Thursday, September 29, 2011

Nama-nama Bunga Yang Sesuai Untuk Dijadikan Sebagai Nama Anak

Semasa di surau office tengahari tadi, saya terdengar perbualan antara dua orang teman sepejabat. Seorang daripadanya sedang mengandung, di mana usia kandungannya sudah tujuh bulan.

Saya baharu usai solat dan sedang berdoa tetapi tertarik pula telinga saya mencuri-curi dengar perbualan mereka berdua. Kata teman yang mengandung, kalau dapat anak perempuan, suaminya berminat hendak memberi nama anak mereka dengan nama bunga.

Maka, keluarlah beberapa nama bunga seperti yang dicadangkan oleh teman yang seorang lagi.

"Dahlia."

"Sepupu dah ada nama Dahlia."

"Ros"

"Dah ada jugak."

"Jasmin"

"Dah ada juga sedara nama Jasmin."

"Cempaka...hehehe."

"Hehehe."

Saya pun tanpa sedar terfikir-fikir juga nama-nama bunga apa yang sedap didengar. Muncul nama-nama seperti Ixora dan Kenanga di kotak fikiran saya. Tetapi rasanya nama-nama tersebut sudah terlalu biasa digunakan. Kemudian saya berfikir lagi; ada atau tidak nama-nama bunga lain yang jarang digunakan sebagai nama orang.

Bekerja keras sungguh otak saya memikirkan nama-nama bunga yang ada. Kemudian....ya...muncul nama-nama berikut daripada otak saya yang bergeliga ini: 

Chrysanthemum

Daffodil

Bunga kantan

Bunga cengkih

Bunga lawang

Hmmm...hairan betul. Mengapa ya, tiada orang mahu menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama bunga di atas terutama tiga 'bunga-bunga' terakhir itu? Mahu sahaja saya cadangkan nama-nama tersebut kepada teman yang mengandung itu. Tetapi saya simpan sahaja hajat saya itu. Diam itukan lebih baik...lagipun saya sedang berdoa.

Kesimpulannya; saya tidak berdoa dengan khusyuk pada waktu Zohor tadi...isk...isk...isk...

4 comments:

Kurma said...

Sedang aku membaca bahagian nama-nama cadangan ko tulis tu, aku pun terfikir ko berdoa ke tak? kakaka...

Tiga nama terakhir tu panjang nak ditulis kerana itu belum termasuk nama sampingan selepas nama bunga. 2 nama di atasnya pula susah hendak disebut dan dieja. Nanti anak nak exam ambil banyak masa pulak nak hitamkan kertas jawapan dan takut tersalah eja haha...

p/s ko ingat tak cik sri siantan? Taknak jugak jadi kantan kan?

Siti R said...

Itulah...dok berulang-ulang gak aku cuba berdoa tapi terganggu dengan perbualan mereka. Last2 aku give up terus...postpone doa ke waktu Asar...uhuhuhu~

Hahaha...betul gak tu.

Maunya tak ingat...Ye lah, kan...tp macam santan ada lah sikit2..hehehe..

Emy Tak Kecik said...

suka nama cempaka... :)

kebetulan anak mak saya jaga tu nama nya cempaka amelin...

sedap...

tapi bila dipanggil dah jadi

"ake ayin" hehehe

Siti R said...

A'ah la...sedap nama tu :)

Hehehe!