Monday, August 31, 2009

Vanakkam

Ini kisah cinta antara dua darjat. Si Jejaka berasal daripada keluarga yang miskin. Manakala si Gadis berasal daripada keluarga berada. Si Jejaka jatuh cinta pandang pertama pada si Gadis. Atas dasar cinta dia berusaha untuk memenangi hati si Gadis. Dan usahanya itu tidak sia-sia apabila si Gadis akhirnya menerima cinta si Jejaka walaupun ditentang hebat oleh keluarga (abang) si Gadis.

Eleh, macam dah basi jer jalan cerita macam ni, kan? Dah biasa sangat orang buat filem (ye ke...hehe). Tapi kalau cerita tu digarap dan diolah oleh pengkarya2 di Kollywood...it would be a different story.

Yup, I'm talking about Tamil movies. Cerita di atas adalah daripada filem Tamil yang aku tengok 2 hari yang lepas di saluran 202. Jangan tanya aku apa tajuknya sebab aku tak boleh ingat langsung...lainlah kalau aku boleh berbahasa Tamil, kan? Sayang seribu kali sayang aku tak dapat tengok sampai habis. Filem start pukul 6 (tapi aku tengok dari pukul 6.30)...dah dekat nak berbuka. Lepas tu habis lebih kurang dalam pukul 9. Memang tak boleh tengok habis...huhu...

Aku bukanlah peminat tegar filem2 Tamil. Tapi kebanyakannya aku boleh layan. Macamana aku boleh terjebak menonton filem2 Tamil? Walaupun korang tak berminat nak tau, aku tetap nak beritau jugak...harap bersabar ye...hehe...

Masa sekolah menengah dulu aku berkawan baik dengan classmate aku; sorang budak India. Memang dia salah sorang daripada best friend aku (tapi sekarang dah lost contact...dimanakah dikau wahai Usah Rani...huhu...). Dialah yang menggesa aku untuk cuba2 menonton filem Tamil ni. Dia kata filem Tamil lebih baik daripada filem Hindi. Dia kata macam tu pun sebab aku selalu cerita kat dia yang mak minat sangat tengok filem Hindi...kalau dia tengah tengok jangan ada sapa2 kacau (anak2 dia la...) atau cuba nak tukar siaran TV. Kalau tak, memang cari nahas.

Mula2 rasa macam tak yakin jer dengan kata2 Usah. Maklumlah, filem Hindi aku tak suka, inikan pulak nak tengok filem Tamil yang pada pendapat aku masa tu mesti lebih tak best daripada filem Hindi. Tapi Usah tetap tidak berputus asa menyakinkan aku. Akhirnya disebabkan rasa ingin tahu yang meluap2 hasil 'hasutan' Usah, aku pun cuba menonton sebuah filem Tamil yang ditayangkan di TV2. Usah yang suruh tengok sebab katanya filem tu filem box office.

...and I was blown away...dan pandangan aku terhadap filem Tamil berubah sama sekali. Filem Tamil memang lebih hebat daripada filem Hindi atau filem Melayu.

Apa yang best sangat dengan filem Tamil ni? Meh aku bagitau sebab musababnya mengikut pandangan peribadi aku...cheh...

Sebab pertama yang aku paling suka tentang filem Tamil ialah ia sangat dekat dengan kisah masyarakat. Eleh, filem Melayu pun banyak macam tu. Aku dah agak dah korang mesti kata macam tu...hehe...Memang betul. Tapi yang membezakannya ialah cara dialog diolah dalam skrip filem Tamil tu sendiri. Memang aku tak faham bahasa Tamil. Tapi daripada sarikata kita boleh tau yang dialog2 bagi watak2 terutama sekali watak utama (hero ler) sangat berfalsafah. Maksud aku, mereka ada pandangan yang menarik tentang kehidupan. Banyak juga diguna metafora dalam dialog2 mereka. Aku rasa cara mereka mengolah dialog sangat bijak dan menarik. Kadang-kadang buat aku terfikir bahawa apa yang mereka katakan sangat betul dan memberi aku satu pandangan yang baru tentang apa saja yang berkaitan dengan hidup kita selagi mana tidak bercanggah dengan agama. Tengok, aku pun dah berfalsafah...hehehe...

Sebab kedua yang aku rasa ramai orang tau. Kebanyakan filem Tamil ada menyelitkan unsur2 komedi. Komedi mereka kalau ada sesiapa yang perasan tak banyak berbentuk slapstik, tapi sekali lagi mereka menggunakan kekuatan dialog; dialog yang "witty."

Sebab ketiga. Jalan cerita yang berbelit2 tapi diceritakan dengan cara yang tidak merimaskan dan tidak mengelirukan (pada pandangan aku). Setiap filem mesti ada twist dalam plot dia. Kadang2 susah nak ramal apa kesudahan cerita...kadang2 sangat kreatif (ada jugak yang tak masuk akal) yang membuatkan aku terfikir kenapa la aku tak terfikir benda yang sama sebelum ni?

Itulah 3 sebab utama yang aku rasa membuatkan sesuatu filem Tamil tu sangat menarik untuk ditonton. Aku tak tau macamana penulis skrip/penulis lakon layar mereka mendapat idea untuk menulis sesuatu cerita yang sangat simple tapi menarik. Aku rasa kalau ada sesiapa yang berhasrat nak jadi penulis skrip/penulis lakon layar kena banyak tengok filem Tamil...belajar macamana mereka mengembang dan twist cerita dengan cukup berkesan sekali. Kemudian sesuaikan dengan cara hidup masyarakat kita. Sebabnya? Sebab skrip filem Tamil antara yang diiktiraf sebagai yang terbaik di dunia. Bukan aku cakap, tapi Radhi Khalid yang cakap. Tak salah aku Rosyam Nor dulu pun ada cakap filem Tamil adalah antara yang terbaik. Aku setuju dengan kedua2 mereka.

Kes ditutup.

Saturday, August 22, 2009

Hidangan 1 Ramadan 1430 Hijrah

Petang pertama di bulan Ramadan - lemah longlai rasanya. Tergoncang iman bila nampak Mister Potato yang belum berbukak yang ada di dalam robok (almari). Waduh, waduh...aku cinta padamu Mister Potato. Hep, hep...mengada2 betul si Siti R ni, mengalahkan budak kecik!

Mintak maap ye, aku biol sikit arini...ditambah pulak dengan demam yang melanda. Hari pertama puasa dah demam...tak kuat betul la aku ni. Plan nak gi keje terpaksa dibatalkan...tak dapat jugak aku nak organise balik keje aku yang tengah melambak tu. Takpelah...aku memang perlukan rehat and worry free this weekend.

Oh, ya! Selamat berpuasa diucapkan kepada korang semua. Bila puasa aje ingat makanan, ek? Ke aku sorang jer yang ingat makanan ni? Hmm..jiran sebelah tengah menumis apa tu...adoyai...(concentrate Siti R, concentrate!).

Hmm..masuk citer baru la pulak. Citernya pagi tadi aku dapat majalah Discovery Channel untuk bulan September. Ada la satu artikel menarik dalam tu (jangan salah sangka, bukan satu jer artikel menarik, ada banyak sebenarnya. Jadi dapatkanlah majalah ini di kedai2 buku berhampiran anda..atau subscribe aje macam aku). Sesuai bangat untuk dihidangkan pada petang pertama Ramadan ni..(ishh...jiran sebelah tengah goreng apa pulak tu...??)

Tajuk artikel; "Taste for Evolution" bermula daripada mukasurat 42 hingga 45 tulisan Rachel Sullivan. Intipati artikel adalah mengenai apa sebenarnya yang membezakan manusia dengan haiwan? Hmm...apa ye? Adakah kebolehan bercakap? Berbahasa? Burung kakak tua boleh bercakap dan berbahasa apa...walaupun cuma mimikan, tapi kira satu kebolehan, kan? Adakah sebab kita ada banyak skil? Rasanya tak jugak. Haiwan macam chimpazee ada skil apa...skil menggunakan alatan dalam usaha mencari makanan..isk korang tau apa yang aku maksudkan, kan? Atau adakah kebolehan belajar? Oh, tidak...tidak. Gorila dan orang utan boleh belajar bahasa isyarat aperrr. Ikan lumba2 pun ada kebolehan belajar dan dianggap sebagai haiwan yang paling intelligent mengalahkan Chimpazee.

Abis tu apa, ek? Kata Profesor Richard Wrangham, "...sebenarnya kepakaran manusia memasaklah yang membezakan mereka daripada haiwan."

Wah...pandainya Prof. Wrangham ni cakap Melayu, ek? Mari tepuk tangan ramai2...dan wah...aku rasa aku bersetuju sangat2 dengan pendapat beliau.
Korang ada penah jumpa atau tau mana2 haiwan yang boleh memasak? Jangan nak jawab tikus dalam citer Ratatouille pulak...aku rotan sorang2 kang...tapi nasib baik sekarang bulan puasa, jadi aku tak boleh bertindak ganas. Selamat korang...buat masa ni...

Berbalik kepada artikel...pendapat Prof. Wrangham ni bukan sekadar teori semata2 sebab pada permulaan artikel ada menyebutkan bahawa beliau telah lama (berdekad2 lamanya) mengamati tingkahlaku beruk dan yang sewaktu dengannya samada dalam kurungan atau bebas (bukan Prof. Wrangham, tapi beruk2 tu la). Sentiasa ada benda baru yang dia belajar tentang haiwan2 ni, tapi katanya ada satu benda yang beliau memang sure - sama jugak macam manusia, haiwan2 ni lebih gemar makan makanan yang dah dimasak.

Amazing...aku tak penah terfikir pun pasal benda ni. Almaklumlah memasak bukannya bidang yang aku terer...makan terer la..hehe...Dengan memasak menjadikan sesuatu makanan tu rasa lebih sedap, kan? Cubalah bayangkan kalau nenek moyang kita dulu tak terfikir atau terjumpa kaedah memasak...apa yang kita akan makan pada masa sekarang? Semua makanan mentah agaknya? Tak pun semua orang makan sushi aje..hehe...

...patutla kucing2 aku dulu (sekarang dah takde kucing..huhu) lebih suka makan apa yang aku makan daripada makan makanan kucing...isk2...

Oklah, malas nak tulis panjang2...apa kata korang baca sendiri artikel ni. Nak baca online kena tunggu bulan September menjelmakan diri kot sebab kat website Discovery Channel Magazine tu masih tunjuk DCM edisi bulan Ogos lagi.

Akhir sekali...aku ucapkan Selamat Berpuasa, Selamat Berbuka dan Selamat Beramal...

Thursday, August 20, 2009

I'm Not OK (I Promise)

The above caption is self-explanatory...I'm definitely not OK throughout this week. Work really wears me out. I'm mentally tired.

So, here is my theme song for this week. I'm not OK, OK?


Wednesday, August 19, 2009

Jangan Aku Dipandang Hina...Walau Tak Sehebat Doktor Tapi Mungkin Setaraf Nurse

Officemate aku, Ita ada seorang housemate yang bekerja sebagai nurse. Citer nya malam tadi housemate dia ni cuba nak menyuntik ubat kat tangan dia sendiri sebab dia ni ada allergi. Ubat pil dah abis, jadi dia terpaksa guna ubat suntikan.

Walaupun dia tu nurse, tapi dia tak berjaya nak menyuntik ubat tu...bukan tak berjaya jumpa urat
(salur darah ler), tapi dia tak berjaya nak suntik ubat tu masuk ke dalam urat. Akibatnya kulit dia mengelembung mungkin kerana ubat bertakung di bawah kulit. Dua tiga kali suntik tak masuk jugak. Agaknya susah kalau nak suntik diri sendiri...lain la kalau orang lain yang suntikkan. Malangnya dalam rumah tu, takde yang bekerja dalam bidang perubatan melainkan dia.

Hmmm...apa kesnya nurse tak berjaya suntik diri sendiri? Tiba2 Ita kata kat aku, kalau housemate dia tu mintak tolong Mat Pit suntikkan mesti diorang nak tolong nyer. Tak pun diorang akan join sekali...

..kemudian seperti tersedar daripada mimpi kami terfikir...penagih dadah yang guna suntikan ni mesti pandai. Kami pun terfikir2 biasanya kat mana diorang ni suntik dadah tu? Yang boleh kami simpulkan daripada maklumat yang biasa dilihat di TV atau dibaca kat majalah ke suratkabar ke; tempat suntikan biasanya di kawasan tangan antara pergelangan tangan hingga ke siku, kan?

Gambar hiasan semata-mata...sebab takde ilustrasi salur darah la...

Pandai sungguh mereka menyuntik dadah masuk ke dalam salur darah mereka, kan? Dan macamana la Mat Pit ni boleh menganggar sedalam mana (cintamu...hehehe...merepek pulak) nak cucuk jarum tu supaya dadah boleh masuk betul2 ke dalam salur darah? Kalau tak betul boleh jadi macam housemate Ita tu ler...kulit jadi mengelembung. Tak boleh la nak lalok, kan?

Tiba2 kami merasa 'kagum' dengan 'kepandaian' Mat Pit ni. Isk, isk, isk...alangkah bagusnya kalau kepandaian tu digunakan untuk tujuan yang lebih mulia. Ni otak dan akal ada, tapi end up jadi sampah masyarakat. What a waste. Semoga ramailah daripada mereka ni dapat diselamatkan daripada terus hanyut...amin.

Note: Kids don't try this at home or anywhere in the world!

Monday, August 17, 2009

Sama Tapi Tak Serupa

Biasanya kalau dalam bas atau tren kalau aku tak membaca atau tidur, kepala otak aku akan ligat berfikir. Macam2 benda yang aku fikir. Dan sejak ada blog ni benda yang aku fikir sudah semestinya tentang topik apa yang aku nak ketengahkan di sini.

Baru2 ni aku terfikir pasal ejaan yang sama antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris yang common. Maksudnya, sesuatu perkataan atau nama orang dalam bahasa Melayu yang ejaannya memang sebijik macam ejaan perkataan atau nama orang dalam bahasa Inggeris (tak termasuk perkataan yang disadur daripada bahasa Inggeris ye). Bunyi tak semestinya serupa, yang penting ejaannya sama. Ada banyak jugak perkataan yang aku terfikir, sampai ke hari ni aku masih memikirkannya...sungguh tak de keje betul aku ni, kan?

Di bawah aku senaraikan perkataan2 yang aku dapat. Di sebelah kiri bahasa Melayu, di sebelah kanan pulak bahasa Inggeris. Kalau ada apa2 yang korang dapat atau terfikir sila2 la tinggalkan komen. Tapi rasanya tak de dah kot...aku kan genius...hehehe...

Bias - Bias
Bin - Bin
Cara - Cara (nama orang)
Dara - Dara (nama orang)
Lap - Lap
Cat - Cat
Air - Air
Jam - Jam
Ajar - Ajar
Alas - Alas
Dan - Dan (nama orang)
Mat (nama orang) - Mat
Cap - Cap
Cop - Cop
Main - Main
Leper - Leper
Liar - Liar
Pun - Pun
Had - Had
Beta - Beta
Sore - Sore
Papa (kedana) - Papa
Tat (kuih) - Tat
Taut - Taut

And last but not least, the ultimate ejaan yang agak sama tapi tak serupa adalah:

Paha - Pahahahahahahaha (bunyi ketawa Spongebob Squarepants)

Tak pecaya bunyi ketawa Spongebob macam tu? Cubalah dengar seperti dalam video di bawah ni...pahahahahahahaha



Sunday, August 16, 2009

Dua Kali Tiga

Hari Jumaat lepas pada pukul 9.59 pagi, aku mendapat sms yang menganggu jiwa ragaku yang berbunyi seperti berikut:

"Your account remains unpaid and service may be interrupted. Kindly remit full payment immediately. Please disregard if payment has been made. Thank you."

Alamak! Makcik Maxis dah marah dah ni...bukan taknak bayar Makcik Maxis, tapi saya terlalu busy...sampaikan asyik terlupa aje nak bayar. Panas jer telinga Makcik Maxis mendengar jawapan aku. Maka dia pun menjawab dengan seksinya,

"Banyaklah ko punya lupa, internet ada...kedai Maxis pun dua tiga langkah jer dari ofis, mengada2 bagi alasan busy. Dah! Bayar cepat, kalau tak aku potong ko punya line supaya ko tak boleh access internet atau guna handphone ko...I have the power you know...muahahaha...."

Huhuhu...kejam sungguh makcik Maxis ni. Tapi memandangkan makcik Maxis dah ugut (aku report polis baru tau!), maka dengan secepat kilatnya aku bayar. Kalau tak bayar, aku takut aku tak dapat membuat entri ini yang merupakan entri paling penting daripada mana2 entri yang terdapat dalam blog ni.

Ya, inilah entri yang akan menentukan masa depan dan hala tuju hidup aku selepas ni. Entri mengenai...drum roll please...

..hari jadi aku yang ke dua kali tiga tahun...hehehe...weiii...penting niii...

Best la jugak hari jadi tahun ni sebab selain daripada ramai yang ucapkan selamat hari jadi kat aku...(arigato gozaimas), ada juga member2 yang sudi bagi present dan ada juga yang sudi celebrate hari jadi bersama2 dengan aku. Aku tak biasa celebrate hari jadi, tapi bila ada yang offer nak belanja dan raikan hari tua aku ni, aku terima dengan besar hati.

Aku celebrate dengan dua orang member aku. Sorang tu Chik, nama yang memang selalu enter frame entri2 aku ni...hehe...Sorang lagi namanya Amir...nama yang tak penah aku sebut dalam mana2 entri dalam blog ni sebab dia sorang yang sangat poyo...hahaha...Namun terima kasih diucapkan kepada Amir sebab belanja kami berdua.

Apa? Kat mana kitorang celebrate? Oh...lupa lak nak beritau. Aku tak tau sebenarnya kat mana Amir nak bawak kitorang...ikut ajelah...lagipun aku mengantuk giler malam tu. Jauh betul perjalanan...aku ingat dia nak bawak tempat yang dekat2 jer...rupa2nya dia bawak kitorang sampai ke Klang - Muara Ikan Bakar nama tempat makan tu yang terletak di Tanjung Harapan. Penah pegi ke? Ok gak tempat tu. Apa menunya? Silalah lihat gambar2 di bawah yang ditangkap oleh Chik...

View dari tempat duduk Chik sebab dia yang amik gambar...menunya; nasik putih 2 (aku dengan chik), Amir makan nasik lemak (sambalnya sedap seh...kebas sikit daripada Amir...heee). Lauknya; kangkung goreng, ikan siakap masak pedas dan masak steam, sotong bakar dan udang goreng tepung.

Air kelapa Chik...nun di kejauhan tu aku punya sirap limau...Amir minum apa aku pun tak ingat sebab Chik tak amik gambar air dia...siannn. Eh tangan sapa tu, ek? Isk2 sebok jer.

Ni lauk feveret aku malam tu...ikan siakap masak pedas. Aku dok bayang masak pedas tu macam sambal, rupa2nya dinamakan pedas sebab banyak cili. Takpe, janji sedap. Dan aku sebenarnya geram tengok banyak cili, rasa macam nak kunyah satu2...tapi terpaksa maintain ayu hehe...

Ni ikan siakap gak tapi di masak secara steam...sedap gak ni...yummy...

Mintak maapla sebab gambar agak blur sebab diambik daripada handphone Chik...aku ni pulak agak 'pandai' sangat nak mengedit gambar...maka hasilnya seperti di atasla...Itula dianya...kenyang betul aku malam tu...lauk semua habis...alhamdulillah.

Itulah citer macamana dan di mana aku raikan hari jadi aku ni. Sekarang citer pulak pasal masa depan dan hala tuju hidup aku pulak. What have I done and learned? Where do I go from now? Soalan2 yang simple tapi agak sukar jugak nak dijawab.

Aku rasa sepanjang hidup aku ni tak banyak benda yang aku achieved. Tapi banyak benda yang aku belajar. Nak achieve apa, aku pun tak tau. Aku tak penah buat target apa yang aku nak capai dalam tempoh masa tertentu. Mungkin ini masa yang sesuai untuk menentukan apa goal aku...bukan goal bola sepak la...(hmm...EPL start malam ni ye...heee...selingan pulak). Lagipun sekarang ni aku tau dah apa sebenarnya yang aku mahukan dalam hidup aku ni. Dan aku mesti mencapainya dalam masa 5 tahun bermula dari tarikh hari jadi aku. Maksudnya
dalam masa 5 tahun dari sekarang, aku hendak jadi sangat berjaya dalam bidang yang aku nak ceburi ni, insya-Allah. Cuma masalah aku yang terbesar adalah perasaan kurang keyakinan dan takut. Aku akui memang aku berasa sangat rendah diri dan takut...tapi perasaan ni yang perlu aku lawan kerana fear is our worst enemy, betul tak? Aku sedang cuba untuk mengatasinya, insya-Allah. Dalam masa 3 tahun ni pulak, aku harap dapat mengerjakan haji...amin. Semoga Allah menjemput aku mengunjungi tanah haram sekali lagi kerana aku sangat2 merindui Baitullah...

Lagi satu, aku rasa hidup kita semua ni sangat menarik kalau kita benar2 menghayatinya. Dunia ni pun sangat menarik...tak putus2 peristiwa demi peristiwa yang berlaku, tak kisah la yang baik ke atau yang buruk, ia tidak penah gagal untuk membuatkan aku merasa amazed...bersesuaian betul dengan tagline Discovery Channel - the world is awesome. Tentang pengajaran pulak, rasanya sepanjang aku hidup di dunia ni banyak betul benda yang aku belajar...tak kisahlah daripada pengalaman dan kesilapan diri sendiri, daripada pengalaman dan kesilapan orang lain, daripada pembacaan, juga daripada pengamatan. Pada aku, life is a never ending learning experience. Semoga kita semua akan terus belajar dan berusaha menjadi orang yang lebih baik. Caiyok..caiyok...


Monday, August 10, 2009

Citer Pasal Robot Lagi

Inilah barisan kita...

Hari ni aku dapat weekly e-mail daripada TIME magazine. Selalunya aku malas nak layan, tapi tadi rasa gatal pulak nak mengecek ada apa2 citer menarik ke minggu ni.

Rupa2nya memang ada citer menarik (pada aku ler...kuang, kuang). Kebetulan atau suratan; ada lagi citer pasal robot di Jepun. Aku rasa tak ada negara lain di dunia ni yang sangat kemaruk dengan teknologi robot ni selain daripada Jepun...maksud aku negara lain ada jugak tapi rasanya Jepun sangat taksub dan paling banyak mencipta pelbagai jenis robot. Ada2 aje citer pasal robot di Jepun ni ye? Patutla si Yuu Watase boleh terpikir nak buat manga pasal 'robot cinta' tu..hehe..

Nak tau apa citer dalam TIME tu, meh jengah kat link ni.

Sunday, August 09, 2009

Manusiakah?? Robotkah?? Apekah??

Lepas tengok drama Zettai Kareshi ni aku jadi berminat balik nak mengikuti perkembangan dunia perobotan (ada ke perkataan ni...memandai jer aku ni...hehe..) di Jepun. Teringat juga watak2 robot atau android yang aku kenal melalui drama bersiri atau filem Hollywood terutama sekali watak Data dalam siri Star Trek:The Next Generation.

Apa perasaan korang kalau tengok robot yang sebijik atau 2 bijik rupa dan perangainya macam manusia? Teringat masa aku tengok sebuah dokumentari...tak ingat pulak dari saluran mana...was it Discovery Channel or National Geographic Channel? Masa tu tengah ditunjuk tentang robot atau android perempuan yang memang rupanya macam manusia...aku berasa seram sejuk. Meremang bulu roma seolah2 aku sedang menonton sebuah filem atau drama seram. Kenapa boleh jadi macam tu? Ada yang tak kena ke dengan diri aku ni? Tapi rupa2nya bukan aku sorang jer yang rasa macam tu sebab wartawan yang menemubual pencipta android tu pun merasakan apa yang aku rasa. Si pencipta android tu pun mengakui yang kebanyakan orang yang melihat androidnya tu akan merasa seram. Ini mungkin disebabkan oleh fitrah manusia yang sememangnya akan merasa takut bila melihat sesuatu yang terlalu hampir menyerupai manusia sedangkan benda itu adalah sebaliknya.

Video di bawah pulak mengenai robot yang dicipta oleh Hiroshi Ishiguro yang dicipta untuk kelihatan dan berperangai seperti dirinya. Looks creepy to me! Macamana dengan korang?



Apa2 pun Jepun mencipta robot dengan harapan dapat membantu manusia dalam menjalani kehidupan harian dan membantu dalam sektor pekerjaan dan perindustrian. Klik sini untuk maklumat lanjut. Tapi rasanya kita semua dah diracuni oleh idea2 yang datang dari negara2 barat yang mana robot dicipta untuk tujuan ketenteraan...betul tak? Sebab tu bila tengok robot yang macam manusia ni kita or at least aku, rasa terancam...takut kalau ia hanya akan membuat kacau dan membahayakan kita. Tapi, bila tengok Zettai Kareshi...aku rasa robot ni sebenarnya boleh jadi 'baik.' Nampak gaya fikiran aku sudah diracuni oleh Night Tenjo yang cute giler ni...muahaha...


Ok, back to reality...

Senyumlah...


Sekejap aje dah nak masuk hari Isnin. Isnin = monday blues.

Hari Isnin jer mula rasa malas. Tak ada motivasi langsung aku ni, kan? Ada ke orang yang menanti hari Isnin dengan senyuman? Kalau ada, alangkah bahagianya orang ni. Aku pasti hendak melihat senyumannya...sebagai satu semangat untuk aku menghadapi minggu baru dengan penuh ceria dan bertenaga. Smile is so contagious, don't you think? Senyum juga merupakan sedekah.

Hendak jer aku menyanyi lagu When I See You Smile ni...but I leave it to Bad English to sing it...it's their song after all...



Sometimes I wonder
How I'd ever make it through,
Through this world without having you
I just wouldn't have a clue

'Cause sometimes it seems
Like this world's closing in on me,
And there's no way of breaking free
And then I see you reach for me

Sometimes I wanna give up
I wanna give in,
I wanna quit the fight
And then I see you, baby
And everything's alright,
everything's alright

When I see you smile
I can face the world, oh oh,
you know I can do anything
When I see you smile
I see a ray of light, oh oh,
I see it shining right through the rain
When I see you smile
Oh yeah, baby when I see you smile at me

Baby there's nothing in this world
that could ever do
What a touch of your hand can do
It's like nothing that I ever knew

And when the rain is falling
I don't feel it,
'cause you're here with me now
And one look at you baby
Is all I'll ever need,
you're all I'll ever need

Chorus

Sometimes I wanna give up
I wanna give in,
I wanna quit the fight
And then I see you baby
And everything's alright,
everything's alright

So right...


Friday, August 07, 2009

Mesti Beli


Seronotnya rasa...kenapa ye? Sempena bulan Ramadan yang akan menjengah dalam masa lebih kurang dua minggu ni, salah seorang penulis kegemaran aku - Sis Zabrina A. Bakar (macam kakak betul pulak...nama ayah sama ler...hmmm) dah keluarkan siri buku Life Is an Open Secret edisi Ramadan. Cantik warna cover buku kali ni...aku sukeee...

Untuk pengetahuan kepada yang belum tau tu, Sis Zabrina dah keluarkan 2 buah buku bersiri Life Is an Open Secret yang kedua2nya merupakan antara koleksi buku yang aku paling suka. Nak tau kenapa? Sebab gaya penulisan beliau yang sempoi giler, rasa seronok jer nak baca. Lagi satu aku suka sebab banyak petikan kata2 hikmah dalam buku2 dia. Dan lagipun buku2 ni berbentuk motivasi dan nasihat...jadi memang bermanfaat untuk dibaca dan dijadikan renungan serta dijadikan pembakar semangat...chewah...

Apa2 hal pun, buku yang baru ni sudah pasti aku akan sambar tak lama lagi. Kawan2 tak mau beli ker? Meh ler kita gi beli. Aku dah tak sabar dah ni...

Terjun Tiruk, Payung terjun


Ada sapa2 berani nak terjun tiruk? Apa ke bendanya terjun tiruk ni? Kalau kat ofis aku, istilah terjun tiruk ni digunakan untuk menggambarkan keadaan di mana salah seorang daripada kitorang (member2 satu department ler) berada dalam keadaan yang terlalu sibuk...dahlah sibuk bos pulak mintak macam2 sampai tak cukup tangan. Terjun tiruk jugak bermaksud...we are in trouble...bila dapat apa2 komplen dan kitorang terpaksa berhempas pulas mengerah tenaga untuk settle kan komplen tu. Disebabkan yang demikian, sapa2 yang berada dalam situasi2 di atas akan rasa macam nak buat 'terjun tiruk'...hehe...


Payung terjun pulak? Sapa tak tahu apa itu payung terjun, kan? Ni salah satu daripada aktiviti yang aku nak buat sekurang2nya sekali seumur hidup. Perghhh..boleh caya ke ni? Mestilah boleh, aku kan dare devil...haha...dare devil apa ke bendanya? Penakut ada ler...

Dahlah, malas nak citer lagi. Sebenarnya benda2 di atas hanya selingan semata2. Aku cumalah nak dedikasi lagu The Mess I Made nyanyian Parachute (payung terjun, get it?) kat Syira ni, hah. Syira suka lagu ni, eh? Jom kita layan sama2...



Should've kissed you there
I should've held your face
I should've watched those eyes
Instead of run in place

I should've called you out
I should've said your name
I should've turned around
I should've looked again

But oh, I'm staring at the mess I made
I'm staring at the mess I made
I'm staring at the mess I made
As you turn, you take your heart and walk away

Should've held my ground
I could've been redeemed
For every second chance
That changed it's mind on me

I should've spoken up
I should've proudly claimed
That oh my head's to blame
For all my hearts mistakes

But oh, I'm staring at the mess I made
I'm staring at the mess I made
I'm staring at the mess I made
As you turn, you take your heart and walk away

And it's you (4x)

And it's falling down
As you walk away
And it's on me now
As you go

But oh, I'm staring at the mess I made
I'm staring at the mess I made
I'm staring at the mess I made
As you turn, you take your heart and walk away


And it's falling down
As you walk away
And it's on me now
As you go

But oh, I'm staring at the mess I made
I'm staring at the mess I made
I'm staring at the mess I made
As you turn, you take your heart and walk away

Thursday, August 06, 2009

Edisi Tensen...lagi???

Cepat betul masa berlalu. Hari ni Nisfu Syaaban. Tutup buku lama, bukak buku baru. Ada buat apa2 azam ke hari ni? Aku tak teringat langsung nak buat. Azam jadi wanita solehah kot...tapi boleh ke? Mesti boleh, kan? Insya-Allah...

Dua minggu lagi kita akan menyambut bulan Ramadan pulak. Bulan yang memang khas, istimewa dan di'priviledge'kan untuk kita semua umat Islam. Tapi aku sedih la...masa bulan Ramadan jer amal ibadat macam nak rak, tapi bila dah dekat2 nak bulan Syawal dan masuk bulan Syawal macam hilang terus...hiburan pulak yang banyak. Kadang2 tu sampai melampau2...sedih la...macam mana nak buat, ek? Ini agaknya erti 'kemenangan' untuk kebanyakan orang2 zaman sekarang? Tapi aku percaya bukan semua orang macam tu, kan?

Erm, citer pasal Syawal terfikir pulak...raya tahun ni dapat balik kampung ke tak? Dah dua tahun tak balik kampung...bermakna dah dua tahun jugak aku dah tak menziarahi kubur arwah mak dan abah. Isk2 tiba2 sedih la pulak ni...don't cry Siti R...don't cry.
Hanya doa ajelah yang boleh aku sampaikan kepada mereka.

Dan sejak mereka takde aku rasa macam aku ni dah takde kampung pulak. Rindu betul nak tengok rumah kat kampung. Sekarang ni musim buah, rindu nak panjat pokok. Rindu nak dok termenung kat tingkap sambil tengok bintang. Kat sini susah betul nak tengok bintang...too much lights pollution.

Arghhhh tensennyer!!!

Daughtry Rocks


Dalam banyak2 peserta American Idol, aku rasa Chris Daughtry ni yang paling berjaya kot. Walaupun tak berjaya jadi juara American Idol 5, tapi dia jauh lebih menyerlah daripada juara...errr...sapa nama pompuan yang jadi juara tu, ek? Ermmm...I can't recall...whatever lah...

Siapa sangka kan lepas terkeluar dari American Idol dan lepas tubuhkan kumpulan yang dinamakan atas nama dia sendiri, Daughtry ni boleh berjaya menambat hati peminat2 muzik antarabangsa. Album pertama laku macam pisang goreng...terjual 1 juta dalam 5 minggu dan naik ke no. 1 carta billboard lepas 9 minggu dipasarkan. Untuk album kedua ni pulak, kalau tak silap aku, setakat ni album dia dah berjaya dijual sebanyak 20 juta di seluruh dunia..kalau tak silap la...kalau silap mintak maap ler ye. Album Michael Jackson yang dah beberapa minggu duduk kat no. 1 pun terpaksa mengalah dengan album Daughtry ni...dahsyat tuu...

Jadi, apa yang boleh dibuat kesimpulan atas kejayaan si Daughtry ni? Kesimpulannya kalau kita tak berjaya dalam apa juga benda yang kita nak capai atau buat, tak bermakna kita dah gagal, kan? Tak ada gunanya berkeluh kesah...peluang akan sentiasa ada untuk kita. Yang penting DUIT (Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal)...walaupun aku rasa Daughtry tak menggunakan pendekatan DUIT ni...hehe...

Yang penting jugak, kita kena ada arah tujuan yang pasti sebagai perangsang untuk kita berjaya (lebih kepada nasihat untuk diri aku yang pemalas ni...huhu). Bos aku pernah bagi nasihat (nasihat yang diberikan oleh pastor dia kepada dia dan diturunkan kepada aku pulak), "always set our goal to the highest level in whatever we do so that when we are unable to reach high, we can move a step below."

Aku rasa memang betul pun dan aku boleh bayangkan...if we aim low, and in the end we still could not achieved it, we achieved nothing at all...sungguh mengecewakan, kan? Errr...macam mana citer pasal Daughtry ni boleh termelencong ke bahagian motivasi ni pulak, ek? Merepek pulak tengah2 malam ni...tak releven langsung dengan tajuk entri...huhu...

Apa2 hal meh kita layan single daripada album terbaru Daughtry ni...tajuknya what a surprise...eh...silap, tajuknya No Surprise...hehe...



I've practiced this for hours, gone round and round
And now I think that I've got it all down
And as I say it louder, I love how it sounds
Cause I'm not taking the easy way out
Not wrappin' this in ribbons
Shouldn't have to give a reason why

Chorus
It's no surprise I won't be here tomorrow
I can't believe that I stayed till today
Yeah you and I will be a tough act to follow
But I know in time we'll find this was no surprise

It came out like a river once I let it out
When I thought that I wouldn't know how
Held onto it forever, just pushing it down
Felt so good to let go of it now
Not wrapping this in ribbons
Shouldn't have to give a reason why

Chorus
It's no surprise I won't be here tomorrow
I can't believe that I stayed till today
There's nothing here in this heart left to borrow
There's nothing here in this soul left to say

Don't be surprise when we hate this tomorrow
God knows we tried to find an easier way
Yeah you and I will be a tough act to follow
But I know in time we'll find this was no surprise

Our favorite place we used to go
The warm embrace that no one knows
The loving look that's left your eyes
That's why this comes as no,
As no surprise

If I could see the future and how this plays out
I bet it's better than where we are now
But after going through this
It's easier to see the reason why

Chorus
It's no surprise I won't be here tomorrow
I can't believe that I stayed till today
(stayed till today)
Yeah you and I will be a tough act to follow
But I know in time we'll find this was no surprise

Our favorite place we used to go
The warm embrace that no one knows
The loving look that's left your eyes
But I know in time we'll find this was no surprise


P/S: Eny, amacam? Font ok ke tak? Harap boleh baca ye...heeee...

Sunday, August 02, 2009

Zettai Kareshi


Gila ke tak gila aku menghabiskan hari ni dengan menonton drama Jepun Zettai Kareshi (Absolute Boyfriend). Tak abis tengok sebenarnya...lagipun aku ada mengikuti drama ni yang tengah ditayangkan di 8TV tiap2 Ahad pukul 3 petang. Aku tengok mana2 episod yang tertinggal. Tadi baru abis tengok special episode.

Best wooo drama ni. Aku sebenarnya tak minat citer cintan cintun, tapi memandangkan jalan citernya yang tak masuk akal, and the fact that this is a J-Drama bukan K-Drama, aku layan habis...hehe...lagipun drama ni diadaptasi daripada manga dengan tajuk yang sama karya Yuu Watase. Description citer ni seperti di bawah (malas nak tulis sendiri...hohoho):

Izawa Riiko is a temp worker in search of a boyfriend, and she ends up in possession of a "robot" known as Night Tenjo, who is programmed to be perfect boyfriend. However, this creates a love triangle with a distinguished young man at her company who has feelings for her.

Ya, Riiko bercinta dengan robot yang memang dah diprogram untuk jadi teman lelaki ideal...tapi lama kelamaan robot tu pun mula develop perasaan sama macam manusia, which even baffled orang yang bertanggungjawab mencipta dia. Macam modern fairy tale cuma yang membezakannya adalah citer ni berakhir dengan sad ending sebab Night punya memori dah burned out dan tak dapat nak tanggung kebolehan baru dia mempunyai perasaan macam manusia...huhuhu...

Dalam Special episode, lepas 3 tahun Night 'mati', dia 'dihidupkan' semula oleh seorang saintis baru yang sebenarnya ada agenda peribadi. Tapi episod ni pun berakhir dengan sad ending sebab Night mula sedar yang dia tak boleh hidup selama2nya dengan Riiko memandangkan dia cuma seorang (seorang ke?) robot. Jadi dia dengan sukarelanya menyuruh Mr. Namikiri (pencipta dia) menghapuskan dia...huhuhu...

Aku masih rasa heartbroken ni...so, apa kata kita layan lagu runut bunyi (original soundtrack ler) yang memang best giler nih...enjoy!

Saturday, August 01, 2009

Siti R Di Alam Fantasi

Hari ni pagi2 lagi aku dah mengadap discovery channel magazine yang terbaru. Ada artikel menarik dalam tu. Mana tak menariknya, salah satu artikel tu menceritakan mengenai satu pekerjaan tradisional yang masih wujud kat Malaysia ni - kisah pemungut madu tualang di Kedah (mukasurat 84 - 89). Artikel ni ditulis bagi mempromosikan dokumentari yang bakal ditayangkan di saluran Discovery pada 29 Ogos ni nanti. Tajuk dokumentari ialah Honey Hunters. Tengok, jangan tak tengok.

Bukan senang nak memungut madu tualang ni sebenarnya. Aku rasa pekerjaan ni merupakan salah satu pekerjaan yang agak merbahaya jugak. Dengan risiko disengat lebah dan juga risiko jatuh dari atas pokok tualang yang tinggi melangit tu, tak menghalang para pemungut melakukan kerja ni. Aku kagum dengan mereka. Tapi yang lebih aku kagum adalah kisah tentang lebah2 pokok tualang tu yang dipanggil sebagai Hitam Manis.

Sebenarnya ada cerita disebalik nama Hitam Manis tu. Cerita yang paling aku suka dengar...cerita mitos. Walaupun hanya sebuah fantasi, aku rasa fascinated bila dengar cerita2 legenda atau mitos...termasuklah cerita pasal Hitam Manis ni. Dalam artikel tu ada disebut bahawa para pemungut madu tak guna sebarang bahan berunsurkan logam masa mereka menuai sarang lebah. Mereka hanya menggunakan pisau yang diperbuat daripada tulang haiwan dan bekas yang diperbuat daripada kulit lembu. Ini juga berkaitan dengan cerita mitos tu.

Menurut mitos Hindu, ada sorang dayang yang bernama Hitam Manis yang dah jatuh cintan kat putera raja. Walaupun dia tak bertepuk sebelah tangan, tapi mustahil dia ni boleh kawen dengan putera raja tu sebab dia cuma orang kebanyakan. Bila sultan tau jer yang diorang ni dah jadi couple, baginda pun naik berang dan mulakan misi untuk membunuh si Hitam Manis. Dalam ketakutan Hitam Manis dan beberapa orang dayang cuba untuk melarikan diri dari istana. Masa nilah dada Hitam Manis ditusuk dengan lembing logam dan mengenai jantung dia. Tak semena2 Hitam Manis dan kawan2 yang sama2 melarikan diri bertukar menjadi lebah dan mereka pun terbang menuju ke hutan.

Beberapa tahun kemudian, putera raja pegi ke hutan (tak disebut kenapa tapi aku rasa untuk berburu agaknya). Tanpa menggunakan teropong atau cermin mata, putera nampak sarang lebah nun kat atas sebatang pokok tualang. Baginda pun panjat pokok tu dan mendapati betapa manisnya madu di situ. Dengan excitednya baginda pun mintak kat pembantu baginda sebilah pisau dan sebuah bekas. Malangnya bila bekas diturunkan ke bawah, pembantu mendapati dalam bekas tu bukannya ada madu tapi badan putera yang telah dikerat2...tapi taktau la berapa kerat...kalau 18 kerat dah jadi kes Mona Fendey pulak...huhu...

Sayup2 kedengaran suara dari atas pokok yang mengatakan bahawa putera telah melanggar pantang larang dengan menggunakan alatan logam untuk memotong sarang...jenis yang sama yang telah membunuh Hitam Manis. Kemudian titisan emas (atau madu?) yang dihasilkan oleh lebah2 berjaya menghidupkan semula putera raja...

...dan sampai sekarang, takde satupun alatan berunsurkan logam digunakan untuk menuai sarang lebah tualang sebagai tanda menghormati Hitam Manis.

Itulah ceritanya. Best, kan? Tapi korang perasan tak, kalau cerita mitos atau legenda kat Malaysia ni atau mungkin kat kawasan Asia ni selalunya tak berakhir dengan happy ending. Selalunya cerita2 ni berakhir dengan tragedi atau kematian macam kisah Si Tanggang. Tapi kebanyakan cerita ni untuk dijadikan teladan sebab tu banyak kisah sedih2 kot...untuk menunjukkan akibat yang perlu ditanggung kalau kita tak jadi orang baik. Berlainan pulak dengan fairy tales yang lebih kepada cerita good vs evil yang mana good akan menang dan semua orang hidup aman bahagia selama2nya. Alangkah bestnya kalau semua orang boleh hidup aman bahagia selama2nya di alam nyata, kan? Tapi tak mungkin boleh terjadi. Bak kata Metallica, Sad but true...

Award Daripada Eny


Dudubidu dubidu dudu...hehe...menyanyi kejap sebab dapat award daripada cik Eny kita ni. Dia kata aku tak layan benda2 ni...cik Eny punya pasal aku layan jer la...bukan selalu pun, kan? Terima kasih Eny...

Nyatakan 6 fakta menarik tentang pemberi award ini:

1. Penulis novel sambilan
2. Dah terbitkan 3 novel (Rindu Milikku, Mentari Cinta & Dakapan Cinta...beli jangan tak beli...hehe)
3. Tengah siapkan novel ke 4 (errr...ke dah siap?)
4. Dah siap novel ke 4 mesti dia akan tulis novel ke 5 pulak
5. Dah siap novel ke 5 mesti dia akan tulis novel ke 6 pulak
6. Dah siap novel ke 6 mesti dia akan tulis novel ke 7 dan pendek kata, banyak novel lagilah...hehe...

Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri:

1. Aku dianugerahkan award ni daripada Eny
2. Eny anugerahkan award ni kepada aku
3. Award ni dianugerahkan oleh Eny kepada aku
4. Anugerah award ni disampaikan oleh Eny kepada aku
5. Aku terima award ni daripada Eny
6. Walaupun menerima award bukan hobi aku, tapi aku terima jugak
7. Hobi aku yang sebenar semestinya bukan menerima award
8. Mengikut pendapat aku menerima award tidak boleh dianggap sebagai hobi
9. Aku rasa korang mesti pening baca fakta/hobi diri aku ni...aku pun dah pening...hehe...

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka:

1. Along - Anak sedara aku ni. Anak sulung sebab tu panggil Along, duh! Lahir dalam bulan 8; sama dengan aku. Beza umur kitorang 8 tahun jer. Apa2 pun aku tetap nampak muda daripada dia...hahaha..jangan mare Along, gurau jer...mesti ler dia nampak muda daripada aku...apadaaa....

2 - 10. Sapa2 je ler yang nak terima award ni amat dialu2kan...penerima2 seterusnya semestinya di kalangan mereka yang cool...

Sekian, terima kasih.