Adoyai. Penat betul aku membeli belah siang tadi. Dah lama aku nak pergi shopping sebenarnya. Dari minggu lepas. Malangnya aku terpaksa tangguh disebabkan sakit. Ya, aku sakit beberapa hari. Untuk pertama kali dalam hidup, aku diserang gastrik di bulan puasa. Sakit yang buat aku rasa macam nak mati. Sebab tu agaknya aku buat post ni sehari sebelum aku diserang gastrik yang amat teruk tu. Kebetulan yang sungguh menakutkan...
Ok, lupakan masalah kesihatan aku tu. Berbalik kepada cerita shopping...
Penat, memang penat. Tapi aku puas hati dapat membeli benda-benda yang aku nak beli untuk sekian lama. Raya dah nak dekat ni...tak beli rugi pulak rasa. Nak tau apa yang aku beli sempena nak sambut raya ni? Di bawah aku senaraikan item-item tersebut...
1. Life is an Open Secret: Ramadan Special oleh Zabrina A.Bakar. Seperti yang pernah aku tulis sebelum ni, aku nak beli buku ni dari sebelum bulan Ramadan lagi. Baru hari ni hajat kesampaian...alhamdulillah...
2. Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World oleh Vicki Myron dengan Bret Witter. Buku pertama yang aku sambar dari rak buku MPH tadi sebab cover dia yang sungguh comel...kisah benar tentang seekor kucing mana boleh aku tak teruja nak membelinya, kan?
3. Advencer Si Peniup Ney oleh Faisal Tehrani. Macam best ajer buku ni sebab genre fantasi. Aku biasa belek-belek buku ni kalau jumpa kat kedai buku. Baru hari ni terbuka hati nak beli. Siap sedialah Siti R untuk menghadam bahasa-bahasa tinggi Encik FT ni...mengenangnya saja dah buat aku rasa macam orang pandai dah...hehe...
4. Transgenesis: Bisikan Rimba oleh Amir Husaini. Haha...kategori novel jantan ni. Tapi peduli apa aku...aku memang suka baca novel-novel sci fi/fantasy.
5. Galaksi Muhsinin oleh Azrul Jaini. Lagi satu novel jantan yang aku beli. Mesti best novel ni. Sci fi berunsurkan Islam...kalau novel sci fi orang putih jangan harap nak baca cerita yang syariah-compliant macam ni...
6. Armada Azur oleh Firdaus Ariff. Novel jantan ketiga yang aku beli ni. Apa nak jadi dengan Siti R? Bawak-bawak la baca novel-novel Chick Lit ke. Ermmm...Lain kali la...hehe...
Itulah item-item yang aku beli siang tadi. Aku ada beli kain ela jugak sebenarnya. Tapi tak menarik untuk dipaparkan di sini...hehe...
Buku-buku ni aku tak tau la bila aku nak baca. Masa beli tak ingat dunia...Tapi sebenarnya aku rasa berbangga jugak kerana hari ni aku dah memecahkan rekod aku sendiri. Kali ni aku banyak beli novel berbahasa Melayu. Banyak jugak novel-novel sci fi/fantasy dalam bahasa Melayu. Dulu aku cuma tahu dan minat Ahmad Patria Abdullah sahaja sebagai penulis novel genre fantasi. Sekarang ni dah ramai dah...bagus betul! Selama ni kalau ingat novel Melayu mesti ingat novel cintan cintun. Tu yang malas nak browse Malay Section kat kedai buku. Sekarang ni aku nak ubah persepsi aku kerana industri buku di Malaysia ni dah menampakkan perkembangan yang sihat. Aku sangat teruja untuk keluar shopping lagi...

12 comments:
macam best je tajuk2 buku2 mak iti beli tu...nak beli gak la...=) kite buat koleksi same2...pastu lawan sape hbs bace dl...br ade smgt nak membace...kwang3...tp memang betul byk buku2 melayu yg best2 skang ni...
beli jgn x beli...jgn risau mak iti pasti menang..har har har...
btl3...rambang mata gak tgk...
sape menang kene belanje har har har....;0
bole...bole blahh...hohoho...
for a moment aku dah bayangkan kau akan cerita kau beli beg..kasut...baju dan segala-gala..ruapanya sangkaan aku meleset.penggila buku rupanya..aku dah lama menyampah dengan industri novel/buku melayu yang dipenuhi dengan kejiwangan tahap meluat..tapi akhir2 ni aku cuba gak bawa diri ke section malay novel..nampak ada improvement dengan industri melayu..tapi stilll tak tahu mana yang bagus..pastu terbaca lak entri kau ni..terima kasihlah.
kalau ikutkan aku memang nak shopping buku banyak2 macam kau..tapi entah bila aku nak habiskan membaca..huhu.
fndrocka,
hehe...sama2, glad i could help mengubah sikit persepsi ko pd buku2/novel2 melayu...dulu pemikiran aku sama jugak mcm ko, bro. Oleh yg demikian, rajin2lah tgk2, belek2 kt malay section...akan ada yg menarik sebenarnya...
Anyway, aku rasa ko pon ada bakat menulis...best baca entri2 ko...x berminat nk jd penulis ke, bro? Kalo ko tulis buku mesti best...aku confirm jd pembaca setia =)
siti.. terliurla saya baca entri ni..
soping kat mana ni? jarang dapat tempat lepak camni yang ada PTS dan buku2 en FT duduk sebumbung.. dan buku2 jantan tuuu... kat mana? kat mana? baik bagitau cepattttt...!
hehehe...terliur ye...mmg sengaja nak buat awk terliur...heheh...
ha, kalo nak tau buku2 ni sy beli kat MPH Mid Valley. Skrg ni MPH ada sediakan bahagian khas utk buku2 bhs melayu - Sudut Mutiara Minda. Ada diskaun 10% atau 25% ke atas(buku2 yg terpilih kt sudut ni), tp dengan syarat kena beli kad diskaun yg bernilai RM10.00. Duit drp pbelian kad tu akan didermakan kat rumah2 anak yatim terpilih...membaca sambil beramal...dpt pahala tuu =)
Erm..wat promosi utk MPH ler pulak...hehe...Eh, lupa lak, diskaun utk Mutiara Minda tu sampai 15/11 jer...
wah cayalah MPH.. barula mantap heeh.. bagus gak strategi dorang tu..
yup, mmg bagus sgt =)
perlu ada strategi nak memartabatkan novel melayu.promosi/diskaun/wujudkan rak buku/anugerah dan lain2 pikirlah sendiri..huhu..
aku?bakat?menulis?ahhahaha..yelah..nanti aku try hantar draft ke mana2 company yg berminat dengan bakat aku..huuuu.
betul3...
bagus2, kalo ko buat betul2 mesti bole nyer...gud luck utk ko
Post a Comment