Monday, June 13, 2011

13

Hari ini saya mendapat satu berita sedih dan dua berita gembira.

Berita sedih; nenek kepada bos saya meninggal dunia selepas maghrib malam tadi. Innalillah...

Berita gembira 1; teman sepejabat yang duduk di sebelah saya telah selamat melahirkan anak lelaki pada awal pagi tadi. Alhamdulillah.

Berita gembira 2; hari ini secara rasmi saya menjadi seorang nenek. Cucu lelaki saya lahir pada pukul 20:30 tadi.

Saya sudah lihat gambar anak teman sepejabat saya. Sungguh cun orangnya. Wajah cucu belum lihat lagi. Saya sedang menunggu anak saudara mengupload gambarnya di dalam Facebook. Apa-apa pun saya yakin orangnya pasti cun juga. Maklumlah...orang-orang yang lahir pada tarikh 13 memang tidak boleh dinafikan ke'cun'nan mereka.

* One life's gone...another just begun...

4 comments:

zatara said...

Ya lah..eden pun minat angka 13..no pahlawan Islam tu. (kalo tgk 13 warrior ada sikit tntg kisahnya)
alessandro nesta,Italy...hehe.
michael ballack pun bergaduh dgn william gallas nak no tu..
ada apa dgn 13?? Allah Maha Mengetahui. :)

Siti R said...

Owh..itu kisahnya...baru den tau.

Wallahualam..

Kurma said...

anak aku no. 3 ni 13hb jugak.. aisehmen tak upload2 gambo lagi hahahaha

Siti R said...

A'ah, kan x pasan pulak. Nmpknya dia tua 4 bulan drp aku...ahaks!

Aisehmen...bila nak upload tu?