Saturday, August 07, 2010

Aku Menulis Bukan Kerna Nama...

Sudah lama sangatkah aku (tukar semula gantinama 'aku'...lagi best!) tidak menulis sehingga ada orang mengugut hendak bom blog ini sekiranya aku tidak membuat entri baharu? Aku tengok entri terakhir ditulis lebih kurang 2 minggu yang lepas. Tidaklah lama sangat. Atau mungkin orang yang mengugut itu rindu dengan hasil tulisan aku yang tidak seberapa tetapi dia tidak mahu mengaku? Mungkin juga, kan? Terharunya! Disebabkan itu, aku mengambil keputusan untuk menulis semula...kerana aku memang ada sesuatu yang hendak dikongsikan di sini...kisah tentang nama... 
Kepada kawan-kawan yang mengenali diri aku secara personal, pasti tahu nama sebenar aku. Kepada kawan-kawan yang mengenali aku hanya sebagai Siti R, pasti tidak tahu nama sebenar aku. Tetapi rasanya daripada nama blog ini sendiri pasti kalian dapat mengagak, bukan? Ya, nama aku Siti Rahmah. Selamat berkenalan... 
Kalian rasa nama aku tidak glamour? Kalian sama sahaja dengan kakakku yang bernama Siti Rafidah. Masa kecil-kecil dulu dia yang paling suka mengejek-ngejek nama aku. Katanya dalam adik beradik kami, nama aku yang paling tidak best...macam nama orang tua-tua. Sudahlah macam nama orang tua-tua, kalau disebut banyak-banyak kali lama-lama daripada Rahmah terus jadi lemah. Hendak tahu kenapa dia begitu menjadi-jadi mengata-ngata nama aku sebegitu sekali? Sebab masa itu ada lagu Lefthanded bertajuk 'Rafidah dan Sejarah'. Ya, lagu yang mengabadikan nama dia sebagai tajuknya. Mahu dia tidak perasan? Katanya namanya sungguh sedap sehingga boleh dijadikan tajuk lagu. Katanya lagi, kalau nama aku diabadikan dalam lagu, pasti lagu itu tidak laku. Pada aku lagu 'Rafidah dan Sejarah' tidaklah best sebagaimana lagu-lagu Lefthanded yang lain...lembab! Tak percaya dengarlah sendiri. You'll be the judge.

Kalian mesti fikir aku rasa down apabila kakak aku mengusik aku begitu. Sebenarnya tidak. Aku katakan kepadanya aku tidak kisah kalau tiada lagu yang menggunakan nama aku sebab nama aku begitu banyak disebut di dalam Quran. Lagu cuma sementara sahaja popularnya. Lama-kelamaan orang akan bosan. Tetapi Quran, sepanjang masa orang baca. Bukan di Malaysia sahaja, tetapi di seluruh dunia. Ada ke nama atau perkataan Rafidah disebut dalam Quran? Rasanya tiada... 
Masa aku kecil-kecil dulu juga emak ada bercerita semasa aku baharu dilahirkan abah baharu pulang daripada menunaikan haji. Emak kata, semasa di tanah suci abah sering mendengar nama Siti Rahmah disebut-sebut. Kebetulan pula apabila pulang ke tanahair, dia mendapat anak perempuan yang comel tiada bandingan. Maka, dinamakanlah anaknya itu sebagai Siti Rahmah. Pada masa itu aku tidaklah tahu mengapa nama Siti Rahmah selalu disebut-sebut semasa abah menunaikan haji. Mungkin ramai jemaah wanita yang bernama Siti Rahmah menunaikan haji pada waktu itu. Entahlah. Aku pun tidak tahu. Sehinggalah... 
...aku melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma di salah sebuah institusi pengajian tinggi yang terkenal di seluruh Malaysia. Pensyarah kelas Intermediate English yang aku rasa namanya Puan Syarifah (cik Chik or cik Eny, please correct me if I'm wrong. I really have problem remembering names...huhu), suka sangat mengusik aku. Katanya apabila melihat aku, dia pasti teringat pengalamannya semasa menunaikan umrah. Di hadapan kelas dia bercerita tentang bagaimana peniaga-peniaga Arab menarik perhatian wanita-wanita terutamanya yang datang dari Malaysia atau Indonesia. Kebanyakan peniaga tersebut pandai berbahasa Melayu. Jadi mereka akan memanggil-manggil wanita-wanita tersebut untuk membeli barangan jualan mereka yang kononnya murah-murah dengan panggilan Siti Rahmah. Mereka memanggil begini, "Siti Rahmah! Siti Rahmah! Murah! Murah!"
Satu kelas ketawa, termasuklah aku. Ada baik dan ada buruknya Puan Syarifah bercerita kepada kami tentang 'Siti Rahmah'. Yang baiknya, akhirnya aku tahu mengapa abah namakan aku dengan nama ini. Yang buruknya, selepas itu aku menjadi bahan usikan rakan-rakan sekelas (lelakilah). Pantang nampak aku, 'Siti Rahmah Murah, Murah' mereka panggil aku. Dasar lelaki! Sudah besar panjang pun masih nakal lagi. Tetapi nasib baik tidak lama. Dua tiga minggu selepas itu mereka tidak lagi mengusik aku. Mungkin mereka merasa bosan sebab aku tidak memberikan apa-apa reaksi jika mereka memanggil aku begitu melainkan menunjukkan muka bosan. Nampak gayanya taktik aku memang menjadi...hahaha!
Hampir 3 tahun yang lepas, aku pula berpeluang menunaikan umrah. Pengalaman Puan Syarifah sudah menjadi pengalaman aku pula. Ya, benar. Peniaga-peniaga Arab ini memang memanggil wanita-wanita dari Malaysia/Indonesia dengan panggilan Siti Rahmah. Pertama kali mendengar nama ini dipanggil, berderau juga darah aku. Terpinga-pinga juga kerana aku merasa musykil bagaimana mereka tahu nama aku? Tidak lama selepas itu, baharu aku tersedar...namaku cuma gelaran untuk jemaah wanita sahaja. Pheww!!
Tetapi seronok juga. Untuk pertama kali dalam hidup, aku merasa seperti seorang Rockstar. Semua orang kenal aku (lelaki pula tu...hehehe). Aku tidak lagi halimunan. Kiri, kanan, depan, belakang...semua memanggil-manggil nama aku. Tetapi tiba-tiba...seorang peniaga memanggil, "Ya Siti Nurhaliza..." 
What?! Siti Nurhaliza? Potong stim betul!
Apa-apapun aku bersyukur diberikan nama ini. Walaupun kakak aku kata nama aku tidak sedap, yang penting maknanya baik dan tetap  glamour seperti seorang rockstar di Mekah dan Madinah. Dan yang penting, aku tidak merasa malu apabila nama aku dipanggil untuk ditimbang amalan semasa di akhirat kelak. Semoga amalan yang aku  bawa juga bergemerlapan seperti 'rockstar' di sana nanti...Kalau tidak buat malu sahaja. Nauzubillah...     

4 comments:

Kurma said...

ahhahahaha ko tau aku pun rasa janggal la blog aku tu cakap "saya".. aku nak tiru ko boleh? ahhaahhahahaah suka tiru siti rahmah...

oi ahhaha superb aku vote for blook ahhaah. Ala nanti akak ko pegi mekah jangan dia bengang lak org panggil dia siti rahmah ahhaha...

satu lagi.. betul ke org sana ada yang panggil siti nurhaliza? haha pandai tul dorang.

Apsal aku tak pernah dengar lagu tajuk Rafidah & Sejarah ni?

Siti R said...

hahaha...tirulah...ada aku kisah? Ahhahaha...aku pun ada tiru ko gak

mesti dia menyesal kutuk aku masa dulu2...ahhahaha

betul..masa tu kat Madinah...org lain dok pggil hajah or siti rahmah, mamat ni dok pggil siti nurhaliza sbb dia tau kitorg org mesia. Alaa rin, org mesia gak yg ajar dorg..lgpun siti nurhaliza kan dah byk kali g sana...mesti dorg kenal nyer..

sbb lagu ni x glamer...hehhee...aku pun igt2 lupa lagu sapa..bila google lagu yg ada nama rafidah, lagu ni jer yg kuar...so aku rasa lagu ni yg m'buatkan akak aku eksyen dgn aku dulu...ahhahahha..

Unknown said...

ada terbaca posting sedari tentang nak simpan duit tu..artikel thn lepas, saya nak berkongsi lagi satu cara nak simpan wang...tetapi bukan dgn cara simpan wang ke dalam bank, tapi dengan cara membeli emas. sekadar nak kongsi, inilah pengalaman saya... http://justaweh.blogspot.com/2009/11/untungnya-melabur-dengan-emas.html kalau ada apa2 pertanyaan, leh email saya izrul_232@yahoo.com

Siti R said...

Terima kasih atas perkongsian tuan...akan saya study...