Sunday, May 31, 2009

Fobia

Fobia sungguh aku dengan entri malam ni. Mana taknya...entri ni mengenai ketakutan melampau atau fobia. Untuk mengetahui apa yang dimaksudkan dengan fobia bolehlah rujuk di sini atau cari dalam Wikipedia.

Anda ada fobia? Atau anda fobia untuk mengakuinya? Ada macam2 jenis fobia...kadang2 macam tak masuk akal aje bila melihat senarai fobia yang ada. Kelakar pun ada. Rasa macam dibuat2...tapi sebenarnya bukan begitu. Fobia ni adalah sesuatu yang benar dan bukan dibuat2.

Aku ada fobia? Ada kot? Ranidaphobia...sedap ye bunyinya. Tapi kalau anda tahu apa maksudnya mesti anda rasa bunyinya dah tak sedap. Ranidaphobia ialah takut kepada katak. Memang aku tak suka, aku geli dan aku takut dengan makhluk Allah yang satu ni. Hatta, kalau tengok gambar katak pun aku rasa geli semacam. Seboleh2nya aku tak nak sentuh langsung gambar tu...sama seperti takut dan gelinya aku nak sentuh/pegang katak sama ada yang masih hidup atau yang dah mati katak...

Boleh ke fobia diubati? Mungkin boleh, mungkin tidak. Apa2 hal pun memang ada rawatan untuk menangani masalah fobia ni. Terpulang kepada setiap individu untuk memilih cara rawatan yang terbaik bagi diri masing2.

Hari Tanpa Tembakau Sedunia

Aku rasa ramai yang sudah tahu bahawa hari ini merupakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Di dalam mana2 surat khabar ada mengandungi artikel2 mengenai bahaya merokok dan kesan2nya terhadap kehidupan kita bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia.

Tapi seperti biasa ramai yang masih tak ambil peduli akan hal ini. Aku pulak? Aku tak merokok dan yang pastinya aku memang tak suka dengan rokok. Apalagi kalau terbau asap rokok. Macam nak mati lemas dibuatnya. Tak boleh nak bernafas...sebabnya sebagai perokok sekunder atau perokok pasif aku menyedut 5 kali lebih karbon monoksida, 4 kali lebih tar dan nikotin dan 40 kali lebih karsinogen (agen penyebab barah) daripada perokok sebenar. Kadang2 aku terfikir juga kenapa boleh jadi macam ni?

...sehinggalah seorang kawan memberikan sebab yang aku rasa sungguh brilliant sekali. Sebabnya orang yang menghisap rokok tu cuma sedut sekejap aje asap rokok tu, lepas tu mereka lepaskan balik asap tu. Orang yang tak menghisap rokok yang ada berhampiranlah yang menjadi mangsa sebab bila dah terhidu asap rokok tu dah tak boleh nak hembus balik. Macam kelakar...tapi rasanya macam ada betul jugak, kan?

Di laman ini, anda boleh dapat lebih banyak statistik menarik tentang merokok. Namun aku lebih berminat untuk memperkatakan tentang kematian (bukankah mengingati mati itu sangat baik?).

Punca yang menyebabkan kematian yang cepat ke atas seseorang di seluruh dunia ada 2 iaitu HIV/Aids dan merokok. Penggunaan tembakau/merokok menyebabkan hampir 10,000 orang mati setiap hari di seluruh dunia. Dijangkakan menjelang 2030, dalam setahun 10 juta orang akan mati disebabkan merokok iaitu lebih kurang 27,400 kematian sehari; 2,280 kematian sejam; 1 kematian setiap 3 saat.

Begitulah besarnya impak merokok ke atas kehidupan (atau kematian?) kita. Ini kerana secara puratanya setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan hayat seseorang itu selama 5 minit. Bayangkan...secara purata perokok di Malaysia menghisap 14 batang rokok sehari. Jadi dalam sehari mereka telah memendekkan usia mereka sebanyak 70 minit yang bersamaan dengan 1 jam 10 minit setiap hari. Oleh itu, tidak hairanlah 10 - 20% kematian yang berlaku di Malaysia adalah disebabkan merokok.

Cuba pula tengok peratusan sebab kematian akibat merokok di bawah:

50% perokok akan mati akibat penyakit berkaitan merokok

25% perokok akan mati akibat penyakit jantung

30% perokok akan mati akibat barah

25% perokok akan mati akibat stroke (angin ahmar)

90% perokok akan mati akibat parah paru-paru

85% perokok akan mati akibat COPD (Chronic Obstructive Pulmonary Disease - Penyakit Sekatan Pulmonari Kronik)

Jadi, apa tunggu lagi? Mulakan langkah untuk berhenti merokok sekiranya anda seorang perokok. Kalau yang baru hendak berjinak2 dengan dunia merokok, baik lupakan sahaja. Anda tentu tidak mahu jadi seperti lelaki dalam video ini.

Monday, May 25, 2009

Alter Bridge - Acoustic Sessions

Alter Bridge is one of my favourite bands. I think their vocalist (Myles Kennedy) is one of the best male vocalists that ever existed today. Tonight just feels like listening to some of my favourite songs by Alter Bridge - acoustically.

1. Watch Over You




2. Before Tomorrow Comes



3. Open Your Eyes



4. Brand New Start



5. Broken Wings



6. Rise Today



7. In Loving Memory

Sunday, May 24, 2009

Pasca Majlis Makan Malam

Selesai sudah majlis makan malam. Seperti yang dijangka aku tetap tak bertuah malam tadi. Hancur harapan nak menang hadiah cabutan bertuah. Terkelat2 tengok orang lain dapat hadiah. Tapi sekurang2nya aku tak keseorangan...ramai lagi yang tak bertuah macam aku.

Hadiah cuma ada 36 aje. Antara yang best ialah Flat Screen TV 32" (kalau aku dapat kan best...tak payah beli TV baru bila pindah rumah nanti), telefon bimbit Nokia...tapi tak tau model apa, yang cuma diberitahu oleh emcee ialah harganya bernilai RM1,000++...perghhh...Lepas tu ada kamera digital Canon Ixus...ada 2 pulak tu. Salah satunya dimenangi oleh bos aku...isk isk..tak aci sungguh! Kena bodek bos ni...huhu...Hadiah utama ada 3 iaitu pakej percutian free & easy (untuk 2 orang) - satu ke Phuket, satu ke Bandung dan satu ke Hong Kong. Semua pakej untuk 4 hari 3 malam. Alangkah syoknya kalau aku dapat hadiah ni...aku nak yang pergi ke Phuket tu sebab belum penah pergi ke sana lagi. Hong Kong, aku tak berminat sangat...tapi kalau dapat, boleh pergi Disneyland. Berangan je lebih aku ni, kan? Realitinya, orang lain dah kebas pun. Sedih...sedih... T_T

Walaupun tak dapat hadiah cabutan bertuah, aku dapat jugak hadiah penghargaan daripada pihak syarikat. Nasib baik bukan gold pendant. Dapat jam tangan - jenama CYMA. Tengoklah jam tangan baru aku...tapi kurang jelas sikit...saja tak nak bagi anda yang menengoknya jealous hehe...



Makanan ok. Kami dihidangkan dengan makanan laut. Rasa? Boleh tahan aje...takdelah sedap sangat pun.

Oh ya, lupa nak beritahu di mana majlis diadakan. Majlis diadakan di Hotel Park Royal. Aku book bilik pun di hotel yang sama. Aku book bilik Deluxe Twin. Puas hati jugaklah sebab bilik memang luas...ada pulak flat screen TV...32" kot...huhu...sungguh ironik...walau tak dapat yang cabutan bertuah, tapi dapat tengok dalam bilik hotel. Duduk kat situ terasa macam VIP pulak. Sebab floor aku tu hanya boleh di access oleh penyewa di tingkat yang sama aje. Jadi kalau naik lif tak boleh sesaja tekan nombor untuk tingkat tu...nanti terdengarlah suara perempuan yang berkata...errr...tak ingat pulak apa yang dia cakap...rasanya dia cakap "the floor is restricted." Mula2 tercengang2 jugak...apasallah restricted. Macam mana nak ke bilik kalau lif tak berhenti kat situ? Kami cuba tekan tingkat 6, boleh pulak. Lepas tu baru teringat yang front desk officer tu ada cakap kena swap kad dekat dalam lif baru tekan nombor floor. Dah buat baru boleh. Sungguh jakun aku rasa...

Walaubagaimana syok pun bilik tu, ada satu yang aku tak berapa berkenan sangat - bilik air dia. Tak ada privacy langsung. Cubalah anda bayangkan...anda masuk ke bilik air untuk mandi ke...untuk melepas hajat ke...orang luar boleh nampak anda dan anda boleh nampak orang luar. Anda boleh tengok terang2 melalui dinding kaca dekat bathtub. Nasib baik ada birai...boleh tutup. Tapi itupun kalau nak skodeng memang takde masalah. Bukan itu saja, pintunya pulak takde kunci. Pintunya jenis sliding door. Jadi kami kena berhati2...kalau pintu tertutup kemungkinan besar ada orang. Kalau terbuka tu, memang sah takde orang.

Pagi tadi pulak baru aku perasan, dari bilik hotel aku boleh nampak lukisan graffiti dekat dinding bangunan bersebelahan tempat parkir kereta yang terletak di seberang jalan. Aku suka betul tengok graffiti ni (bukan kat sini aje, kat mana2 pun aku memang suka sebab pada aku lukisan2nya menarik). Jadi, aku ambiklah gambar...




Itulah cerita aku tentang majlis makan malam dan tentang hotel. Apa yang boleh aku simpulkan di sini adalah majlis makan malam tu akan lebih bermakna kalau aku dapat membawa pulang salah satu daripada hadiah cabutan bertuah dan penginapan di hotel akan lebih bermakna kalau aku tak merasa segan silu menggunakan bilik air di bilik hotel. Sekian.

Saturday, May 23, 2009

Majlis Makan Malam

Malam ni company dinner. Macam malas je nak pergi...tapi aku takde alasan kukuh nak bagi kenapa tak boleh pergi. Kalau dapat hadiah cabutan bertuah bagus jugak. Tapi aku ni tak penahnya bertuah pun. Sekali je penah dapat, itupun hadiah yang awal2 yg tak berapa gempak. Hish...tak bersyukur betul aku ni...

Tapi yang bestnya malam ni aku akan dapat award bersama2 dengan beberapa orang staf yang lain. Penghargaan kepada mereka yang dah bekerja lebih daripada 5 tahun kat syarikat ni. Bagus2...sekurang2nya aku tak pulang dengan tangan yang kosong...hehe...Hadiah penghargaannya masih lagi misteri. Ada yang kata gold pendant...ada yang kata jam tangan. Kalau jam tangan oklah. Kalau gold pendant nak buat apa? Silap haribulan akan aku jual balik...hehe...

Aku ni tak berkemas lagi. Tengahari karang nak keluar dah. Nak check in hotel. Aku tidur hotel malam ni...haha...saja mengada2 nak tidur hotel. Bukan selalu wooo...lagipun aku takde kenderaan nak balik rumah nanti. Bukannya tak boleh tumpang member yang tinggal berdekatan dengan kawasan tempat tinggal aku ni...aku cuma tak nak menyusahkan mereka. Anyway, bukan aku sorang je nanti..aku dah tarik 2, 3 orang join aku tidur hotel sebab aku tau mereka pun susah nak balik nanti.

Oklah aku tak nak membebel panjang2...baik aku berkemas sekarang...

Thursday, May 21, 2009

Cuti-cuti Bukan Malaysia

Bosannya rasa. Dua tiga hari ni macam tak ada mood nak menulis dalam blog ni. Sibuk pun ye jugak. Memang dari minggu lepas kerja aku makin bertambah2...bukan makin berkurang2. Penat betul rasa...physically and mentally. Dah rasa macam ni mulalah fikir nak pergi bercuti...mengembara untuk melihat segala keindahan ciptaan Tuhan...

Haha...tiba2 jadi melankolik pulak...memang kena ambik cuti panjang ni. Aku ingat nak renew pasport dan pergi membawa diri ke Singapuralah. Dari awal tahun aku dah terfikir nak ke sana. Tapi tak tahu bila nak pergi...kena decide cepat ni...kalau tak, tak ke mana pulak aku tahun ni. Nak tunggu tahun depan lambat pulak rasanya.

Kenapa dengan tahun depan? Chik, sila jawab!

Ala...lambatlah si Chik ni. Sebabnya ialah kami akan ke China pada tahun depan, insya-Allah. Aku memang teruja sangat2. Teruja sebab sekali lagi aku dapat mengembara secara backpacking.

Tak sabar nak naik kapal terbang..hehe...macam budak kecik pulak...tapi aku memang suka naik kapal terbang. Nak2 masa kapal terbang nak berlepas dari runway...perghhh...i love the speed...tapi kalau big aircraft tak terasa sangat kelajuannya.

Tak sabar juga nak mengembara dengan menaiki keretapi. Cadangannya nak melawat beberapa tempat di sana dengan menaiki keretapi. Terbayang2 masa kami mengembara di Indonesia 3 tahun lepas. Kami menaiki keretapi dari Jakarta ke Yogyakarta kemudian ke Bandung. Dari bandung balik semula ke Jakarta untuk pulang semula ke Malaysia. Dua malam tidur dalam keretapi...cuma di Bandung saja kami cari hotel sebab kami berada di sana selama 2 hari.

Tak sabar nak berlagak macam pandai tengok peta...hehe...tak sabar jugak nak berlagak macam pelancong asing...Eh, memanglah aku dah jadi pelancong asing sebab bukan kat Malaysia lagi dah...apalah Siti R ni, kan? Tapi masalahnya kat mana pun aku dan Chik pergi, orang akan ingat kami ni orang tempatan. Masa kat Bangkok orang cakap Siam...kami sengih jer...Masa kat Indon, orang cakap Indon...oklah lagi...cuma kebanyakkannya boleh jugak kenal kami ni orang Malaysia. Masa kat Turki ada jugak orang cuba2 cakap Turki dengan aku...geleng kepala ajelah sambil cakap Melayu aku tak tau cakap Turki...diorang bukan faham pun. Maka kami pun tersengih2 macam kerang busuk.

Itulah dianya...aku harap tak ada masalahlah bila dah berada di China nanti. Masalah yang selalunya dihadapi kalau berada di negara orang adalah masalah komunikasi. Lagi satu, masalah nak cari makanan halal. Kalau negara yang dilawati memang negara Islam atau kebanyakkan penduduknya dari kalangan orang Islam, mudah sikit. Tapi kalau tak, kena bawak bekallah jawabnya.

Monday, May 18, 2009

Away Shirt Musim 2009/2010


Aku curi gambar di atas kat sini. Warna ni barulah cantik untuk away shirt Liverpool. Harap memang warna hitam ni akan dipilih untuk musim depan. Kalau boleh tukarlah penaja sekali. Dah dua dekad syarikat di atas jadi penaja Liverpool. Bagilah peluang kat penaja2 lain pulak. Tapi aku rasa macam Liverpool yang tak nak kehilangan penaja ni...mungkin takut nanti tak ada bekalan air yang memabukkan ni secara percuma lagi...huhu...Dengar2 diorang nak sambung kontrak dengan Liverpool. Kalau tak silap kontrak baru bernilai 60 juta pound...isk isk isk...

Kadang2 terfikir juga mungkin disebabkan penaja ni, Liverpool asyik terlepas peluang untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris. Macam mana nak jadi juara...asyik mabuk je...betul tak? Hehe...

Musim ni pun dah terlepas peluang lagi. Nampak gayanya MU dah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan Liverpool. Harap2 musim depan Liverpool akan bermain secara konsisten bermula dari awal musim...bukan hanya di akhir musim seperti musim ini.

Walaupun Liverpool bukan juara Liga, tetapi bagi aku Liverpool masih boleh dianggap juara jika dinilai dari segi bilangan gol yang telah mereka sumbat. Setakat hari ni jumlah gol Liverpool adalah 72 berbanding dengan MU sebanyak 67.

Semoga Liverpool akan berjaya di musim depan dan musim2 yang seterusnya. YNWA.

Saturday, May 16, 2009

Gastrik Oh Gastrik


Dah beberapa hari aku tak update blog ni. Terpaksa berehat (yeah, right) sekejap sebab aku diserang oleh penyakit lama...apa lagi kalau bukan gastrik. Gastrik datang dengan rasa gembiranya menyakitkan perut aku. Dah setahun dia tak bertandang, entah kenapa tiba2 dia datang menerjah aku pada hari Selasa lepas. Rindu agaknya? Yang pastinya aku tak rasa rindu langsung kat dia. Hanya kenangan2 pahit sahaja yang terpampang di minda aku bila bertemu dengan si gastrik ni.

Apa2 pun aku redha. Sakit kali ni pun tak adalah teruk sangat. Masih dalam tolerable level...tapi disebabkan dia, 2 hari aku tak kerja. Sehari MC...sehari ponteng...opppsss...silap...emergency leave. Jangan ingat yang bukan2. Memang betul kecemasan...dahlah gastrik tak nak mengucapkan selamat tinggal...cik cirit birit pulak datang serang aku...sah kes cemburu buta ni...aku juga yang jadi mangsa. Nak buat macam mana...dah nasib badan.

Cakap pasal redha...setahu aku yang sangat amat cetek pengetahuannya ni, orang yang menanggung sakit dengan penuh rela dan redha maka dosanya (dosa2 kecil) terhapus. Betul ke? Kalau salah tolonglah betulkan.

Alhamdulillah...walaupun semalam aku masih rasa lemah tapi larat jugalah pergi bekerja. Hari ni rasa lebih baik daripada semalam. Harap2 janganlah si gastrik ni datang melawat aku lagi...

Anugerah Terindah


Sekali lagi aku dapat anugerah daripada En. ShaFril yang ditujukan khas kepada pengikut2nya. Dia buat sendiri pulak tu. Bagus2..buat la banyak2 lagi ye..hehe...

Cantik award ni. Terima kasih...thank you...xie xie...arigato gozaimas...syukran...danke... :D

Monday, May 11, 2009

The Alif Ba Ta of Islam

I really love this song by Yusuf Islam - A' (Alif) is for Allah. The song is actually meant for kids but when it comes to anything about Islam...I think it's suitable for everybody. Anyway, it's an easy listening song and Yusuf Islam's voice is so soothing to my ears. Sometimes I would just hum this song...one of the ways for me to remembering Allah...



A' is for Allah, nothing but Allah;
Ba is the beginning of Bismillah;
Ta is for Taqwa, bewaring of Allah;
and Tha is for Thawab, a reward;
Ja is for Janna, the Garden of Paradise;
Ha is for Hajj, the blessed pilgrimage;
Kha is for Khaatem, the seal of the prophethood given to the Prophet, Muhammed (SAW);
Da is for Deen, Al-Islam, religion with Allah since time began;
Dha is for dhikr, remembering Allah;
and Ra is for the month of Ramadhan, ohh Ramadhan;
Za is for Zakat to pure our greed, when we give our money to those in need;
Sa is for Salamu alaikum, peace be with you wa'alaikum assalam;
Sha is for shams, the shining sun, which Allah placed for everyone;
and Sua is for salat, for when we pray facing him, everyday, facing him,
till we meet our lord;
Allah there's only one God and Muhammed is his Messenger;
Allah, La ilaha illa'allah;
Dua is for duha, the morning light, the sun has turned from red to white;
Tua is for tareeq, the path to walk upon;
and Dhua is for dhil, a shadow;
and Aa is for ilm, the thing to know, to make our knowledge grow, in Islam;
Gha is for ghaib, a world unseen and that we know is not a dream;
Fa is for, the Opening, Al-Fatiha;
and Qua for the Qur'an, the book of God;
and Ka is for kalima, a word we're taught to teach us what is good and what is not;
and La is for the beginning of La ilaha illa'allah;
Ma is for the Messenger Muhammed-ur-Rasoolillah.
La ilaha illa'allah, Muhammed-ur-Rasulilllah;
Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger.
Allah, la ilaha illa'allah;
Na is for nawm, the sleep God gave to give us rest after the day;
Ha is for the Hijra, the journey that, the Prophet made;
and Wa for wudu before we pray to help us wash our sins away;
and Ya for Yawm-mid-Deen;
Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger;
Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Jesus was his Messenger;
Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Moses was his Messenger;
Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Abraham was his Messenger;
Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Noah was his Messenger;
Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and he created Adam, and we are the children of Adam; Allah, La ilaha illa'allah;
Allah, there's only one God and Muhammed is his Messenger.
Allah, La ilaha illa'allah.

There's another version of the song sung by Zain Bhikha...another beautiful voice singing the beautiful song. Enjoy!

Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day


To all mothers out there, I salute you and wish you a very Happy Mother's Day.

May Allah bless all of you.

Thursday, May 07, 2009

Filem yang Ku Nanti-nantikan


Akhirnya sampai juga masa tayangan filem Star Trek: The Future Begins. Walaupun aku bukan seorang fanatik atau dikenali sebagai Trekkie, inilah filem yang aku nanti2kan sempena musim panas (macamlah kat Malaysia ni ada musim panas...panas dan lembab sepanjang tahun ada la...); selain X-Men Origins:Wolverine. Erm...kebetulan kedua2nya adalah filem prekuel. Sekarang ni musim prekuel pulak...dulu banyak sekuel.

Apa2 jelah...janji filem ni aku mesti tengok walaupun aku rasa orang Malaysia tak minat filem Star Trek. Kenapa aku rasa macam ni? Sebabnya masa aku masuk poll dalam laman web GSC bagi filem yang paling dinanti2kan oleh orang ramai pada musim panas ni, Star Trek mendapat undi yang terendah sekali. Agaknya aku seorang saja yang undi filem ni. Kesian Star Trek. Aku rasa ramai yang tidak menyedari bahawa filem ini secara tidak langsung telah banyak berjasa dalam kehidupan seharian kita. Tak percaya? Nanti akan aku kupaskan dalam entri yang akan datang :-)

Monday, May 04, 2009

In Loving Memory



4 Mei 2009 - kalau dia masih hidup dia menyambut hari lahir ke 70 tahun pada hari ini. Tetapi kerana dia milik Allah maka Dia telah mengambilnya semula pada 8 tahun yang lepas.

Kenapa aku lampirkan lagu In Loving Memory nyanyian Alter Bridge ni? Kerana lagu ini benar2 merobek hati aku...benar2 menggambarkan apa yang aku rasakan apabila Allah menarik balik pinjamanNya ini.

Namun aku sedar nyanyian yang paling baik untuk aku berikan kepada dia adalah doa2 untuk dijadikan bekalannya di sana. Semoga Allah mengasihinya lebih daripada aku mengasihinya. Semoga dia tergolong di dalam golongan orang2 yang beriman dan dimuliakan Allah.

Semoga emak bersemadi dengan aman...Al Fatihah...

Love your mother...you don't know what you've got till it's gone...

Saturday, May 02, 2009

Selamat Pengantin Baru

Hari ni aku pergi ke majlis perkahwinan rakan sepejabat aku, Mirra. Majlis diadakan di Kampung Pengantin (ni betul nama tempat tu Kampung Pengantin)...dekat dengan Jalan Genting Klang. Bagus betul tempat tu...kepada sesiapa yang berhajat untuk mendirikan rumahtangga bolehlah buat majlis resepsi dekat sana.

Aku suka betul dengan konsepnya yang open air...bukan dalam dewan. Siap dengan red carpet lagi. Terasa macam nak kahwin pulak..hahaha (selingan yang tak sepatutnya ada).

Kepada Mirra dan Ed...Selamat Pengantin Baru. Ucapan aku untuk kalian berdua:
  • Semoga berbahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.
  • Semoga dikurniakan dengan anak2 yang soleh dan solehah.
  • Semoga sentiasa dirahmati Allah hendaknya...amin...



Sempoi

Pertama kali dapat award ni. Terharunya rasa. Terima kasih diucapkan kepada rakan blogger yang tidak kurang sempoinya iaitu saudara Shafril. Terima kasih banyak2 ye...

Lihatlah dunia!!!!....(jadi drama queen jap...hehe)


Friday, May 01, 2009

Apabila Kucing Pandai Berkata-kata...

Entah apa yang dibualkan oleh 2 ekor kucing ini? Rasa macam nak join aje perbualan mereka...

Comelnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee....




Hahaha...sekarang aku tahu apa yang mereka bualkan...hahaha...