Saturday, May 16, 2009

Gastrik Oh Gastrik


Dah beberapa hari aku tak update blog ni. Terpaksa berehat (yeah, right) sekejap sebab aku diserang oleh penyakit lama...apa lagi kalau bukan gastrik. Gastrik datang dengan rasa gembiranya menyakitkan perut aku. Dah setahun dia tak bertandang, entah kenapa tiba2 dia datang menerjah aku pada hari Selasa lepas. Rindu agaknya? Yang pastinya aku tak rasa rindu langsung kat dia. Hanya kenangan2 pahit sahaja yang terpampang di minda aku bila bertemu dengan si gastrik ni.

Apa2 pun aku redha. Sakit kali ni pun tak adalah teruk sangat. Masih dalam tolerable level...tapi disebabkan dia, 2 hari aku tak kerja. Sehari MC...sehari ponteng...opppsss...silap...emergency leave. Jangan ingat yang bukan2. Memang betul kecemasan...dahlah gastrik tak nak mengucapkan selamat tinggal...cik cirit birit pulak datang serang aku...sah kes cemburu buta ni...aku juga yang jadi mangsa. Nak buat macam mana...dah nasib badan.

Cakap pasal redha...setahu aku yang sangat amat cetek pengetahuannya ni, orang yang menanggung sakit dengan penuh rela dan redha maka dosanya (dosa2 kecil) terhapus. Betul ke? Kalau salah tolonglah betulkan.

Alhamdulillah...walaupun semalam aku masih rasa lemah tapi larat jugalah pergi bekerja. Hari ni rasa lebih baik daripada semalam. Harap2 janganlah si gastrik ni datang melawat aku lagi...

2 comments:

ShaFril said...

ciannya dia..wish cpt smbuh insyaallah amin =)

Siti R said...

Tq...dah ok dah...alhamdulillah...