. Very genuine," dia kata. Aku sengih. Genuine answer, ya?

Kalau dulu-dulu aku malu hendak mengaku aku tak pandai memasak. Hanya orang-orang yang rapat dan baik dengan aku sahaja yang tahu. Sekarang aku tak kisah sebab memang betul pun. Kalau ada yang bertanya, mengaku sahajalah. Buat apa nak berpura-pura, kan?

Sebenarnya aku suka juga nak memasak ni. Masalahnya memang aku tak reti. Dulu-dulu sebelum kakak aku pindah ke rumah yang aku tinggal sekarang ini memang aku memasak kalau aku tidak ke mana-mana. Masak yang senang-senang dan cukup-cukup untuk diri sendiri dan adik. Dan selalunya adik aku akan makan apa yang aku masak. Tapi yang peliknya sejak tugas memasak diambil alih oleh kakak, dia jarang makan di rumah. Jadi aku dengan penuh rasa perasan merasakan bahawa adik aku cuba hendak memberitahu secara indirectly yang masakan aku sebenarnya lebih sedap daripada masakan kakak...ahaks!

Ermmm...sudah lama aku tidak memasak. Sudah pindah rumah sendiri nanti bolehlah praktis...hahaha! Lagipun malam tadi antara agenda kami melepak pun sebab hendak berbincang tentang kabinet dapur. Tak sabar pula hendak melihat hasilnya nanti...    

7 comments:

Kurma said...

eh bestnya nak wat kabinet dapur..
umah aku tu taktaulah..takde kabinet pun..keje simple je..tp kontraktor ngelat plak.. aku dah terminate. Rasakan tamparan wanita ini.

Masak ni kena ada orang makan barula seronok nak masak lagi..dan dari situ barula keyakinan datang.. seterusnya kita lebih kreatif dan inovatif hhehehe...

CT said...

Akak pandai masak gk...masak air...hahah

Siti R said...

Kurma: Buat jer..ntah masak ke tak. Takut jd perhiasan je nnti..hahaha..

CT: samala kita, kak...hehe...

Kurma said...

kalu dapur kale putih.. satu alasan baik utk tak masak. Org tanya ko cakapla sayang dapur hahaha

zatara said...

dah kawin sok..otomatik pandai makcik oii..

Fiwdaus said...

tu la...

Siti R said...

Kurma: Hmm..betul gak tu...good idea. Ko mmg terbaekk! Hehe...

Zatara: ooo..ye ke? xtau pulak..

Fiwdaus: mioww (baca: tu la, kan)