Friday, April 24, 2009

Kisah Tragis

Tadi aku check e-mel. Satu e-mel daripada Eny tentang cerita seorang penumpang komuter yang marah/tidak puas hati dengan perangai penumpang yang tidak memberikan tempat duduk mereka kepada orang yang lebih memerlukan menarik perhatian aku. Dalam emel tu, 'orang yang memerlukan' tu ialah seorang ibu yang sedang mendukung anaknya yang sedang tidur. Si penulis siap melampirkan gambar yang diambilnya sendiri sebagai bahan bukti.

Kesian...si ibu cuma diberikan tempat duduk 15-20 minit kemudian, itupun mungkin setelah si pemberi tempat duduk tu sedar bahawa ada orang mengambil gambarnya..wallahualam...

Kebetulan pula pagi tadi aku menggunakan perkhidmatan komuter untuk ke PWTC...mana lagi kalau tak ke Pesta Buku yang masih berbaki 3 hari ni. Pengalaman aku tadi lebih tragis, dahsyat dan brutal daripada apa yang disaksikan oleh penulis emel tu tadi. Yang menjadikannya lebih tragis adalah sebab benda ni berlaku betul2 di sebelah aku.

Tren pada mulanya tak penuh, tapi dari satu stesyen ke stesyen yang lain semakin ramai yang naik dan bila sampai di stesyen Kepong Sentral ramai penumpang yang dah menunggu. Bila tren berhenti dan pintu2nya di buka...macam biasalah penumpang meluru masuk (ni satu lagi sikap orang malaysia...tak reti2 nak sabar bagi laluan kepada orang yang nak keluar...).

Maka dari situ perlawanan pun bermula. Aku tengok dari arah kanan ada seorang perempuan melayu berusia dalam lingkungan 30-an atau awal 40-an, berbadan agak gempal...berambut kerinting yang warnanya karat dan memakai kaca mata hitam berjalan laju menuju ke tempat duduk di sebelah kananku yang masih kosong. Dari arah kiri pula seorang lelaki melayu dalam lingkungan 50-an atau awal 60-an, berbadan sederhana...rambut lurus disisir ke belakang dan sedikit beruban...tidak berkaca mata langsung juga berjalan laju menuju ke sasaran yang sama...

...akhirnya mereka berdua bertembung di tengah2...dua2 berebutkan tempat duduk di sebelah kanan aku tu...lelaki tua hampir melabuhkan punggungnya tetapi si perempuan berambut karat lebih pantas meletakkan punggungnya yang lebar (alamak...terlebih pulak..tapi memang betul pun) di atas tempat duduk yang membuatkan lelaki tua tertolak ke atas...

Para penonton pun bersorak...ohh tidak...Yang sebenarnya aku jadi tergamam dan terpinga2...orang2 lain ada yang reaksinya sama dengan aku, ada yang buat2 tak nampak...orang2 yang duduk di kerusi bertentangan kebanyakkannya tersengih2...perempuan berambut karat pula merengus mengeluarkan angin dari hidungnya seraya menunjukkan 'hidungnya yang tinggi' dan mukanya yang selamba dan dalam hatinya dia berkata, "hebat betul aku...don't mess with me, old man. Hah! Yang korang ni apahal lak tengok2...nak autograph ke?"

Belum sempat aku nak memberikan tempat dudukku, seorang gadis Cina yang comel yang duduk disebelah perempuan berambut karat dengan baik hatinya memberikan tempat duduknya kepada lelaki tua tersebut. Akhirnya mereka berdua duduk berdampingan bersama2...semua orang pun gembira...lalala...

Begitulah kisah tragis aku. Sebagai seorang pengguna tetap pengangkutan awam, ini merupakan kali pertama aku berhadapan dengan situasi sebegitu. Situasi yang lazim adalah seperti yang dialami oleh penulis e-mel tadi. Tapi yang sebenar2nya aku jarang berhadapan dengan masalah orang yang tak mahu memberikan tempat duduk mereka kepada yang lebih memerlukan. Aku rasa penumpang2 bas yang biasa aku naik agak berhemah juga...terutama sekali yang menulis entri ni...ehem...masuk bakul angkat sendiri daaa...

Tak tahulah aku nak kata apa...lain orang lain ragamnya. Cuma kadang2 aku tertanya2 kenapa ada orang yang begitu tidak berhati perut macam ni...tak ada ke perasaan kasihan dalam hati mereka? Entahlah...

Disebabkan nilah agaknya kempen budi bahasa budaya kita diperkenalkan...kritikal sungguh masalah budi bahasa ni sampai perlu diadakan satu kempen kesedaran sebegini. Dulu masa ia rancak ditayangkan, aku suka jugak tengok iklan kempen budi bahasa - babak dalam LRT yang dilakonkan dengan jayanya oleh pengkritik no. 1 Malaysia, siapa lagi kalau bukan Adlin Aman Ramli. Siapa yang tak suka tengok iklan tu, kan...rasanya orang2 yang sama perangai macam perempuan berambut karat (termasuk dia sekali) tu pun suka menengoknya kan. Tapi setakat suka tengok pun tak guna kalau tidak dihayati mesejnya tu...

4 comments:

LaDy NaS said...

huhu..lom penah lagi jumpa cam di atas..tapi, spatutnya hormati yg tua dan kasihani yg muda..itu yg sebaik2nya...:D

Siti R said...

memang betul tu...sy setuju 100%

ShaFril said...

wah detail tul awk describe pakcik n makcik tu ye hehe

Siti R said...

itu menandakan sy seorg observer yang baik...muahahaha...