Malam ni company dinner. Macam malas je nak pergi...tapi aku takde alasan kukuh nak bagi kenapa tak boleh pergi. Kalau dapat hadiah cabutan bertuah bagus jugak. Tapi aku ni tak penahnya bertuah pun. Sekali je penah dapat, itupun hadiah yang awal2 yg tak berapa gempak. Hish...tak bersyukur betul aku ni...
Tapi yang bestnya malam ni aku akan dapat award bersama2 dengan beberapa orang staf yang lain. Penghargaan kepada mereka yang dah bekerja lebih daripada 5 tahun kat syarikat ni. Bagus2...sekurang2nya aku tak pulang dengan tangan yang kosong...hehe...Hadiah penghargaannya masih lagi misteri. Ada yang kata gold pendant...ada yang kata jam tangan. Kalau jam tangan oklah. Kalau gold pendant nak buat apa? Silap haribulan akan aku jual balik...hehe...
Aku ni tak berkemas lagi. Tengahari karang nak keluar dah. Nak check in hotel. Aku tidur hotel malam ni...haha...saja mengada2 nak tidur hotel. Bukan selalu wooo...lagipun aku takde kenderaan nak balik rumah nanti. Bukannya tak boleh tumpang member yang tinggal berdekatan dengan kawasan tempat tinggal aku ni...aku cuma tak nak menyusahkan mereka. Anyway, bukan aku sorang je nanti..aku dah tarik 2, 3 orang join aku tidur hotel sebab aku tau mereka pun susah nak balik nanti.
Oklah aku tak nak membebel panjang2...baik aku berkemas sekarang...

No comments:
Post a Comment