Friday, January 01, 2010

Tahun Baru...Lagi

Selepas 2 minggu kita menyambut tahun baru Hijrah...hari ini kita menyambut tahun baru Masehi pula. Lebih kurang sebulan lagi kita akan menyambut tahun baru Cina. Wah, seronoknya jadi orang Malaysia, kan?

Aku sebenarnya merasa agak teruja juga dengan kedatangan tahun baru ini kerana firasatku mengatakan bahawa tahun ini akan menjadi tahun yang menarik untuk dilalui.

Insya-Allah tahun ini aku akan travel balik setelah duduk di bawah tempurung sepanjang tahun 1430H/2009M. Sekarang sedang buat sedikit research tentang tempat-tempat menarik yang hendak dilawati, transport, tempat penginapan dan kos yang perlu ditanggung sepanjang berada di China nanti. Travel secara indie ini sentiasa membuatkan aku rasa teruja. Harap segala-galanya akan berjalan dengan lancar semasa berada di sana, di samping dapat mengumpul pengalaman-pengalaman yang menarik. Mana tahu boleh dibuat travelog nanti...ok tak? Hehe...

Tahun ini aku harap rancangan aku untuk organise family day yang pertama akan dapat direalisasikan. Sejak kehilangan arwah mak dan abah, aku dan adik beradik serta anak-anak buah sudah lama tidak berkumpul bersama-sama hatta pada musim perayaan sekalipun. Tahun 2009 mengubah segala-galanya kerana hampir semua dapat berkumpul dan bertemu pada hari raya puasa dan haji yang lepas. Semasa raya haji, idea untuk mengadakan family day timbul semasa aku sedang membaca cerita tentang sebuah resort di Pulau Jerejak dalam akhbar Kosmo! Idea aku mendapat sambutan baik daripada mereka. But, guess who yang kena buat kerja-kerja untuk research tempat ni? Akulah, siapa lagi... 

World Cup! Ya, inilah acara sukan yang paling aku tunggu-tunggu setiap 4 tahun selain daripada EURO dan Sukan Olimpik. Jadual perlawanan EURO 2008 yang masih tertampal di belakang pintu bilik akan segera ditukar selepas aku mendapat jadual perlawanan World Cup nanti..hahaha...

...tapi nanti aku akan pindah rumah baru. Hmm...nampak gayanya pintu bilik rumah baru akan jadi mangsa pula...hahaha...

Rumah baru...Tak adalah baru sangat. Sudah setahun berlalu, aku masih belum pindah lagi. Tahun ini aku mesti pindah. Semoga aku akan dapat menghiasnya seperti yang selalu aku angan-angankan. Sebuah rumah dengan konsep moden kontemporari...simple but elegent. Yang paling penting sebuah bilik yang menghadap hutan akan dijadikan mini library. Membaca buku atau menulis blog ini di sana sambil menikmati keindahan dan kehijauan hutan...sungguh mengujakan aku. Kalau cuaca sejuk atau hujan, kawasan perumahan dan hutan di seberang jalan pasti akan diselubungi kabus...barulah rasa macam di Eropah!

Tahun ini juga diharap impian aku akan terlaksana. Mungkin tidak mudah, tapi aku akan berusaha dengan bersungguh-sungguh. Aku sedia menghadapi segala halangan dan kritikan yang mungkin akan aku hadapi. Untuk berjaya bukan mudah...semoga aku akan dapat menghadapinya dengan jaya.

Itulah antara perkara-perkara yang membuatkan aku teruja untuk menyambut tahun baru. Mungkin tidak semua aku kongsikan di sini...sekadar menyenaraikan perkara-perkara yang paling mengujakan. Yang lain-lain cuma perkara-perkara sampingan yang boleh diketepikan buat masa ini.

Jadi, selamat malam dan selamat maju jaya kepada kawan-kawan sekalian. Semoga tahun ini akan menjadi tahun yang exciting dan berjaya untuk kawan-kawan juga :)

7 comments:

KUNTONG said...

سلامت تاهون بارو 2010.

Siti R said...

Selamat tahun baru, pakcik :)

Muhd Suhaily said...

Selamat tahun baru masehi 2010. Harapnya ada yg lebih baru untuk tahun ini ya...

Siti R said...

Selamat tahun baru, en. Suhaily. Ya, harap2nya ada lah...terima kasih :)

DH said...

Amin..
:)

B E L L A said...

semoga semua harapan n impian kita this year..tercapai..amin..

Siti R said...

DH & BELLA: amin ya rabbal 'alamin...