Tuesday, January 19, 2010

Tarikh Bersejarah

Sabtu, 16 Januari 2010 pukul 18:53 satu sms diterima daripada Puan Azrina a.k.a rinhoneykurma. Messagenya berbunyi begini, "Muka ko kuo kat blog pasalbuku.blogspot.com." Belum apa-apa aku sudah rasa sangat glamour...muka masuk blog orang lain adalah sesuatu yang tidak disangka-sangka. Glamourkah aku? Kalau nak tahu, cuba masuk blog pasalbuku ini. Walaupun yang lebih terserlah penampilan ialah Puan Azrina kita, tetapi buku di tangan aku telah dibulatkan. Di sebelah gambar kami ada juga gambar seorang gadis di mana buku yang dibacanya juga telah dibulatkan. Tajuk gambar: Dua orang 'peminat tegar' Ramlee Awang Murshid dengan novel 9 Nyawa.

Imbas Kembali...

Lokasi Rahsia, Selangor

16 Januari 2010. Tarikh yang sangat dinanti-nantikan oleh gadis rendang yang  menggelarkan dirinya sebagai Siti R. Akulah tu...

"Tarikh ini akan menjadi tarikh bersejarah dalam hidupku," getus hatiku. Ya, hari ini sememangnya hari yang sangat dinanti-nantikan. Rasanya lagak aku seperti seorang yang sedang kemaruk dengan cinta. Makan tak kenyang. Tidur tak lena. Mandi tak basah. Awal-awal pagi lagi aku sudah bersiap sedia untuk menyertai satu acara gilang gemilang yang akan berlangsung pada pukul 10 pagi di Stesyen Terminal Putra, Gombak.

Aku berkira-kira hendak menaiki bas. Tetapi rasa berat hati pula kerana nanti aku perlu turun di Selayang untuk mengambil teksi ke Stesyen Terminal Putra. Pasti akan melibatkan kos yang tinggi. Tiba-tiba aku teringat post yang dibuat oleh adikku di Facebooknya. Katanya, dia hendak join acara yang aku juga hendak join ni. Tapi pagi tu dia tak balik rumah lagi. Baik aku call dia. Boleh tumpang motor. Tumpang motor - save duit...Save duit - tumpang motor. Ratib ini diamalkan sepanjang menunggu adikku balik dan menunggu dia bersiap-siap.

Berjaya save duit! Aku tumpang motor adikku menuju destinasi..yeay..yeay...Ooppss..sibuklah Datuk Siti ni...nak enter frame juga!

Stesyen Terminal Putra, Gombak

Sampai sudah akhirnya aku di Stesyen Terminal Putra, Gombak. Adikku tidak ikut sekali ke lobi stesyen sebab katanya nak tunggu kawan. Who caresss...yang penting aku sampai tanpa mengeluarkan apa-apa kos...hahaha (gelak jahat).

Jam hampir menunjukkan pukul 10 pagi. Puan Azrina segera dihubungi. Maka berlakulah perbualan pendek yang aku ingat-ingat lupa seperti berikut:

Aku: Ko dekat mana?

Ko: Dah nak sampai dah.

Aku: Ok. Aku naik sekarang.

Maka, naiklah aku ke platform. Sampai sahaja di atas sana, tren pun sampai. Puan Azrina pun keluar bersama-sama dengan anak gadisnya yang berusia 5 hendak masuk 6 tahun, Yana. Sungguh peramah gadis bernama Yana ini. Tidak sampai 10 saat kami sudah kamceng.

Tidak sampai 10 minit menunggu, kami beramai-ramai bergerak masuk ke dalam gerabak yang dinaiki Puan Azrina dan anak gadisnya tadi.

Masuk sahaja, semua peserta mengeluarkan bahan bacaan masing-masing. Tidak kiralah buku, majalah atau surat khabar. Aku pula mengeluarkan novel terbaru Ramlee Awang Murshid yang berjudul 9 Nyawa. Memang sengaja aku membawa novel tersebut untuk dibaca kerana dengar-dengarnya pihak Karangkraf antara yang akan membuat liputan acara gilang-gemilang tersebut - Alaf 21 kan di bawah Karangkraf...jadi aku perlu membaca bahan bacaan terbitan mereka. Harap-harap dapat menarik perhatian, baru ada peluang aku nak mengglamourkan diri...hahaha (gelak jahat lagi).

Seperti biasa, novel tulisan RAM tidak menghampakan. Memang sangat best jalan ceritanya. Tidak sedar kami semua telah sampai ke stesyen terakhir iaitu Stesyen Kelana Jaya. Sudah hampir sejam rupanya aku mengembara di dalam tren dan juga di dalam 9 Nyawa (perhatian...ini bukan ayat bodek...ia lahir dari hati yang tulus dan ikhlas).

Stesyen Kelana Jaya

Macam tak percaya...acara Baca@lrt telah tamat. Masa untuk berkumpul di platform Stesyen Kelana Jaya. Beramah-ramah mesra dengan peserta-peserta lain. Bergambar-gambar. Bermodel-model (tuah anak gadis Puan Azrina ni...kami berdua mendapat tempias bila dia dipilih menjadi model...hahaha (gelak jahat menjadi-jadi)). Kemudian lepak-lepak sekejap dengan Puan Azrina dan Yana.



Yana dan ibunya, Puan Azrina @ lrt Kelana Jaya

Hampir pukul 12 barulah kami menaiki tren menuju ke destinasi masing-masing. Destinasi Puan Azrina dan Yana ialah Taman Jaya. Aku pula turun di Masjid Jamek dan terus berkejar ke pejabat.

Pejabat aku, Kuala Lumpur

Aku membuat kerja-kerja terbengkalai seperti biasa. Tapi tidak juga dapat dihabiskan kerana akan ada kerja-kerja baru yang menunggu giliran. Apalah nasib badan. Kepada Ita aku ceritakan serba sedikit tentang apa yang terjadi semasa berlangsungnya acara Baca@lrt. Aku tidak tahu sama ada dia tahu langit itu tinggi atau rendah. Harap dia tahu.

Pukul 5.30 petang aku dan Ita pulang dari kerja. Seperti biasa bas Metro ku menunggu dengan setia. Kalaupun tidak setia, yang lain pasti akan datang. Jadi aku tidak perlu risau atau gundah gulana.

Bas Metro menuju Lokasi Rahsia, Selangor

Ada seorang mamat hantar sms. Layan sajalah sambil-sambil baca novel 9 Nyawa tu. Hampir sampai Lokasi Rahsia...masuk 2 sms baru. 1 daripada mamat tersebut dan satu lagi...eh, daripada Puan Azrina?

Epilog

Aktiviti Baca@lrt yang julung-julung kali diadakan ini telah berjaya membuatkan penumpang-penumpang yang 'tidak bernasib baik' berada di dalam satu tren dengan kami berasa tidak selesa dengan kehadiran kami. Di harap contoh yang kami berikan akan membuatkan mereka juga akan memulakan satu tabiat baru apabila berada di dalam kenderaan awam...tabiat apa tu kawan-kawan? Ya betul...tabiat membaca.

7 comments:

Anonymous said...

aku ada tabiat baru..iaitu membaca blog di dalam tren..skrg ni aku sedg membaca blog kau.membaca jugaklah kan.

Kurma said...

oooo ko dalam bas la masa tuuu hehehehe..

eh banyak betul aku enterprem blog ko ni hahahahahahahaha (aku pun gelak jahat)

Web Sutera said...

Assalamualaikum. Syabas!

Web Sutera said...

Sahabat, foto saudari keluar dalam Berita Harian hari ini.

Siti R said...

Fndrocka: Ya, betul...!

Kurma: A'ah...aku sambung Baca@bas pulak..hehe..

Aku mmg sengaja mengenterpremkan ko..hahaha

Web Sutera: Wa'alaikumusalam. Terima kasih, tuan

Ya, saya dah lihat foto tersebut. Foto tuan juga ada ya :)

AttOkz Dikulgai said...

Salam,
tahniah krn berjaya 'menglamourkan' diri (hak hak hak hak - gelak jahat jugak ni) seperti yang dinawaitukan.
apapun, diharap sudi bergabung menjadi ahli RAMFC.
Hari tu (Baca@LRT) mcm nak tegur, tp seganlah..
:P teruskan membaca!

Siti R said...

Salam AttOkz Dikulgai,

Alamak malunya sy..nawaitu x betul..ahaks..

Mmg teringin nak jadi ahli tp mcm segan sebab w/pun minat, sy blm baca semua novel2 en RAM..isk2

Seganla pulak..sy lg segan..hehe..