Lost in Translation
Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Binhai, Tianjin pada pukul 14:35. Semasa menunggu giliran untuk pemeriksaan imigresen, saya ditegur oleh seorang wanita Cina dari Malaysia yang sedang beratur di belakang saya. Dia bertanya sama ada saya seorang pelajar. Saya kata bukan. Saya datang ke China untuk bercuti. Dia tanya saya datang dengan siapa. Saya kenalkan Chik kepada dia dan memberitahu bahawa hanya kami berdua datang ke China. Dia bertanya lagi sama ada kami mempunyai kenalan di China? Kami jawab tiada. Dia terus memandang kami seperti tidak percaya dengan apa yang didengar - ditambah pula kami tidak boleh berbahasa Mandarin. Namun, dia tetap menyatakan rasa kagumnya kepada kami. Sesungguhnya ia memberi semangat kepada kami untuk meneruskan perjalanan kami di sini.
Mengikut perancangan, kami akan terus bergerak ke Beijing dengan menaiki Bullet Train dari Stesyen Keretapi Tianjin. Kami bergerak ke sana dengan berpandukan kepada risalah yang telah diedarkan di dalam kapal terbang tentang cara-cara untuk ke Beijing dengan menaiki keretapi:

Langkah pertama:
Dari lapangan terbang, keluar di pintu exit no. 2. Tidak perlu tercari-cari di mana hendak mendapatkan bas kerana sebaik keluar sahaja dari pintu, lebih kurang beberapa meter di depan, telah sedia menunggu shuttle bus untuk ke stesyen keretapi.
Langkah kedua:
Beli tiket di kaunter yang terletak di sebelah parking bay shuttle bus tersebut. Harga tambang ialah RMB10 (lebih kurang RM5). Bas bergerak setelah semua tempat duduk hampir penuh. Perjalanan ke stesyen keretapi mengambil masa kurang daripada sejam. Sepanjang perjalanan, pertama kali saya melihat begitu banyak basikal digunakan sebagai pengangkutan utama di jalan raya. Di mana-mana sahaja saya melihat basikal. Sesungguhnya ini merupakan perkara baharu bagi saya.
Langkah ketiga:
Turun di Stesyen Keretapi Tianjin. Sebenarnya bas tidak berhenti betul-betul di hadapan stesyen. Kami perlu berjalan kaki lebih kurang 100 meter menuju ke stesyen. Mungkin disebabkan ada kerja-kerja pembinaan di sekitar stesyen yang tidak membolehkan bas berhenti lebih dekat.
Langkah keempat:
Beli tiket berdekatan dengan pintu masuk. Arahan jelas dan nyata. Tetapi kami masih samar-samar. Terkial-kial juga kami hendak mencari di mana kaunter tiket Bullet Train ke Beijing. Papan tanda ada terpampang di depan mata, tetapi ia seperti menunjuk kaunter tiket berada di tingkat atas. Kami dengan penuh yakin menaiki eskalator menuju ke tingkat satu bangunan. Namun, di atas sana masih tidak nampak di mana kaunter tiketnya. Kami cuba bertanya dengan pegawai stesyen yang duduk di kaunter informasi. Tetapi dia cuma menggeleng-gelengkan kepala apabila kami bertanya dalam bahasa Inggeris. Aduhai! Dia tidak tahu berbahasa Inggeris pula. Kami cuba pula bertanya dengan seorang lagi pegawai yang berada di kaunter informasi yang lain. Nasib baik pegawai yang satu ini boleh berbahasa Inggeris walaupun tidak berapa fasih. Dia memberitahu bahawa kaunter tiket berada di tingkat bawah.
Terkocoh-kocoh kami turun semula ke tingkat bawah. Rupa-rupanya dari pintu masuk tadi memang ada kaunter tiket yang terletak di sebelah kiri (sebagai panduan, jika hendak membeli tiket Bullet Train, masuk ke stesyen keretapi melalui pintu North Entrance 1. Kemudian terus ke kiri di mana terletaknya kaunter-kaunter tiket ke Beijing. Jangan lost seperti kami). Malangnya semua papan tanda digital bertulisan Cina. Langsung kami tidak faham. Di hujung sebelah kanan bangunan, ada juga kaunter-kaunter tiket. Saya mengajak Chik untuk meninjau ke sana pula. Perkara yang sama menyambut kami di situ. Semua papan tanda bertulisan Cina.
Chik cuba bertanya kepada seorang wanita Cina yang sedang berdiri berhampiran kami di mana kami boleh membeli tiket keretapi ke Beijing. Malangnya wanita tersebut tidak tahu berbahasa Inggeris. Tetapi dia tetap mahu menolong. Chik menyebut Beijing ticket beberapa kali. Wanita tersebut cuba bertanya kepada rakan-rakannya. Nampaknya seperti mereka juga tidak dapat membantu lalu dia terus bertanya kepada penjual tiket di kaunter. Tidak lama kemudian dia menuju ke arah kami dan memberitahu bahawa tiket ke Beijing boleh dibeli di kaunter tiket yang mula-mula kami pergi tadi. Setelah mengucapkan terima kasih kami terus menuju ke sana.
Akhirnya berjaya! Tiket yang dibeli merupakan tiket Business Class yang berharga RMB69. Keretapi akan bergerak pada pukul 16:35.
Semasa beratur untuk boarding, sekali lagi kami terserempak dengan orang Malaysia. Seorang lelaki India yang pekat loghat Penangnya bersama dengan seorang kawan perempuan (teman wanita mungkin?) berbangsa Cina. Dia yang menegur kami terlebih dahulu, "Orang Malaysia, eh?"
"A'ah, orang Malaysia," jawab saya dan Chik serentak. Sekali lagi kami dihujani dengan soalan yang sama yang ditanya oleh wanita Malaysia di lapangan terbang tadi. Dan jawapan yang sama juga yang kami berikan kepada lelaki tersebut.
Apabila pintu gate dibuka sahaja, mulalah orang ramai berebut-rebut hendak masuk ke platform. Saya sungguh rimas dengan perangai orang Cina yang tidak tahu hendak beratur. Mereka dengan sesuka hati memotong barisan. Tetapi yang hairannya, tiada sesiapa pun yang marah (mungkin saya yang sudah menarik muka masam). Hendak buat macam mana? Mungkin itu sudah menjadi kebiasaan mereka. Saya pula seboleh-bolehnya hendak berada di belakang Chik. Saya pun tidak tahu mengapa. Biasanya saya tak kisah kalau dia jauh di depan daripada saya. Rupa-rupanya, selepas memasukkan tiket ke dalam mesin, Chik tidak mengambilnya semula tetapi terus jalan menonong menuju ke platform. Saya pula yang panik. Apahal Chik tak ambil tiket dia semula? Saya cuba panggil Chik tetapi dia tidak dengar. Maka terpaksalah saya ambilkan tiket itu untuk dia.
"Chik, kenapa tak ambik balik tiket ni?"
"Eh, ingatkan dia terus telan."
Astaga. Boleh macam tu? Macamlah dia tak tengok orang-orang di depan dia ada ambil balik tiket atau tidak? Ini mesti berangan fasal boyfriend. Hehehe...
Keadaan dalam keretapi sangat selesa. Apa lagi dengan koc kami yang merupakan koc business class. Pengalaman pertama menaiki Bullet Train sangat mengujakan. Kelajuan maksima yang boleh dicapai oleh keretapi ini adalah 328 km/jam. Dengan kelajuan ini, kami dapat sampai ke Beijing tepat dalam masa 30 minit sahaja berbanding dengan menaiki bas yang mengambil masa 2 jam.
Langkah kelima:
Turun di Beijing South Railway Station. Kami tiba di Beijing tepat pada pukul 17:05.

9 comments:
Quote ' "Chik, kenapa tak ambil balik tiket ni?" "Eh, ingtakan dia terus telan." ' ---> ish ish ish, ingatkan dah berubah, rupanya still chik yang ke kenali hehehehehe
-syira-
sangat sukar nak berkomunikasi dgn warga China ni..bahasa ke2 paling sukar selepas bahasa arab..camanalah memek muka time darurat nak beli tiket tu kan..hehe
Syira: Yezzaaa...Chik masih seperti dulu...ahahaha...
Anonymous: Ermmm...byk guna bahasa isyarat sebenarnya.. :) Tapi penjual2 tiket biasanya boleh faham simple English...cuma beritahu destinasi & kuantiti tiket yg nak dibeli
boleh tak share more abt your trip, best gak nak pg cuti-cuti china ni.
No problem. Sy baru saja habiskan hari pertama. Perkongsian cerita hari2 seterusnya sedang diusahakan (^_^)
Chik berangan pasal boyfriend? uhuhuhuhu~
Kawan Chik plak berangan pasal apa? hahahahaa~
Bila masa beli baju sweater tu? Ehem~ org dah pakai dah. Kuikuikui!
Best kan naik Bullet Train. Terkenang pengalaman di Guangzhou ke Beijing. ermm..tp org naik 1st class..ehsan dari tajaan company sbb ikut company business trip. huh! tak best, tak adventure mcm awk n Chik. sbb dah ada escort n tourist guide.
Awk, nnt kita plan tour europe plak ok. Kita naik summer train package. :P
Kawan Chik berangan nak tulis travelog...xkan berangan psl awk pulak :P
Hari ketiga. Sama hari dgn baca@lrt..
Tulah...kitorg mmg adventurous, kan...kan...hehe..
Kalo awk tanggung semua perbelanjaan, ok jer..hehehe..
hai.. kalaulah komuter macam bullet train ni kan best
Ermmm..nnti kena byr mahal pulak...
Post a Comment