Bosannya rasa. Dua tiga hari ni macam tak ada mood nak menulis dalam blog ni. Sibuk pun ye jugak. Memang dari minggu lepas kerja aku makin bertambah2...bukan makin berkurang2. Penat betul rasa...physically and mentally. Dah rasa macam ni mulalah fikir nak pergi bercuti...mengembara untuk melihat segala keindahan ciptaan Tuhan...
Haha...tiba2 jadi melankolik pulak...memang kena ambik cuti panjang ni. Aku ingat nak renew pasport dan pergi membawa diri ke Singapuralah. Dari awal tahun aku dah terfikir nak ke sana. Tapi tak tahu bila nak pergi...kena decide cepat ni...kalau tak, tak ke mana pulak aku tahun ni. Nak tunggu tahun depan lambat pulak rasanya.
Kenapa dengan tahun depan? Chik, sila jawab!
Ala...lambatlah si Chik ni. Sebabnya ialah kami akan ke China pada tahun depan, insya-Allah. Aku memang teruja sangat2. Teruja sebab sekali lagi aku dapat mengembara secara backpacking.
Tak sabar nak naik kapal terbang..hehe...macam budak kecik pulak...tapi aku memang suka naik kapal terbang. Nak2 masa kapal terbang nak berlepas dari runway...perghhh...i love the speed...tapi kalau big aircraft tak terasa sangat kelajuannya.
Tak sabar juga nak mengembara dengan menaiki keretapi. Cadangannya nak melawat beberapa tempat di sana dengan menaiki keretapi. Terbayang2 masa kami mengembara di Indonesia 3 tahun lepas. Kami menaiki keretapi dari Jakarta ke Yogyakarta kemudian ke Bandung. Dari bandung balik semula ke Jakarta untuk pulang semula ke Malaysia. Dua malam tidur dalam keretapi...cuma di Bandung saja kami cari hotel sebab kami berada di sana selama 2 hari.
Tak sabar nak berlagak macam pandai tengok peta...hehe...tak sabar jugak nak berlagak macam pelancong asing...Eh, memanglah aku dah jadi pelancong asing sebab bukan kat Malaysia lagi dah...apalah Siti R ni, kan? Tapi masalahnya kat mana pun aku dan Chik pergi, orang akan ingat kami ni orang tempatan. Masa kat Bangkok orang cakap Siam...kami sengih jer...Masa kat Indon, orang cakap Indon...oklah lagi...cuma kebanyakkannya boleh jugak kenal kami ni orang Malaysia. Masa kat Turki ada jugak orang cuba2 cakap Turki dengan aku...geleng kepala ajelah sambil cakap Melayu aku tak tau cakap Turki...diorang bukan faham pun. Maka kami pun tersengih2 macam kerang busuk.
Itulah dianya...aku harap tak ada masalahlah bila dah berada di China nanti. Masalah yang selalunya dihadapi kalau berada di negara orang adalah masalah komunikasi. Lagi satu, masalah nak cari makanan halal. Kalau negara yang dilawati memang negara Islam atau kebanyakkan penduduknya dari kalangan orang Islam, mudah sikit. Tapi kalau tak, kena bawak bekallah jawabnya.

No comments:
Post a Comment