Sunday, April 26, 2009

I Love You


Semasa menunggu keputusan SPM dulu, aku bekerja sementara di sebuah klinik pergigian. Majikanku, Dr. Gigi (bukan nama sebenar) ialah seorang majikan yang boleh dikatakan sangat garang dan tidak 'mesra alam' dengan stafnya yang 2 orang termasuk aku. Beliau belum berkahwin walaupun pada masa tu aku rasa usianya dah menjejak lebih daripada 40 tahun.

Dr. Gigi mempunyai beberapa peraturan yang perlu kami patuhi. Antaranya kami tidak dibenarkan untuk menggunakan telefon di klinik dan tidak pula dibenarkan sesiapa, hatta ahli keluarga sekalipun untuk menelefon kami. Telefon pula ditempatkan di dalam bilik doktor. Jadi, kami tiada pilihan melainkan terpaksa akur dengan peraturan yang seakan-akan kuku besi tersebut. Namun aku ada berpesan dengan emak sekiranya ada hal penting, agar menelefonku di klinik pada waktu makan tengahari kerana biasanya Dr. Gigi pulang ke rumah pada waktu tu, atau telefon selepas pukul 6 iaitu selepas tamat waktu bekerja.

Pada suatu hari, lebih kurang hampir masa tamat bekerja, telefon klinik berdering.

"Hello," jawab Dr. Gigi seperti yang kami dengar dari luar biliknya.

Kemudian kami dengar gagang telefon diletakkan semula. Aku dan rakan sekerja saling berpandangan. Kami seolah-olah berkomunikasi secara telepati. Aku rasa agak panik kerana berasakan mungkin yang menelefon itu ialah emak.

Tepat pukul 6, Dr. Gigi keluar dari biliknya untuk pulang ke rumah. Semasa beliau lalu di depan kaunter, aku terperasankan sesuatu. Beliau kelihatan sedang tersenyum sendirian. Aku rasa hairan sebab beliau sangat jarang mengukir senyuman. Bukan aku saja yang perasan, rakan sekerja aku juga perasan.

Semasa menunggu emak menjemputku di tempat biasa, aku masih lagi teringatkan 'senyuman manis' Dr. Gigi tu. Agaknya Dr. Gigi dah ada boyfriend...mesti boyfriend dia ajak dating. Hmm...sounds plausible. Itulah yang bermain2 dalam fikiran aku semasa menunggu emak sampaikan aku tak perasan emak sampai lambat.

Aku terus je naik motor bila emak sampai. Dalam kepala asyik je teringatkan Dr. Gigi...tak puas hati betul rasanya kalau tak tau sebab musababnya dia tersenyum macam tu. Betapa busybodynya aku ni, kan?

Sebaik sampai di rumah tanpa sempat aku berehat2, emak memulakan bicara. Lebih kurang begini dialognya,

"Tadi mak telefon klinik...tapi doktor yang angkat. Mak tak tau nak cakap apa...mak cakaplah I love you kat doktor lepas tu terus letak telefon," kata emak sambil dia mengajuk semula cara dia cakap I love you tu.

Emak ketawa...aku...apalagi, gelak besarlah. Terjawab juga teka teki tadi.

Dalam menahan sakit perut akibat banyak ketawa aku beritau emak yang doktor tersengih sorang2 masa balik tadi...ingatkan kenapa, rupa2nya penangan I love you daripada emak.

Itulah antara kenangan manis aku dengan arwah emak. She's the funniest person I've ever been close to. I definitely miss her so much. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 dengan orang2 yang beriman...amin...

5 comments:

LaDy NaS said...

kelakar nye.. moga arwak mak SIS dicucuri rahmat..amiiiin....

Siti R said...

Tq...amiiin..

ShaFril said...

haha lawaknya...emm smoga roh arwah bersemadi dgn aman,damai,tenang n bhgia di sna n dicucuri rhmat amin

Siti R said...

amiiiinn...

along aka izza said...

hehe arwah atok memang suke wat lawak... semoga roh atok n tok bah dicucuri rahmat...