Monday, April 11, 2011

Rango Mahawangsa

Rango

"I think the metaphor broke my spleen."

Itu kata Rango (bukan nama sebenar, nama sebenarnya tiada siapa yang tahu termasuk penulis skrip...percayalah) yang jelas sekali merupakan watak utama filem Rango. Maafkan saya kerana mengambil masa yang lama untuk mengulas filem yang saya sudah tonton hampir sebulan yang lepas (like anybody care...huh!).

Seperti kata Rango, saya mendapati filem ini penuh dengan metafora. Ini amat mengejutkan saya kerana melihatkan ia merupakan sebuah filem terbitan Nickelodeon. Sangka saya filem Rango pasti menghidangkan cerita komedi yang ringan dan dibuat sesuai untuk tontonan kanak-kanak seperti mana lazimnya filem-filem animasi yang lain. Jadi saya sangat tidak bersedia menghadam segala macam falsafah, kiasan, dan sindiran yang dimuatkan dalam filem ini yang membuatkan saya merasa sedikit bosan sepanjang filem ditayangkan.

Namun setelah difikir-fikirkan semula, saya rasa filem Rango sebenarnya sebuah filem yang bagus (apalagi setelah mendapat tahu bahawa filem ini diiktiraf sebagai 'fresh tomato' dalam laman web Rotten Tomatoes dengan mendapat 89% markah). Bagus dari segi perkembangan cerita dan watak dan juga...animasinya...apa yang boleh saya kata; sangat superb.

Menonton Rango juga membuatkan saya banyak terfikir dengan apa yang berlaku dalam dunia sekarang terutama sekali tentang sifat pemimpin yang tamak dan gilakan kuasa. Memang sangat tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

Hikayat Merong Mahawangsa (HMM)

Seminggu kemudian saya menonton pula filem Hikayat Merong Mahawangsa selepas menjayakan aktiviti gerakan rakyat; Baca@LRT kali ke-6. Lagi sekali, maafkan saya kerana mengambil masa yang lama untuk mengulas filem yang saya sudah tonton hampir sebulan yang lepas (like anybody care...huh!) - ayat copy paste.

Bagi saya ia merupakan filem Melayu terbaik yang pernah saya tonton (walaupun filem Melayu lain yang saya tonton di panggung wayang pada tahun ini hanyalah filem Khurafat...thehehe...manakala beberapa tahun yang lepas; Puteri Gunung Ledang...dan berbelas tahun yang lepas; XX Ray). 

Kudos to tiga beradik KRU yang berani menampilkan sesuatu yang segar dalam penerbitan filem Melayu. Mungkin ia tidak sehebat filem-filem epik dari Hollywood ataupun Hong Kong, tetapi `ia tetap sebuah filem yang boleh dibanggakan mengikut standard filem keluaran tempatan. Cuma yang menjadi masalah bagi saya, watak penjahat nampaknya lebih menonjol  dan meninggalkan kesan berbanding dengan watak Merong itu sendiri. Saya tak suka, saya tak suka! 

Rango Mahawangsa

Memang sengaja saya gabungkan kedua-dua nama filem ini. Kenapa? Kerana saya rasa sedikit sebanyak, kedua-duanya ada persamaan.

1. Kedua-duanya ada pencerita. Rango diceritakan secara berlagu oleh 3 ekor (eh, ke 4? eh, ke 3? eh, eh...) burung hantu, manakala HMM diceritakan oleh Sultan Muzaffar Shah yang merupakan keturunan Merong Mahawangsa, secara bertulis.

2. Kedua-dua Rango dan Merong Mahawangsa pada mulanya gagal dalam menjalankan amanah yang telah diberikan. Namun, kedua-duanya diberi 'kesedaran' yang akhirnya membolehkan mereka melaksanakan tanggungjawab mereka dengan jayanya.

3. Kedua-duanya diramal akan mati di penghujung cerita. Rango dikatakan akan mati oleh band burung hantu seperti yang disebut dalam no. 1 di atas. Manakala Merong Mahawangsa diramal kematiannya melalui pantun/gurindam yang disebut-sebut oleh beliau sendiri (ini seperti yang diberitahu oleh teman yang menonton bersama...kalau tidak saya pun tidak tahu mengenainya). Cuma yang berbezanya, Rango sebenarnya tidak mati tetapi Merong Mahawangsa memang menemui ajal di penghujung cerita.

4. Dalam kedua-dua filem, nama watak heroin sangat tidak best. Rango: Beans (kacang - macam bubur kacang). HMM: Embok (macam bubur lambok). Kedua-dua heroin juga ialah anak yatim.

5. Kedua-duanya pengsan di pertengahan cerita sebelum diselamatkan dan berjumpa dengan orang tua yang membantu memulihkan semangat mereka (berkaitan dengan no. 2 di atas). Rango berjumpa dengan Spirit of the West (yang kelihatan sangat real seperti manusia. Berkali-kali saya mengingatkan diri sendiri...Rango adalah filem animasi; tiada manusia sebenar yang berlakon di dalamnya). Merong Mahawangsa pula berjumpa dengan Pak Kesum (yang kelihatan seperti seorang rockstar. Berkali-kali saya mengingatkan diri sendiri...HMM adalah filem epik sejarah; tiada rocker yang berlakon di dalamnya).

Itulah dia 5 persamaan yang terdapat dalam kedua-dua filem yang saya dapat terangkan di sini buat masa ini. Jika ada yang terlintas nanti, akan saya tambah mungkin di ruang komen. Itupun kalau saya rajin.

Habis cerita. 

6 comments:

Kurma said...

Dua2 pun aku tak tengok lagi.. spoil spoil!!!
eh tp aku akan cuba tengok jugak nanti bila2 sebab berdasarkan pengalaman yang lepas (ek elehh satu je pun), movie yang ko review mesti best ... cer teka..cer teka cerita apa?

Siti R said...

Eh...ko belum bersalin lagi ke? Bukan ke hari ni due? Iskh3...

Takpe..nanti ko cuti panjang bolehlah marathon tgk DVD ke CD ke...hehehe...

Eh, ye ke? Filem apa, ek? Kalau betul teka dapat apa? Ok, ok..aku teka. Ermmm...Avatar ke?

AttOkz Dikulgai said...

O0o0o...gi tengok movie tak ajak eh? uhuhuhuhu~
Patutlah masa Baca@LRT tetiba je balik awal. heh!

Tertarik dengan pantun yang sentiasa segar dalam ingatan Merong Mahawangsa (bukan Merong Mahasuasa ye);

"sampai masa tibanya waktu
redup hati kamu berdua
bila dua jasad bersatu
hidup mati jadi bersama"

Menariknya pantun ini menjadi tamsilan kepada 3 situasi:

i. sebuah falsafah kepada pengabungan 2 buah puak yang bertelagah di bawah naungan seorang raja - Merong Mahawangsa.

ii. gabungan dua jiwa untuk meneruskan warisan - Merong Mahawangsa & Embok.

iii. sebuah pengorbanan untuk memusnahkan lawan (one bullet for two birds) - Merong Mahawangsa & Taji.

Tapi watak Kamawas (Abg Khir) sangat menjadi. Dialog yang paling best ~

"bila empangan dibuka, apakah airnya dapat ditahan?..." Maksudnya, sendiri mahu ingatlah. hahahaahah!

Worst side, erkk...malasler nak citer. heheheh~

Siti R said...

Atenye teman dah lambat....terkejor2 teman dibuatnye

Ooo..dah tengok juga ye...ermmm...

Terima kasih ye atas penerangan lanjut tentang pantun tu...

No comment for 'the mawas man' statement though...yikess!

AttOkz Dikulgai said...

No comment? Uhhh! Jawapan artis.
Belum tengok lagi cerita ini. Tak ada siapa yang ajak. Uhuhuhu!

Lalalalala~

Siti R said...

Ohhh...kesian~