Thursday, July 15, 2010

Soalan Berbangkit

Kenapa ya? Rasa macam nak menulis...dalam kepala pun dah beratur-atur ayat demi ayat minta dikeluarkan. Tapi sebaik sahaja pen berada dalam tangan atau jari-jari sudah berada di keyboard, ayat-ayat tadi terus hilang entah ke mana. Apabila pen dilepaskan atau jari-jari diangkat daripada menyentuh keyboard, ayat-ayat tadi muncul semula...beratur-atur balik dalam kepala.

Tidak ada ke device yang boleh menterjemahkan ayat-ayat dalam kepala kepada ayat-ayat dalam bentuk tulisan? Kalau ada, tolong beritahu saya. Saya amat-amat memerlukannya.

Nota: Disebabkan perkara di atas, maka saya semakin jarang update blog ini. Apa? Alasan je? Mana ada...

6 comments:

Kurma said...

hahaha.. itula yg terjadi pada aku. Masa termenung2 banyak yang difikir pastu rasa letak kat blog memang bagus. Tapi bila dah mengadap text editor tu macam blank.. walaupun ada catatan, tapi feel tu tak sama.

Itulah sebab makin ramai orang ada beri hitam kut.. bila terfikir terus boleh update ke blog. Tapi aku taknaklah dikontrol oleh beri hitam .. banyak sangat nanti menghadap henpon dan yang sewaktu dengannya bukan radiasi ke? Sudahlah kerja pun mengadap komputer je.. ish ish

Siti R said...

Ko xleh blank2, Rin. Ko kan ada dateline next month...ehhehheh..

fndrocka said...

kalau perkataan2 tak mahu keluar ikut tangan...boleh cuba keluarkan guna kaki

Siti R said...

Hooyeee?? First time dengar ni...

Kurma said...

jangan jahanam keyboard tu sudah

Siti R said...

x jahanam pun...aku syg notebook aku, jd aku x gunakan kaki.. :P