Lokasi: Pejabat tempat aku kerja, depan mesin fotostat di petang Jumaat yang panas (kat luar la; dalam pejabat sejuk macam winter sonata).
Mirra: Bila kak Siti balik?
Aku: Hari selasa. Bosan dok kat rumah. Dah kerja balik ni lagi bosan.
Mirra: Bosan kat rumah ok lagi.
Aku: Yelah, kalau kat rumah boleh tido...Hari ni nak cabut sharp2 pukul 5.30...
Itulah antara perbualan aku dengan Mirra yang telah diedit sana sini untuk dipaparkan dalam entri ini. Apa yang ingin aku sampaikan di sini ialah...kenapalah manusia macam aku ni tak boleh berpuas hati dengan sesuatu? Bila dok rumah, bosan...tak sabar nak pergi kerja. Tapi bila dah pergi kerja, nak cepat-cepat pulak balik rumah sebab bosan banyak sangat kerja. Apa yang aku mahu sebenarnya? Kena tanya Ain Maisarah kot? Penulis siri 'Aku Mahu'...Mungkin dia ada jawapannya...har har har...
Minggu depan mula meriah balik la pejabat aku tu. Semua orang dah balik dari cuti masing-masing. Hari Jumaat tu cuma aku dan Mirra jer yang kerja...maksud aku bagi yang menyambut raya puasa ni cuma aku dan Mirra yang dah mula kerja balik. Itu agaknya yang menyebabkan aku rasa bosan tahap gaban, kan?

2 comments:
kita manusia memang sukar nak rasa puas. ada je benda yang xkena. hahaha.
ha betul...betul3...
Post a Comment