Bila tiba Ramadan aku bukan sahaja teringatkan Samdol, tapi teringat perangai 'samdol' anak buah aku masa dulu-dulu. Masa masih kanak-kanak. Masa masih sweet, sweet, gitu. Kenakalannya hampir membuatkan aku jadi cacat seumur hidup.
Kejadian berlaku sudah lama. Semasa aku baharu sahaja melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti yang terkenal di tanahair. Aku pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri. Biasalah sudah hujung-hujung Ramadan adik beradik yang lain juga sudah pulang bersama-sama dengan keluarga masing-masing. Meriah, memang meriah.
Dan aktiviti kegemaran kami (malah semua orang, mungkin) adalah bermain bunga api dan mercun beramai-ramai. Aku punya standard cuma main bunga api sahaja. Mercun memang aku tak berani main. Tengok mereka main, beranilah.
Anak buah aku yang hiperaktif (rasanya semua anak buah aku hiperaktif), Aya namanya, sedang bermain bunga api yang jenis macam fireworks...ala yang letak tegak atas tanah lepas tu nyalakan sumbu dan bunga-bunga api akan keluar macam fireworks. Tapi si Aya ni tersangatlah kreatif, dia tidak letak atas tanah...bunga api itu dipegang dan apabila dinyalakan ia jadi seperti pistol...lalu mulalah dia buat aksi tembak menembak (kids, don't try this at home!) ke arah abang dan sepupu-sepupunya.
Entah macam mana nasib tak baik, tembakan dia terkena telinga sebelah kiri aku. Menjerit aku nama Aya. Tapi dia dan yang lain-lain buat dek dan terus bermain macam biasa. Telinga dah terasa panas...rambut pula dah terbakar sikit. Nasib baik aku tidak panik...maklumlah sebagai ahli Persatuan Bulan Sabit Merah aku tahu apa yang perlu dibuat. Cepat-cepat aku pergi tadah kepala bawah paip. Lecur mesti diredakan secepat yang mungkin. Cara yang terbaik ialah membiarkan air mengalir di tempat yang tercedera lebih kurang dalam 10 minit.
Rasa dah cukup masa, aku naik ke rumah. Mak bertanya dengan penuh concern kenapa aku menjerit tadi lepas tu naik dengan muka monyok. Aku tunjuk telinga aku yang dah merah sambil cerita apa yang telah terjadi. Mak sapukan ubat hijau kat telinga aku. Sambil tu mulutnya membebel-bebel. Macam-macam dia membebel, yang paling tak tahan tu dia kata inilah balasannya untuk aku yang tak mahu pakai tudung. Telinga yang sudah sedia pedih dan panas menjadi bertambah panas dibuatnya. Sungguh ironik sekali.
Untuk beberapa minggu telinga aku jadi hitam. Buruk sungguh. Risau juga kerana aku perlu balik ke kolej dengan telinga yang masih cedera. Nasib baik rambut aku panjang, jadi kecederaan ditutup dengan rambut sahaja. Lebih kurang 3-4 minggu kemudian, kulit yang rosak tertanggal sendiri dan diganti dengan kulit yang baharu. Lega...telinga aku tidak cacat. Alhamdulillah...

3 comments:
Aku tak puas ati ape pasal anak buah ko si Aya tu tak dapat pembalasan?
ooh cerita yang indah takde pembalasan.. insaf sendiri kan.
Eh tapi ko dapat pembalasan ape pasal pulak?
Aku mak sedara yang garang.. sure dah kena tenyeh2 budak tu kalau ngan aku hahahahaha
Eh, bila nyer ni, tak pernah citer pun. Ke ada citer tapi orang lupa, chik & ani, ada ke mak et citer pasal ni?
-syira-
Rin: Ooo...dia masih kecil masa tu...blm ada dosa sbb tu xde pembalasan lg masa tu...huhu..
Ntah ler...sbb degil kot..hehe..
Syira: Peristiwa ini sudah berbelas tahun berlalu...mgkin sudah lupa...atau mmg org xde cerita. Maklumlah...perkara memalukan..huhu...
Post a Comment