Monday, July 02, 2012

Terciptanya Sejarah...

Untuk kali pertama sejak terjebak dengan European Championship (EURO), saya tidak menonton perlawanan akhir untuk edisi kali ini. Sebenarnya saya tidur dengan hati yang senang. Seolah-olahnya saya tahu pasukan mana yang akan menang. Jadi, saya tidak terasa terkilan sangat walaupun terlepas peluang merasai kemeriahan perlawanan akhir tersebut.

Oleh itu, jangan kata Sepanyol sahaja yang telah mencipta sejarah. Saya juga telah mencipta sejarah tersendiri dalam bidang menonton EURO ini - sejarah tidak menonton perlawanan akhir. Eh, bukan perlawanan akhir sahaja. Sebenarnya semua perlawanan baik daripada peringkat kumpulan, suku akhir, hinggalah ke separuh akhir tiada satu pun yang saya tonton (kuat betul iman saya...dahsyat!).

Okey, itu sahaja yang saya mahu beritahu. Sejarah telah tercipta buat diri saya. Bangganya...(tangan di dada, mata pandang ke atas)

Nota: Sepanyol menang lagi. Yahoo!!!

Nota 2: Perlu cepat-cepat buat pelan tindakan sebelum Piala Dunia 2014. Fuh!

4 comments:

Kurma said...

Aku tiap-tiap tahun cipta sejarah EURO ni hehehehehe.. eh EURO tu tiap-tiap tahun ke?

Siti R said...

Sebelum aku jwb, izinkan aku utk gelak sebentar...hahahahhaaha!

EURO tu 4 thn sekali la der...
Kalo Juara Liga2 Eropah tu tiap2 tahun..so, aku rasa ko maksudkan yg ni, kan..kan?

Kurma said...

sebelum ko gelakkan aku.. baik aku gelakkan diri sendiri dulu hahahaha...
Aku ingatkan Liga Eropah tu la EURO! .. dah euro tu bukan Europe kah? hahahaha

Siti R said...

Dok gelakkan ko, baru perasan..aku pun salah sebenarnya...sepatutnya Liga Juara2 Eropah...hehehe