Bermula dari dinihari 27 Januari 2010 sehingga terbit fajar 30 Januari 2010, aku akan mula berpuasa Facebook. Sebelum lupa (takut nanti tidak sah pula puasaku...tak fasal-fasal kena berbuka), kena baca niat lebih kurang seperti yang diajar oleh Puan Azrina di sini dan mengikut kesesuaian semasa:
"Sahaja aku berpuasa Facebook selama 3 hari kerana Allah Ta'ala."
Tujuan puasa ialah untuk menahan nafsu daripada mengacau/mengecheck status kakak/adik/anak-anak saudara/kawan-kawan dan menghabiskan terlalu banyak masa di sana. Banyak lagi kerja berfaedah yang boleh aku buat daripada membuang banyak masa di Facebook. Contohnya, mengupdate blog ini yang makin lama makin bersawang aku tengok. Selain itu aku ingin menghayati rasa kekurangan orang-orang yang tiada akaun Facebook. Semoga aku akan insaf.
Adakah aku akan berjaya dengan misi mustahil aku ini? Nothing is impossible? Kita tunggu dan lihat...
P/S: Rin, jangan marah aku kerana tiru aksi berani kau berpuasa Facebook...kau sumber inspirasiku...hehe...