Thursday, August 26, 2010

Tak tahu Nak Letak Tajuk Apa

Dulu masa zaman kanak-kanak, aku tak tahu kenapa emak suka cakap dia pungut aku dari tong sampah. Lepas tu dia akan ketawa mengekeh-ngekeh. Lawak emak memang lawak paling brutal dalam dunia ni. Aku pula jadi serba salah - nak ketawa samakah atau nak rasa kecil hati? Jadi aku ambil jalan tengah; ketawa tidak, rasa kecil hati pun tidak. Paling koman pun aku cakap, "apalah emak ni," sambil merengek-rengek dan memukul-mukul tangannya mengikut kudrat seorang budak kecil.

Dulu masih di zaman kanak-kanak, aku ingat lagi masa kakakku yang ke-enam hendak melahirkan anak sulungnya. Emaklah orang pertama yang lari dari bilik (kakak bersalin di rumah), tak mahu menemani kakak yang sedang menanggung sakit hendak bersalin. Emak kata dia tak berani tengok orang bersalin. Hairan betul aku dengan emak. Mananya aku tak hairan, emak dah melahirkan 10 orang anak berderet-deret tapi takut hendak tengok orang bersalin? Bukan orang lain pun. Anak dia juga. Musykil, musykil. Atok Mak  (nenek aku merangkap emak kepada emak aku) pun rasa musykil. Kenapa kami emak beritahu, dia tak sanggup melihat kakak. Nanti dia yang akan rasa sakit sebab dia memang dah terasa-rasa sakitnya walaupun bukan dia yang hendak bersalin. Perbuatan emak membuatkan aku jadi curious.

Maka, senyap-senyap aku mengintai kakak dari balik langsir pintu. Tapi, ya Allah...rasa menyesal tengok. Tapi nak tengok juga walaupun aku stres. Punyalah payah dia meneran baby supaya keluar. Dia teran, aku tahan nafas. Dia ambil nafas, aku lepas nafas. Macam aku pulak yang nak bersalin (patutlah emak tak sanggup tengok). Bila dah keluar baby, terus dia terkulai tak bermaya. Touching sungguh aku melihatnya T___T

Masa itu baharu aku tahu susah rupanya hendak melahirkan anak. Tapi aku hairan, ada juga orang yang sangat mudah melahirkan anak iaitu perempuan-perempuan yang mengandung secara tidak halal atas kelemahan sendiri. Dulu aku ada dengar orang cakap, mereka sangat mudah melahirkan anak sebab syaitan yang jadi bidan. Iskh...betul ke? Macam cerita seram pula. Wallahu'alam.

Tapi kalau bulan puasa macam sekarang ni macam mana pula? Syaitan dah kena ikat. Dan aku tak rasa mereka amalkan bacaan doa untuk mudah bersalin. Jadi, aku rasa mereka ini diberi kesenangan untuk bersalin bukan sebab apa. Sebab mereka memang tidak layak pun untuk merasa sakit (kecuali mungkin kalau mereka dah bertaubat). Kenapa? Sebab setahu aku wanita yang mula rasa sakit hendak bersalin, diberikan pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah. Kemudian kesakitan yang dirasai pada setiap urat sarafnya pula, Allah kurniakan pahala satu haji. Mana nak dapat pahala macam tu punya best kalau tidak secara yang halal?

Apa-apapun, itu cuma pendapat peribadi aku. Betul atau tidak, hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui.

Nota: Sekarang, kalau baca tentang bayi-bayi dibuang dalam tong-tong sampah (atau di mana sahaja...dah merata-rata), aku mesti teringatkan lawak emak tu. Kalau perkara ni dah berlaku secara berleluasa sejak aku di zaman kanak-kanak lagi, aku yakin emak tidak akan berani hendak buat lawak seperti di atas.

2 comments:

Kurma said...

Aku tau nak letak tajuk apa.. ko letak tajuk "Sekali batuk terus beranak" hehe..

Bos aku cerita eh ke bos sape entah cerita, ada misi bagitau dia org yg bersalin hasil hubungan haram memang senang bersalin, tetapi bila meninggal (lom taubatla ni kot), Allah sahaja tau seksanya. Ni pengalaman misi tu lah.

Betul jugak ko fikir tu sebab sakit bersalin ni nikmatnya bila budak tu keluar je eh tetiba sakit tu hilang. err... tp lepas tu sakit kena jahit tu.. itu luar tajuk la hahahaha...

Siti R said...

Hehe..ok gak tajuk tu. Nape ler aku x terpk...haih..

Owh.....macam tu ke? Iskh3...takutnya..

Ermmm...bab2 tu aku serahkan kat ko lah. Aku boleh pk jer..x sama dgn yg dah mengalaminya, kan, kan...