Saturday, September 26, 2009

Bosan, bosan, bosan...

Lokasi: Pejabat tempat aku kerja, depan mesin fotostat di petang Jumaat yang panas (kat luar la; dalam pejabat sejuk macam winter sonata).

Mirra: Bila kak Siti balik?

Aku: Hari selasa. Bosan dok kat rumah. Dah kerja balik ni lagi bosan.

Mirra: Bosan kat rumah ok lagi.

Aku: Yelah, kalau kat rumah boleh tido...Hari ni nak cabut sharp2 pukul 5.30...

Itulah antara perbualan aku dengan Mirra yang telah diedit sana sini untuk dipaparkan dalam entri ini. Apa yang ingin aku sampaikan di sini ialah...kenapalah manusia macam aku ni tak boleh berpuas hati dengan sesuatu? Bila dok rumah, bosan...tak sabar nak pergi kerja. Tapi bila dah pergi kerja, nak cepat-cepat pulak balik rumah sebab bosan banyak sangat kerja. Apa yang aku mahu sebenarnya? Kena tanya Ain Maisarah kot? Penulis siri 'Aku Mahu'...Mungkin dia ada jawapannya...har har har...

Minggu depan mula meriah balik la pejabat aku tu. Semua orang dah balik dari cuti masing-masing. Hari Jumaat tu cuma aku dan Mirra jer yang kerja...maksud aku bagi yang menyambut raya puasa ni cuma aku dan Mirra yang dah mula kerja balik. Itu agaknya yang menyebabkan aku rasa bosan tahap gaban, kan?

Wednesday, September 23, 2009

Syoknya Raya!

1 Syawal dah pun berlalu. Macam mana dengan sambutan raya tahun ni? Best ke? Sambutan raya aku? Mestilah best.

Disebabkan terlalu best aku rasa macam nak berkongsi gambar-gambar my big and happy family di hari raya tahun ni.

Keluarga kakak aku yang keempat. Dia ada 5 orang anak. Yang sulung dalam tingkatan 4; yang bongsu baru berusia 6 tahun.

Keluarga kakak aku yang keenam. Dia yang paling ramai anak - 10 orang. 4 lelaki, 6 perempuan. Masing-masing dah besar panjang. Yang sulung 23 tahun, kedua 22 tahun, ketiga 21 tahun (baju oren, baju putih dan yang pakai sunglasses). Ingat masa diorang ni kecik-kecik dulu punyalah nakal. Dah besar-besar ni semuanya baik-baik belaka...tapi masih ada saki baki nakalnya...suka menyakat...huhu...Anak kakak yang paling kecik dah darjah 2 (tudung putih tu).

Kakak ketujuh aku ni yang paling vogue dan popular di kalangan ahli keluarga kami...hehe...Aku dan adik bongsu tinggal dengan dia nilah. Anak dia sepasang jer. Yang perempuan tu tingkatan 4, adik dia tingkatan 2.

Jejaka-jejaka idaman Malaya. Abang kedua, adik bongsu dan anak-anak sedara lelaki aku. Semua masih single...available ke tak, tu aku kurang pasti pulak (tapi yang pasti si kecik tu masih single...hehe). Malas nak tanya...ada yang aku tanya tak nak mengaku pulak...hmmm...

Bergambar beramai-ramai...

Gambar beramai-ramai lagi (tukar cameraman)

Aku juga nak kongsi gambar rumah kami di kampung yang dah berwajah baru.

Inilah rumah kampungku yang dirindui. Dah dicat baru dan papan dah divarnis. Nampak berseri dah rumah ni...walaupun masih belum siap sepenuhnya. Sebahagian dapur dah di renovate. Begitu jugak dengan tandas dan bilik air. Rasa macam dah tak nak balik KL dah...tapi apakan daya, terpaksa balik jugak...huhu...

Seronoknya dan bersyukur aku rasa tahun ni...dapat balik kampung dan dapat berkumpul dengan adik beradik dan anak-anak sedara aku yang ramai giler tu...hehe...Anak-anak sedara ramai yang dah besar panjang. Ini menyebabkan aku pulak yang disangka sebagai anak salah seorang kakak-kakak aku bila kami beraya bersama-sama...har har har...that is priceless.

Tapi sayanglah. Kakak aku yang ketiga tak dapat balik pada masa yang sama (tak adalah gambar Along dalam ni...aiyaaa...). Abang aku yang sulung pulak tak balik langsung. Kalau tak, lagi meriah raya tahun ni. Tak pelah. Mungkin tahun depan semua dapat berkumpul ramai-ramai atau masa raya Qurban nanti ke (tak jadi pulak rasa nak raya jauh-jauh...hehe...).


Saturday, September 19, 2009

Entri Syahdu di Malam Raya

Aku merasakan tak ada blogger yang membuat entri pada malam ni. Aku sorang aje agaknya. Saja nak membuang masa. It's already malam raya. Guess what? I'm still not going back to my hometown - yet. Sepatutnya balik hari ni, tapi abang ipar aku tunda ke hari esok...

...sebelum tu kitorang akan singgah dulu ke rumah akak aku di Melaka. Yeay, yeay! Aku suka pegi rumah akak aku ni. Sebab dia akan masak sedap-sedap. Masa raya ni lagi la best. Kuih raya mesti banyak...bukan kuih tunjuk menunjuk ye tapi kuih muih yang dibuat sendiri dengan hasil tangan dia dan anak-anak dia. Yummy...!!

Tak sabar pulak rasanya nak balik. Tahun lepas aku beraya di sini ajer bersama-sama dengan keluarga akak aku. Memang tak pergi ke mana-mana sepanjang bulan Syawal melainkan melawat adik beradik dan sanak saudara yang tinggal di sekitar Lembah Kelang dan Selangor ni. Rasa macam tak ada apa yang istimewa je beraya di sini. Nak balik kampung sendiri macam tak best pulak (alasan je lebih ni...huhu...)

Dari situlah aku terfikir, kalau aku boleh tak balik kampung di hari raya...tentu aku takkan ada masalah untuk beraya di tempat lain - tempat yang jauh dari sini. Aku nak merasakan sesuatu yang baru, lagipun dah lama aku tak travel.

Sudah tentunya ada satu tempat yang sentiasa bermain-main dalam fikiran aku. Kalau ada rezeki dan kesudian 'saudara' aku ni untuk menerima kunjungan aku nanti...akan sampailah aku ke sana, insya-Allah. Harap-harap dapat merasai suasana hari raya Qurban di sana pada bulan 11 nanti. Masalahnya, aku segan la nak beritau dia dan yang paling penting sekali aku takut akan menyusahkan dia. Rasa macam tak sanggup pulak nak beritau...mengada-ngada betul minah ni, kan?

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sahabat-sahabat baikku terutama sekali Eny Ryhanna, Chik dan Syira serta kepada yang sudi mengunjungi 'rumah' aku yang tak seberapa ni.

Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing.

Semoga selamat pergi dan balik.

Semoga anda semua dirahmati dan berbahagia di hari raya ini.

Taqabalallahu minna wa minkum...


Sunday, September 13, 2009

Pengakuan Seorang Yang Gila Shopping

Gambar sekadar hiasan...tak menunjukkan langsung keadaan aku bershopping tadi...

Adoyai. Penat betul aku membeli belah siang tadi. Dah lama aku nak pergi shopping sebenarnya. Dari minggu lepas. Malangnya aku terpaksa tangguh disebabkan sakit. Ya, aku sakit beberapa hari. Untuk pertama kali dalam hidup, aku diserang gastrik di bulan puasa. Sakit yang buat aku rasa macam nak mati. Sebab tu agaknya aku buat post ni sehari sebelum aku diserang gastrik yang amat teruk tu. Kebetulan yang sungguh menakutkan...

Ok, lupakan masalah kesihatan aku tu. Berbalik kepada cerita shopping...

Penat, memang penat. Tapi aku puas hati dapat membeli benda-benda yang aku nak beli untuk sekian lama. Raya dah nak dekat ni...tak beli rugi pulak rasa. Nak tau apa yang aku beli sempena nak sambut raya ni? Di bawah aku senaraikan item-item tersebut...

1. Life is an Open Secret: Ramadan Special oleh Zabrina A.Bakar. Seperti yang pernah aku tulis sebelum ni, aku nak beli buku ni dari sebelum bulan Ramadan lagi. Baru hari ni hajat kesampaian...alhamdulillah...

2. Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World oleh Vicki Myron dengan Bret Witter. Buku pertama yang aku sambar dari rak buku MPH tadi sebab cover dia yang sungguh comel...kisah benar tentang seekor kucing mana boleh aku tak teruja nak membelinya, kan?

3. Advencer Si Peniup Ney oleh Faisal Tehrani. Macam best ajer buku ni sebab genre fantasi. Aku biasa belek-belek buku ni kalau jumpa kat kedai buku. Baru hari ni terbuka hati nak beli. Siap sedialah Siti R untuk menghadam bahasa-bahasa tinggi Encik FT ni...mengenangnya saja dah buat aku rasa macam orang pandai dah...hehe...

4. Transgenesis: Bisikan Rimba oleh Amir Husaini. Haha...kategori novel jantan ni. Tapi peduli apa aku...aku memang suka baca novel-novel sci fi/fantasy.

5. Galaksi Muhsinin oleh Azrul Jaini. Lagi satu novel jantan yang aku beli. Mesti best novel ni. Sci fi berunsurkan Islam...kalau novel sci fi orang putih jangan harap nak baca cerita yang syariah-compliant macam ni...

6. Armada Azur oleh Firdaus Ariff. Novel jantan ketiga yang aku beli ni. Apa nak jadi dengan Siti R? Bawak-bawak la baca novel-novel Chick Lit ke. Ermmm...Lain kali la...hehe...

Itulah item-item yang aku beli siang tadi. Aku ada beli kain ela jugak sebenarnya. Tapi tak menarik untuk dipaparkan di sini...hehe...

Buku-buku ni aku tak tau la bila aku nak baca. Masa beli tak ingat dunia...Tapi sebenarnya aku rasa berbangga jugak kerana hari ni aku dah memecahkan rekod aku sendiri. Kali ni aku banyak beli novel berbahasa Melayu. Banyak jugak novel-novel sci fi/fantasy dalam bahasa Melayu. Dulu aku cuma tahu dan minat Ahmad Patria Abdullah sahaja sebagai penulis novel genre fantasi. Sekarang ni dah ramai dah...bagus betul!
Selama ni kalau ingat novel Melayu mesti ingat novel cintan cintun. Tu yang malas nak browse Malay Section kat kedai buku. Sekarang ni aku nak ubah persepsi aku kerana industri buku di Malaysia ni dah menampakkan perkembangan yang sihat. Aku sangat teruja untuk keluar shopping lagi...

Thursday, September 10, 2009

Mission Not Impossible

Lihatlah...bulan pun tersenyum menanti Lailatulqadar...

Assalamualaikum pembaca-pembaca blogku sekelian (cheh...baik betul aku bagi salam kali ni...).

Dengan sukacitanya aku nak beritau benda yang korang semua memang dah tau. Kita dah memasuki fasa ketiga Ramadan dah ni - 10 hari terakhir. Terujanya! Bukan teruja sebab dah dekat nak raya (entah kenapa aku memang tak teruja langsung). Teruja sebab misi untuk memburu sudah sampai. Memburu apa lagi...marilah kita memburu lailatulqadar beramai-ramai yek.

Macamana nak buru lailatulqadar ni? Mari kita recap daripada e-mel yang biasa aku dapat di tahun-tahun lepas tapi tahun ni tak dapat pulak...aku pun tak tau kenapa? Ishh...kenapa tu tak penting. Yang penting aku masih simpan e-mel tu dan senang dicari dengan pantas sebab aku guna gmail.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' katanya...(wallahualam betul ke tak...cuba ajelah, ek):

Jika awal Ramadan jatuh pada hari:

1. Ahad atau Rabu; malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadan.

2. Isnin;
malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 Ramadan.

3. Selasa atau Jumaat;
malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 Ramadan.

4. Khamis;
malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 Ramadan.

5. Sabtu (tahun ni korang....);
malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 Ramadan.

Tapi janganlah pada malam-malam yang disebut atau pada malam-malam ganjil je kita beramal...lebih baik kalau kita beramal setiap malam. Peringatan juga pada diri aku jangan jadi excited hangat2 taik ayam jer...oh tidakkk...

Aku tak tau sangat macamana nak tau tanda-tanda sesuatu malam tu ialah lailatulqadar. Yang aku tau tanda-tanda pada pagi selepas datangnya lailatulqadar seperti yang diberitahu oleh seorang sahabat. Tandanya ialah pagi yang amat nyaman...sementara sinaran matahari pagi tidak terik dan cahayanya berwarna putih hening. Wallahualam...

Saturday, September 05, 2009

What If Today Was Your Last Day, My Friends?

My best friend gave me the best advice
He said each day's a gift and not a given right
Leave no stone unturned, leave your fears behind
And try to take the path less traveled by
That first step you take is the longest stride

If today was your last day and tomorrow was too late
Could you say goodbye to yesterday?
Would you live each moment like your last
Leave old pictures in the past?
Donate every dime you had, if today was your last day?
What if, what if, if today was your last day?

Against the grain should be a way of life
What's worth the price is always worth the fight
Every second counts 'cause there's no second try
So live like you're never living twice
Don't take the free ride in your own life

If today was your last day and tomorrow was too late
Could you say goodbye to yesterday?
Would you live each moment like your last?
Leave old pictures in the past?
Donate every dime you had?

And would you call those friends you never see?
Reminisce old memories?
Would you forgive your enemies?
And would you find that one you're dreaming of?
Swear up and down to God above
That you'd finally fall in love if today was your last day?

If today was your last day
Would you make your mark by mending a broken heart?
You know it's never too late to shoot for the stars
Regardless of who you are

So do whatever it takes
'Cause you can't rewind a moment in this life
Let nothing stand in your way
'Cause the hands of time are never on your side

If today was your last day and tomorrow was too late
Could you say goodbye to yesterday?
Would you live each moment like your last?
Leave old pictures in the past?
Donate every dime you had?

And would you call those friends you never see?
Reminisce old memories?
Would you forgive your enemies?
And would you find that one you're dreaming of
Swear up and down to God above
That you'd finally fall in love if today was your last day?

Ayat2 di atas bukan aku yang tulis, tapi merupakan lirik lagu If Today Was You Last Day nyanyian Nickelback.

Bagus, kan lirik lagu ni? Kat bawah ni aku embed MP3 lagu ni untuk korang dengar.



Kalau nak tengok muzik video dia yang cool boleh klik di sini.

Wednesday, September 02, 2009

Harga Minyak Naik Lagi...Jangan Korang Pulak Yang Naik Minyak

Salah satu berita hangat pada masa ini ialah kenaikan harga minyak. Naik lagi ye? Aku bersimpati dengan pengguna-pengguna kenderaan persendirian...

Rasa macam ada yang tak kena la. Kata rakyat didahulukan...tapi aku rasa macam tak jer? Ari tu naikkan harga tambang kenderaan awam...sekarang naikkan harga minyak pulak. Apa rasional kerajaan buat camni, ek? I just don't get it. Ke aku yang bangang sebab malas nak ambik tau?

Apa2 pun kenaikan2 harga, baik tambang atau minyak tak menjejaskan aku. Setakat ni, baik bas Metro atau SJ tak menaikkan langsung tambang mereka. Harap2 mereka kekal dengan persaingan hebat mereka tu (ada jugak kebaikannya mereka ni bersaing dan ber racing, kan? Hehe...). Teksi pulak aku jarang naik. Kalau naik pun sebab terpaksa. Pendek kata, aku memang boleh berjimatla kalau dibandingkan dengan korang yang ada kenderaan sendiri ni. Jangan jeles ye...muahahaha...

Jangan marah. Aku gurau jer...saja nak hilangkan tensen. Raya nanti aku mintak maap...hehe...