Sungguh-sungguh saya tidak menyangka. Buah cempedak menjadi nangka. Bagaimana buah cempedak boleh menjadi nangka, tidaklah saya tahu proses-prosesnya. Apa yang saya tahu adalah penyertaan saya dalam satu pertandingan menulis yang tidak berapa berprestij yang dianjurkan oleh syarikat tempat saya bekerja telah membuahkan hasil. Saya telah dinobatkan sebagai pemenang untuk pertandingan yang julung-julung kali diadakan ini. Alhamdulillah.
Seumur hidup, saya tidak pernah memasuki mana-mana pertandingan menulis. Kalau pertandingan menulis dalam tulisan jawi pernahlah masa sekolah rendah dulu. Itupun tidak dapat menang tempat pertama. Sekadar berjaya mendapat hadiah saguhati sahaja.
Apa-apa pun saya rasa berbangga dengan diri saya. Pergh! Ayat macam poyo pula. Tapi kalau menang, mestilah rasa bangga, bukan? Walaupun hadiah yang dimenangi cuma sebakul buah-buahan. Rasanya seperti saya telah memenangi pertandingan sayembara menulis novel yang menawarkan hadiah sebanyak RM15,000.00 itu...
Lihatlah bakul buah-buahan saya menurut pandangan yang berbeza.

Pandangan sisi. Tiada buah cempedak, apalagi buah nangka di dalam bakul. |
Pandangan dari atas. Nampak buah kiwi itu? Buah kiwi dan buah-buahan yang lain diimport dari New Zealand, ya. Kelasss... |
Pandangan sisi yang satu lagi. |
Anda semua tengok sahajalah, ya. Buahahaha (ketawa yang berbuah-buah).
***
Bersama-sama ini ingin saya kongsikan e-mel daripada CFO kepada saya. Terharu sungguh saya dibuatnya.
"Siti,
The
way you mix the ingredients of our core values gently into the apple
salad recipe was done with such professionalism. You are truly gifted.
Keep up the excellent level of staff engagement. Congrats!"
6 comments:
ayat bos tu pon sy baca mcm terharu gak... :D
tahniah...
Uhuhuhu...terima kasih...
Tahniah siti!
Bangganya aku...
Elok pulak ko dapat buah kiwi sebelum pergi NZ ye ehhehee
Terima kasih, Rin.
Itulah pasal...macam tau2 pulak. Tapi buah kiwi tu aku tak makan pun..bagi kat opismate yg tgh pregnant.
Tahniahhh
Terima kasih! :)
Post a Comment