Monday, December 19, 2011

Karya Terakhir Mendiang Michael Crichton

Ini adalah novel yang membuatkan saya berasa teruja, berbelah bahagi dan sedih pada masa yang sama.


14/12/2011, Suria KLCC

Selepas menonton filem "The Muppets" di TGV Suria KLCC, saya merayau-rayau pula di Kinokuniya. Lalu saya ternampaklah novel "Micro" seperti yang dipaparkan di atas. Saya sebenarnya tidaklah berniat hendak membeli apa-apa buku pada waktu itu memandangkan jiwa sedang kacau (walaupun baharu lepas bergelak ketawa menonton filem "The Muppets"). Saya sekadar mahu mencuci-cuci mata sambil menghiburkan hati dan menunggu Prince Charming menyelamatkan saya. Eh?

Saya berasa teruja apabila terpandangkan novel tersebut di rak buku. Ia merupakan novel terakhir yang ditulis oleh mendiang Michael Crichton; yang sebenarnya tidak sempat dihabiskan sebelum ajal terlebih dahulu menjemput beliau ke negeri abadi. Sebab itu ada nama Richard Preston di kaki kaver novel tersebut - penulis yang bertuah kerana dipilih untuk menyudahkannya. Masakan saya tidak mahu memilikinya. Namun, apabila terpandangkan harga novel tersebut saya berasa berbelah bahagi untuk membelinya.

Saya letakkan semula novel tersebut di raknya. Lalu saya merayau-rayau lagi di dalam Kinokuniya. Namun fikiran saya asyik pula teringat-ingatkan novel tersebut. Apatah lagi apabila memikirkan novel tersebut termasuk dalam promosi Reader's Rhapsody di mana pembeli akan mendapat diskaun 30% jika membeli apa-apa barangan lain (tidak kisah berapapun harganya) bersama-sama novel yang dipromosikan.

Apa barangan lain yang saya mahu beli? Tiada apa-apa yang saya perlukan rasanya. Hendak membeli novel-novel lain, tahu-tahulah harga novel di sini. Bukannya boleh dapat yang harganya kurang daripada RM10.

Pap! Tiba-tiba saya teringatkan novel klasik Collins Classic - "The Secret Garden" yang saya beli tidak lama dahulu di Kinokuniya. Harganya cuma RM9.90. Jadi, saya cuba membuat kira-kira dalam kepala. Tetapi tidak berjaya kerana saya bukanlah seorang yang pandai membuat kira-kira dalam kepala. Nasib baik ada handphone. Jadi saya menggunakan fungsi kalkulator dalam handphone untuk membuat kira-kira.

Harga sebenar novel "Micro" = RM64.90

Setelah ditolak diskaun 30% = RM45.43

Kalau ditambah dengan sebuah novel klasik Collins Classic dengan apa tajuk sekalipun saya cuma perlu membayar RM55.33 atau lebih tepat lagi RM55.35.

Lalu saya memilih tajuk "Grimms' Fairy Tales" (apa gelak-gelak?) untuk 'dipadankan' dengan novel "Micro" itu. Wah! Saya dapat membeli dua buah buku dengan harga yang lebih murah daripada harga sebuah novel "Micro"! Boleh tahan bijak juga saya ini...keh keh keh!

Tetapi setiap kali saya memandang novel tersebut, sedih pula saya rasa. Selepas ini tiada lagi novel baharu daripada Michael Crichton. Uhuk...uhuk...

* Saya belum lagi memulakan pembacaan. Saya harap Richard Preston tidak menghampakan. Jika menepati selera, mungkin selepas ini saya boleh cuba membaca karya-karya Richard Preston pula.

6 comments:

Emy Tak Kecik said...

sebelum membeli mmg kene buat kira2 dulu kan...baru pembeli bijak namanya ehhee

dari penulisan siti kat blog ni dah tahu anda suka membaca! :D

Siti R said...

A'ah betul tu..hehe

Lagi sekali betul...membaca ni sama juga dgn traveling...boleh pegi mana2...free pulak tu :)

Kurma said...

Mendian Crichton tu penulis cite misteri ke?

Siti R said...

Ko mesti penah dgr/tgk filem Jurassic Park, The Lost World, Sphere, The 13th Warrior (tajuk novel: Eaters of the Dead) dan byk lagi...tu semua adaptasi drp novel2 MC ni la.

Dia punya genre misteri/thriller/Sci Fi

Kurma said...

Sphere tu best la.. tp dah lupa cerita.. ooo sangat2la best cerita2 di atas tuu.. ala RAM versi matsaleh hehehehehe

Siti R said...

Tulah pasal...sbb tu aku suka MC ni..mmg xde galang gantinya. FYI, 13 buah buku dia dah dijadikan filem...

Erkk..hehe...bole la kot...tp RAM lebih kpd thriller..