Aidilfitri tahun ini sebenarnya saya tidak bercadang untuk pulang ke kampung. Apa lagi apabila mendapat tahu kakak saya merancang untuk pulang ke kampung dua hari sebelum menjelang hari raya; sedangkan saya masih lagi bekerja sehari sebelum hari raya.
Kalau saya tidak pulang ke kampung tidaklah menjadi masalah kerana adik saya juga tidak pulang pada tahun ini. Tetapi ramai pula yang mempersoalkan kenapa saya tidak bercadang untuk pulang. Mungkin sebab saya perempuan, jadi kurang elok kalau saya beraya seorang diri (walaupun adik juga tidak pulang) di perantauan (konon). Cuma kakak saya yang tinggal di Putrajaya sahaja yang berterus-terang. Katanya anak-anaknya sedang menunggu duit raya daripada saya. Oh, sungguh menikam jiwa kenyataannya itu...uhuhuhu!
Saya bukannya apa. Kalau dapat pulang, syukurlah...itupun kalau kakak saya sudi untuk menunggu saya pulang dari kerja pada hari Isnin iaitu sehari sebelum hari raya nanti. Saya pun akan bekerja setengah hari sahaja nanti. Kalau dia tidak tunggu, hendak buat macam mana...saya redha sahajalah. Dalam pada itu saya ada tanam angan-angan juga. Kononnya kalau tidak pulang, saya hendak memasak pada pagi raya nanti..hikhikhik!
Menunya; nasi tomato dan ayam masak merah. Resepi sudahpun siap dicari dan disalin. Kalau menjadi, bolehlah di-post di blog ini atau di Facebook. Itu janji saya pada Chik. Hehehe!
Tetapi pada malam Isnin itu kakak saya belum juga berangkat pulang ke kampung. Pagi esoknya semasa saya hendak keluar bekerja, dia dan keluarganya masih ada lagi di rumah. Sehinggalah masa saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dia menelefon saya untuk bertanya lokasi saya sekarang. Belum berangkat lagi rupanya. Nampaknya masih ada peluang untuk saya ikut sama pulang ke kampung. Yahoo!
Petang itu, selepas Asar, kami pun berangkat pulang ke kampung. Memang kita tidak boleh melawan takdir. Telah ditakdirkan saya akan berhari raya di kampung juga pada tahun ini. Alhamdulillah. Selamat...tidak perlu masak nasi tomato. Hehehe!
Hari raya tahun ini biasa-biasa sahaja seperti tahun-tahun yang sudah. Yang luar biasanya mungkin sebab saya kurang sihat pada hari raya kali ini. Malam raya iaitu pada hari saya sampai di kampung, saya diserang sakit kepala. Alhamdulillah apabila bangun pada hari esoknya sakit kepala saya sudah hilang. Bolehlah saya beraya menziarahi sanak saudara. Boleh makan puas-puas...sambil kumpul duit raya. Eh, ingat saya sudah tidak layak dapat duit rayakah? Memang sudah tidak layak, tetapi rezeki itu ada di mana-mana. Rezeki saya, di rumah ibu kepada sahabat kakak saya. Rezeki jangan ditolak, ya...walaupun hanya RM3. Hehehe!
Dalam gembira dan tidak percaya masih dapat duit raya, pada sebelah malamnya saya berduka pula. Sebabnya saya diserang sakit perut. Entah apa yang saya makan sehingga jadi begitu. Dua tiga kali juga saya terpaksa berulang alik ke tandas. Sudahlah saya sedang membaca novel "Yuda di Padang Maya"...agak menyeramkan juga novel tersebut (cerita tentang jin) ditambah dengan kesunyian dan keheningan suasana rumah di kampung; walaupun dalam rumah ada kira-kira 22 orang (ditambah keluarga kakak yang di Putrajaya dan Melaka yang sampai pada petang tadi) lagi yang sedang nyenyak tidur.
Sudahnya, pada hari raya kedua saya tidak ke mana-mana. Hanya duduk di rumah sahaja seorang diri. Rawatan yang digunakan agak tradisional juga...saya cuma minum teh pekat. Inilah ubat yang selalu arwah emak bagi kalau saya diserang cirit-birit dulu. Alhamdulillah setelah minum dan berehat seketika perut saya sudah tidak meragam lagi.
Hari raya ketiga, saya dan kakak berangkat pulang semula ke Kuala Lumpur. Begitu juga kakak saya yang tinggal di Putrajaya. Kakak saya yang tinggal di Melaka sudah pulang hari semalam. Jadi, kami akan singgah ke rumahnya dalam perjalanan pulang nanti.
Kami sampai di Melaka pada waktu tengah hari. Sedang elok untuk makan tengah hari. Abang ipar sedang sibuk memasak semasa kami sampai (kalau abang ipar yang masak, mesti mereka ada buat majlis 'makan-makan' untuk saudara mara dan jiran tetangga). Kalau hendak tahu abang ipar saya ini memang biasa memasak untuk kenduri terutamanya kenduri kahwin. Mesti sedap...tidak sabar saya hendak menikmati juadah yang akan dihidangkan nanti.
Jadi, apabila kakak saya panggil kami untuk makan, sayalah orang yang pertama pergi mengadap. Lauk pauk saya sudah nampak; ayam masak merah (wallawey!), gulai kurma daging, dalca, acar dan papadom. Tengok nasi....wallawey! Nasi tomatolah!
Maka, hari itu saya makan dengan cukup berselera sekali. Walaupun tidak menambah, saya makan 'nasi penuh.' Hehehe!
Mungkin ini juga boleh dikatakan takdir. Walaupun tidak dapat masak sendiri (yang belum tentu menjadi atau sedap), tetapi diganti pula dengan nasi tomato yang lebih sedap hasil tangan kakak dan abang ipar saya. Saya sangat berpuas hati. Alhamdulillah :)

6 comments:
Itula namanya rezeki. Tak dapat kat sana, dapat kat sini.. tak dapat buat sendiri.. dapat dari org lain..Selamat Hari Raya Siti :D
selamat hari raya siti :D
wahh...nasi tomato sedap tu...tp dlm kepala sy hanya nasi ayam je yang menjadi pujaan hati...nasi lain semua x sedap termasuk nasi minyak ekekeke
Kurma: Hehehe...betul tu. Selamat Hari Raya. Maaf zahir & batin.
Emy: Owh...ye ke? Saya tak kisah nasi apa pun..janji sedap. Hehe!
Selamat Hari Raya jugak :)
Wah serupalah kita ya...sakit perut malam raya...muntah2...dr kata keracunan makanan...wal hal sahur makan durian tlebih sudah...hehehe
Ermm...
selamat dapur daripada 'rentung'.
sakit perut? byk mkn la tu.
K. CT: Wah...sahur durian? Mmg terlebih tu..hehe..
AttOkz: Ye la..dah la x reti masak..mkn pun x reti..ermm
Post a Comment